Lego Time : Ferrari SF-24 Formula 1

Lego Time : Ferrari SF-24 Formula 1

Akhir-akhir ini, banyak Lego telah diperkenalkan dengan hasil koliborasi dengan beberapa jenama dunia seperti Porsche, Ford, Bugatti, Mercedes malah Ferrari. Ada banyak model Technic diperkenalkan cuma duit saja tak menyeru untuk membuat pembelian. 

Kiranya makin lama makin menarik dah, mungkin salah satu strategi pemasaran Lego yang menyasarkan Adult Fan Lego berbanding kanak-kanak.

Jika diperhatikan, kebanyakkan set Lego kini dikeluarkan lebih kepada bapak-bapak bukan kearahan budak-budak lagi. Sesetengah Adult Lego menamakan diri mereka sebagai AFOL (Adult Fan of Lego).

Kalau korang rajin masuk ke Lego Store, hampir separuh model Lego untuk bapak-bapak muda dan dewasa. Lego City lebih kepada kanak-kanak, Friend Lego untuk little princess, Lego Speed Champion pula bukan kata budak, bapak budak pun collect terutama keluar model baik yang berkaloborasi dengan jenama keluaran kereta JDM, Petronas atau pun movie series.

Banyak-banyak model, baru ni saya berjaya menyiapkan sebuah model Ferrari SF-24 F1. Model ini dikeluarkan pada awal tahun lalu dan selepas pasang, ianya kurang 5 cm dari model Petronas AMG Formula 1. Ferrari SF-24  ini mempunyai 1361 pieces yang mampu membuatkan jari jemari anda sakit.

Pemasangan model Lego Ferrari ni tak serumit pemasangan Petronas AMG F1. Ianya details tapi lebih straight foward. Kiranya senang nak pasang.

Model ini mempunyai kejituan yang lebih tepat dan lebih teliti berbanding dengan McLaren Formula 1 sebelum ini. 

Dari segi pemasangan suspensi depan dan belakang malah steering wheel dia adalah perkara yang paling rumit untuk pasang. Hampir repeat 3 kali kerana salah pasang slot. Dari segi pembinaan chasis sedikit sama dengan Petronas F1 termasuk bahagian engine V6.

Fuhhh kalau nak bukak balik tu memang kena focus betul-betul.

Saya mengambil masa 8jam secara keseluruhan untuk membina model Ferrari SF-24 F1 dengan 1361 kepingan ni. 

Orang cakap pasang Lego macam budak-budak, cer beli satu pastu pasang. Tengok level sabar dengan gigih anda nak pasang camno... Sekarang ni dah ada model Redbull Formlua 1. Dah ada dalam rumah tapi belum ada masa untuk pasang.

Makin lama makin kurang dah space dalam bilik gaming saya ni. Aduhai!

Tapi apa-apa pun ianya adalah awesome!

This is Awesome bro..!












Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1