Kembara ke Europe : Hamburg - Giethoorn - Zaandam (Day 10)

Kembara ke Europe : Hamburg - Giethoorn - Zaandam (Day 10)

Kehebatan orang Germany

Semalam kami tak sempat untuk ronda ronda sekitar bandar Hamburg selepas makan malam kerana hujan dan angin yang kuat. Di tambah pula badan yang mula letih bangun seawal pagi menuju ke destinasi didalam itinerary kami.

Sesudah solat subuh, saya menuju ke satu destinasi didalam youtube, Miniatur Wunderland. Tempat ini saya temui ketika anak saya Nazril dok layan youtube keretapi mainan beberapa bulan dulu. Thanks my son dan minta maaf pasal tak bawa kamu datang kemari. Insyallah satu hari nanti kita sampai disini.

Miniatur Wunderland adalah sebuah galeri miniature terbesar dan menperoleh anugerah Guinness World Record tahun 2015. Di dalam bangunan ini terdapat 8 buah negara miniature yang dibina oleh para penggiat seni miniature dan yang tak boleh terima akalnya, terdapat miniature airport Frankfurt yang berfungsi secara automatik termasuk kesemua jenis keretapi kecil,lori dan kereta. Tiket masuk berharga 11.70 Euro jika membuat penempahan secara online. Hanya register masa masuk sahaja dan bayar dikaunter.



Agak kagum melihat sebuah bandar yang mereka bina dan berfungsi secara automatik. Di sebalik tabir sistem miniature yang canggih ini, terdapat sebuah control center yang mengawal pergerakkan keretapi, kereta dan kapal terbang. Seolah seperti berada di control center airport pula. Beberapa staf bekerja dengan memastikan pergerakkan keretapi dan kapal terbang berfungsi.



Tak dapat saya jelaskan didalam entry ini dan masing-masing masih bingung bagaimanakah mereka membina miniature ini, sistem PLC apakah yang mereka pakai sehingga mampu menggerakkan kereta serta kapal terbang dari terminal sehingga ke udara. Im not joking bro. Korang boleh search youtube dengan carian miniature wunderland. Kalau setakat buat bangunan miniature tu biasa ajer - ini mereka beroperasi dengan keretapi, lori kereta yang bergerak sendiri dan paling melampau ialah kapal terbang di terminal. Sampai skang saya masih dok pikir. Dem!









Hampir 2 jam lebih kami menghabiskan masa di sini, dan saya cakap - saya boleh habiskan masa seharian di Wunderland ini untuk tengok airport mini mereka tapi apakan daya, kami perlu balik ke Amsterdam pada hari ini.

Membuat persinggah pada station minyak untuk mengisi minyak dan makan sarapan pagi yang kami beli semalam, terus menuju ke pekan Giethoorn terletak di Netherlands. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3jam 30minit membuatkan perut sentiasa cepat lapar. Berhenti seketika untuk mengisi perut dengan roti dan secawan kopi panas. Di tambah pula cuaca yang sedikit cerah pada hari ini.



Disiplin Kebersihan Yang Tiada Tolok Tanding

Giethoorn adalah sebuah perkampungan kecil di pinggir bandar Amsterdam dimana kampung ini tidak mempunyai akses jalan raya melainkan bot kecil yang menempatkan beberapa rumah orang dan juga kedai makan. Tidaklah kesemua rumah tidak mempunyai akses jalan raya, hanya beberapa rumah saja yang terletak ditengah kawasan perairan ini yang mana mungin dibina atas tujuaan tertentu. 

Tiba disini suasana yang tenang dan bersih membuatkan hati ini luntur bagaikan di pukau. Walaupun ramai kelibat orang asing akan tetapi keadaan masih terasa damai. Kebanyakkan mereka datang datang Asia termasuklah kami.   





Anda boleh menyewa bot kecil uintuk mengelilingi kampung menyusuri sungai dengan harga 12 Euro / jam atau berbasikal atau lebih jimat berjalan kaki. Saya memilih jalan kaki untuk kebebasan serta penjimatan kocek yang semakin nipis. Rumah rumah tradisional Belanda masih dikekalkan kebanyakkannya menggunakan atap jenis jerami. Rumah mereka dikelilingi air dan terdapat jambatan untuk akses ke laluan pejalan kaki. Ada beberapa rumah diubahsuai dijadikan kedia dan restoran membuatkan orang ramai boleh berehat sambil menikmati suasana sekeliling. Kami juga tak melepaskan peluang untuk pekena kopi secawan.


Merasa kagum juga dengan penduduk mereka yang berdisiplin untuk mengekalkan kebersihan serta bersabar dengan pengunjung yang datang kekampung mereka. Seronok melihat mereka lepak dalam rumah dan membersihkan laman sendiri tanpa menghiraukan  orang yang mengambil gambar. Tak tahu la mereka menerima bayaran dari kerajaan atau mereka melakukan dengan ikhlas? Namun sekali lagi saya sebut didalam ini, kebersihan mereka memang tiada tolok tandingan.

Perut masih lapar walaupun disuapkan dengan kopi serta kerepek kentang. Maka lawatan di Giethoorn ditamatkan dengan cepat dan menuju ke ke kota Amsterdam untuk makan tengahhari dan juga makan malam. Kami mengubah laluan dengan melalui terusan Houtribdijk.

Terusan Houtribdijk ini dibina pada sekitar tahun 1975 untuk menghalang kemasukkan air masin ke kawasan penanaman Amsterdam. Panjang terusan ini sejauh 27kilometer dimana korang boleh berhenti pada perhentian tengah untuk selfie dan menikmati permandangan laut yang hebat. 



Selepas berselfie, kamu terus ke bandar Zaandam. Kedai Doner City seolah memanggil manggil kami untuk disinggah. Jangan risau - kami pasti akan singgah kerana perut six kami ini masih belum diisi sejak pagi tadi lagi. Ini adalah pertama kali dalam perjalanan Europe kami dimana kami tidak mempunyai bekalan tengahhari. Boleh mengundang kemarahan bro!

Tiba di Doner City bagaikan di hamparkan dengan karpet merah. Malangnya, tiada nasi untuk hari ini dan kami tidak mengalah - Saya order Chicken Burger bersama 3 kepak ayam goreng dan air light coke berharga 8.00 Euro. Harga tidak lagi menjadi masalah kerana budget makan hari ini adalah 15.00 Euro. Maka ianya masih dalam budget saya.



Tiada yang lebih indah semasa dapat makan ketika perut yang kelaparan, tiada lagi soalan dan tiada lagi pertuturan semasa mulut masing-masing mengunyah makanan yang dihidangkan. Betapa hebatnya nikmat oleh-Nya kerana masih lagi boleh makan dan minum. Syukur Alhamdulillah.

Kekenyangan yang penuh, kami menuju ke Hotel Best Western Zaan Inn di Zaandam untuk checkin selama 2 malam. Ini adalah hotel terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Walaupun touchdown Amsterdam, kami sebenarnya masih belum bersiar-siar lagi sekitar bandar. Tunggu pada entry saya esok untuk lawatan kota Amsterdam.

This is Awesome bro.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam