Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 3

Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 3

Hari ke tiga di Bangkok ni kami just rileks-rileks sahaja. Harini kami plan untuk jalan-jalan shopping mall kawasan Bangkok untuk pembelian bawak balik. 

Kalau ikutkan, sebelum ni plan saya macam nak pergi juga ke Maeklong Railway Market. Tapi memandangkan tempat tu terlalu ramai dan memakan masa almost 2 jam dari pusat bandar, maka kami bersetuju tak pergi pun kesana. 


Rata-rata yang pernah sampai pun rasa macam just okay je tak perlu nak repeat. Market dia pun sama jualan di Chatucak Market. Tapi bukan ke orang cakap kena laa pergi sekali untuk buat pengalaman.. Huhuhuhu...

Sambil siap-siap, kami nak breakfast di Rotinis lagi pasal restoran dia yang paling dekat dengan hotel kami. Bila saya research, tak banyak restoran halal yang buka seawal jam 08.00pagi. Mostly semuanya kaan dibuka pada jam 10.00 ataupun 11.00pagi. 


Tak macam di Hatyai, kebanyakkan restoran halal dibuka seawal jam 06.00pagi lagi. Mungkin dieebabkan demand dari orang Malaysia yang datang serbu seawal pagi lagi. Rindu pulak nak makan Dimsum kat Hatyai.

Macam biasa, saya akan order banana pancake, nasi lemak dengan nasi kerabu. Asal nak order nasi komok tapi dia belum ready lagi. Makan saja apa yang ada.



Dari Rotinis ada BTS Station, maka terus naik BTS menuju ke Siam Paragon, antara mall yang besar di Bangkok. Macam saya ceritakan entry sebelum ni, untuk naik BTS ni korang boleh beli tiket one way journey sahaja. Tak perlu nak beli Rabbit Pass pasal tak semua pass tu korang boelh pakai untuk train dia pun. 


Sampai saja di Siam Paragon Mall masih belum dibuka, tapi saya lepak dulu di Starbucks sambil pekena kopi. Sambil-sambil tu boleh ler beli 1 mug untuk collection peribadi. Macam dah ada 10 bijik mug kat umah tu.




Untuk harini, saya hanya berjalan masuk shopping mall dia saja pasal kami sedang hunting barang Boots, Adidas dengan barang-barang skincare dulu. Adias kat sini boleh laa, macam KL juga cuma ada versi baju untuk Bangkok.


Mungkin datang next time baru rasa nak lajak pergi ke Pattaya Hard Rock Hotel. Tapi tu laa, nak ke sana pun bukan dekat, jauh jugak kan.

Hard Rock Bangkok - Another Awesome!

Sementara wife duk shopping barang-barang Boots, saya dengan Nazril malas nak tunggu maka kami lajak pergi ke Hard Rock Bangkok. Kat sini baru saya nak shopping tambah collection shirt dengan pin collectors.

Masa nak bayar tu, staff HRC bagi laa satu pin kecik untuk si Nazril, sembanglaa sikit pasal pin yang ada kat tag baju staff dorang tu.

Memang kalau korang ada pin yang rasa nak trade, boleh saja nak trade dengan staff selagi dia berminat. Kadang pin yang dorang pakai tu limited edition, maka pin yang korang nak trade tu pun kena laa rare juga atau dari kawasan pelusuk dunia. Setakat biasa-biasa mana mau nyaa chorrrr nak tukarr.

Bergambar sebagai tanda hadir di Hard Rock Bangkok




Kami light lunch di dalam Siam Paragon saja, ada beberapa kedai halal di kawasan food court sini,. Kalau korang malas nak cari, korang boleh makan saja KFC dalam Siam Square tu. KFC dorang ni halal tapi tak kesemua KFC yaa halal di Bangkok. Kena check dulu yang mana outlet halal.

Panas di Bangkok ni bukan main-main woi... pastikan kalau korang bawak anak kecil elok naik grab berbanding tolak stroller naik train. Panas dia memang berpeluh macam lepas maraton 10km beb.



Destinasi kami seterusnya adalah ke ICON Siam yang memang viral dengan orang kita pergi naik bot. Maka kita kena cuba, dari Siam Paragon naik train menuju ke Saphan Taksin laluan BTS Hijau. 

Boleh refer map BTS saja kalau nak mudah faham ataupun korang tapping saja google maps. 

Stop di Saphan Taksin Station, turun bawah dan terus follow saja arrow yang dorang tulis bot to ICON Siam. 

Ada ramai saja orang yang akan lalu dengan naik bot tu. Nanti ada officer tanya nak pergi mana, korang cakap ICON Siam lepas tu dia suruh beli tiket kat kaunter. Harga dia THB8 = 90sen sahaja.


Dah beli tiket korang tunggu ler kat jetti to, dorang ada tulis ICON Siam, follow saja signboard.

Kat sini tak best sangat pasal bot datang lebih kurang 15minit, matahari memang tuju ke muka kau... panas dia memang panas lah mat. Fan turbo kat tangan tu dah full speed tunggu nak overheat jek. Rasa macam nak order naik grab dah pulak pergi ICON Siam ni.

Ngam-ngam muka memerit, bot sampai, lega sikit hati, terus duk kat tepi nak amik angin. Kipas dalam bot ada tapi tak rasa dah pun.





ICON Siam, Chao Pharaya

Laluan bot kecik ni macam nak lintas sungai laa, teringt pulak naik bot lintas sungai sarawak kat Kuching, cuma Sungai Chao Pharaya ni macam lagi dalam, lagi gelap. Ni kalau jatuh pun tak tahu boleh naik balik ke tak ni. Silap-silap kena telan dengan ikan toman jek. 

Sampai saja ICON Siam bergambar tanda hadir, nasib kat sini redup dengan berangin, dapat laa keringkan ketiak berkicap ni haaaa..

Tapi dari bot tadi, saya sempat rakam video yang mana bagi saya, kalau korang naik bot ni, ketibaan korang di jeti ICON Siam ni macam epic dan gah laa... memang nampak ICON Siam tu besar lepas tu sangat prestige. Kita kalah bab ni.



Perut pun dah lapar, terus tuju ke foodcourt dia kat LG. Foodcourt dia ni ada laa 3-4 gerai halal. Lain-lain is not halal. Siap ada jual buaya salai lagi bro... Kalau nak torai boleh ler, nanti review rasa macam ayam ke macam daging grill.

Food court dia just nice, dia buat macam kita tengah lepak di laluan sungai. Dia tak macam food court kebanyakkan tempat jenis macam medan selera.

ICON Siam punya food court ni kira macam Marina Bay Sands, memang classy cuma nak dapat seat kosong tu memang menunggu ler. Kadang ada jenis lepak meja sambil tunggu orang berjam lamanya. Kena buat muka seposen tunggu tepi meja orang, then nanti dorang bangun ler.. kalau bangun laaa.







Dalam mall ni memang besar, tak tahu nak cari apa lagi. Sama seperti mall TRX KL, semuanya ada dalam ni. Tak lalu nak jalan satu mall ni, cuma saya hanya sempat beli Arabica % buat ngupi petang.

Wife settle shopping dalam ni, kami ke Asiatique Riverfornt. Nak tak nak terpaksa laa jugak naik bot ke sana. Sini memang kena beratur ramai orang, dalam 40minit jugak laa beratur nak dapat bot yang ke sana. Harga tambang dalam THB10 seorang.


Asiatique, Chao Phraya

Journey menyusuri sungai Chao Pharaya waktu malam ni meriah sikit. Boleh nampak hotel hotel mewah kat tepi sungai tu. Lepas tu banyak cruise - cruise yang bawa orang dinner. Setahu saya ada juga cruise untuk santapan halal. Lebih kurang RM100+, tiket boleh beli dalam Klook atau walkin. 

Bila tiba di Asiatique ni, keadaan tak seramai ICON Siam tadi, dari jauh dah boleh nampak ferry wheels Chang. Apa ada kat Asiatique? 



Entahlah saya pun tak jalan habis kat sini, apa yang saya nampak ada ferris wheels, ada Jurassic Theme Park lepas tu ada banyak restoran halal dan kedai yang jualan. 

Walau kat sini consider macam ala-ala themepark, harga barang jualan sama seperti pasar malam lain. Malam ni hari terakhir kami di Bangkok, saya beli ler bag untuk sourvenir bagi ke adik-beradik. Tote bang Bangkok baru berharga RM12 saja. Memang murah.



Makan dessert lepas tu jalan-jalan cuci mata apa yang ada, kami decide untuk balik naik grab saja. Tak larat dah nak naik bot dengan train. Grab ke Asia Hotel harga pun boleh dengar lagi. 

Terus menuju balik ke hotel, esok dah nak balik ke KL.

This is awesome gais

Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 1
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 2
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 3
Bercuti ke Bangkok Thailand 2025 - Day 4


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1