Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 2

Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 2

Waktu subuh di Bangkok agak awal, iaitu sekitar jam 0510 pagi. Macam waktu subuh kat Kota Kinabalu dengan Tawau ler kan. Bila subuh awal, cerah pun awal.

Untuk pagi yang kedua ni, itinerary kami santai-santai saja. Plan saya akan pergi ke Safari World yang mana korang boleh drive masuk guna kereta persendirian tengok segala binatang termasuk laa harimau.

Tapi sebelum gerak, saya sarapan pagi dulu di Rotinis Cafe, sambil jalan kaki, boleh nampak orang dah mula busy sekitar station Ratchatewi ni nak pergi ke tempat kerja. 


Restoran halal untuk sarapan pagi tak banyak rasanya sekitar hotel kami menginap, tak macam di Hatyai, hampir kesemua restoran dubuka seawal pagi kerana demand yang tinggi. Di Bangkok ni yang saya tahu Rotinis Cafe dan Usman Restoran. Yang lain-lain tu biasanya akan buka pada jam 10pagi keatas.

Rotinis Cafe - Sarapan Pagi

Disebabkan limited restoran halal, maka kena datang awal - service pun boleh tahan lama laa juga nak tunggu hanya sekeping roti canai. Boleh laa daripada tak ada.

Kedai dia ni kalau nak cepat kena order nasi kerabu, nasi komok. Kalau bahagian roti ni lambat pasal ramai orang order.

Bila dah makan pagi thai ni, mula laa terasa rindu nak makan dimsum kat Hatyai pagi-pagi, sedap woiii.

Kedai Rotinis pun tak besar sangat, muat-muat untuk 10-15orang, selesa pasal ada aircond. Cuma lepas makan tu, kita kena cepat-cepat laa bangun, ramai lagi rombongan kak kiah nak masuk tengah tunggu nak makan. 



Berbalik pada plan asal kami, seminggu sebelum tiba di Bangkok saya telah membuat penempahan Safari World bersama private transport untuk kesana.

Total tiket 3 orang dan sebuah private transport lebih kurang RM400. Agak mahal tapi saya lebih sukakan private trip berbanding tiket yang kena shared bus. 

Ada saja tiket dalam Klook untuk naik bas, masalahnya korang kena pergi ke checkpoint bas tu, naik ramai-ramai dalam 10-20 orang. 

Lebih baik saya tambah sedikit duit untuk keselesaan kami, yang mana kenderaan datang pickup di hotel lobby kami dan terus gerak. 

Sebenarnya untung juga private trip ni, kiranya korang dah hired driver untuk 8jam yang boleh digunakan untuk hantar korang mana-mana selagi dalam kawasan yang dia cover dalam bandar Bangkok. 

Untuk keterangan boleh rujuk dalam Klook.

Usai sarapan pagi, kami bergegas balik ke lobby hotel kerana appointment dengan driver Klook pada jam 0900pagi. Memang tepat waktu dorang datang, buat confirmation booking QR dengan driver dan terus jalan. Memang mudah!

Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, kebanyakkan orang Thai tak fasih sangat berbahasa inggeris. Setakat basic-basic boleh laa.. jadi driver ni perlu gunakan google translate untuk bercakap dan memberitahu informasi.

Bagi saya, ianya satu effort yang sangat bagus. Walaupun ada perbatasan bahasa, beliau masih tetap berusaha nak bagi maklumat pasal tempat, dan beberapa info sepanjang perjalanan. Muka dah laa macam Tony Jaa. Lupa pula nak selfie dengan dia.



Safari World Bangkok

Perjalanan dari hotel ke Safari World tu tak jauh mana, lebih kurang 40minit saja. Bila tiba Safari World, driver Klook akan membuat validate tiket untuk kita, kiranya apa yang kita beli, dia yang akan uruskan di kaunter untuk exchange tiket masuk bersama kereta. 



Safari World bagi saya ni satu perkara yang baru kerana ini pertama kali saya masuk Zoo open yang mana boleh drive kereta masuk dengan binatang yang bebas berkeliaran. 

Binatang yang ada bukan binatang buas laa, macam badak, zebra, zirafah, burung flamingo macam-macam lagi. Capibara pun ada juga dengan rusa.

Korang boleh tengok video reels saya di instagram saya, tak dapat saya nak share video dalam blog ni nanti kena block access.






Pada penghujung safari ni, baru kita akan masuk tempat kawasan safari harimau, time ni macam nak masuk gate Jurassic Park. Semua tingkap perlu ditutup dan beberapa ranger berkereta mula kelihatan untuk memastikan pemandu tutup tingkap dan menjaga keselamatan.

Kami memang patuh arahan, tak gila nak bukak tingkap time rimau 7-8 ekor duk tengok je kami lalu. Memang seram laa mat. Jangan buat gurau laa kan. Walau nampak dorang tengah rileks, jangan di duga perangai dorang tu. Silap-silap lauk laa kita.




Bila habis safari ni, tiket klook ni datang bersama Marine Park. Maka driver cakap dia akan stay tunggu kami dan kami boleh masuk marine park untuk tengok hidupan laut pula.

Sebenarnya agak luas kawasan Safari world dorang ni. Memang kalah kita nak lawan Zoo dorang ni. Walau hari kerja, manusia pun agak ramai. Mungkin tarikan boleh drive masuk dalam safari tu yang orang datang kot.



Baru je masuk terus ternampak staff dorang tengah mandikan anak rimau, banyak woiiii... ini kalu terlepas sekor ni mau kena gigit manja, berbirat juga betis kau mat. 

Tak jauh dari rimau ni mandi, ada la sebuah sungai atau kolam, saya tak pasti. Yang pasti air dia warna hijau gelap. Tapi dalam air tu macam nampak pergerakan ikan yang besar. Mungkin dalam air ni ada ikan arapaima kot. Seram...



Dalam ni ada beberapa restoran dan cafe, sementara tu boleh chill cold down dulu lepak makan aiskrim. Panas dia tak payah cakap laa kan, memang terasa salai beb.



Kalau nak sejuk all of time, boleh lepak kat bird klinik, yang mana dalam tu dorang buat research pasal burung kakak tua dan tunjuk dari kejadian telur, umur 1bulan sampai laa ke besar. Benda ni real yer bukan fake. Memang telur sebenar siap duduk dalam incubator, anak-anak burung kecik besar 2jari  je.

Sambil baca fakta dan artikel dorang ni, boleh laa lepak sejukkan ketiak ni. Ada laa TV show pasal dorang buat dokumentari dalam channel youtube Marine World. 


Kebetulan masa lepak, saya perasan ada sealion show yang akan mula dalam masa 15minit, officer situ pun ada yang buat announce pasal sealion show ni.

Kita layan laa dulu sambil tengok dorang buat show. Macam saya cakap, memang another level lah dorang boleh bikin zoo dengan animal show macam ni. Salute untuk Safari World - memang berbaloi apa yang dibayar untuk tontonan sebegini. Saya rekmen 100% untuk datang tengok.


Habis daripada show ni, kami habiskan satu loop pusingan Marine World, ada banyak lagi laa binatang selain hidupan marine. Capybara ler, dan antara yang rare bagi saya dorang ada 3-4 ekor manate. Dugong air yang boleh dikatakan spesis hampir terancam juga. 

Boleh laa bagi bro kecik ni tengok kejap menatang apa tu dugong air. Dia bukan nak tau benda-benda gini kan.




Overall, memang besar laa kawasan dia ni. Estimated kalau nak spend masa kat sini lebih kurang 3-4 jam. Tak perlu risau kalau lapar, boleh bawa bekal untuk lepak santai dalam ni. Cuma ada satu restoran halal iaitu Safari Grill yang mana menyediakan Muslim Friendly Menu. 

Whatapps driver Klook tu cakap nak gerak, dia datang dan terus pickup. 

Saya resquest untuk membuat persinggahan di Chatuchak Market, dia cakap okay dan dia tanya samada nak kemana selepas market tu. Saya cakap terus end trip. Pasal saya plan nak jalan-jalan di market ni dan layan naik BTS saja ke next destination.  



Chatuchak Weekend Market

Bila sampai, saya ucapkan terima kasih, kap kap kap bagai terus end trip. Bagi yang tanya macam mana nak dapat driver klook tu? Saya pun tak tahu, klook akan assign automatic. Saya save nombor dia cuma saya tak pasti kalau dia ada buat private trip sekitar Bangkok ni.

Bila da masuk pasar ni, kena pre-caution lebih sikit pasal tadi driver tu ada pesan jangan terlalu leka pasal kat pasar ni ada kes-kes pickpoket. Jadi handbag, bag kalau boleh berjaga-jaga.

Kawasan sini memang besar dan panas. Panas maksud saya cuaca dia memang panas. Walau beberapa laluan ada aircond, tapi bahang panas dia tu memang terasa. Kipas turbo pun berkerja level maksimum kat kawasan ni




Dalam Chatuchak Weekend Market ada beberapa restoran halal. Saya singgah di Sara Restoran, layan nasi goreng dengan tomyum. Sedap weeyyy masakan dia. Harga pun lebih kurang harga Malaysia jer. Dah pekena nasi siap order lagi nasi tambah satu... Hew hew hewww.

Cuma, kedai dia ni kecik saja, jadi bagi saya kalau dah siap makan tu tak boleh la lepak lama-lama tunggu bini shooping. Sudahnya pelayan terpaksa tegur kalau dah siap orang nak duduk abey. Baru laa nak bangun.


Ada ramai lagi nak duduk untuk makan, jadi jangan berat bontot, ikut laaa bini tu pergi shopping. Kalau nak lepak duduk lama, masuk je laa kedai massage kaki. Situ leh duduk 2-3 jam siap ada aircond lagi abey weyy.

Duk layan shopping handcraf Thai, tak banyak laa nak beli hanya untuk souvenir dengan barang sendiri saja. 

Terus keluar dari Chatuchak Weekend Market ni menuju ke Kamphaeng Phet Station (MRT). Station ni bawah tanah, dia ada beberapa cafe dengan kedai banyak dalam ni. Sempat laa saya lepak sekejap pekena Amazon Coffee - buat boost energy balik



Kalau ikutkan, Station Kamphaeng Phet ni bersebelah dengan Station Bang sue iaitu station besar Bangkok - Lebih kurang sentral station dia la.

Bang Sue Station ni antara station famous Bangkok kerana menghubungkan keretapi jarak jauh. Kalau naik train dari Hatyai, maka perlu turun di Bang Sue - Bangkok Station. Setakat ni, Thailand masih tidak mempunyai highspeed train. Mungkin lambat lagi untuk pembangunan HS train ni. 

Pasal hotel sebelah dengan BTS Station, maka kami balik ke hotel dulu, untuk solat jamak qasar, mandi tukar baju. Sempat laa lelap kejap tunggu bini bersiap. Hehehehe



Siam Paragon Bangkok

Jam 05.00petang terus gerak ke Siam Square, salah satu shopping mall besar di Bangkok. Tujuan kat sini untuk hunting barang skincare Boots, Adidas, dengan Lego.

Boots kat Thai ni memang famous, macam Watson kita laa cumanya kadang dorang ada promo buy 1 free 1. Itu yang buat jadi huru hara. Ramai PS Malaysia duk shopping kat sini untuk jual balik. 


Bila compare harga dengan Guardian dan Watson Malaysia, harga cosmetik dengan skincare Mens lebih murah malah buy 1 free 1 mat. Maka abam sendiri pun beli laa buat stok diri sendiri. untuk jual balik tu tak de laa.

Boots dalam mall kadang ada 2-3 store, sekitar dia pun ada banyak. Jadi saya pilih untuk jalan-jalan dalam mall sementara wife masih duk memilih barang dia.

Maka sempat laa jugak singgah Adidas, tengok baju shirt versi Thailand lepas tu ada 1 Onitsuka Tiger. Tapi harga dia lebih mahal dari Malaysia. Jadi elok beli kat Malaysia saja ler kalau nak.





Berhadapan dengan Siam Square ni ada Siam Paragon, Hsaa yang tu abam simpan untuk lepak pasal Lego Store ada dalam tu.

Bila dah masuk waktu senja, korang cuba jalan-jalan belakang Siam Square ni. Jalan raya akan ditutup dan ramai buskers buat live kat sini. Layan pasal mostly lagu dorang ni campur-campur dengan lagu english. 




Ada sebuah kedai farmasi dari Jepun iaitu Tsuruha Drugstore. Bila masuk dalam ni, fuhhh vibes dia memang macam vibes farmasi Jepun. Lagi pun lagu Jepun. Tapi macam biasa la, harga dia tak Jepun. Harga di Jepun jauh lagi murah, cuma kalau terdesak nak guna skincare Jepun boleh ler beli kat sini jer.


Selesai pembelian pertama wife, esok dia cakap nak kena repeat beli, maka kami decide untuk dinner di Farida Fatornee. Sebelah dengan kedai Rotinis pagi tadi.

Malas dah nak naik MRT, nanti kena jalan. Saya pilih untuk naik tuk-tuk saja. Kalau nak naik tuk-tuk ni kena tanya dulu berapa fare pergi ke destinasi kita. Kadang kena beduk sampai 300THB. Jadi bila dah nego-nego, agree untuk bayar 100THB.

Naik tuk-tuk ni agak cepat pasal dorang still mencilok celah-celah trafic. Tapi bila kat traffic light dia still berhenti tunggu lampu hijau. 


Usai sampai Farida Restoran, terus order makanan, perut dah lapar beb. Kebetulan tak ada orang sangat, saya order nasi goreng seafood dengan telur dadar. Telur dadar siam jangan skip. Rangup crispy tebal.

Harga makanan halal di Bangkok bagi saya agak murah berbanding makanan halal dari negara Vietnam. Tak pasti kenapa tapi masih boleh terima laa contoh nasi goreng seafood ni lebih kurang RM10 tapi boleh share 2 orang banyak dia.




Alhamdulillah perut dah kenyang, time balik kami jalan kaki saja pasal nak singgah 7 Eleven nak beli jajan roti dengan air kopi. Benda baik wajib dibawa pulang.

This is awesome gais

Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 1
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 2
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 3
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 4

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1