Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 3

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 3

Cuaca pada pagi ini agak cantik. Cuma suhu agak drop sekitar bawah 10c. Hari ketiga ini kami akan ke Bigben, Eye of London, Victoria Market Hall, Arsenal Stadium, Masjid Central London, Baker's Street, Piccadilly Circus, Lego & M&M Leicester.


Kadang-kala, apa yang kita rancang, tak kesemua kita dapat tepati. Dalam sesebuah itinerary mungkin nampak sempat untuk kita pergi, tapi pada hakikatnya jadual jadi pack dan penat. Tak dinafikan lagi walau masuk hari ke 3, jet-leg masih lagi ada. Seawal jam 0300pagi mata mula terkebil-kebil pasal di Malaysia dah jam 11pagi.

Paksa diri tido jugak, tepat jam 0500pagi, membuat persiapan untuk bekalan sarapan pagi, buat kopi dan kemas bag untuk keluar berjalan-jalan. Ini dapat jimatkan kocek daripada nak breakfast di kedai yerr...

Biasanya dalam beg saya ada tisu basah, payung kecik, powerbank dan botol air serta satu persalinan pakaian Nazril kut tertumpah air ke apa. Di London, water dispenser agak limited tak macam di Tokyo, jadi kena prepare filling di hotel sebelum keluar jalan-jalan. Tapi boleh aje beli dengan harga 50pence sebotol.

Jam 0730 pagi kami mula jalan keluar.

Sebenarnya, bersebelahan dengan hotel kami ini terdapat sebuah sekolah rendah. Sebelah sekolah ni ada sebuah gereja yang berusia 400tahun. Yaa geng gereja ni dah berusia 400 dan hampir sama tahun Melaka dijajah. Punya laa lama....

Walau gereja duk sebelah hotel, setakat ni kami tak ada lagi rasa terpesong akidah seperti mana segelintir cakap jangan lalu depan gereja, jangan tengok gereja laaa, itu laa ini la... Betapa sempitnya pemikiran kita dan betapa halusnya iman sampai ke tahap tu. Kesian saya orang macam ni. Elok duduk dalam hutan saja.


Kali ni tak nak jalan jauh, kami jalan kaki ke Ravenscourt Station sahaja. Dari sini terus menuju ke Westminster Station menggunakan District Line direct. Dalam perjalanan tu lalu la rumah-rumah... rasa macam dalam cerita Mr.Bean pulak.

Destinasi pertama adalah Big Ben. Keluar saja dari Westminster Station, terus tersergam indam menara jam besar yang menjadi iconic dunia. Sapa tak kenal kalau tengok bangunan yang berwarna bronze coklat ini. Pastinya The Big Ben!

Nama asal Big Ben ini adalah Clock Tower, dan pernah ditukarkan nama kepada Elizaneth Tower ketika pemerintahan Ratu Elizabeth II. Akan tetapi, rakyat jelata masih memanggil BigBen ikut pelat lidah dorang...


BigBen siap dibina sepenuhnya pada tahun 1859. Walau bagaimanapun, BigBen Clock Tower ini adalah salah satu projek tambahan Palace of Westminster.

Place of Westminster pula adalah parliament untuk negara England. Kesemua menteri, pengurusan negara malah titah baginda ER II berlangsung disini. Palace of Westminster sendiri juga adalah sebuah bangunan yang agak lama dibina sekitar tahun 1016. Yaaa tahun 1016... dah hampir 1000 tahun lebih. 

Bagi korang yang sangat minat dengan historic architecture, saya sarankan korang datang ke sini dan masuk Tour Palace of Westminster. Dikatakan korang boleh layan tour ni seharian.... Bangunan dia memang cantik. Dari dalam gambar kita tak nampak details dia. Tapi bila dah datang dekat dan tengok dengan mata sendiri memang unik.




Habis bab rungkai sejarah, saya nak bagitahu time kami datang tu suhu dah drop ke 7c. Cuaca sedikit mendung tapi tak hujan menyebabkan matahari tak jejak ke permukaan bumi. Ini kali saya rasa sangat sejuk ditambahkan pula dengan angin dari Sungai Thames. Sejuk dia kali ni tak leh bincang. Pocket warmer dalam jacket macam dah tak function pun.

Kami gigihkan jua untuk melintasi Westminster Bridge. Nak bergambar lama-lama pun redah saja kesejukkan angin.

Pada seberang sungai ada spot untuk ootd berlatar belakang BigBen. Cantik juga spot ni pasal ramai duk share dalam instagram. Kita amik gambar dulu pasti layan akak-akak ni ootd. 

Dalam masa tengah ootd tu, saya perasan pada dinding pagar ini dorang cat dnegan bentuk Love. Rupa-rupa nya dinding ini adalah sebuah memorial kematian mangsa Covid-19. Ada pelbagai mesej yang ditulis dan diukirkan pada dinding ni. Hujung dinding ini terletaknya General Hospital St.Thomas.

Agak sedih dan sayu membaca mesej-mesej yang tertulis pada dinding ni. Alhamdullilah kita terselamat daripada menjadi korban pandemik Covid-19. Seramai 234,203 orang yang meninggal dunia di UK akibat wabak ini. 


Kalu ikutkan, trip kami datang ke UK ni pada Okober 2020, akan tetapi disebabkan PKP Malaysia, saya membatalkan perjalanan dan membuat full refund dengan penerbangan. Jadi trip ini tertangguh hampir 3tahun yerr....

Habis saja ootd, kami terus ke jalan kaki ke Eye of London. Plan asalnya nak naik Eye of London tapi last minute tak mau pula pasal tak menarik pun.... huhuhuhu!

Jadi kami lalu saja depan Eye of London lepas tu bergambar pada taman yang berhampiran dengannya. Tapi kalau korang nak naik boleh beli ticket secara online untuk elak beratur panjang. Harga tiket GBP32 atau RM192.00. Ini salah satu sebab kenapa tak nak naik... HAaaaaaaaH! Cukup saja la dengan beberapa keping gambar sebagai tanda hadir. Gitewwwww!




Perjalanan diteruskan dengan menuju ke Market Hall Victoria untu sesi minum kopi panas. Jalan kaki ke Waterloo Station, naik Jubilee Line dan interchange di Westminster Station, dari situ tukar kepada Distrcit Line dan turun di Victoria Station.

Sebenarnya menaiki tube di London agak senang saja, kalau muskil buka saja google maps dan pointkan mana nak pergi. Tapi sebelum tu kena laa jugak study nama station, interchange dengan nama Line Tube. Ianya dapat membantu anda nanti. Sama seperti di Seoul dan Tokyo.


Sampai saja di Victoria Station, terus ke Market Hall. Market Hall ni terletak diluar kawasan station malah kawasan sini juga agak sibuk kerana Victoria Station adalah station besar dimana bus perantara bandar bermula disini. Jadi tak hairan ada market, mall, kedai sewa kereta dengan banyak kedai-kedai baju sekitar sini ye.





Masuk saja dalam Market Hall Victoria ni terus dapat hidu bau kopi dengan bau masakan... Fuhh memang menusuk kalbu betul. Bila tengok dorang goreng bacon tu... cair dimulut beb....

Abam hanya mampu order americano saja. Pastu makan dengan hotelmade sandwich. Kat sini ada 2 kedai halal pada tingkat atas, tapi bahagian tingkat atas ini dibuka pada jam 1200 tengah hari. Jadi tak dapat laa kami nak pekena roti canai. Nama kedai dia Gopal Corner Roti King. Halalan toyyiba!


Settle brunch, perut dah mula kenyang, acara yang dinanti-nantikan Nazril adalah Arsenal Stadium. Dia asyik duk tanya uncle Usop bila nak pergi bila nak pergi. Maka kita teruskan perjalanan. Bermula dari Victoria Station, naik Victoria line dan interchange di King Cross Station, naik Jubilee Line dan turun di Holloway Road.

Station Holloway Road ni agak kecik yerr... saya tak tahu kalau ada game macam mana dorang balik naik tube. Apa dorang jalan kaki balik rumah ke hape!

Dari jauh dah nampak Emirates Arsenal Stadium, lil bro dah mula excited. Katanya dream comes true walau dia bukan minat Arsenal. Dia peminat PSG... Hukhukhukkk



Bagi fan Arsenal, korang patut kena laa sampai 1 kali di Emirates Stadium ni. Dah laa Arsenal tengah ranking no.1, takkan tengok saja kan... Abam sebagai peminat MU terasa laa aura dia sikit apatah lagi kalau peminat Arsenal kaaaaaaann.....

Bila dah sampai sini, kita pulun laa bergambar habis-habis... bila lagi nak membahan warga Arsenal ni. Kat Mezz floor tu ada timeline sepanjang sejarah Arsenal ditubuhkan sehingga kini. Tak perlu dah nak masuk stadium bagai cukup tengok yang dorang buat kat luar stadium je.. Free lagi!



Cuaca mula sejuk, kami berteduh laa kejap dalam mega store dia. Dalam ni ada macam-macam jenis baju, sweater, jersey malah peralatan sekolah dengan memasak pun ado... Bak kata Usop, kena beli laa sweater 1 sebagai tanda sokongan pada club. Faham kan... Tapi harga dia... boleh cecah RM400-RM600 hukhukhukkk

Kat Arsenal ni tak leh duduk lama-lama, naik ruam badan... maka kami teruskan destinasi seterusnya ke Baker Street. Sini kami nak solat, makan tengahhari, tengok rumah Sherlock Holmes dengan cuci mata kedai souvenir.

Patah balik ke Holloway Station, naik Piccadilly Line dan interchange di King Cross Station. Tukar naik Hammersmith Line dan turun di Baker Street Station. Masa tap-out kat sini, Oyster kad saya dah cecah daily capping dimana, bila saya naik train seterusnya dah mula percuma. This is nice bro....!


Baker Street - Home of Sherlock Holmes

Baker Street ini saja pun dah ada sejarah dia sendiri, saya nak cari plat tanda di Baker Street Station tapi tak jumpa pula. Plat tu tertulis sebagai tanda tugu peringatan bahawa dibawah tanah ini terletaknya station pertama keretapi bawah tanah Kota London. Ianya dibina pada tahun 1863. 

Malah station bawah tanah ini juga dikatakan sebagai station pertama didunia dengan laluan bawah tanah sepanjang 5 kilometer. Memotong perjalanan dari 90minit kepada 20minit. Zaman 1863 masa tu Malaysia tengah buat apa ya? 


Tak jumpa plat tu kami terus jalan kaki menuju ke London Central Mosque untuk solat jamak dan qasar. Boleh tahan jugak laa jalan kaki hampir 1km menapak.

Masa kami sampai, dorang baru habis solat jumaat, jadi macam ramai orang sedang berkumpul dan ada juga yang sedang mengedarkan flyer mengenai solidarity Palestine. Masa pun tak banyak, solat dulu.

Dalam masa yang sama, Nazril dapat 2Pound dengan beberapa gula-gula dari uncle yang datang dalam masjid ni. Dorang sedekah pada kanak-kanak yang datang masjid. 1Pound maybe macam seringgit dorang tapi bila convert dapat laa RM6.00, lepas beli sebotol air oren. Kalau duk lama rasa boleh dpaat 10GBP ni.... hehehehe




Usai selesai solat, kami patah balik ke Baker Street untuk makan petang. Dalam perjalanan saya singgah bergambar sekejap dihadapan rumah Sherlock Holmes, the legendary detective. Ada pengawal dan ada cafe bawah rumah dia. Nak masuk tour pun boleh tapi macam bosan saja. Cukup bergambar saja lah.



Sepanjang jalan ni, ada banyak kedai souvenir. Rata- rata harga jualan bermula 1pound untuk seketul magnet fridge. Baju lebih kurang 20GBP pastu ada macam-macam lagi la... Kalau nak beli semua boleh koyak kocek ni haaaa


Sementara tu, saya mencari kedai untuk makan yang telah saya tetapkan dalam google maps. Sangat membantu yer google maps ni siap ada live 3D view untuk cari kedai. Rasa macam nak buka kelas je tatacara guna Street view Google Maps.

Nama kedai yang kami singgah ni adalah The Chicken Shop. Kedai ni jual burger, noodles dengan nasi. Apa yang saya nak bagitau, portion mat salleh ni memang besar. Kalau korang berdua elok share saja laa. Makan sorang memang tak habis. Lenguh gigi nak kunyah nak habiskan makanan.

Saya share dengan Nazril, Alhamdulillah budak ni bukan jenis memilih makan... cukup sekadar ada main course macam nasi, atau mee dia makan saja. Senang nak bawa berjalan.



Sekitar kawasan ini juga ada banyak kedai Halal, kalau nak senaraikan semua jenuh jugak la.. nanti saya share dalam entry lain laa senarai restoran halal di London.

Usia makan, perut dah kenyang, Saya bawa dorang naik bas pergi ke Piccadilly Circus. Disebabkan lepas makan, badan dah mula lemau sebab kenyang dengan saki baki jet -lag. Waktu di Malaysia dah masuk jam 01:00pagi, di London baru jam 05:00petang.

Jadi elok sangat keputusan untuk naik saja bas terus ke Piccadilly Circus. Naik train boleh jer tapi nanti nak kena interchange dengan menapak lagi. Kalau naik bas terus berhenti depan Hard Rock Piccadilly.


Nak naik bas di London mudah saja, point saja nak turun mana, nanti google maps tunjuk bas nombor apa kena naik. Contohnya masa kat Baker Streets ni google maps tunjuk bas nombor 139, N18 dengan 463. Tapi bas nombor 139 ni route dia lagi cepat untuk sampai.

Kat bus stop dia pun ada map yang bas nombor sekian-sekian pergi mana. Biasanya bas dalam bandar ni durasi menunggu dalam 8minit - 12minit saja. Tak lama pun tunggu terus ada. Boleh guna Oyster card untuk naik. Free saja pasal daily capping kami dah cecah full paid untuk harini.

Macam layan jugak naik bas ni, boleh relax dan tak ramai orang. Sambil-sambil masa bas bergerak boleh laa tengok bangunan dengan suasana bandar London. Kalai dalam train tak nampak apa pun... tau-tau sampai.



Disebabkan masing-masing pun macam dah mula lemau, jadi ini adalah lawatan terakhir untuk harini iaitu pergi ke Lego Leicester dan M&M Leicester. 

Pergi Lego ni bukan apa, nak bagi budak-budak ni seronok ajer selain duk layan kami duk shopping. Nanti dorang cepat bosan. Lego Leicester ni adalah Lego Store terbesar di London. Boleh kata macam mini Legoland laa jugak. 


Dorang bina scale 1:1 kereta Aston Martin James Bond 007, Big Ben setinggi 2 tingkat, Underground Tube pastu theme Harry Potter.

Malang sekali, tiada diskaun ditawarkan pada setiap pembelian. Kesemua harga Lego dalam ni adalah harga retails. Jad isaya beli Lego Postcard Londan dengan London Bas saja. Jimat duit haaaaa



Berhadapan dengan Lego Store ni ada M&M Store yang besar. Dalam ni ada lebih 100 perisa coklat M&M dalam kedai dia ni. Kedia dia lagi besar kut daripada Lego siap 3 tingkat berserta bawah tanah lagi. 

Paling best saya tengok dorang susun flavour coklat M&M ikut warna. Korang boleh isi berapa banyak korang nak nanti checkout bayar saja laaaa kan... huhhhuhu

Tapi harus diingatkan, tak kesemua flavour dorang ni adalah Halal yer... jangan main sebat jek! Ada yang bercampur dengan alcohol.


Settle shopping dalam Lego dengan M&M, kita amik laa vibes di Piccadilly Circus pada waktu senja. Makin ramai orang bertenggek di Shaftbury Fountain siap ada street performance lagi. Kat sini memang tumpuan orang untuk melepak laaa kot.

Sila berhati-hati dikawasan ini, dikatakan kawasan Piccadilly Ciscus adalah kawasan hotspot bagi penyeluk saku dan juga scammer.

Elakkan kalau korang nak berselfie, atau ada orang mintak tolong amik gambar dorang. Nanti dorang sengaja jatuhkan phone dan mintak gamnti rugi. Rajin-rajinkan tengok tiktok scammer in London.





Terus naik tube dari Piccadilly Station balik ke hotel di Ravenscourt.

Beli kebab dengan bekalan roti untuk dinner kat hotel. Malam ni kami tak keluar cukup untuk berehat sahaja.

This is awesome gais...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam