Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3

Waktu pagi di kawasan hotel saya sangat tenang. Hari ketiga ini saya ke Blue Mountain National Park, Katoomba yang terletak lebih kurang 100+km dari Sydney. Pilihan menggunakan train adalah satu-satunya transport yang agak jimat jika nak dibandingkan menyewa kereta ke sana.

Saya memulakan perjalanan dengan berbekalkan roti dan segelas kopi panas menuju ke Station King Cross dan terus ke Central seawal jam 6.30pagi. Untuk pengetahuan korang, waktu siang di Syndey pada jam 5.00pagi dan 5.00malam juga dah masuk waktu magrib. Bertanya pada petugas adalah penyelamat anda kerana tidak ingin membuang masa dan tercari-cari. Straight to the point dan beliau menunjukkan bahawa platform 7 Blue Mountain Lane akan menuju ke destinasi anda. 


Train tiba tepat pada waktunya dan saya mengesyorkan anda perlu duduk diseat sebelah kiri untuk pemandangan yang terbaik. Kerana sebelah kanan anda adalah kaki bukit sahaja. Nikmatilah pemandangan sepanjang ke Katoomba ini dengan hirupan kopi.

Tiba di Katoomba adalah perkara yang agak teruja bro... suhu telah drop menjadi 7c. Agak bodoh saya tak check suhu disini menggunakan Apps. Lebih dari itu dah ler suhu 7c, berangin bagaikan angin ribut membawa sisa-sisa sejuk beku dari gunung. Cuaca sebegini mampu membuatkan tulang Asia kita ini mengigil secara tiba-tiba. Masuk ke pejabat travel agent service adalah perkara terbaik ketika ini.



Harga memasuki National Park adalah percuma, tapi saya nak ke Scenic World untuk merasai pengalaman menaiki Railway paling cerun di dunia dengan bayaran AUD39.00. Selepas mendapatkan tiket di salah sebuah agent berhampiran dengan Katoomba Station, saya perlu menaiki bas bernombor 686 untuk menuju ke Scenic World entrance. Sementara menunggu bas di hadapan Carrington Hotel, saya berjalan sekitar pekan Katoomba yang seakan dibina klasik. Sangat tenang bagaikan tidak perlu mengejar masa kehidupan rakyat disini.

Menaiki bas menuju ke Scenic World selama 15minit melalui kawasan perumahan tempatan dimana anda dapat lihat betapa bersih, tenang dan awesome disini. Tiba di entrance Scenic World akan diperdengarkan sedikit taklimat dari gadis berambut perang mengenai keselamatan dan perkhidmatan yang anda bayar dengan harga AUD39.00. 

Terdapat 4 jenis perkara yang anda boleh naiki disini iaitu Railway, Cableway, Skyway dan Walkway. Bagaimana rupa way-way dorang nih kesemuanya mampu membuatkan adrenaline sedikit pantas dengan hembusan lafaz lega. Jangan lupa Bismillah dan syahadah yer.




Saya layan kesemua yang dorang tawarkan dan melintasi pengunungan dengan menggunakan Skyway yang terapung seperti ampaian baju setinggi hampir 300m. Tiba diseberang gunung saya perlu tracking untuk lebih mencabar dicelah gunung untuk pemandangan hebat dari ciptaan Illahi. Disini anda akan dapat bergambar dengan mercu tanda Blue Mountain iaitu Three Sister dengan lebih dekat. Lebih dekat lebih kecut lebih sukar. Saya bukan seorang hikers dan saya hanya mampu berjalan separuh track way kerana pemakaian saya agak tidak sesuai. Berehat sebentar menikmati keagungan Allah yang menciptakan kehidupan alam.




Berjalan pulang ke entrance Scenic World menjadi pilihan kerana matahari mula meninggi dengan suhu 15c. Menaiki sekali lagi Skyway dengan penampakkan permandangan air terjun yang hebat. Bas bagaikan menunggu kami tiba dengan masa yang tepat terus menuju ke Katoomba Station. Seperti berjanji train juga tiba dalam masa 1minit dan terus pulang ke Central Station. Tidur menjadi pilihan terbaik didalam train kerana letih trackking. 

Tiba di Central saya terus ke Kent Street untuk makan tengahhari di Nando's yang berhampiran dengan Station Wynyard. Nandos' Sydney adalah salah satu rangkaian restoran Halal dan mendapat pengiktirafan Halal dunia. Pernah juga travellers lain cakap Nando's juga Halal di serata dunia. Terbukti dan tepat, bila tiba di Nandos' Kent Street disambut oleh pekerja Muslim hijab dan terang-terang Cert Halal terpapar. 


Half Chicken, Spicy Rice, Peri-peri Chips menguasai perut untuk cover balik makan pagi dan tengahhari berharga AUD20.50. Air mineral adalah percuma dan pasti menjadi menu saya untuk lebih penjimatan. Bagaikan mahu tidur balik di Nando's kerana perut sixpack saya tidak lagi menunjukkan ketulan akan tetapi menjadi 1 pack belly.

Kent Street sangat hampir dengan Darling Harbour. Adalah salah satu destinasi wajib jika ke Sydney untuk lebih lebih lagi merentasi perlabuhan dengan Pyrmont Bridge. Dahulu Pyrmont Bridge digunakan untuk laluan kenderaan akan tetapi telah ditutup dan dibuka kepada pejalan kaki dan berbasikal sahaja. Singgah sebentar di Rock Shop untuk mendapatkan koleksi baju Hard Rock.





Selesai di Rock Shop saya membeli Latte di Coffeebox dengan harga AUD3.50 sambil lepak menikmati permandangan bandar dan suasana orang yang lalu lalang pulang dari tempat bekerja.

Kopi yang telah kering dengan cuaca yang mula menurun tidak mampu membuatkan saya bertahan lebih lama lagi. Jalan kaki pulang ke hotel adalah acara terbaik untuk penutup hari ini, dari Town Hall Station menaiki train ke menuju ke King Cross. 

Penat ke Katoomba agak berbaloi hari ini kerana pengalaman dengan permandangan yang hebat menjadi tulisan blog ini. 

Makan roti. Penat. Tidur.

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 1 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 2 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam