Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 1
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 1
Baru ni saya dengan family kecil saya jalan-jalan cari makan di Bangkok Thailand, asik tengok orang je pergi ke Bangkok makan-makan pastu balik. Maka saya pun mula buat carian tiket dan study sikit pasal itinerary Bangkok.
Kebetulan ada tiket promo pada bulan Januari, maka kita beli laa siap-siap. Beli awai tak kalut katanya. Lagipun, biasanya bulan 7, bulan 11 dan bulan 1 akan ada promo tiket murah. Samada Asian mahupun ke Eropah. Maka rajin-rajinkan lah mencari.
Tiket yang saya beli tu adalah flight MAS dan balik menggunakan aircraft Batik Air. Maka dapat laa Harga below RM500 termasuk luggage 20kg return. Okay lah bagi saya, kalau korang dapat lagi murah rezeki korang ler tu.
Pertama saya akan ceritakan tentang tips. Mungkin berguna untuk anda jika masih mahu membuat pengiraan atau travel hacks bagi menjimatkan kocek anda. Tapi kalau tak nak pening kepala, boleh roger captain saya yang menawarkan perkhidmatan private trip untuk lawatan ini. Ketik IG:nazrulakram untuk pertanyaan lanjut.
Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, sewa kenderaan, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli, tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.
Tips #2 : Buat booking hotel/homestay lebih awal. Anda boleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com, airbnb atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Thailand , tiada masalah rata-rata harga hotel agak murah.
Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang lengkap. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat-ubatan anda. Bawa tumbler yang sejuk untuk refill air sejuk. Boleh tahan sejuk dengan jangka masa yang lama.
Tips #4 : Di Negara Thailand, bahasa English masih boleh digunapakai, akan tetapi kebanyakkan peniaga tak boleh berbahasa English termasuk pemandu Tuktuk-Grab atau supir anda. Jadi sediakan google translator offline siap=siap untuk memudahkan urusan anda.
Tips #5 : Kalau naik BTS di Bangkok, boleh download apps mereka untuk memudahkan membeli tiket. Tapi bagi saya, lebih senang kalau beli di mesin kiosk sahaja. Pasal di mesin kiosk akan tunjuk tempat menarik sepanjang laluan train mereka tu. Agak susah juga nak hafal nama station dorang ni. Berbelit lidah nak baca. Macam train station di Jerman.
Tips #6 : Jika anda ingin memandu di Thailand, pihak penyewa kereta tidak akan meminta International Driving License (IDP), akan tetapi saya nasihatkan, selangkah anda keluar negara, jika berlaku kemalangan, pihak berkuasa akan meminta IDP ini untuk tuntutan insuran. Jika korang tak ada, korang mungkin akan dikenakan denda.
Setakat ini, pendapat saya Kad Lesen Malaysia sah digunakan pada negara Komanwel. Termasuk UK, Australia, Singapore dan Indonesia.
Tips #7 : Makanan halal di Bangkok ada banyak, boleh dicari di google maps ataupun search dalam TikTok. Cumanya restoran halal tak banyak seperti di Hatyai. Kalau ada anak picky food, boleh ready makanan yang bersesuaian pasal makanan Thai agak pedas.
Tips #8 : Wajib mengisi Thailand Digital Arrival sebelum tiba di Thailand. Anda perlu mendaftar masuk nama-nama penumpang yang travel bersama korang. Setelah submit, Korang akan dapat QR Code dan QR Code ini akan di-scan oleh pegawai imigresen nanti. Boleh rujuk disini.
Thailand Digital Card - boleh diisi 3hari sebelum travel. Pastikan passport yang sama digunakan semasa ketibaan di airport.
Selesai perihal mengenai tips. Sebenarnya ada banyak lagi tapi nanti saya share pada entry yang lain laa... Now time for telling stories!
Perjalanan ker Bangkok bermula! Yukkkk!
Bermula dari KLIA T1, kami mula tiba sekitar jam 05:00pagi untuk drop luggage dan juga checkin. Process drop luggage MAS just piece of cake, cuma waktu pagi ni memang ramai orang. Banyak flight tak kira domestik mahupun international.
Kalau ikutkan, flight kami jam 08.30am - sampai awal tak apa lah janji tak kaluit ribut. Boleh ler layan light breakfast dulu.
Usai selesai passing thru imigration dan checkin kastam, tak perlu jalan jauh pasal flight MAS ke Bangkok guna flight B737, biasanya flight ni akan berada di terminal main building. Maka tak perlu naik train nak ke sattelite building.
Tapi pasal banyak masa yang ada, saya jalan-jalan bawa Nazril naik aero train ke sana, kita cuci mata kat HRC KLIA dulu. Dorang bukak 24hours, tak salah kan nak tengok pin ada yang ada.
Tepat jam 0830am, flight boarding dan take off tanpa tunggu lagi. Cekap dan efisen sungguh ground crew. Flight ke Bangkok lebih kurang 2jam10minit, lagi singkat perjalanan dari KK Sabah. Tapi in flight meals dorang still hidang nasi lemak dengan nasi beriyani.
Benda dah bayar kita bedal laa kan. Tak lupa kita order skali kopi MAS. Kopi MAS antara kopi yang best saya layan selepas Emirates. No doubt at all yer.
Alhamdulillah tiba di Suvarnabhumi Airport, cuaca sedikit mendung tapi suhu panas. Normal days at Bangkok.
Kalau ikutkan, Suvarnabhumi Airport ni memang besar airport dia, dari gate arrival nak menuju ke imigration checking tu ambil masa 20minit juga kami berjalan.
Airport dia agak busy juga, tak macam Changi Airport yang dah modern, luas maka tak nampak crowded. Suvarnabhumi Airport ni agak crowded tapi at least ada ramai petugas yang assist tunjuk jalan untuk ke imigration ataupun transit counter.
Bagi korang yang dah biasa datang Thai, tak kira pergi Hatyai ke, Phuket ke, Digital Arrival Card tetap kena fill-up sebelum tiba ke Thailand.
At least kena buat sebelum 24jam arrival untuk memudahkan urusan. Bila dah fill up, akan dapat QR Code, QR Code ni boleh simpan utnuk rujukan kita kelak.
Nanti bila beratur nak chop passport, akan ada petugas tanya dah ada ke belum TDA? Kalau tak ada dia suruh keluar barisan dan isi dulu kat tepi.
Tu pentingnya study sebelum tiba pada sesebuah negara, perlu buat checklist dan homework sikit apa yang negara dorang nak sebelum tiba di imigration.
Walau travel ke Thai, saya tetap sediakan serta print ticket, hotel booking, klook ticket apa-apa yang berkaitan sepanjang trip ni. Nak memudahkan urusan kalau kena tanya dengan officer nanti.
Kalau rasa renyah nak buat benda-benda ni, boleh roger captain Have2Travels, kami bisa uruskan semuanya dari luggage sampai laa balik Malaysia.
Settle chop passport, pickup luggage dan terus ke train station.
Train station dia pun tak dekat sangat bro, nun berada bawah tanah kena turun 2-3 level kebawah lagi. Pendek kata kena berjalan tarik beg jugak laa ke sini.
Bagi pendapat saya, tak perlu untuk beli Rabbit Card (1 day pass) untuk naik train seluruh Bangkok ni, pasalnya Rabbit Card tak cover pada kesmeua laluan BTS/MRT dorang. Jadi lebih mudah korang beli oneway ticket saja untuk capai ke destinasi yang korang nak, tak pening kepala.
Harga untuk setiap laluan pun tak mahal sangat, masih boleh terima akal lagi. Hanya ada satu sahaja laluan train dari Suvarnabhumi Airport ke Bangkok City iaitu ARL berharga 45THB (RM5.64)
Train dia tak de laa macam shinkasen, ERL tu, lebih kurang macam LRT kita je. Maka beramai ramai laa kita dalam train tu. Nasib naik dari airport, maka train kosong, tapi bila dah berenti beberapa station, memang padat juga train ni. Kena pula turun pada last station di Phaya Thai, macam macam bau bhai... Huhuhuhuhu.
Nampak tak perbezaan negara kita dengan negara lain. Sebab tu kita kena kembara ke tempat orang supaya kita lebih bersyukur apa yang ktia ada. Paling tidak kita masih ada public transport yang terbaik di ASEAN.
Tiba di Phaya Thai, interchange ke Sukhumvit Line untuk ke Asia Hotel. Hanya satu station sahaja dari Phaya Thai tadi.
Alhamdulillah station pun bersebelahan je dengan Asia Hotel, siap pada access bridge lagi untuk ke lobby hotel.
Dapat checkin bilik, rehat sekejap, mandi dan solat - kami siap untuk keluar late lunch pula. Plan untuk lunch di Samat Muslim Food sambil jalan-jalan di Pratunam Market.
Masa shopping kat Pratunam ni saya tak amik gambar pasal saya lock dan simpan phone dalam baju. Kiranya selamat saja shopping sini cuma pre-caution lebih sikit. Tak nak ler day one dah kena pickpocket. Spoil mood nanti bang.
Cuma saya nak bagitau, kawasan ni memang panas betul. Tak rasa angin pun. Kalau ada kipas turbo tu elok ler bawak 2-3 bijik sorang satu. Panas dia memang tak leh bincang beb. Memang berpeluh lencun laaa kawasan ni.
Kalau nak sejuk boleh rilek kejap dalam Platinum Fashion Mall. Boleh laa beli air sikit dalam 7Eleven dorang ni sebelum makan. Haus weyyy main dengan cuaca panas ni.
Usai baju pun dah kering, maka kami jalan kaki ke Samat Muslim Food untuk makan petang merangkumi dinner terus.
Dalam perjalanan nak ke kedai tu, ternampak laa kanak-kanak jalanan yang menemai ibubapa berniaga tepi jalan, agak kesian tengok tapi tak berani nak bersedakh nanti kena serang dengan pengemis lain pula.
Elok sampai restoran ni, ramai pula yang masuk kedai, maka cepat-cepat kita amik spot dan order. Kami tak order menu banyak pun pasal setiap hidangan tu besar semuanya. Telur dadar pun makan 4 orang makan, tomyam sorang makan pun dah makan 3 orang dah. Seram mat. Harga tetap maintain murah. Boleh layan lagi kalau datang sini.
Malam kat sini macam di Sabah, cepat dia jadi malam lebih kruang jam 6petang dah mula gelap. Ikutkan macam dah tak lalu nak jalan kaki balik ke hotel, perut dah kenyang skang rasa nak balik mandi saja.
Maka kami hanya naik BTS terus ke Ratchathewi Station. Macam saya cakap tadi, kesemua ticket train hanya beli di kiosk - dan kami beli one way journey saja. Lebih kurang THB30 one way.
Naik BTS/MRT di Bangkok senang je kiranya, hanya tap point dalam googlemaps, nanti dia bagitau laa kita nak turun dari station mana yang terdekat. so far, banyak destinasi popular ni boleh capai dengan BTS/MRT Bangkok.
Apa yang saya perhatikan, sepanjang jalan dari market yang kami pergi ni tengah buat construction MRT underground, maka disebabkan tu jalan jadi sempit dan jem sesak. Tuktuk pun terpaksa cilok naik laluan pejalan kaki.
Sampai di hotel, mandi solat rehat kejap. Tapi wife ajak turun bawah untuk shopping barang 7 Eleven. Kita layan kan saja janji dapat kopi 7E free kaaaannn.
This is awesome gais
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 1
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 2
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 3
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 4


























Comments