Western Australia, Australia
Western Australia, Australia
Tahukah anda negara Australia terbahagi kepada 6 negeri sahaja. Sebesar-besar Australia tu hanya ada 6 mungkin pasal dorang tak nak serabut atau kerana penduduk Australia hanya sedikit sahaja iaitu seramai 24juta orang berbanding dengan Malaysia seramai 32juta orang.
Kali ini saya nak share salah satu negeri yang kerap dikunjungi oleh rakyat Malaysia iaitu negeri Western Australia. Ibu negeri Western Australia iaitu Perth sememangnya popular dikalangan orang kita malah Asia kerana ianya adalah pintu masuk terdekat dan paling murah bagi orang nak mula bekerja tanpa permit.
Jadi tidak hairan kalau datang ke sini, security checking adalah lebih ketat berbanding di Sydney atau pun Goldcoast. Kena ada full itinerary, kad kredit, bank statement serta pengesahan majikan.
Pada entry sebelum ini, saya pernah senaraikan 10 tempat menarik di Perth. Korang boleh baca entry tersebut disini.
Punya la besar negeri Western Australia (WA) ini kalau korang buat road trip dari hujung utara ke hujung selatannya mencecah sejauh 3211km. Boleh congak sendiri yer berapa lama nak sampai.
Malah kalau WA ni adalah sebuah negara, ianya juga akan menjadi negara ke-10 terbesar di dunia. Mengalahkan Germany, France dan juga gabungan beberapa negara Asean. Besar negeri WA ini adalah 2.6juta km2! Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hanya sebesar 330,000 km2 sahaja. Itu pun kita dah rasa jauh Perlis ke JB.
Antara tempat menarik yang kerap dikunjungi oleh pelancong adalah Rottness Island, Albuny, Lancelin dan sekitar bandar Perth.
Untuk melawat kesemua tempat negeri WA ini, 1-2 bulan mungkin tak cukup pasal besar sangat. Jadi, anda boleh plan pergi ke Geraldton, melihat shark whale lebih dekat atau nak menyelam dengan shark whale.
Kalau nak sejuk berangin boleh pergi ke Albany ke arah penghujung selatan benua Australia. Kat sini, mostly cuaca agak dingin dan elakkan datang pada musim sejuk Hemisfera Selatan. Angin dia tu tak leh bawak bincang tuan-tuan, datang dari benua Antratika. Albany juga ada snow resort yang kurang popular berbanding Melbourne. Mungkin jauh nak drive dari bandar Perth.
Kalau nak main pantai, ada beratus pantai sepanjang persisiran pantai WA ini. Cuma korang kena pergi tempat yang disediakan dan dikawal oleh kerajaan kerana beberapa pantai di WA ini berbahaya dengan ancaman obor-obor dan jerung. Jangan main terjun saja melainkan niat untuk berjumpa dengan Tuhan lebih awal.
Kalau nak saya senaraikan pantai yang awesome di Perth ni, jenuh jugak laaa tapi saya share kan 5 pantai yang menarik untuk dilawati. Saya hanya baru sampai satu saja.. sedey!
1. Hillary's Beach - dimana korang boleh layan pantai dan juga waterpark yang bersebelahan dengan pantai Hillary's ini.
2. Rottness Island - Boleh buat day trip pergi ke Rottness island dan layan snorkeling bersama ikan lumba-lumba. Harga day trip lebih kurang AUD80 keatas.
3. Cable Beach Albany - Kalau nak tengok penguin parade pada musim sejuk. Tapi atas nasib juga kena check dalam website Australia.com.
4. Commbana Beach, Bunbury - Nak tengok ikan lumba-lumba dan layan coastal cruise.
5. Kalbarri Beach - Agak jauh perjalanan darir bandar Perth dan mungkin kena bermalam, tapi kat sini korang boleh naik unta untuk menyusuri pantai-pantai ini.
Cukup 5 sahaja yang saya senaraikan, lebih daripada tu sila rajikan diri untuk google sendiri. Kalau saya travel, saya suka untuk melihat bandar dan juga nature pada negara tersebut kerana senibina negara asing ini berbeza dengan negara kita.
Contohnya kalau kita pergi ke Melaka atau Penang, senibina bangunan lama tu lebih menarik berbanding senibina bangunan moden. Begitulah di negara orang. Senibina sekitar Perth ini tidak kurang hebatnya kerana bandar Perth pada tika dahulu adalah pintu masuk perdagangan daripada negara India dan juga British. Jadi tidak hairan ada banyak bangunan-bangunan lama di Central Business District (CBD) disini.
Jalan kaki saja atau naik train pergi ke Freemantle, korang boleh layan pekan yang bersejaraha malah kalau nak ootd pun cantik kat sini. Siap ada train lokomotif lagi untuk naik. Tak tau berapa kena bayar.
Setakat ini, Australia masih menyekat untuk kemasukkan pelancong secara terbuka. Kalau nak pergi sekarang masih memerlukan dokument, kena buat swabtest dan seperti biasa dokument untuk membuktikan kita tidak berkerja secara haram masih lagi ketat.
Australia memang tenang dan best, ada peluang boleh pergi ye.
This is Awesome bro!
Comments