Posts

Kayuhan Malaysia PDRM - Putrajaya 2015

Image
Kayuhan Malaysia PDRM - Putrajaya 2015 Weekend baru saya join satu Jamboree yang dianjur oleh pihak PDRM dan konco-konconya. Buat 1st time kami join jamboree macam nih dan mengambil acara Fun ride 40km yang bermula di Depan Istana Kehakiman Putrajaya dan Finish Line ditempat yang sama. Sebelum join event saya macam dah dapat review yang kurang menarik dari beberapa rider MTB mengenai pengajur ini. Tapi atas dasar kawan sekerja yang ajak, so kami join dengan bayaran RM50.00 per entry so serta merta saya mengajak En. Adzli untuk join bersama. 21 Mac 2015 Sabtu saya datang ke IPD Putrajaya untuk collect Jersey dan plat number. Agak kecewa pasal petugas memaklumkan bahawa Jersey tidak dapat diberi kerana vendor yang cetak baju xleh nak siapkan. Choiiii! So jersey akan dibagi pada minggu depan. Ok no problem.... 22 Mac 2015 Ahad, kayuhan Fun Ride bermula, so kami agak ketinggalan pasal lambat sampai dekat checkpoint. Overall kayuhan memang sampai 40km yang melalui pinggir P...

Bercuti ke Ho Chi Minh City - Day 3 & 4

Image
Trip to Ho Chi Minh City - Day 3 & 4 Day 3 : Seperti biasa pagi kami breakfast sendiri sementara tunggu supir kami datang. Saya breakfast di Restoran As-Salam. Agak mahal di Restoran ini pasal dorang kenakan tax 20%. 2 keping roti canai macam lempeng tu dengan kari ayam yang ado ayam seketul. Tapi regenya VND100,000 termasuk tax (dalam rege RM17.00). Lepas breakfast kami melawat ke Masjid Ar Rahman yang dikatakan antara Masjid tertua dan terbesar di Ho Chi Minh nih. Masjid ini dibina sekitar tahun 1935 dan pernah mengalami kemusnahan akibat salah faham agama diantara penduduk sekitar. Di sekitar ini terdapat banyak restoran Arab. Mungkin mat arab suka lepak dikawasan ni kot. Selepas itu kami menuju ke Pasar Bin Thay. Saya mendapat info ini dari blogger yang lain yang mengatakan harga kain pasang sangat murah. Pasar ini terletak di District 5 atau dikenali sebagai China Town. Lebih kurang 20minit dari hotel atau 8km dari Ben Thang. Memang betul harga kain pasang dis...

Bercuti ke Ho Chi Minh - Day 2

Image
Trip to Ho Chi Minh - Day 2 Day 2 : Awal pagi dah breakfast sendiri di Restoran Hjh Basiroh sementara tunggu supir nak ke Cu Chi Tunnel. Mungkin menjadi satu kewajipan pulak bila ke Ho Chi Minh nih nak kena pergi Cu Chi Tunnel. Dah settle breakfast so gerak ke Cu Chi Tunnel. Anda buleh tengok pembangunan dan kehidupan mereka di sepanjang jalan tu dan rumah kedai sepanjang anak sungai Saigon. Memandangkan hari kedua adalah hari Sabtu, so traffik agak teruk dengan limpahan motosikal yang banyak giler. On the way tu singgah sekejap di kawasan industri desa pembikinan kraf tangan dari orang kurang upaya iaitu di Handicapped Handicraft. Difahamkan oleh supir kami (En Sulaimen Akhlaken), mereka ini adalah mangsa dari pencemaran radioaktif ketika ibu mereka mengandung semasa zaman Vientam berperang. Wallahualam... Tak lama pon lepak lepak sini, so teruskan perjalanan menuju ke Cu Chi Tunnel. Sebenarnya agak jauh dari Bandar Ho Chi Minh. Lebih kurang 55km. Perjalanan dengan tr...

Bercuti ke Ho Chi Minh City - Day 1

Image
Trip to Ho Chi Minh City - Day 1 Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan. Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Ho Chi Minh City. Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, sewa kereta, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping. Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking Tips #3 : Sewa kereta mungkin memerlukan  belanja yang lebih. Tetapi jika anda travel bersama bayi atau secara group, lebih baik memandu sendiri daripada memilih taxi. Lebih senang jika anda Hired Supir anda sendiri untuk mengelakk...

Restoran Mohd Chan Abdullah, Bandar Baru Bangi

Image
Restoran Mohd Chan Abdullah, Bandar Baru Bangi Kalu korang perasan sekarang nih dah banyak restoran-restoran Chinese Muslim. Tak sure la samada saya yang baru nak perasan atau memang dah lama Restoran sebegini muncul.  Weekend baru ni saya dari Johor Bahru nak balik kerumah singgah la santap santai di area Bandar Baru Bangi, so buat suggestion pada wife makan Chinese Muslim food. So drive to Restoran Mohd Chan Abdullah yang terletak di Jalan Persiaran Bangi. Saya telah share maps nak menuju ke restoran ini but anyway kedai ini terletak disebelah dalam Persiaran Bandar Baru Bangi. Kalu korang masuk simpang dari RHB Islamic tu, korang amik kiri pada 1st junction dan terus jer sehingga nampak restoran ini pada sebelah kiri anda. Sebaris dengan kedai ini terdapat restoran Korea Muslim dan beberapa kedai Chinese Muslim Restoran. Suasana kedai memang penuh walaupun dah sampai nak masuk waktu magrib. Ofcoz menu masakan disini adalah Chinese Style, dan anda jangan bimbang ...

Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah - Part 2

Image
Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah - Part 2 Last week outstation 2 hari ke Kota Kinabalu, sebuah negeri yang Awesome! Tak dinafikan sekarang dah xsusah payah nak cari makanan best di Sabah nih berbanding dulu. Korang kena rajin blogging dan searching jer. Sepanjang waterfront dari Hotel Promenade sampai la Hotel Grand Hyatt terlalu banyak restoran masakan seafood dengan harga jauh lebih murah dari semenanjung. Disyorkan anda jalan-jalan dikawasan ini sekitar jam 6.00pm untuk tengok sunset yang betul Awesome. Kadang-kadang ada budak2 buat baskin music berhampiran bulatan ikan todak tu.. Tapi saya dah ada panel tersendiri jika mengunjungi KK nih. Pastinya saya akan singgah di Gerai Sinar Delima yang terletak di Anjung Selera berhadapan dengan Hotel Grand Hyatt. Brader dengan akak tu pon dah kenal sampai dah buleh dapat harga special price beb! Pasal haritu saya outstation sorang jer.. so menu makanan xde laa banyak sangat. Saya hanya amik udang dengan sotong a...

Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang Langkawi

Image
Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang Langkawi Pada petang tu saya bawak Nazril untuk main pasir pantai, Alhamdullilah anak suka benar main pasir. Cuma nangis bila kena air laut pasal sejuk beb... So lepas bilaskan si Nazril ni kami nak cari kedai makan untuk having some dinner la.. Di sepanjang Pantai Cenang ini terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan seafood, dari kedai cina, melayu sampai la kedai pak arab. Jika anda berada di Pantai Cenang, anda wajib untuk dinner seafood disana atau paling koman lepak minum coconut. Pilihan saya adalah Restoran Haji Ramli yang terletak bertentangan dengan entry hotel Casa Del Mar Pantai Cenang. Anda buleh tengok gambar Google Street saya. Restoran ini juga bersebelahan dengan kedai arab Mumbai Palace. Restoran ini bukak pada jam 5.00pm sehingga 2.00am. Masakan utama sememangnya masakan seafood. Anda order je ape yang korang nak makan dengan seafood. Ikan pilihan seperti siakap, jenahak, bawal pon ada... Harga pun rata...

Singgah Rasa D Sainaz Langkawi

Image
Singgah Rasa D Sainaz Langkawi Last week saya pergi bercuti di Langkawi bersama keluarga kecil saya . Sangat best dan sangat awesome pasal bercuti bersama anak kecik. For sure di Langkawi ada terdapat pelbagai restoran dari breakfast sampai la dinner. Anda cuma tahu dimana dimana lokasi restoran-restoran terbaik di Langkawi. Review saya kali ini di Restoran Singgah Rasa D Sainaz yang terletak di Jalan Penawar, berhampiran dengan Pasaraya Langkawi Saga. Nama kedai ini tiada pada signboardnya, sila rujuk gambar Google Street saya dibawah untuk lokasi kedai yang betul. Anda boleh Waze kedai ini pada carian lokasi Langkawi Saga, Kedai ini bertentangan dengan Shopping Langkawi Saga di Pekan Kuah. Kedai menyediakan makanan panas dan nasi campur pada waktu tengahari dan juga didapati pada waktu sarapan pagi. Awesome di restoran ini kerana mereka menawarkan pakej makanan yang murah iaitu Bawal masak kari dan Bawal Goreng yang betul-betul panas. Mereka akan buat base on ...

Trip to Langkawi

Image
Trip to Langkawi Alhamdullilah tercapai dan sampai juga keinginan untuk membawa isteri dan anak untuk bercuti di Langkawi. Kebetulan ada tix Airasia muroh... rembat saja... Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan. Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Langkawi. Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, sewa kereta, duit makan, duit belanja seperti petrol, tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping. Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking Tips #3 : Sewa kereta mungkin memerlukan  belanja yang lebih. Tetapi jika anda travel bersama bayi atau secara...

Lontong King - Hulu Langat

Image
Lontong King - Hulu Langat Kat Hulu Langat ni memang banyak kedai makan, bersepah-sepah mula dari Batu 9 sampai la ke Sungai Congkak. Kalu nak review satu-satu kedai memang jadi pengacara jalan jalan cari makan ler blog saya nih. So saya hanya buat entry dimana kedai-kedai yang terrrrbaik sahaja yer.  Ok jika anda familiar di Hulu Langat, anda pasti kenal dimana Batu 9, Batu 11, Batu 14. Di Hulu Langat iaitu lebih spesifiknya Taman Sri Nanding terdapat satu kedai yang sangat Awesome dan kreatif dimana kedai ini menyediakan makan pagi dan makan malam ala-ala hotel bertaraf rakyat. Kedia ini dinamakan Lontong King. Sebuah kedai yang menyediakan pelbagai makanan pagi ala-western, ala-melayu dan ala-jawa. Memang banyak betul hidangan yang disediakan sehingga anda tak tahu nak makan apa, dah macam breakfast di hotel plak.  Special disini pastinya lontong pasal nama kedai pon dah Lontong King. Wife saya cakap Lontong di kelas A punya pasal nasi impit dia sangat ...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...