Kembara ke Eropah 2026 : Munich Germany (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich Germany (Day 6)
Cuaca pagi ni di Munich agak terang. Forecast pun cakap tiada hujan dan sedikit berawan saja. Maka ianya adalah waktu terbaik untuk jalan-jalan tak perlu bawak payung. Cuma bila ada sunlight macam ni, UV dia agak tinggi,walau cuaca sejuk tapi uv matahari tu boleh rasa.
Maka kena pakai sunscreen nak elak tanned. Mat salleh suka laa cuaca macam ni siap pakai shirt dengan seluar pendek je. Padahal cuaca leh tahan sejuk bawah 17c.
Pagi ni tak buat big breakfast, cukup habiskan pastry yang beli semalam cicah dengan nescafe. Untuk harini, kita rehatkan kereta kat parking area. Nak drive masuk bandar Munich agak leceh lepas tu parking dia pun boleh tahan mahal.
Kalau korang bawak diesel, kena pastikan kenderaan korang lebih Euro 5. Pasal bandar Munich lebih kurang bandar Milan, tak semua kenderaan boleh pandu masuk dalam bandar.
Kawasan restriction zone dipanggil Umweltzone München - iaitu kawasan zon larangan memandu dan memerlukan permit jika bawa diesel dibawah euro 4. Setakat kenderaan petrol dan hybrid tiada masalah. Boleh masuk saja. Diesel yang saya maksudkan jika korang bawa Merc Vito 9 seater atau VW Tourer 9 seater jenis diesel type.
Untuk Munich, saya plan kami naik train untuk kemudahkan perjalanan sambil nak feel like local gitew. Kita try public transport Germany. Dorang cakap murah, yeke...?
Jarak nearest station dengan hotel lebih kurang 5minit berjalan. Station Aidenbachstraße ni kat bawah tanah, atas dia station bas. So macam agak busy laa sikit kawasan sini dengan ada 2 sekolah pulak.
Kalau korang pernah baca buku Khairul Abdullah, korang pasti tahu bahawa public transport di Germany ni antara yang cekap dan murah. Malah, kalau perasan, untuk naik train di Munich, kita takkan jumpa gate untuk validate ticket.
Pihak train meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada pengguna train untuk beli tiket mengikut destinasi tak perlu validate tiket. Tapi jangan suka sangat, kadang kala ada road block atau pun ticket checker dalam train. Kalau tak ada, korang kena beli 1 day pass terus dengan dia.
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa, maka saya beli group ticket untuk 1-day pass berharga EUR17.00 (RM77.00). Group tiket ni maksudnya, dalam ticket yang saya pegang ni boleh guna untuk 5 orang sekali gus dalam masa 1 hari. Jangan hilangkan tiket yer... kalau hilang beli lain.
Maka, destinasi pertama menuju ke Marienplatz untuk breakfast kat pasar dorang. Pasal kami pergi jam 0800pagi, maka bertembung laa kami dengan orang nak pergi kerja. Penyek jugak la dalam train macam naik MRT Yamanote Line Tokyo.
Bila sampai je Marienplatz baru laa rasa lega, jalan terus keluar ke Old Munich. Kawasan sini memang cantik pasal seluruh bangunan memang bangunan lama. Kita bergambar dulu, benda jarang tengok tak ada kat kampung wey.
Pasar Pagi Dalam Bandar Munich - Viktualienmarkt
Dari sini terus menapak pergi ke Viktualienmarkt - nak cari kopi dengan local pretzel. My friend YJ yang suruh try katanya just nice makan dnegan kopi. So kita kasi try dulu.
Tapi sebelum korang ke pasar tu, korang boleh slow walk sekitar kawasan ni. Bangunan dia cantik-cantik zaman dulu punya. Boleh laa nak ootd kejap - lain laa sikit dari bangunan kat melaka tu. Hawauu
Dari jauh dah nampak mostly kedai-kedai kopi tengah busy duk brew coffe orang nak pergi kerja. Kadang kala lalu depan kedai kopi ni semerbak bau kopi yang memanggil manggil.
Sekitar kawasan ni ada banyak kedai bukak kedai kopi, kiranya macam pasar tani / pasar pagi kat kampung kita je pun.
Ada yang jual pokok bunga, nampak segar pasal cuaca sejuk, segar laa pokok bunga kan. Ada jual rempah-rempah
Tapi yang membuatkan saya berhenti ada sebuah kedai fish n chips. Dalam kedai ni bukan saja dorang masak fish & chips, tapi ada juga beberapa seafood pasta yang lain.
Dorang masak ala-ala carbonara, potatoes, dan seafood ingredient. Maka kita order lah 1 untuk buat breakfast buat rasa-rasa. Harga dia EUR7.90 per plate. No worries yang ni adalah halal.
Teringat laa pulak masa pergi kat Sydney Fish Market dulu.. pilih seafood dan dia masak fresh.
Dah makan share-share, baru ler nak pekena kopi. Kali ni abam cuba cafee kreme pulak memandangkan barista sendiri yang cadang as the best brew of the day katanya.
Harga makanan dan kopi di Germany ni jauh lebih murah berbanding dengan Swiss, sebab tu saya beli saja seafood plater tadi. Kalau di Swiss deafood plater mamcam tu mau dah kena CHF17 (RM86.00), kat Germany dalam EUR7.90 (RM40.00)
Saya beli beli skali pretzel kat kedai kopi tadi. Dapat spot duduk kita layan breakfast dulu. Cuma pretzel kat sini berbeza dengan pretzel Aunty Anne Malaysia. Pretzel sini keras mat... memang keras, kena cicah dengan kopi baru ler rasa lembut... huhuhuhu.
Marienplatz - Old Town Munich
Selesai makan, kami teruskan berjalan menuju ke Central Marienplatz tak jauh pun dalam few block bangunan saja. Lepas makan ni eloklah berjalan membakar kalori.
Waktu ni jam dah menunjukkan sekitar pukul 10.00pagi, maka ramai orang sekitar kawasan ni termasuk student.
According to AI, Marienplatz ni telah dibina pada tahun 1158 - lebih kurang 860tahun yang lalu beb punya laa lama. Ianya dibina atas dasar kompleks kerajaan, pembangunan para bangsawan, tempat keagamaan dan pusat perniagaan.
Kalau diperhatikan, pada sebalah kanan bangunan ni mempunyai satu jalan lurus iaitu Karlstor - pintu gerbang sebelum memasuki kawasan kota Munich dulu-dulu.
Bangunan Marienplatz ni ada sebuah jam loceng mekanisma besar berfungsi secara automatik. Jam loceng bermelodi ni akan berbunyi pada jam 11.00pagi, 12.00tghhari dan 17.00ptg. Jadi bila dah jam 10.45pagi ni dah mula ramai yang berdiri sekitar kawasan ni untuk tengok melodi jam loceng ni.
Saya pun tunggu jugak laa pasal nak tengok jugak macam mana bunyi dia kan. Saya tak dapat upload video dia kerana size besar, tapi korang boleh tengok dalam instagram saya kat sini. Jam loceng ni akan berbunyi selama 10minit. Boleh laa layan ting tong ting tong dia tu.
Habis je tengok jam loceng kami berjalan menyusuri jalan ke arah Karlstor yang saya cerita tu. Kat sini ada banyak buntik mewah, malah ada Lego Store kat sini.
Maka kita masuk untuk collect stamp dengan beli lego postcard buar tambah collection. Besar jugak lego kat sini ada 3 tingkat dah macam Lego kat Leicester London dah.
Sambung shopping lagi pergi ke Hard Rock Munich, pun tak jauh dari kawasan ni. Kali ni abam boroang habis baju Hard Rock Munich untuk captain captain Have2Travels. Dulu pergi duit pun cukup-cukup je, ini kali kita kasi retreat dorang sebagai tanda penghargaan as captain.
Walau matahari atas kepala, tapi cuaca masih lagi sejuk. Nasib ler sapu sunscreen siap-siap, kalau tak memang tanned laa. Mat salleh memang suka cuaca macam ni. Matahari tegak atas kepala tapi sejuk.
Perut pun dah lapar, kami singgah salah satu restoran halal kat sini iaitu Pommes Fruende. Menu dia berasakan burgers, sosej dan fries. Si Nazril pun layan laa makan sikit walau tak ada nasi. Dia pun macam kenyang dengan seafood platter tadi. Just shareshare saja makan buat alas perut.
Next kami nak shopping baju di Primark Munich. Primark jauh sikit dari Marientplaz, jadi kena naik tram untuk ke sana. Tram masih cover dengan group tiket yang kami beli pagi tadi, jadi naik saja benda dah bayor siap-siap.
Kalau di Germany, nak naik train tak susah mana pun, korang kena study sikit google map dia. Nanti boleh laa tengok train atau tram mana yang korang kena naik untuk tuju ke destinasi korang tu.
Untuk destinasi saya ni, saya perlu naik tram laluan H19 dan perlu berhenti di station Neuperlach Zentrum. Lebih kurang 17minit perjalanan dalam tram.
Bila sampai kawasan ni, saya perhati ada banyak kedai halal malah ada sebuah grocery halal yang aghak besar sebelah dengan Aldi. Just nice, next mungkin boleh stay sekitar kawasan ni kalau bawa client. Mudah nak makan lepas tu paling penting dekat dengan Primark. Hahahaha.
Primark Munich - Kedai Paling Seram
Sepanjang kami menaiki train-tram dan bas kat Munich, saya rasa agak selamat dengan persekitaran. Berbeza masa travel di London, Manchester dengan Paris kebanyakkan orang akan rapat-rapat dengan kita, tenung kita dan buat rasa tak selesa.
Bila di Munich, saya tak pernah pusingkan bagpack sepanjang saya berjalan. Kebanyakkan terasa selamat. Yang penting, kita wajib berdoa semoga perjalanan kita sentiasa dilindungi Allah.
Maka bermulalah acara bini abam untuk menyelam dalam Primark ni. Jadi kami yang lelaki ni terpaksa laa cari cafe untuk lepak tunggu dorang settle. Tapi bila dah cecah dekat 2jam, kena call menekan juga laa pasal nak balik wey...
Masa menunggu tu, saya sempat beli sushi salmon untuk Nazril, memang feveret dia lepas tu kami makan di McD saja. Situ selesa sikit boleh ler layan icecream dengan kopi mcD Germany.
Bila dorang dah datang, terus decide untuk balik ke hotel untuk kemas barang, esok nak pergi ke Austria dah. Dari Primark ni untuk balik ke hotel lebih kurang 40minit juga. Nak cepat kena naik bas, dia potong terus tak perlu return ke arah pusat bandar.
Jadi kami naik bas saja untuk balik ke Wunderlocke Hotel, malas nak transit 2 train yang amik masa 40minit. Naik bas jimat masa tak yah turun-turun dah. Korang tengok laa hasil tangkapan Primark dorang ni. Tah muat ke beg nak sumbat.
Macam mana nak tahu laluan bas mana yang patut kita kena naik? Jawapan dia laluan bas yang google maps bagitahu. Kalau dia cakap bas no.544, maka kita naik lah bas nombor tu. Lepas naik bas kena tengok indikator station apa dia berenti - pastikan station kita nak turun tu adalah.. haaa gitewww.
Sampai di hotel, saya masak nasi untuk lioght dinner berlaukkan salmon semalam dengan telur rebus. Makan lauk simple gini memang padu teruk wey siap menambah-nambah.
Packing barang luggage, mandi dan solat , esok nak sambung perjalanan ke Austria dah.
This is awesome gais!
Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)
Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)
Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindlewald - Iselwald - Lucerne (Day 4)
Kembara ke Eropah 2026 : RheinFall - Bayern Munich (Day 5)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich City (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Hallstat - Salzburg - Telfs (Day 7)
Kembara ke Eropah 2026 : Dolomites - Sella Pass - Bolzano Bozen (Day 8)
Kembara ke Eropah 2026 : Bavaria - Inssbruck (Day 9)
Kembara ke Eropah 2026 : Zurich City (Day 10)






































Comments