Jalan - Jalan ke Sealife Legoland, Johor Bahru

Jalan - Jalan ke Sealife Legoland, Johor Bahru

Cuti sekolah 2 minggu baru ni saya buat short vacay ke Johor Bahru. Kalau ikutkan dah lama rancang cuma tunggu sepupu Nazril balik Johor kira plan nak masuk Sealife Legoland sama-sama. Tapi disebabkan negeri pantai timur dilanda banjir. Maka dorang tak balik JB. So kami gerak saja 3 beranak ni.


Straight to the point. Datang Johor memang nak masuk Sealife. Maka dah complete 3 Legoland Park Malaysia yang kami kunjungi. Overall rating Themepark paling best dan Sealife paling tak best dan membazir duit sebenarnya... Huhuhuhuhu.. Ayuh mari saya ceritakan

Jalan - Jalan Legoland Themepark
Jalan - Jalan Legoland Waterpark
Jalan - Jalan Legoland Sealife

Jalan - Jalan Legoland Discovery Center Tokyo

Selepas pandemik covid ni, tak banyak kedai yang buka di sekitar Medini Mall. Kedai makan KFC, Burger King, Chicken Rice Shop, Ben's Grocery tu ada laaa, dulu tak silap saya banyak juga restoran dengan kedai kopi. Jadi, parking di Medini Mall adalah percuma. Kalau korang menginap di Legoland Hotel, parking saja di hotel. Boleh guna laluan hotel dan shortcut ke pintu masuk Legoland.

Saya beli tiket Sealife ni dalam website Legoland direct. Korang boleh beli kat sini, kalau beli seminggu awal dapat purchase early-bird discount 20% dari tiket asal. Dalam Klook tak ada discount ni yer. 

Dewasa : RM89
Kanak-kanak : RM69

Entrance gate ada laa guard yang check beg kita. Setakat ini, makanan pek kecik-kecik boleh dibawa masuk ke dalam Legoland Waterpark dengan Themepark. Dalam Sealife tu tak payah ler korang nak makan, tour dalam tu rasanya tak lebih 2 jam pun. Tapi kalau nak bawa masuk juga tak ada masalah. Sila bawa air bersama yer. Dalam Sealife ni tak ada cafe pun.

Section pertama dia bawa kita ke ikan air tawar. Ada ikan kaloi, ikan lampam dengan ikan kelah. Ikan kaloi tu besar yer, duk ingatkan ikan kelah ni kecik-kecik macam ikan guppy. Huhuhuhuuu... Kat sini ada instructor yang bertugas untuk menerangkan habitat ikan, jenis-jenis ikan dan diet permakanan. Great and awesome untuk akak yang menjawab semua soalan.



Habis kawasan ikan air tawar, ada section untuk anak-anak atau korang sendiri sentuh ikan. Antara ikan yang dorang bagi sentuh tu tapak sulaiman dengan anak ikan tiger shark. Tapi masa saya pergi, tiger shark tu sedang direhatkan sekejap. Penat dia asik kena pegang je dengan orang. Ingat best ke kena geletek setiap masa. Tension jugak ikan tu ye.

Dalam masa sama, instructor juga menerangkan pasal habitat, apa yang starfish ni makan dengan apa fungsi dorang dalam eco-system dalam laut. Hummmm baru tahu juga function dorang. Tengok dalam Spongebob si Patrick tu macam tak function jek....


Seterusnya adalah kawasan ikan kuda laut. Tak banyak pun ada dalam 3-4 ketul aquarium. Tapi lawa decoration aquarium dia letak kuda laut ni. Dalam laa kuda laut tu posing kat rumpai tinggi. Steady bang!

Sebelah kuda laut tu ada sebuah stage dengan open aquarium. Tak silap saya nama section dia Stingray Room kot. Kat sini ada show setiap 1jam. Kebetulan kami lalu, show bermula dalam masa 10minit, jadi kami tunggu la kat stage kecik. Depan stage ada aquarium yang menempatkan 3-4 ekor ikan pari dengan Zebra Shark. Zebra shark ni malas betul, melepak aja dia kat atas batu tu. Yang aktif tu si pari duk kacau ikan buntal.

Show Stingray ni lebih-kurang 15minit. Dia cerita laa asal-usul ikan pari yang ada dalam Sealife ni pastu pendedahan kepada pembuangan sampah plastik di laut. Yerr setakat ini, pihak eco-sea atau badan NGO yang membersihkan sampah laut mengumpul plastik sekitar 1000tan setiap bulan. 

Plastik-plastik ini sangat berbahaya bagi hidupan laut kerana mereka nampak plastik laut ini sebagai obor-obor. Banyak hidupan laut mati disebabkan memakan plastik ini. Jadi, kalau ke pantai, jangan buat plastik sampah cekedis tu merata laa ye.




Habis show ingatkan ada cafe untuk lepak. Rupanya dalam ni tak ada apa-apa cafe. Kalau nak makan juga boleh keluar dan masuk balik. 

Sebelum menuju ke last section, ada laa sebuah tempat yang dorang sediakan untuk kanak-kanak. Tempat ni lebih kepada attractive section. Anak korang boleh mewarna ikan pilihan didalam iPad yang disediakan, dah siap warna, submit dan ikan yang diwarnaka tu akan muncul pada live-display kat dinding. Not bad!

Last section dalam Sealife ni adalah The Sunken Ship. Saya rasa kat sini adalah aquarium besar dalam Sealife. Tapi kalau nak banding dengan Aquaria tu, memang Aquaria lagi besar lah. Dalam ni ada ikan pari, kerapu seidh besar, ada zebra shark dengan ikan-ikan laut lain. Sea tunnel dia ada laa dalam 10meter panjang. Boleh laa buat duduk kejap tengok ikan laut. 





Dah habis tengok ikan laut kat kawasan Sunken Ship, pastinya kedai cenderahti menyambut kepulangan anda. Walaupun Sealife ni termasuk dalam Legoland Park, tak banyak pun set Lego yang dijual dalam ni. Yang besar ada dalam Lego Store kat dalam Legoland Themepark nunnn.




Secara keseluruhan, bagi saya Sealife ni tak berbaloi pon nak masuk saja-saja melainkan kalau korang beli Annual Pass. Patut la masa saya dalam Sealife, saya nampak ramai pakai tag Legoland. Rupanya tag tu adalah Annual Pass yang mana korang boleh boleh masuk Themepark, Waterpark, Sealife unlimited selama setahun. 


Jadi dorang masuk Sealife ni sekadar nak sejukkan badan saja selepas panas kena jemur kat Themepark. Harga tiket Sealife RM89 kalau tak ada discount. Kalau nak bandingkan dnegan Aquaria KLCC tiker dewasa RM50, lagi besar dia punya section dalam tu siap tunnel ada travelator lagi.

Tapi tu lah, mungkin Sealife bawa brand Legoland, dorang kena bayar royalti, maka kena makap harga. Huhuhuhu tu yang jadi mahal! Next time, kumpul duit, beli annual pass. Layan laa themepark tu sampai lebam. Tiap-tiap minggu korang masuk lah.

Macam saya cerita tadi, dalam Sealife ni tak ada cafe. Tapi korang boleh makan/minum di Medini Mall. Masih ada kedai Chicken Rice, KFC, Burger King. Kalau nak selesa makan dalam Ben's Grocery, dalam tu ada kedai makan Ben's. Best jugak sambil pekena kopi panas.


Dah settle makan, anak-anak masih bosan? Korang bawa laa pergi ke lobby hotel Legoland tu. Ada bypass jalan nak ke lobby dari dalam Ben's Grocery tu. Kat lobby hotel dorang longgok lego banyak-banyak. Tempat duduk sofa pun ada untuk ibubapa lena sekejap sementara anak korang main lego tu. 

Kat lobby ni pun ada LegoShop tapi tak banyak mana pun barang dia. Tapi yang agak rare adalah dorang masih ada stok London Bus 40220 yang dah tak dijual dipasaran. Harga pun RM49.90 saja... kalau dalam e-Bay orang dah mula jual RM100+. Beli 1 bawak balik tanda hadir gaisssss...


Settle si Nazril buat pedang Lego... terus balik takde nak layan-layan masuk themepark lagi dah. 

This is awesome gias...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam