Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5

Waktu pagi yang terakhir pastinya berat untuk meninggalkan bumi Australia. Berkemas dan packing kesemua barang menjadi acara utama selepas solat Subuh. Cuaca waktu pagi sedikit berawan akan tetapi suhu tidak terlalu sejuk.


Selesai urusan check-out saya menuju ke Sydney Fish Market untuk breakfast seafood, tak pernah dalam hidup awal-awal pagi nak pekena seafood. Dalam fakta mengatakan Sydney Fish Market adalah pasar ikan kedua terbesar didunia selepas Jepun. Saya rasa macam betul ajer, pasal disebelah pasar basah dorang ni ada beberapa kedai makan seafood seawal pagi dah buka untuk orang makan seafood. 







Agak best pasal anda boleh beli untuk tapau mahupun order terus dimasak special. Harga pulak ada yang murah dan ada jugak cecah ratusan dollar. Tengok poket dan kami order platter seafood untuk share 3orang. Tukang masak seperti tahu kami ini adalah first time datang kesini dan dia masak macam lebih banyak dari menu. Pastinya xhabis walaupun makan 3orang. Diselangkan dengan kopi selepas makan bagaikan nak tidur ajer tepi pasar.

Seterusnya saya menuju ke Paddy Market untuk topup barangan yang orang kirim. Paddy's Market ini dibuka dari hari Rabu hingga ke Ahad, Isnin dan Selasa dia tutup yer. So pandai-pandai ler budget waktu untuk shopping kat Paddy's. 



Memenuhkan bag selepas shopping terakhir terus menuju ke Central. Dari Central saya menuju ke International Airport, harga tiket fare adalah AUD15.00. Urusan check-in flight telah saya selesaikan pada dua hari lepas melalui web checkin. Hanya datang ke kaunter F untuk drop luggage dan mengisi outbound declaration form.

Seperti yang saya perkatakan tempoh lalu, di Sydney ini sangat senang untuk mendapatkan restoran Halal. Anda boleh makan atau mengisi perut sementara tunggu flight di restoran Nando's dan Taste of Thai yang terletak di foodcourt sebelum memasuki gate departure.


Selesai pekena teh, saya terus memasuki imigresen yang pastinya menjadi amalan polisi antarabangsa, pemeriksaan yang ketat diperkenakan. Patuhi saja arahan officer tu, jangan dok buat leceh. tak pasai-pasai daripada 5minit jadi 5jam. Terus menuju ke gate 53, flight on time pasal flight yang tiba di Sydney akan membawa pulang penumpang balik ke KL. Acara tidur menjadi pilihan untuk penutup tirai percutian ke Sydney. 



Pastinya sangat sempoi dapat bersiar-siar menikmati ciptaan Illahi di bumi asing. Saya akan kembali ke sini lagi bersama keluarga tercinta nanti. InsyAllah.

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 1 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 2 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam