Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 1

Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 1

Trip ke HongKong ini adalah trip pertama untuk tahun 2019, yang mana tahun lepas kami sekeluarga tidak kemana-mana melainkan ke Legoland dan Singapore disebabkan cuti cepat habis dan jadual yang padat.

Alhamdulillah, boleh dikatakan last minute plan untuk ke Hong Kong dengan percutian selama 4hari 3malam. Selalu ke HK atas urusan kerja, kali ini kita angkut anak bini datang HK datang jenguk kampung. Huhhhuhuhu...

Bagi saya, HK adalah satu destinasi bawah top 5 dalam list saya. Ini kerana bandar HK adalah sebuah bandar Metropolis yang mana penduduk hanya mementingkan pekerjaan dan melangsungkan kehidupan harian. Jika bukan kerana Disneyland, sudah pasti tidak ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya ingin ke HK walaupun mempunyai tempat-tempat menarik yang pernah saya senaraikan sebelum ini.

Walaubagaiamanpun, kami sudah berjanji dengan anak paling tidak ingin memasuki Disneyland sebelum masuk Darjah 1, maka - HK Disneyland adalah destinasi yang dipilih. Nak pergi ke Disneyland Shanghai tiket mahal pula dengan perlu apply Visa, Tokyo pun ada tapi modal pulak mahal. Maka HK lah jawabnya. Jimat dan mesra!

Oleh itu, web airasia dibuka hari demi hari untuk memantau harga tiket. Hasil daripada carian, maka ketemulah tiket dengan harga mampu milik iaitu pada hari Weekdays dengan harga RM580.00 return (tiket sahaja). Jadi, pembelian dibuat untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak termasuk standard seat, luggage 50kg dan meals. Saya amik meals pasal flight KL ke HK mengambil masa 4jam dan saya faham, perut saya takkan dok diam kalau lama macam tu. Lebih baik beli siap-siap untuk penjimatan yang lebih. 

Jumlah keseluruhan pembelian tiket penerbangan adalah RM2214.00.


Setelah itu, seminggu sebelum penerbangan saya membuat penempahan hotel dengan menggunakan aplikasi Traveloka. Biasanya saya lebih gemar menggunakan Agoda kerana ianya ada Enrich Miles, tapi kali ini lain pula pasal Traveloka menawarkan coupon sebanyak RM88.00 bagi penempahan hotel lebih daripada RM500. Sangat cantik la tu... 

Maka, saya memilih untuk stay diluar bandar Kowloon untuk mendapatkan rate ang lebih rendah. Kalau korang pernah ke HK, korang akan tahu betapa mahalnya hotel di HK dengan keluasan bilik yang korang akan sesali kemudian. Pengalaman saya booking hotel sekitar Tsim Sha Tsui (Kowloon) adalah sangat mahal, bilik sangat sempit dan suasana hotel agak kelam kabut kerana berada di kawasan tumpuaan bandar. 

Jadi, oleh kerana trip ini bersama family, maka saya memilih Dorsett Hotel Tsuen Wan. Hotel ini tak jauh dari Kowloon sekitar 30minit dengan train ataupun kereta. Mengapa saya memilih hotel ini? 

Pertama pasal hotel ini menawarkan Free Shuttle Bus dari hotel ke MTR Station Kwai Fong, Tsing Yi Airport Station dan MTR Tsim Sha Tsui. Yaaaa ianya adalah free, korang hanya perlu tulis nama nak naik bila. Hotel dan sediakan jadual pejalanan untuk hantar dan pickup pada setiap 30minit. 

Kedua, korang mesti nak guna internet bila jalan-jalan nanti kan, salah satu service hotel ini adalah ianya mempunyai Portable Hotspot pada setiap bilik. Jadi tak perlu beli simcard berharga HKD88.00 di airport. Jimat dan mudah. Balik bilik, charging dan terus bawa keluar. Rupa dia macam handyphone saja. Terbaik!

Jumlah keseluruhan penempahan hotel adalah RM847.00.

Manakala, saya juga membeli tiket Disneyland dengan menggunakan aplikasi Klook pasal ianya juga menawarkan diskaun Chinese New Year sebanyak RM88.00 untuk pembelian lebih daripada RM800.00

Jadi, saya telah gabungkan pembelian tiket Disneyland serta The Peak Fast Track untuk 2 hari yang berbeza dengan harga RM812.00 selepas diskaun daripada Klook.

Bermulalah perjalanan kami pada 19 Febuari 2019 pada seawal jam 4.00pagi. Flight kami adalah jam 8.40 pagi tapi jam 4.45pagi dah sampai airport untuk proses drop luggage. Saya suka datang airport awal untuk mengelakkan perkara lain yang mengganggu urusan saya, jadi tak kelam kabut sangat.

Selepas proses self drop luggage, saya terus ke Immigration dan menunaikan solat Subuh pada International Terminal. Sarapan pagi di food court dan Chicken Rice Shop, terus menuju ke Gate P10 untuk penerbangan ke HK. 



Alhamdulillah, penerbangan tidak delay malah 10minit lebih awal dari dijadualkan. Macam biasa, Nazril tak buat perangai dalam flight. 30minit setelah berlepas terus layan tidur dan pada masa tu jugak makanan disediakan hasil daripada pembelian awal. Saya dan wife layan makan dulu sementara anak tido sambil pekena White Coffee T&Co... best woi! Isi card Arrival Card sama macam Singapore. 1 untuk setiap orang ye. 




Tepat jam 1230tghhari, penerbangan AK135 selamat mendarat di HK International Airport. Penerbangan Airasia akan tiba di Terminal 2, jadi korang perlu menaiki Airport train untuk menuju ke Main Building. Agak jauh sebenarnya, follow saja signboard Immigration atau Pick-up Luggage. 

HK dan Malaysia macam jiran-jiran saja, oleh itu tiada stamping passport akan dicopkan pada passport anda. Tak perlu panik untuk mencari mana cop HK. Mereka hanya selit Arrival dan Depart Card dalam passport dan pastikan, slip tersebut jangan dihilangkan atau bagi anak main. Slip tersebut adalah tiket anda untuk keluar dari HK ini. Jika hilang, mereka akan bawa anda untuk urusan pengesahan yang mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Jangan hilang slip tersebut!

Dah pick-up luggage, saya terus keluar dan mencari kaunter MTR Corp. Sistem train, bas, tramways atau segala public transport di HK dikendalikan oleh syarikat gergasi MTR Corp. Untuk melancarkan perjalanan, anda disarankan untuk membeli Octopus Card yang bertindak sama seperti kad Touch&Go Malaysia. Cuma harganya bermula dari HKD150.00 (RM77.00) untuk dewasa dan HKD75.00 (RM38.00) untuk kanak-kanak. Maka jumlah keseluruhan untuk 2Dewasa dan 1Kanak-kanak adalah HKD375.00 (RM194.00)


Saya tak perlu beli simcard data pasal Dorsett Hotel telah menawarkan portable wifi secara percuma untuk penginap hotel mereka. Cuma saya hanya download MTR HK Application daripada Malaysia untuk mengetahui peta MTTR Train serta tambang dari station ke station. Apps ini sangat berguna pasal mereka boleh digunakan secara offline jika anda ingin mencari station atau destinasi train station terdekat untuk hentian seterusnya. Sila Download disini.

Maka, saya menaiki Airport Express Train menuju ke Tsing Yi Airport. Train ini lebih kurang ERL KLIA yang mana tak ramai manusia berbanding train didalam bandar. Nazril agak excited jika naik train. Dah memang minat dia maka mulut sedikit kecoh. Huhuhuhu.


Tiba di Tsing Yi, saya membuat interchange menuju ke Tai Wo Hau MTR Station. Ini kerana Dorsett Hotel terletak tidak jauh dari station ini. Sebenarya Hotel memang menyediakan perkhidmatan Free Shuttle, tapi time ni saya tak mahu menunggu bus tersebut kerana saya mempunyai jadual lain untuk dituju selepas check-in.

Agak basah ketiak tarik beg dan tolak stroller bila dah sampai lobby hotel. Door Bell menyambut beg kami dengan penuh mesra. Saya respect perkara ini kerana saya rating 9.5/10 untuk perkhimatan staff mereka. Mereka sangat friendly dan helpful! Proses check-in berjalan lancar dengan deposit sebanyak HKD500.00.



Untung memilih Dorsett Hotel ni pasal biliknya agak luas berbanding hotel-hotel di Tsim Sha Tui (TST). Dalam tandas ada bath tub bro... anak dah melompat-lompat tengok bath-tub. Space bilik luas dapat parking 2beg besar dengan selesa. Masuk bilik dah ada hotspot siap-siap dah. 


Tak buang masa, solat jamak, makan lite-lunch untuk tampung tenaga. Maka, kami teruskan perjalanan untuk ke TST. Kali ini kami menaiki hotel shuttle bus menuju ke Kwai Fong MTR Station. Kasi feels dekat anak dengan bini naik train sesak dalam bandar Kowloon. Sangkaan tepat, walaupun belum peka hour, train sedikit sesak da perlu lipat stroller. Huhuhu!


30minit masa diambil dari Kwai Fong Station menuju ke Tsim Sha Tsui Station melalui Tsuen Wan Line. Sampai di station TST, suasana agak kelam kabut dengan manusia yang mula berpusu-pusu mengejar train. Tangan anak digengam, kalau jalan clear kami suruh Nazril duduk dalam stroller. Itulah sebenarnya kegunaan stroller, digunakan untuk waktu tidur dengan keselamatan ketika berjalan saja. Jauh perjalanan stroller purple Nazril ni, dari Vietnam - Korea - Indonesia - HK. Lasak btol tak rosak-rosak lagi.

Keluar saja dari TST Station terus menuju ke Avenue of Star. Ambil angin laut dengan berlatar belakang bandar Hongkong yang prestij. Dari sini korang boleh tengok banyak bangunan pencakar langit, macam dah tak ada tanah lagi untuk didirikan bangunan yang bersebelahan dengan bukit bukau.







Sebenarnya, disini juga korang boleh tengok Symphony of Light, tapi ianya hanya dipersembahkan pada Jumaat hingga Ahad sahaja pada jam 8.00malam. Kami datang weekdays maka tak ada peluang untuk tengok (walaupun show Symphony of Light tu agak mengecewakan......... sedehhh!) 

Lepak-lepak sekejap sekitar kawasan ini, kami jalan kaki ke Bell Tower. Bergambar dan rehat seketika sambil melihat feri dan kapal layar klassik yang berlabuh di Central Pier. 




Perut mula lapar, jadi perjalanan ke restoran dipercepatkan. Saya memilih untuk dinner di Istanbul Kebab Restaurant yang terletak di belakang i-Square City. Kedai ini sangat kecil tapi menawarkan makanan ala negara Turkey. Seriously, saya tak ingat apa yang saya order dengan wife saya tapi ianya lebih kepada nasi dan ayam BBQ serta ayam kebab. Harga untuk setiap meals ini adalah HKD88.00 (RM45.00), jadi 2 meals dan 1 air ice lemon tea bersamaan HKD201.00 (RM104.00). Yaa tuan-tuan makan di HK jangan dibuat gurauan. Makanan disini memang mahal kerana taraf-hidup di HK sememangnya mahal. 




Makan nasi atau spaghetti seafood di sini lebih mahal berbanding Korea ataupun Tokyo. Jika di Tokyo, semangkuk nasi dengan ayam terriyaki sekitar JPY700 (RM25.00) sahaja sama seperti di Seoul, Nasi Goreng Ayam berharga KRW7,000 (RM25.00). Maka, sediakan budget yang tepat jika anda memilih untuk makan di HK. Rata-rata makanan bermula lebih kurang HKD70.00-HKD100.00, manakala air mineral pula adalah HKD10.00-HKD20.00 (RM5.00-RM10.00) untuk botol 700ml.

Selesai santapan malam, maka itinerari untuk Day 1 telah tamat. Jadi kami memilih untuk balik ke hotel dengan menaiki MTR dari TST menuju ke Kwai Fong Station. Jalan balik menuju ke TST Station.




Kali ini ngam, bertembung dengan orang yang baru balik kerja. Train agak padat dan kena berdiri sepanjang perjalanan. Orang di HK agak tidak friendly dimana mereka tidak akan menawarkan tempat duduk jika kamu memegang anak-anak kecil. Mereka lebih buat tak nampak dan tak tahu saja... 



Tiba di Kwai Fong Station, tunggu hotel shuttle bus pada tempat turun tadi. Mujur tak lama, bas muncul dan terus menaikinya. Perjalanan Kwai Fong Station ke Dorsett Hotel hanya 15minit sahaja.

Agak penat pada hari pertama ini, masing-masing tidur awal setelah solat dan menyediakan persediaan untuk hari ke-2.

This is Awesome bro...

Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 1

Comments

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!