Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3

Itinerary pada hari ini adalah menuju ke Germany. Sama seperti semalam, jam 0500pagi kami dah bangun sediakan sarapan untuk abang awie dan untuk kami sendiri. Kali ni pagi-pagi makan pizza lebihan yang kak Raihan beli semalam. Kami belasah dengan jayanya.


Suhu pagi ini cecah 10c, dalam keadaan sejuk mengigil saya drive menuju ke guesthouse di Bürgenstock untuk pickup ahli travel wanita. 

Kali ini masa tepat, sampai saja terus gerak pasal saya dah maklum siap-siap, perjalanan ke Fussen Germany mengambil masa lebih kurang 3jam30minit. Maka perlu cepat supaya tak bertembung kesesakkan trafic di bandar Zurich.

Walau di negara Eropah, traffic jam pun masih common lagi. Waktu peak hour seperti time masuk kerja dan waktu balik agak jem juga. Jadi kena plan dan rangka perjalanan sebelum bertolak.


Disebabkan perjalanan lebih 3jam, saya akan membuat hentian untuk ke tandas mahupun hilangkan lenguh dalam kereta. Biasanya saya akan stopover di station minyak. Kat petrol pump lagi selesa berbanding berhenti di RNR dorang. 

RNR dorang kosong hanya ada tandas. Itu pun tandas yang kurang selesa. Siapa cakap Swiss ni bersih-bersih. Korang tak caya korang singgah ler tandas RNR dorang. Dengan tak ada paipnya lagi. Istinjak ler kamu dengan daun pokok.

Jadi lebih baik berhenti di hentian yang ada petrol pump. Paling tidak tandas terjaga tapi kena bayar CHF1.00 ler. Lepas tu petrol pump ada convenience shop dengan cafe. Boleh lee beli-beli barang yer. Harga pun boleh tahan, kita cuci mata saja laa dulu. Coop lagi murah.

Lagipun tujuan utama untuk singgah petrol pump adalah untuk membeli vignette toll Austria. Yaa kami akan memandu masuk ke Austria seketika disebabkan itu adalah laluan paling cepat untuk ke Neuschwanstein Fussen.

Vignette Toll ini berfungsi seperti roadtax untuk kenderaan yang masuk di negara Austria. Ianya dijual dalam bentuk sticker saja. Korang boleh beli sama ada untuk 10hari - EUR12.00, 2bulan - EUR31.00 dan setahun EUR103.00. Dia tak ada jual untuk sehari yer, maka terpaksa beli 10hari dengan harga EUR12.00

Sticker ni ada stamping date dan perlu tampal pada cermin hadapan kereta.

Apa akan jadi kalau masuk Austria tak bayar vignette toll? Boleh je korang masuk pasal tak ada siapa pun officer yang check di border, pasal dorang kan negara EU yang tak ada kawalan sempadan.

Cuma, masa lalu di booth sempadan tu ada laa kamera macam RFID kita, maka saya agak, camera itu akan capture nombor plate kereta dan sticker vignette toll tu.

Saya tak pernah buat, pasal saya tahu teknologi mereka sangat canggih. Nak jimat EUR12.00 punya pasal, nanti korang return kereta korang kena saman dan penalty pasal masuk Austria tak beli vigentte toll.

Jadi nasihat saya, lebih baik beli vignette toll saja daripada rugi EUR100.00 kena saman setahun. Kaaaaannnn.....

Korang boleh tengok vignette toll dorang macam gambar bawah ni

Tukar driver dengan Usop, perjalanan ke Neuschwanstein Castle diteruskan. Berbaki lagi 1jam30minit. Masa tahun 2017, kami pernah pergi ke Neuschwanstein Castle ni, siap jalan kaki naik sampai ke castle. Bila turun kaki gigil bang.

Baca tips pemanduan di negara Swiszerland dan negara eropah lain disini.

Neuschwanstein Castle, Fussen Germany

Kalau korang google Neuschwanstein Castle ni memang cantik pasal istana dia terletak atas bukit dan tepi tasik. Castle ini adalah insiprasi untuk logo Disney dan Disney Castle. Korang tengok betul-betul memang nak sama pun. 




Bila tiba kawasan pekan Fussen, dah banyak kereta dan bas persiaran yang telah tiba. Pasal hari ini adalah hari sabtu. Kira hari liburan untuk dorang juga laa beramai-ramai jalan waktu musim bunga ni.

Kami drop dulu akak-akak kawasan kaki bukit castle dan usop pergi parking kereta. Ada tiga cara untuk naik ke puncak castle ini. 

1. Menaiki kereta kuda - bayaran dia lebih kurang EUR12 return. Korang akan dibawa menaiki kuda macam ala-ala princess masuk ke istana. 

2. Menaiki shuttle bas - bayaran dia lebih kurang EUR3.50 return, kekerapan dalam 15-30minit. Cuma mas akan berhenti di bus stop puncak bukit dan perlu jalan kaki mendaki sikit untuk sampai ke pagar istana.

3. Jalan kaki - Transportasi semula jadi ini menggunakan kudrat anda sepenuhnya menaiki bukit jalan tar. Tak jauh mana pun, 1.5km saja dari bawah liku-liku celah bukit sampai laa ke pintu istana dalam masa 45minit. 

Cadangan saya? Naik saja kereta kuda tu buat pengalaman ala-ala princess.


Maka geng akak-akak mula naik kereta kuda menuju ke puncak bukit. Saya dengan usop awalnya macam nak naik secara jalan kaki, tapi memikirkan kami pernah naik dan turun sampai mengigil kaki, maka kami batalkan hasrat.

Saya cadang ke Usop kami lepak tepi tasik saja. Dulu tak perasan ada tasik kat tepi bukit tak jauh lebih kurang 500meter sahaja dari persimpangan jalan. 




Dalam perjalanan tu, ada banyak kedai sourvenir dan cafe yang menjual pastry dan kopi. Bau dia semerbak memanggil-manggil. Mana mau tahan mat, saya beli laa jugak secara kopi berharga EUR3.50. 

Bila sampai negara Germany ni, baru perasan kebanyakkan harga makanan dan jualaan barangan mula murah berbanding Swiss. Biasa secawan kopi macam ni berharga CHF4-6. Di Germany, beza yer harganya.




Sebenarnya best juga berjalan sekitar pekan dia ni, dengan udara sejuk dari bukit lepas senibina kawasan ni cantik seolah dalam cerita Tangled Disney. Hotel, cafe, kedai semua masih mengekalkan senibina lama.

Saya tanya chatgpt, Neuschwanstein Castle saja dah berumur lebih kurang 156 tahun yang siap dibina sekitar tahun 1869. Manakala kawasan bawah bukit ni kiranya pekan rakyat jelata yang membuat urusniaga harian. 

Ada sebuah hotel classic dengan muzium kat sini, memang cantik senibina dia. Memang follow tema Disney habis kat kawasan ni. Bagi saya, ianya seolah korang masuk ke taman tema Disneyland terbuka kawasan ni. 

Bila sampai kawasan tasik, ramai orang lepak santai tengok view gunung. Tak tahu nak ungkap dengan kata-kata. Memang cantik. 




Cuma bila kita berada kawasan tumpuan ramai, jangan leka dengan barangan peribadi kita. Walau selamat macammana pun, pastikan barangan anda selamat dengan anda. Biasanya yang buat kerja penyeluk saku ni licik. Saja buat-buat tanya tempat dengan ajak borak, tau tau lesap habis. 

Duk saja-saja pun tiba-tiba perut boleh jadi lapar. Dalam kereta ada sandwich yang kak Azlina tapaukan, cuma Usop cakap kereta park jauh. Aduhhhh tak cantik ni. Disebabkan Germany murah berbanding Swiss, maka kami beli laa aiskrim layan sambil tengok orang. 


Dalam masa sama saya masuk ke dalam kedai sourvenir cenderahati. Memang betul, harganya lebih murah sekitar EUR4-6 untuk sebiji magnet fridge dan EUR3-5 untuk keychain. 

Bagi saya harga ini adalah reasonable pasal ini adalah kawasan tumpuan pelancong. Dorang mampu mengekalkan harga yang tak kena cekik. Kita beli untuk diri sendiri dengan koleksi diletakkan kat peti sejuk rumah. Yang mengirim tu minta maaf laa yer.


Isny im Allgäu, Germany

Usai selesai lawatan Neuschwanstein Castle ala-ala tema disney ni, kami terus ke Isny im Allgäu untuk makan tengahhari. 

Nama kawasan ni memang unik - Isny im Allgäu dah macam nama al arabiah dah kan. Tapi ianya hanya sekadar nama tempat sahaja. Cuma kami kesini pasal kawasan ni ada kedai halal dan sebuah masjid besar. 

Jarak pekan Isny im Allgäu dengan Neuschwanstein Castle lebih kurang 1jam sahaja. Jadi perjalanan kiranya yang singkat ni agak mencabar pasal rasa lapar pula. Sandwich diketepikan pasal nak bagi laluan kat perut untuk makanan germany ni.


Alhamdulillah, bila tiba di restoran ni, masih buka untuk kita masuk. Korang perlu tahu, di Germany, hari Sabtu dan Ahad ni consider hari holiday dorang. Biasanya hari Sabtu ni kebanyakkan kedai dan restoran tutup separuh hari.

Kalau hari Ahad memang disaster habis. Kebanyakkan kedai dan restoran memang tutup. Malah grocery Lidl dna Coop yang besar seperti Aeon dan Tesco pun tidak beroprasi pada hari ahad.

Ini kerana mereka menyuruh perkerja berehat pada hari Ahad dan hari Ahad adalah hari silent day yang mana kita tak boleh buat bising seperti potong rumput, potong pokok guna mesin, basuh kereta, apa-apa saja laa aktiviti yang boleh buat bising kawasan perjiranan memang tak boleh.

Kalau kita buat bising nanti akan ada polis datang ketuk pintu rumah suruh diam. Naya mat....

Jadi rezeki kami datang restoran ini masih lagi buka dan terus kami masuk untuk santapan tenganhhari. Nama kedai yang kami singgah ni adalah Safran Orientalisches Isny.

Menu makanan dia banyak, ada nasi mutton, nasi curry ayam aahhhhh macam-macam laaa.. Memang mengundang betul. Tapi jangan order sorang satu. Pasal ala-carte dia memang besar, lebih baik order dan share ramai-ramai elak pembaziran.

Saya betul-betul minta maaf, disebabkan kami asyik berborak, maka saya terlupa untuk snap gambar makanan. 


Kredit photo Kak Azlina

Masa kami makan tu, kami sempat bertanya dengan keluarga warga London, yang mana mereka juga muslim. Saya bertanyakan dimanakan masjid yang terdekat dengan sini. Beliau memaklumkan masjid kawasan sini telah tutup pasal pindah yang lebih besar, yang ada kecil tapi dia rasa masjid tu berkunci. Dibuka masa nak solat sahaja.

Jadi dia cadangkan satu lokasi masjid yang besar dan selesa untuk kakak-kakak ini solat, jauh sikit dari dalam 20minit perjalanan. Dia tunjukkan lokasi dalam google map dan saya terus mapping. 

Terima kasih orang baik, saya tak selfie dengan dia kerana hormat privacy dorang yang ada anak kecil.

Selesai makan, kami terus menuju ke masjid untuk solat jamak qasar di negara Germany. Bila lagi kan nak solat di tanah Germany. Huhuhuhu

Masjid Islamicher Verien, Lindau Germany

Bila tiba di masjid ni, saya agak kagum pasal saiz masjid dia agak besar dan dua tingkat. Walau berada di tanah Germany, masjid masjid sebegini masih gah berdiri dengan megah. Ini bermaksud, penganut agama Islam kawasan ini kuat dan ramai. 

Dalam masjid ni ada beberapa kelas pengajian dan juga dewan makan bawah tanah. Sama seperti masa saya travel ke Edinburgh Scotland. Kami parking di kawasan bersebalahan masij besar Edinburgh. 

Masjid dijadikan sebagai pusat pembelajaran keagamaan dan juga kawasan bermain anak-anak bagi memupuk semangat serta menanam kerohanian agama Islam dalam generasi seterusnya. Alhamdulillah. Syukur masih dapat solat di perantauan



Baca perjalanan saya ke Edinburgh Scotland 2024 disini

Alhamdulillah selesai solat kami teruskan perjalanan balik ke Lucerne Switzerland. Jam menunjukkan tepat 400pm.

Jadi, perjalanan balik ni memakan masa 2jam yang mana kami nak singgah bandar Lucerne untuk amik vibes senja. Maka aturan perjalanan perlu dirangka untuk elakkan jem masuk ke bandar Zurich. 

Usop memandu kereta, dan saya perbetulkan perjalanan dengan google maps supaya routing tak masuk ke bandar Zurich waktu orang balik kerja. Kami buat laluan lain dalam negara Austria dan akan masuk dari pintu sempadan Zollmart Austria. 

Highway ini akan menyusuri laluan dalam negara Austria yang bersebelahan dengan negara kecil iaitu  Liechtenstein. Seterusnya akan masuk ke Germany dan terus ke Lucerne Swiss. Kebiasaanya sempadan negara ini berdasarkan sungai. Jadi sepanjang jalan tu berada di tepi sungai sahaja.




Lupa saya nak cerita tadi, dalam negara EU (Kesatuan Eropah) - sempadan negara dorang ni tak macam sempadan negara kita Malaysia - Singapore - Thailand yang mana ada kawalan sempadan.

Negara EU tak ada imigresen atau kastam yang perlu kita cop passport. Hanya lalu sahaja pada booth sempadan antara negara sahaja. Kalau nasib tak baik, mungkin akan ada polis sempadan yang bertugas dan tengok-tengok korang dalam kereta.

Dulu masa kami drive tahun 2017, dari Swiss ke Germany, polis sempadan menyuruh kami benrheti tepi untuk semakan passport dan lesen memandu.

Mungkin disebabkan dalam kereta semua lelaki asian, maka dorang suspect kami datang untuk cari kerja secara haram. Hareyyy betul.

Lucerne, Switzerland

Kami tiba di Lucerne Station sekitar jam 0630pm, waktu terbaik untuk layan senja sekitar kawasan ini. Untuk mudah akses, korang boleh parking dalam station Lucerne ni. Walau sedikit mahal berbanding kawasan parking yang lain, tapi mudah untuk akses ke tasi kdan jarak yang dekat sahaja.

Dalam station ni juga ada pasaraya Coop, sempat laa juga nanti kalau nak beli barang nak topup sayur ke, ikan salmon ke apa kan nanti.

Jangan buang masa, terus keluar dari station untuk bergambar sebagai tanda hadir. Last saya datang ke Lucerne ni pada tahun 2017. Kami berkelana jalan-jalan sekitar tasik dengan jambatan kayu. 





Bagi saya, bandar Lucerne lebih tenang dan santai untuk tengok senibina bangunan yang berlatar belakang Mount Pilatus. 

Berbeza dengan bandar Zurich yang agak sibuk dan ramai orang. Malah hampir kesemua jalanraya dah share dengan tram. Nak dapat parking pun susah di Zurich.

Percayalah, bandar Lucerne memang menawan hati korang. Tak cakap kosong punya kamu pastinya fall in love. 





Kalau rajin, boleh cross jambatan kayu - Chapel Bridge yang dibina sekitar tahun 1300. Dah hampir 660 tahun dah usianya. Pada masa tu apa laa ada di Melaka ya?

Jambatan ini dibina pada ketika itu adalah untuk pertahanan antara 2 menara. Jadi senang askar mereka nak cross sungai bagi mengawal tasik Lucerne yang ada kawasan ni. Tapi zaman dah moden, banyak dah jambatan yang ada di tasik. Hanya Chapel Bridge ini masih dikenalkan untuk bahan sejarah dorang. Walau pun dah berumur 600 tahun, tapi jambatan ini masih utuh dan boleh dilalu.

Dapat view gambar yang majestic waktu senja gunung Pilatus. Glowing warna keperangan memang cantik memukau. Kat bawah saya ambil gambar same spot pada tahun 2017 dan tahun 2025.




Kami jalan kaki balik ke Lucerne Station dan terus pulang ke guesthouse. Tak jauh bandar Lucerne ke rumah sekitar 20minit sahaja.

Syukur Alhamdulillah.

Tiba di guesthouse, rehat, mandi dan solat. Esok sambung perjalanan ke Milan Italy.

This is awesome gais!

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1