Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 3

Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 3

Cuaca pada pagi hari ketiga kami agak nice-nice. Macam biasa, sarapan pagi dihotel dahulu sebelum memulakan perjalanan memasuki kotaraya Hong Kong. Sebenarnya mencari makanan halal di HK tidak susah mana pun, guna saja Google Maps dan search Halal pada kawasan anda duduk. Nanti akan ada senarai kedai kedai halal yang didaftarkan bersama Google.

Cuma, harga makanan di HK ni memang senak perut bro... Kalau ko nak makan fish dan chips pun dah kena RM50.00 sebesar tapak tangan, nasi goreng halal pun lebih kurang juga macam tu. Jadi alangkah lebih baik jika kita dapat berjimat cermat dengan membuat persiapan bekalan untuk makan pagi dan tengahhari. Nice!

Kami turun di lobby dan bersedia menunggu hotel shuttle bus untuk ke Tsim Sha Tsui. Malas nak naik MTR, baik naik shuttle yang free ni.


Plan pagi ni nak pergi ke The Peak pada jam 11:00pagi, ada banyak masa lagi maka kami pusing-pusing di taman yang terletak pada belakang Masjid Kowloon. Dalam taman ni ramai atuk-atuk tengah buat tai chi depan fountain. Depa dok layan taichi, kami layan makan sandwich sambil lepak!



Saya membeli tiket The Peak Fast Track dengan aplikasi Klook, maka masa pertama adalah jam 11:00am, dalam jam 10:00am kami menuju ke Central Station melalui MTR di Tsim Sha Tsui. walaupun jarak yang dekat, fare ticket yang dikenakan adalah HKD10.00 jugak. Tak menjadi masalah, touch saja Octopus Card yang masih ada baki tu.

Central Station adalah central MTR dari pelbagai arah dan ianya terletak dibawah tanah. Maka didalam ini terlalu banyak Exit yang mana ianya akan menuju ke destinasi yang telah diberitahu melalui papantanda. Jadi bagi korang nak ke The Peak, korang perlu menggunakan Exit J atau K. 

Sebelum saya ke The Peak, kami perlu redeem tiket dahulu dengan agent Klook di tempat perjumpaan iaitu di Exit K. Exit K ni tak jauh pun dah terletak bersebelahan dengan Price Plaza. Sebuah butik mewah yang hanya mampu tengok saja. Sementara tunggu agent tu tiba pada jam 10:45am, boleh le lepak kejap layan orang lalu lalang dengan tramways. Nazril dan mula seronok nak naik tramways, mungkin bentuknya macam London Bus double-decker tu.




Dah dapat tiket, maka agent Klook dan pelawat yang lain berjalan kaki secara berkumpulan menuju ke Lower Peak Tram untuk kemasukkan Fast Lane. Untung beli melalui Klook ni, daripada beratur 30minit jadi ler 10-15minit. Tapi saya datang waktu pagi macam ni pun xramai sangat. Kalau datang waktu senja seperti jam 5-7malam, memang ramai giler pasal orang nak tengok waktu siang dan malam bandar HK dari atas bukit. 


Tram datang dan pintu tepat depan kami, so boleh masuk terus dan duduk di tempat belah kanan. Jangan duduk belah kiri nanti view korang hanya rumah atau batu bukit saja. Duduk belah kanan nanti dapat view besar sementara mendaki naik ke The Peak.



Perjalanan lebih kurang 10minit saja, dah tiba di The Peak, suhu xsejuk mana pun. Boleh bukak sweater, ketiak buleh basah bro! Setiba di station, diorang dah letak banyak kedai cenderahati dalam 5 - 6 bijik. Pandai permainan diorang ni. 

The Peak ni mempunyai beberapa kedai seakan shopping complex, Rock Shop juga terdapat didalam ni kalau nak beli baju HRC. Dari segi kedai Halal saya tak pasti, tapi kami layan fries dan ice lemon tea saja dalam Burger King sambl sejukkan badan. 

Dah settle makan light lunch baru naik ke Sky Terrace untuk permandangan HK, tapi malangnya cuaca tidak mengizinkan. Keadaan berkabus dan cuaca macam mendung membatasi segalanya. Hanya awan dan sekali sekala kabus bukit melalui Sky Terrace ini. Hanya mampu bergambar apa yang sempat dan boleh nampak saja. Dengan cuaca panas lit lit, kami membuat keputusan untuk turun bagi itinerari yang seterusnya.






Untung datang time lunch hour ni, memang takde orang sangat, queue untuk turun memang heaven berbanding dulu saya datang hampir 1jam beb! Dalam tram pun tak ramai orang - agak selesa daripada nak bersendat-sendat.

Dah sampai di Lower Peak Tram, kami menuju ke Carters Garden untuk lunch bekalan. Sementara makan lunch tu boleh ler tengok lagat manusia di HK yang di lepak santai dikawasan taman sebelum masuk office. Seronok sebenarnya piknik didalam bandar ni. Mungkin kita tak buat didalam negara kita tapi bila dinegara asing kita mampu piknik macam ni. Boleh cuba nanti, tapi jangan hujan sudahlah.

Next destination adalah Toy's Street Market. Untuk kesini tak susah, samada naik MTR atau naik Tramways. Saya dah janji dengan bro Nazril, maka kami pilih untuk naik Tram buat pertama kali. Harga Tram ini flat rate iaitu HKD2.70 sahaja kemana-mana destinasi. Daripada Station Tram Bank Street menuju ke O'Briens Road.



Harus diingatkan, kalau nak naik Tramways ni, korang kena naik dari pintu belakang mereka. Tram ni ada dua tingkat, nak duduk mana-mana pun boleh. Kalau ader stroller kena lipat siap-siap pasal tram ni kecik dan sempit. Tinggal je kat bawah kalau plan nak duduk kat atas. Bila dah nak sampai station, korang kena siap-siap turun dan berada di pntu hadapan. Exitway dia hanya pintu depan sahaja dan touch Octopus Card. 

Apa ada di Toy's Street, mengikut HK Tourist Blog, kat sini ada 4 kedai mainan murah dan collector yang saya rasa saya perlu datang. Atau korang boleh Google nama Tai Yuan Street, samalah nama tu. Ianya lebih kepada pasar pagi atau macam pasar seni sahaja sebenarnya. Daripada station Tramway, korang boleh nampak signboard Tai Yuan Street (Toy Market), masuk jalan tu dan cuba perhatikan rumah kedai disebalik gerai-gerai kecil. 

Tak jauh pun dan boleh nampak kedai mainan kereta yang disusun tinggi didalam cermin kaca. Apa lagi, bagi saya sini adalah heaven untuk car collector bagi produk Takara Tomy, Maisto dan beberapa product yang saya tak kenal jenamanya. 

Banyak giler kereta model macam Hot Wheel Limited Edition yang dijual dengan harga jahanam di Malaysia, tapi kat sini dijual dengan harga HKD15 sahaja! Kalau Takara Tomy pula harga dalam HKD30 aje pun. Kalau macam scale 1:34 tu ada yang harga mur-mur dan ada harga yang meninggal. Korang kena set target atau kena set limit kredit kad kot.

Kawan abang cakap, ada satu model Civic tu harga dia HKD30 aje, kalau kt Malaysia harga dia cecah RM80.00 seketul. Nyosal tak beli jual balik kat budak-budak Honda. 





Dah settle beli toys, kami balik nak ke Tsim Sha Tsui, naik balik Tramways menuju ke Pedder Street Tramway Station. Kat sini kami nak jalan kaki menuju ke HK Oberversation Wheels dan nak naik ferry balik ke Kowloon. Dari ni korang boleh guna laluan pejalan kaki macam KLCC nak gi Pavi tu, so selamat la daripada nak kena langgar dengan Tram. 

Sebenarnya, saya tak beli tiket untuk HK Obversation Wheel, tapi korang nak beli atau nak naik - harganya hanya HKD20.00 saja dan ada tetapan masa. Maksudnya korang kena pilih time berapa nak naik, bukan main redah aje. So abam hanya bergambar ajer dari jejantas, tak mau naik pasal gayat!



Terus menuju ke Central Pier No.7, disini, korang boleh naik ferry macam ferry Penang balik ke TST, harga dia hanya HKD1.20 sahaja. Tak lama pun tunggu ferry ni dalam 7minit saja. Sementara tunggu tu buleh ler layan Starbuck atau kedai kopi kat dalam jeti ni. Bergambar disini agak lawa pasal ada background view bandar Kowloon dan menara Sky 100 yang tinggi tu.

List goal Nazril dah complete, naik MTR, Tramway, Tram The Peak, Train Disney dan Ferry untuk percutian ke HK ni. Dia angkat thumbs-up aje. Good! Nice jugak naik Ferry ni, nanti korang dapat tengok Star Cruise Genting berlabuh dekat dengan Harbour City. 15minit aje naik ferry ni tak lama pun.




Bila dah sampai Star Ferry Pier, kami solat sekejap di Masjid Kowloon sambil rehat-rehat. Kebetulan time kami habis solat jamak tu dah azan asar. Bagus kat sini nanti ade kelas budak mengaji Al-Quran. 


Settle solat, last destination adalah Ladies Market di Mongkok. Pasar ini memang popular dikalangan rakyat Malaysia dan paling senang nak jumpa.

Tak jauh dari TST, naik MTR dan turun ke Mongkok Station, guna Exit D3. Pun boleh jugak guna Exit E2 - terpulanglah mana-mana asalkan pada kedua Exit ini. Kalau tak pasti boleh rujuk pada peta di Station MTR Mongkok nanti.

Kami sampai di Ladies Market sekitar senja, maka suasana di Argyle Street agak sibuk dengan pasal waktu orang balik kerja. Sebenarnya, Sneaker Street pun tak jauh dari sini. Bagi korang yang Sneaker Head, korang boleh kejar dan layan butik-butik kasut sepanjang laluan Argyle Street. Ianya pasti original melainkan kalau korang beli di didalam Ladies Market. 



Rasanya tak perlu cerita panjang lebar pasal Ladies Market - ianya sama seperti Petaling Street. Kalau nak beli cenderahati macam baju HK, magnet fridge, keychain, coin wallet memang boleh tawar-menawar kat sini. Rata-rata mereka akan buka harga HKD100 untuk 5 helai baju, atau 7 ketul magent fridge. So korang perlu la pandai-pandai tawar menawar sendiri. 

Sepanjang saya datang ni, banyak mainan Drone yang diniagakan sama seperti trendy di Shenzen dulu. Lego-lego fake seperti Lepin membarisi barisan pakaian dan juga handbag wanita. 




Cuma, jangan terlalu leka shopping disini, sila selalu berwaspada dengan pick pocket dan galas beg anda dihadapan. Keselamatan barang perlu diambil berat. Kawasan yang sesak dan kecil ni memudahkan kegiatan penjenayah melakukan jenayah pick-pocket.

Settle segala mak nenek barang yang dibeli, senget stroller Nazril dok gendong barang-barang ni. So adalah lebih bagus jika balik ke hotel untuk berehat.

Kami terus ke Mongkok Station dan menuju ke Kwai Fong Station untuk menunggu hotel shuttle bus. Bagus hotel ni, bas mereka ni jarang lewat malah kadang-kala datang lebih awal pulak. 

Tiba dihotel, makan malam hotelmade dan bersiap untuk mengemas barang yang dibeli pasal esok adalah hari check-out. Trip untuk hari ini sememangnya berbaloi dan under budget kami. Bagi yang kaki shopping, korang buat satu budget khas dan sila patuhi budget anda supaya kocek tak bocor lepas balik daripada vacation.

Makan, Solat dan Rehat.

This is Awesome...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam