Posts

Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Pahang

Image
Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur Pahang Beberapa minggu yang lalu kami beronda-ronda di Pantai Balok dan bandar Kuantan. Ramai orang cakap bandar Kuantan nih xada ape la, bosan la, itu la ini la.. Sebenarnya banyak tempat menarik di negeri Pahang cuma anda belum explore dengan lebih lanjut. So dont judge the book by its cover okay.. Muahahahah! Salah satu tarikan adalah di Tanjung Lumpur dimana jika mempunyai hobi makan-makan, amat sesuai anda singgah di Kg. Tanjung Lumpur untuk layan makan seafood yang fresh dari laut. Jika anda drive dari bandar Kuantan, anda hanya perlu cross jambatan yang menuju ke Tanjung Lumpur/Pekan dan lebih kurang 10-minit sahaja drive dari pusat bandar Kuantan. Sila lihat map dibawah untuk lokasi yang lebih tepat. Ana Ikan Bakar Petai ini mempunyai 2 cawangan setakat ini iaitu di Bandar Baru Bangi dan Tanjung Lumpur Kuantan. So bila anda dah sampai di Tanjung Lumpur parking agak susah nak dapat pasal bukan anda sorang yang nak makan seafood. Adala...

Tips Untuk Pengundi Kali Pertama

Image
Tips Untuk Pengundi Kali Pertama Plihanraya Umum 13 akan dilaksanakan pada 5 Mei ini secara serentak. Proses pengundian akan bermula mengikut DUN masing-masing bermula dari jam 8.00pagi sehingga 5.00petang. Buat pertama kali saya akan membuang undi dan untuk mengelakkan sebarang kerumitan, maka syaa telah browse mengenai proses pengundian ini. So nasib baik blog brader Noktah Hitam menjawab segala persoalan. Thanks! So disini saya nak kongsi beberapa tips yang dikumpulkan untuk memudahkan proses membuang undi bagi orang yang pertama kali mengundi seperti saya nih. 1. Sila pastikan diri anda telah pun daftar dengan SPR beberapa bulan yang lalu. Anda boleh semak status dan tempat mengundi anda disini. 2. Sila kenal pasti siapa calon DUN dan Parlimen ditempat anda mengundi. Anda juga boleh semak calon DUN dan Parlimen disini.  Perlu dingatkan bahawa Calon DUN dan Parlimen ini kedua-duanya orang yang berlainan. DUN adalah untuk menentukan Kerajaan Negeri manakala Parlimen pu...

Gruppe Pilobolus Amazing Dancing Show

Image
Gruppe Pilobolus Amazing Dancing Show Tempoh hari yang lalu saya telah tunjuk teknik seni bayang-bayang tahap Naruto Shippuden. So kali ini saya tunjuk lagik pada anda shadow dance atau lebih dikenali tarian bayangan. Gruppe Pilobolus atau secara lebih lisannya dikenali sebagai Kumpulan Pilobulus adalah sebuah organisasi bebas yang telah menubuhkan kelas tarian dan mempunyai tajaan yang khusus. Kumpulan penari ini telah banyak membuat persembahan Shadow Dance dan antaranya mereka masuk dalam reality show 'American Got Talent' baru baru nih. Saksikan video mereka nih yang mengisahkan perjalanan hidup seorang perempuan dan bentuk tarian. Sangat Awesome dude!

Art Design by Tang Yau Hoong

Image
Art Design by Tang Yau Hoong Tang Yau Hoong adalah seorang ilustrator ataupun designer yang dilahirkan di Kuala Lumpur Malaysia. Pada asalnya saya memang tidak menyangkakan bahawa hasil lukisan/ilustrator yang kretif ini adalah dari seorang warganegara Malaysia. Bermula sejak tahun 2007, beliau bekerja sebagai designer-bebas dengan pelanggan dari serata dunia dengan hasil kerja seperti poster, cover buku, t-shirt, pengiklanan dan pelbagai lagi, Tang Yau Hoong nih telah mencipta nama dibanyak benua dalam bidang Design & Illustrator. Antaranya beliau telah mengbuat beberapa poster petikan ucapan dari orang berpengaruh dunia. Anda boleh dapati banyak lagik hasil kretif Tang Yau Hoong di Tumbler beliau, pastinya poster-poster beliau sangat Awesome!

Animasi Bacaan Dalam Solat

Image
Animasi Bacaan Dalam Solat Saya percaya ramai dikalangan kita tidak mengerti dengan maksud-maksud dlaam bacaan rukun solat setiap hari termasuklah saya sendiri. Kebanyakkan daripada kita akan memberi alasan bahawa kita tidak memahami bahasa Al-Quran dan tak sempat nak belajar. So disini saya paparkan sebuah animasi yang menerangkan maksud-maksud dalam bacaan solat, mungkin boleh digunapakai untuk anak-anak serta diri kita sendiri. Video animasi ini dihasilkan oleh kumpulan iProduksi. Kekalkan hasil kerja anda kerana ianya sangat membantu untuk semua golongan. Awesome!

Jom Mengundi (Black,Tomok,Shiha,Ayu)

Image
Jom Mengundi (Black,Tomok,Shiha,Ayu) Ohhh sangat speechless, dimana-mana sahaja lagu. Lagu mengundi pon boleh dikira jugak.. Diharap anda mengundi lepas dengan lagu nih.. Huhuhuhu...

Global City by Deck Two

Image
Global City - Hand Draw Dulu maso kocik-kocik, dinding rumah adalah sebuah kertas putih yang besar. Maka hasil nukilan dan karya-karya saya semasa kecik telah dilukis pada dinding rumah. Tapi malangnya hasil karya tersebut tidak diiktiraf oleh ayah saya kerana lukisan yang amat teruk! Muahahaha.... Oleh kerana itu seorang pelukis yang mengenali dirinya sebagai Deck Two dari New York. Beliau telah melukis beberapa landmark bangunan dari seluruh dunia pada dinding putih yang sangat Awesome! Sebelum ini saya pernah paparkan seorang pelukis bernama Stephan Wiltshire  yang melukis panorama bandar. Melukis pada dinding adalah satu perasaan yang sangat best seperti mana melukis mural mahupun graffiti, cuma anda perlu lebih kretif dan mesti pandai melukis supaya lukisan anda tidak disumpah. Huhuhuhu...

Sheldon Cooper Shirt

Image
Sheldon Cooper Shirt Dalam series TV The Big Bang Theory, Sheldon Cooper memegang watak utama. Sehingga kini series TV ini telah masuk musim yang ke 6. Sungguh awesome terdapat satu infographic dimana mereka mengumpul koleksi t-shirt yang dipakai oleh Sheldon dari musim pertama sehingga kini. Persoalannya, area KL nih ader tak dorang jual T-shirt sebegini? Kat mana yer..? Sangat awesome kalau dpt shirt musim 4 episode 6. Source : visual.ly

House of Nasi Kerabu

Image
House of Nasi Kerabu House of Nasi Kerabu atau dalam nama singkatannya adalah Honk Honk... Huhuhuhu.... House of Nasi Kerabu ini adalah sebuah kedai makan yang menyajikan masakan Kelantan dan setakat ini Nasi Kerabu dia saya kasik rating 9/10. Restoran ini terletak di Prima Sri Gombak dan mungkin ramai yang belom mengenalinya so boleh scroll down kebawah tengok map yang saya attach-kan. Disini menu utama atau menu specialnya adalah Nasi Kerabu NARA dan Nasik Kerabu Combo. Nasi Kerabu NARA ini adalah nasik kerabu yang warna biru dan adna boleh pilih samaada nak daging bakar mahupun ayam bakar. Manakala Nasik Kerabu Combo pulak dihidangkan dengan ayam percik, ikan goreng dan daging goreng. Kalu korang seorang yang pelahap bolehlah order hidangan combo nih.. Oleh itu, lalu saya singgah dikedai ini dan saya order Nasi Kerabu NARA dan Nasi Kerabu Tumis. Seperti yang saya katakan tadi Nasi Kerabu mereka memang sedap. "Mano-mano ore Kelate buleh laa maghi keda dio, acu try dulu...

PSY - Gentleman M/V

Image
PSY - Gentleman M/V Dua hari yang lalu PSY telah mengumumkan single terbaru beliau yang bertajuk Gentleman M/V. Video yang   baru upload 2 hari yang lalu telah mencecah 76 juta view! Video klip PSY yang baharu ini agak berunsur 18SX sikit, so sila berwaspada dengan tingkah laku anak anda supaya tidak terpengaruh dengan gelaja baru PSY nih yer... Anyway, PSY Gentleman memang best. Awesome dude...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...