Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Disclaimer : Kesemua gambar yang diambil adalah hak milik NazrulAkram
Ketika trave lsaya pada bulan Mei 2026 - kadar tukaran matawang masa tu adalah CHF1.00 = RM5.10
Pada pagi pertama di bumi Swiss, memang sejuk di Ballwil ni. Dari guesthouse dah boleh nampak panorama banjaran Alps. Tuan rumah cakap, salah satu gunung depan umah dia tu adalah puncak Titlis - memandangkan semalam kami beritahu pasal nak pergi Titlis.
Wife siapkan home breakfast dan snack dalam kereta nanti. Ini adalah sangat penting untuk penjimatan kocek ketika travel di Swiss. Makanan di Swiss kalau ikutkan memang mahal seperti yang saya ceritakan pada entry sebelum ni. Adult meal boleh cecah sekitar RM80 - RM120.
Saya tak banyak duit, maka kami akan siapkan makanan untuk lunch. Dinner baru kami makan di rumah atau jika makan lunch di restoran, maka dinner pula dirumah. Begitulah kami travel untuk penjimatan maksimum... huhuhuhu....
Perjalanan guesthouse ke Mount Titlis tak jauh mana, lebih kurang 50minit yang mana akan lalu passby bandar Lucerne.
Semalam kami sewa kereta jenis Renault eSpace, penggunaan hybrid dia memang padu dan menjimatkkan minyak berbanding Merc Vito yang menggunakan diesel.
Mount Titlis, Engelberg
Seperti yang korang tengok dalam youtube atau Tiktok, sepanjang perjalanan di bumi Swiss ni memang cantik dan terpersona. Rugi kalau tido, lanscape bumi banjaran Alps ni memang sangat memukau. Titipan ucapan SubhanAllah keluar dari mulut. Betapa agungnya ciptaan Allah untuk hamba-hambanya.
Disebabkan masih awal, kami bergambar dulu sekitar kawasan station cable car sebagai tanda hadir. Waktu operasi mereka bermual jam 08.30am - 05.00pm. Kereta perlu park ditempat parking. Masuk dan bayar nanti.
Saya walk-in purchase sahaja malas nak beli online. Korang boleh beli online sebenarnya tapi korang kena follow date yang korang purchase. Dia tak open date. Jadi risau itinerary boleh berubah, maka beli saja walk-in. Tak ramai pun beratur. Dorang dah asingkan kalau yang datang group 20+.
Harga untuk ke Mount Titlis adalah berharga CHF102 (RM520.00) sahaja. Uhukk uhukk uhuk. Walau mahal, tapi pengalaman bukan setiap hari. Wajib datang untuk tengok dan merasai salji banjaran Alps.
Waktu kat bawah ni, cuaca agak mendung dan mula gerimis. Sempat saya bertanya pada staff kaunter ticket, adakah cablecar akan berhenti bila angin atau hujan? Dia cakap ya bergantung pada kelajuan angin.
Tapi dia cakap kat puncak cuaca sedikit cerah, hujan hanya dibawah sini sahaja sambil tunjuk cctv camera display di dinding.
Jam 0830 dah boleh naik cable car. Kat sini akan ada dua kali naik cable car. First tu dari Engelberg ke Stand. Cable car jenis ni macam yang korang naik kat Genting Highlands tu. Bila sampai stand kena turun dan tukar naik cable car jenis 360 rotaion.
Harga yang korang bayar CHF102 tu dah termasuk cable car dan ticket masuk Titlis. Tak perlu bayar apa-apa dah kecuali kalau korang nak makan dengan ngopi je.
Cable car Rotation Air ni boleh masuk ramai, kena berdiri tak ada tempat duduk. Cuma dalam ni dorang campur skali dengan pets. Perkara biasa kalau naik train atas public train berselisih dengan anjing. Just pretend normal saja.. Huhuhuhu.
Alhamdulillah bila tiba di puncak Titlis, cuaca cerah tapi berangin ya amat. Suhu sejuk tak payah cerita, mencucuk di muka ni.
Buat masa ni, kawasan bangku-meja di puncak ditutup pasal dorang renovate. Maka tempat untuk lepak santai dah tak ada melainkan kalau korang berteduh dalam station dia balik.
Disebabkan tak ada awan sangat, maka si Nazril main ler salji sampai mengigil tangan bro. Angin datang tu yang membuatkan sejuk tak boleh tahan. Nak bergambar pun rasa krem jari ni.
Tak mampu nak lawan suhu sejuk, kami masuk balik ke station pekena hot chocolate dulu. Kita orang Malaysia mana tahan sejuk chor....
Lepas lepak pekena hot chocolate, try main salji sekali lagi lepas cadang nak pergi ke Titlis Suspension Bridge.
Tiba-tiba pulak awan datang dengan snowfall, memang kuat anginnya dan saya decide agak bahaya untuk jalan ke cliff walk dan suspension bridge. Maka kami bergambar sahaja sekitar kawasan sambil layan snowfall.
Bayar dah mahal takkan nak lepak sekejap je kan, then kami untuk turun ke Stand Station.
Tiket yang kita beli dengan harga CHF102 ni dah complimentary untuk berhenti pada mana-mana station, terutama staiton Stand yang mana kat sini ada outdoor park boleh main sled dengan pelampung salji.
Korang boleh main sled selama mana nak - unlimited ride selagi kawasan ni tak tutup. Cumanya orang ramai, korang kena share-share sled tu lepas dorang main.
Saya bagi video kalau korang nak tengok ->
Cuma harus diingatkan, nak main sled ni perlu berhati-hati, dapat jenis manusia yang tak menyabar, kita boleh bertembung mat. Patutnya kena tunggu ler orang turun 1 by 1. Bahaya kalau cedera parah disebabkan pelanggaran masa sliding sled tu.
Masih ada itinerary lain, maka kami mula turun ke base station. Waktu ni cuaca agak cantik dengan permandangan yang sangat mesmerizing. Return ke parking kereta, terus menuju ke pekan Interlaken.
Interlaken, Switzerland
Next stop adalah pekan Interlaken - salah satu tempat yang agak terkenal kalangan orang kita. Kat sini kita boleh datang menggunakan train ataupun by ferry. Kalau nak naik train, jangan tersilap station pasal ada 2 station interlaken yang jarak dia jauh jugak nak jalan mat.
Saya drive kereta maka tak perlu nak cari-cari station tu. Hanya perlu cari parking spot terus masuk dan jalan. Cuma parking dia tu sejam CHF3 kot harga dia.
Pekan Interlaken ni memang best, dia tenang lepas tu tak ramai orang seperti di Zurich atau Lucerne.
Ada beberapa restoran halal kat sini, maka kami decide untuk lunch di Restoran Napoli Pizza. Restoran halal ni ada nasi beriyani juga, buka pizza semata-mata. Perut Melayu, maka kami order nasi instead of pizza. Tak kenyang wey nak makan pizza. Nasi pun order 2 plate boleh makan 4 orang. Tu pun mengah nak habiskan nasi dorang ni punya banyak.
Perut dah padu, maka kita mulakan jalan-jalan membakar kalori sekitar pekan Interlaken. Kebetulan keluar restoran, ada train yang baru tiba - boleh laa bergambar ala-ala movie hindustan kejar Kajol naik train Usop dulu-dulu. Abam tak layan hindustan maka abam tak tahu scene apa.
Antara benda yang korang boleh beli kat sini adalah Toblerone. Ada satu kedai cenderahati yang mana boleh customize nama korang pada coklat Toblerone tu. Harga sebijik coklat ni adalah CHF12.90.
Alang-alang sampai, buat terus dua nama satu untuk si Nazril dan satu untuk saya & wife. Korang pilih coklat jenis macammana, bayar dan key-in nama yang korang nak pada kiosk dia. Nanti dai printing kan nama korang sebagai cenderahati.
Pekan Interlaken ni memang best, bagi saya tenang betul, kami sambung jalan-jalan lagi duk layan sungai air warna turqouise tu. Tapi sejuk dia waktu ni memang mencengkam jari dah. Warmer pack dalam baju dah tak function dah pun.
Maka kami panaskan badan sekejap dalam Coop. Salah satu kedai grocery yang hari-hari kami mampu masuk. Entah memang hobby kami suka kalau datang melancong, kami akan masuk grocery.
Tapi tu lah, bila masuk grocery pasti kana membeli. Hampeh! Damage pasti ada terutama membeli coklat dan biskut.
Selesai jalan-jalan dalam Interlaken, terus balik ke rumah pasal masing-masing dah mula terasa penat sebab jetlag. Waktu ni jam 5.00pm, tapi di Malaysia dah jam 12.00am.
Disebakan ini adalah hari kedua di Swiss, maka kami terus balik ke guesthouse - jarak Interlaken ke guesthoue di Ballwil lebihkurang 1jam20minit.
Sampai di guesthouse, mandi, solat dan homemade dinner saja. Si Nazril ni mudah betul lapar. Memang kena sediakan makanan untuk si gendut ni.
Esok sambung perjalanan
This is awesome gais!
Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)
Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)
Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindlewald - Iselwald - Lucerne (Day 4)
Kembara ke Eropah 2026 : RheinFall - Bayern Munich (Day 5)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich City (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Hallstat - Salzburg - Telfs (Day 7)
Kembara ke Eropah 2026 : Dolomites - Sella Pass - Bolzano Bozen (Day 8)
Kembara ke Eropah 2026 : Bavaria - Inssbruck (Day 9)
Kembara ke Eropah 2026 : Zurich City (Day 10)














































Comments