Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 7

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 7

Cuaca pagi pertama di Kota Paris sangat cantik hari ni. Macam biasa, suhu masih lagi sejuk sekitar 12c tapi tak sesejuk di London. Kat Paris sejuk dia macam kami gi Tokyo tahun lepas. Boleh bawak bersembang lagi laaa.

Macam biasa, kami breakfast dulu di hotel untuk menjimatkkan kocek kami yang makin kering ni. Biasa breakfast roti sandwich dengan pekena kopi panas. 


Di Paris, waktu dia awal satu jam dari London iaitu beza 6jam dengan Kuala Lumpur. Kalau London 7 jam. Jadi waktu nak cerah di Paris ni macam awal la sikit. Pukul 7 tu macam dah nak cerah. Tapi kami tetap keluar hotel pada jam 0730 pasal nak gi tempat free attraction untuk elakkan orang ramai.




Seawal jam 0730 mula jalan kaki ke station Gare de Saint Ouen. Jarak dia dalam 600meter jugak nak menapak tapi disebabkan malas nak interchange maka kami tetapkan destinasi menapak ke situ. 

Dekat hotel kami ni ada 2 station yang dekat iaitu Garibaldi dan Porte de Saint Ouen. Tapi itu adalah laluan metro yang berlainkan.


Okay jom saya ceritakan pasal train di Paris sebelum journey to Paris Lurve City.

Sistem train di Paris memang dah lebih seratus tahun lamanya iaitu sejak tahun 1898. Pembinaan train bawah tanah giat dibina kerana perlumbaan kejuruteraan automobile malah untuk kegunaan peperangan juga. Rangkaian train yang digunakan oleh Metro juga dikatakan pernah menjadi laluan bekalan barangan untuk tentera N@-zi satu tika dahulu.

Jadi tidak hairan kalau kita berada dibawah tanah ni, senibina dan laluan jalan kaki bawah tanah dia agak berliku banyak corner dan laluan yang agak sempit. Saya tak tahu laa kalau datang waktu musim panas macam mana yer. Kompem berkicap ketiak! 

Sistem train dia memang banyak sama seperti Tube di London cuma dia tidak secekap Tokyo, Seoul mahal sistem train di Malaysia rasanya lagi bagus. 

Kalau nak bandingkan dengan Malaysia, rasanya lagi selesa train kita pasal kita baru saja bina LRT, Putra LRT dengan MRT. Maka Malaysia belajar dari negara Eropah dan Jepun untuk menambahbaik sistem yang telah sedia ada. 

Jadi, kalau korang sistem train kita macam harey, boleh cuba naik train di Paris dan pasti korang rasa bersyukur berada di Malaysia.

Untuk senang memahami bahasa dalam train, 

Gare maksudnya Station
Porte maksudnya Pintu
Sorti maksudnya Exit
Enfanst maksudnya Kanak-kanak

Selebihnya korang google translate sendiri. Ini yang saya ingat la...



Musee de Louvre - Mona Lisa

Destinasi kami yang pertama pada awal pagi ini adalah nak melepak di Musee de Lourve. Dari Gare de Saint Ouen tu terus naik train dan tiba di Station Palais Royal - Musee de Louvre. Bila keluar dari station, nahhhh saya agak kagum dengan bangunan sekitar Kota Paris ni. 

Senibina Hausmannian style dia berbeza sangat dengan Kota Londan malah pada setiap banguna ni terdirinya blok yang tersendiri dan seakan sama paras lebih kurang 5-6 tingkat sahaja. 

Hampir keseluruhan bangunan lama kota Paris ini diwarnakan dengan white-creme untuk menonjolkan warna yang lebih majestic dan bersesuaian dengan architecture Hausmann.




Memang cantik pada kesemua sudut. Kalau korang ootd pun mudah untuk dapat angle yang menarik. Kebanyakan bangunan ini adalah hotel, pejabat, cafe, rumah dan kalau korang pernah tengok series Netflix - Emily in Paris, bangunan pejabat dia pun lebih kurang macam ni saja kan.

Jalan kaki pada celah bangunan tu terus boleh sampai ke Musee de Louvre. Kami tak cadang pun nak masuk muzium ni untuk tengok lukisan semata-mata pasal kami tak minat lukisan. Hahahaha... 


Tapi, kalau korang ada budget lebih, ada masa lebih, korang masuk laa pasal dalam Musee de Louvre ni terletakknya lukisan agung Mona Lisa. Harga tiket dia EUR22 sahaja untuk dewasa, bawah 18tahun adalah percuma.





Dari sini juga da boleh nampak Eiffel Tower tapi angle dia tak lawa untuk amik gambar. Sabar pasal nanti kami pergi jua. Sekitar Musee de Louvre pun dah lawa kalau nak amik gamabr yer. 

Habis saja ootd, kami nak pergi ke Galeries Lafayette untuk shopping. Huhuhuhu... Jalan kaki saja ke station tadi, naik train Metro 7 dan tiba di Chaussée d'Antin — La Fayette. Satu laluan sahaja. 

Seperti entry sebelum ni yang saya ceritakan, kami guna Navigo Pass, maka tak perlu nak pikir berapa kena bayor naik train, just tap in dan terus keluar sahaja.

Syurga Shopping di Paris - Galeries Lafayette

Depa ni target nak masuk sini pasal nak bawak balik barang LV. Yaa tuan-tuan, kalau orang kita kebanyakkan datang sini memang target Louis Vuitton pasal katanya harga murah dari Malaysia. Ye ke ni... boleh caya ke ni.... LV kot..... 



Saya sejak masuk dalam Lafayette ni memang rasa tak sedap badan, rasa macam dedau ajer... bini dah ngendeng kat tepi bahu... Hukhukhukkkk

Pasal sampai awal kat sini, ngam-ngam pula tak perlu beratur depan LV. Tak dak orang pun lagi seawal jam 1000pagi ni. Maka, terus kami dilayan oleh sales girl untuk tunjukkan barang-barang depa ni. 

Baru je masuk terus dia bagi tempat duduk untuk budak-budak dengan air orange juice. Air ni free saja kalau habis boleh mintak lagi. Cuma tak ada nasi kandar saja dalam ni.


Nyata kat sini layanan dia sama rata sahaja. Dorang tak diskriminasi pun nak tengok kau sapa, kau ada duit ke tak, nak tengok atas bawah. Pasal bagi dorang, wallet LV handbag LV ni berapa saja pun. Mahai lagi Christion Dior dengan Hermes. 

Kalau convert duit dorang,  wallet LV hanya EUR400+, handbag pula EUR1000+. Tu harga dorang la... kalau tukar duit kita dah jadi RM2000 mahal ke RM10000. Mahal bagi kita, murah bagi dia.

Jadi dapat layanan A clas dari sales dorang, satu persatu dorang keluarkan wallet. Dari wallet pergi ke crossbag, dari crossbag pergi ke handbag.

Ini jam abam dah rasa macam nak demam.





Muka bini dah senyum lain macam lah... masa nak kawin tak ada laa senyum macam ni. Haduihhhh..!

Harga kat sini korang boleh check di webpage Louis Vuitton Paris. Saya tak boleh kasi link nanti entry saya kena block pasal share link commercial tak ada persetujuaan dari pihak pembekal. Korang googel search saja LV Paris.

Dari harga webpage tu, korang boleh tolak 12% untuk waive cukai dorang. Contohnya, long wallet harga dia EUR480 - 12% = EUR422 (bersamaan RM2110), kalau EUR1000 - 12% = EUR880 (bersamaan RM4,400).

Orang cakap, bukan LV kat Paris murah ke. Ye kak memang murah, tapi murah dia tu bukanlah cecah sampai RM300. Murah dia tu adalah murah sedikit dari butik LV di Malaysia. Harga LV tetap kekal sebagai harga premium. 

LV, Dior dan Chanel biasa akan murah 20% dari harga retails di Malaysia. Dan kita akan dapat discount tambahan 12% iaitu lepasan cukai. Cukai ini kena collect masa nak balik ke Malaysia. Masa beli dia jual dengan harga retails di Paris. Tapi nanti dia akan sertakan slip refund cukai dan kita hanya perlu drop saja di airport. Boleh pilih nak dapat refund cukai cash atau kredit dalam account.

Settle cuci mata, kena gosok-gosok sikit kita beli laa satu... Memang rasa dah demam dah ni... nak nangis pun ade... nak naik wheelchair pun ade jugak ni..... mahal kemain!

Dalam Lafayette ni, ada 8 tingkat semuanya. Konsep dia seolah macam dalam Pasar Siti Khatijah Kota Bharu ajer. Jenis bentuk hexagon cuma bezanya dia tak jual keropok degan baju kelawar. Dorang jual luxury brand.


Ada macam-macam laa brand kat sini. Mostly saya tengok brand mahal-mahal ni dorang longgok je atas rak macam handbag Polo, Alain Delon dengan Bata aje. Yelah harga dorang berapa ajer. Tapi convert kita macam kena penumbuk juge.

Kat tingkat 7 ada banyak cafe dan restaurant. Boleh laa kalau korang nak lepak minum-minum kat sini kejap tapi kami sebenarnya naik ke atas pasal nak pergi ke rooftop.

Kat rooftop ni korang boleh tengok view Kota Paris 360. Kat sini ada security pesan jaga barang-barang. Kadang-kala yang saja datang selfie tu bukan pengunjung pun tapi pencopek, pasal depa tahu yang datang sini mesti beli barang. 

Jadi dorang target yang mana leka dorang amik papaerbag korang tu. Maka berhati-hati laa yer. Saya pun pesan pada ahli dan kalau dorang nak selfie, saya tolong pegangkan barang dorang. Kiri kanan wey paperbag LV dorang beli ni haaaa.

Tapi serius, permandangan dari rooftop ni memang memukau. Saya suka tengok bandar Paris kerana senibina dia renaissance dan jenis Haussmannian. Cantik, teguh dan majestic habis.




Tu pada bangunan dia la, kalau kat bawah tu Paris ni bagi saya agak kotor juga. Asal ada cermin dengan dinding kompem kena spray grafitti. Sampah sarap tu ada yang bertaburan. Tu belum lagi kalau jalan kaki turun ke station. Hancing dia tak payah cakap woi... risau saja nak rapat dengan dinding. Hancing kemain. Sapa cakap Paris ni best... hummmmm

Tapi tu dari sisi gelap Paris lah. Kalau kita datang dengan otak positif vibes, maka kita akan nampak yang baik-baik. Seperti di Jepun, ramai yang puji melambung pada negara timur ini. Tapi korang tak tahu sisi gelap mereka. Life balance mereka. Anak-anak orang Jepun tak berjalan-jalan makan angin. Anak muda remaja socialism tinggi. Apa yang kita nampak mereka tu up to date, bertoleransi tinggi dan daya saing yang tinggi.

Berbalik pada rooftop tadi, korang boleh tengok full view 360 dalam ig story saya @nazrulakram. Saya ada upload banyak video story dalam tu. Tak dapat nak share dalam blog ni.

Hampir 30minit layan sightseen citiyview, kami trus turun untuk ke shopping seterusnya iaitu ke Hard Rock Paris. Jalan kaki saja pasal tak jauh, sekitar 500meter dari Galeries Lafayette ni. Sekitar sini ada banyak kawasan menarik korang nak lawat. 

Contohnya ada Palais Garnier, sebuah dewna Opera yang grand dan hebat dalam bandar Paris. Banguna dia gah dan sangat majestic. Dalam ni ada dewan opera, muzium opera dan satu ketika dahulu ianya sebuah gereja sama seperti The Notre Dome.


Sepanjang jalan ini ada juga sebuah Starbucks yang unik, iaitu Starbucks Capucine. Saya tak ada laa beli air Starbucks cuma saya masuk untuk tengok interior dalaman dia. Starbucks ni lain daripada yang lain pasal interior dia tu seolah korang berada dalam empayar France 400 tahun dahulu. Memang cantik tak pernah tengok Starbucks dalam ni. 

Starbucks ni juga antara cafe Starbucks yang disenaraikan unik dan berbaloi untuk dikunjungi. Malah kalau korang nak tahu, salah satu Starbucks yang unik dalam dunia juga terletak di Batu Ferringgi. Yaa berada di Malaysia. 




Amik-amik gambar teruskan jalan kaki ke Hard Rock Paris. Dalam ni saya nak collect pin dengan baju HRC. Pin HR Paris bagi saya murah dari Malaysia walaupun limited edition. Saya pun tak faham apsal pin kat Malaysia mahal sedangkan pin ni made in china je. Dekat laa nak shipping macam shopee. 




Settle pembelian, maka elok makan tengahhari pasal perut dah mula lapar dah ni. Kalau jalan kaki dengan cuaca sejuk, perot memang jadi bodo kejap. Asal jalan kejap je lapar, asal jalan kaki je lapar.

Tak jauh dari HRC Paris ada sebuah restoran halal iaitu New Jawad. Sebenarnya ada banyak restoran halal d Paris ni. Korang kena seach google,aps atau rajin-rajin tengok instagram/ TikTok. Tak perlu risau.


Kedai ni serve makanan Pakistani. Pastinya ada nasi kari ayam, nasi beriyani dengan macam-macam nasi. Walaupun kedia dia nampak fine dining. Tapi nyata harga dia lagi murah berbanding makan di Nandos Kota london. 

Cuma masa nak tengok menu tu, confius laa juga pasal menu dia dalam bahasa france, apa dia tulis pun tak tau sampai naik juling ler mata. Pastu bila tanya dia, baru dia bagi menu in english. Baru lerrr semua faham

Serius baq hang, dorang ada set lunch meal yang mana ada starter roti nan kuah dal, ,ain course dia nasi dengan kari ayam atau kari kambing, dessert pun aiskrim atau puding apa tah. Kesemua tu harga dia EUR18.

Masa makan di Nandos, sorang makan pun dah cecah GBP25 baru sepinggan makan saja. Ternyata Paris lagi murah dari segi permakanan dia mahal layanan restoran pun superb laa juga.

Saya order 1 set meals dan tambah ayam tandori untuk makan dengan roti nan. Apa benda banyak 1 set, nasi lagi, roti nan lagi. Kenyang sangat bhai! Saya tak order kopi pasal nak minum petang di cafe.


Makan dah, perot pun dah ketat, baru boleh jalan tegak beb!

Eiffel Tower - Louvre of Paris

Destinasi seterusnya adalah destinasi yang dinantikan. Menuju ke Eiffel Tower. Sebuah iconic dunia yang ramai orang suka melihat, bergambar dan menjadikan sebagai satu simbolik percintaan. Katanyaaa

Dari restoran terus menuju ke ke station yang hampir dengan Eiffel Tower. Ada banyak sebenanrya cuma kita boleh pilih samada nak datang dar sudut pandangan macam mana. Saya lebih memilih untuk datang dari arah taman, jalan kaki sehingga Eiffel Tower dan naik tangga ke Place de Trocadero. 

Kami bermula di Grand Palais Empehere dan mula berjalan kaki dari tamannya. Disebabkan waktu kami datang adalah musim sejuk, maka pokok-pokoknya tak begitu membantu permandangan. Hanya sekadar ranting kayu saja yang ada pada pokok... huhuhuhu.



Dari jauh lagi dah nampak Eiffel Tower, maka kat sini dorang mula ber-ootd untuk amik gambar pose macam nak jual baju. Jangan marah aaa kak na kak zur.

Scammer di Eiffel Tower

Cuma, saya sarankan kalau korang dalam group, korang kena pastikan ahli group ni tak leka kalau letak handbag atau bagpack pada kerusi semasa bergambar.

Tak dinafikan, semasa kami bergambar, saya perhatikan beberapa kumpulan anak muda mendekati kami sambil berborak-borak sesama mereka. Pada kiraan saya, umur mereka tu lebih kurang 12-15tahun. Kenapa dorang tak pergi sekolah? 

Aksi mereka agak licik, dorang hanya sekadar berborak sesama mereka tapi mendekati kami sedangkan masa tu dorang jauh aje. Bila kami berjalan, dorang macam slow-slow saja ikut. 

Maka saya dan Usop mula alert tingkah laku mereka, kita pula yang usha mereka. Sehinggakan ada masa kami bertentang mata. Bila kami mula berjaga-jaga dan perhatikan mereka, dorang slow-slow gerak lintas jalan raya. 

Ada juga beberapa individu yang datang untuk kami sign petition apa benda tah. Jangan dilayan benda sebegitu nanti korang kena bayar harga apa tah.

Sama juga jika ada orang mintak tolong ambil gambar mereka. Korang jangan mesra dan rajin sangat. Kita tak tahu mereka tu adalah scammer yang saja nak jatuhkan hadnphone dan pecah, maka kita kena ganti 1000EUR.

Ingat, kawasan Eiffel Tower ni memang ramai scammer yang licik. Jadi berhati-hati dan Alhamdulillah, sepanjang trip kami, kesemua ahli travel selamat dan tiada kehilangan barang. Biar sombong daripada menangis kena kunpaw!




Berbalik kepada Eiffel Tower tadi, ini adalah pertama kali saya menjejak kaki ke sini dan saya amat kagum dengan pembinaan Eiffel Tower. Manakan tidak, sebelum ni hanya tengok dalam gambar, instagram pastu blog saja. 

Eiffel Tower ini siap dibina pada tahun 1889 (134tahun lalu) oleh Gustave Eiffel, ketua jurutera besi pada era ketika itu.

Seperti yang anda tahu, Eiffel Tower ini dibina atas dasar menara komunikasi semasa perang dunia pertama. Maka, berlumba-lumbalah negara lain untuk turut membina menara besi sebegini bagi menunjukkan kuasa pembinaan mereka selain kekuatan perang. 

Selesai perang, menara ini kekal sebagai menara telco dan menjadi satu simbolik kepada negara Perancis. Ada banyak kisah mengenai Eiffel Tower ini sehinggakan pernah terjadi orang yang menjual Eiffel Tower, orang curi besi, macam-mcam lagi lah. 


Masa saya lalu bawa Eiffel Tower ni, memang boleh nampak kerangka besi padu yang berat menampung ketinggian Eiffel Tower 300meter. (KLCC tinggi 451m, PNB 118 679m). Malah, pada tier 2 menara ini, ada terdapat nama-nama yang diukir/direbet pada sekeliling menara ini. Saya tak pasti nama siapa, mungkin nama orang yang bina menara ni kot.

Korang boleh naik Eiffel Tower ini, dia ada 3 level boleh naik dengan lift. Tiket korang boleh beli online, dan saya sarankan beli online pasal rugi nak beratur lama-lama. Harga tiket bermula EUR45 untuk dewasa, kanak-kanak EUR40. Lebih kurang RM225 saja jerrrrr geng.... Hahahaha... 

Jadi, jangan tanya saya laa kenapa saya tak naik Eiffel Tower eyyy..... huhuhuhuu.. mahal kemain. Elok berjalan-jalan bawah dia saja.

Selesai view bawah menara dia, kami terus sambung jalan kaki lintas sungai. Ini jam terasa kesejukkan dia pasal angin lalu ikut sungai. Kat sini kami tak berenti lama, tak tahan angin sejuk. Terus berjalan naik bukit dan tangga menuju ke Trocadero Square. 


Trocadero Square ni salah satu tempat dan view terbaik kalau nak bergambar. Gambar ni boleh jadi kita bikin romantis... bikin paling romantis... Kat sini juga banyak scene dalam cerita Emily in Paris tu. Malah banyak scene kissing dalam movie hollywood disunting pada tempat ini.

Secara keseluruhan, masa kami tiba di Grand Palais Ephemere sampai ke Trocadero Square cecah 1.5km. Agak jauh yerr nak berjalan cuma tak rasa pasal banyak berhenti berootd dari taman, menara, bawah menara sampai laa kesini. 






Ini jam kami dah tak larat nak ke Bir Hakim, untuk bergambar Eiffel Tower yang ada sungai dan cruise menyeberangi sungai. Lutut dah ketaq, makanan dalam perut pun habis dha digest.

Maka, kami terus ke Carette Cafe untuk minum petang. Cafe ni popular selepas cerita Emily in Paris dan menu chocolate panas cicah dengan crossaint.

Hot chocolate dia sedap, pekat bak hang. Rasanya dorang cairkan dark coklat pastu dorang tuang guna teko dia. Bagi saya, minum untuk try boleh pasal kemanisan dia tu rapat meter 10/10. Kalau tuang air panas pun rasa manis lagi. Hari-hari minum dekat diri kita dengan doktor hospital.

Satu set hot chocolate whipped krim dengan croissant ni berharga EUR18.00, bersamaan RM90.00 kau... hukhukhukk.... Sememangnya datang untuk minum panaskan badan saja lah. Ksalau datang hari hari boleh pengsan bro. 

Orang cakap jangan convert duit Malaysia. Tapi bila kirakan balik, berbaloi laa jugak EUR18.00 minum chocolate, kopi dengan crossaint petang-petang gini. Kalau gaji dalam Euro laa... kalau dalam Malaysia boleh gugur gigi dengan gusi beb!



Selesai minum, mulut pun melekat pekat manis chocolate tadi, kita sulamkan dengan air mineral banyak-banyakl supaya boleh lawas nak memerut kelak ye.

Tak jauh dari Carette Cafe ni dah ada ada Metro 6 yang mana laluan dia akan menuju ke Champ de Elysees dan juga Arc de Triomphe. 

Sebenarnya ada banyak laluan metro untuk e Arc de Triomphe ni, cuma korang boleh rancang atau tengok dari mana korang nak datang sama seperti Eiffel Tower tu. Untuk saya, pasal saya dan dekat dengan laluan Metro 6, maka saya naik saya Metro 6 dan turun di Kleber malas nak interchange bawah tanah.

Arc de Triomphe, Gerbang Unggul Perancis.

Bila keluar saja dari underground Metro, terus boleh nampak Arc de Triomphe tersengam gah di tengah-tengah bulatan besar ni. 

Mengikut sejarah, Arc de Triomphe ini dibina atas tujuan memorial peringatan askar-askar Perancis yang gugur semasa peperangan Napolean. Dalam Tv gerbang ini nampak macam biasa saja, tapi bila dilihat dari seberang jalan, nyata ianya sangat besar dan tinggi sekitar 50meter.

Pada setiap sudut, terdapat ukiran askar-askar yang gugur dan berjuang, memberikan maksud yang tersendiri dan setiapnya mempunyai lakaran sejarah yang panjang. 


Korang boleh naik ke atas Arc de Triomphe secara percuma dan jangan sesekali melintas bulatan yang sibuk sesuka hati. Ada terwong bawah tanah untuk lintas bulatan dan bergambar dekat dengan Arc de Triomphe. 

Saya malas nak jalan kaki masuk terowong kut-kut bau hancing dalam tu. Kami amik gambar tengah jalan saja sebagai tanda hadir. 

Disebabkan Arc de Triomphe ni terletak ditengah bulatan, ada banyak simpang siur yang menghala kearahnya lebih kurang 12 jalan utama atau 12 exit.

Hasil daripada pembinaan ini juga, menjadikan idea kepada Tun Dr. Mahathir untuk membina sebuah bulatan terbesar didunia, terletak di Putrajaya. Panjang keseluruhan bulatan Putrajaya tu adalah 3.4km yerr gaisss... Tak percaya korang boleh google Bulatan Putrajaya. Bangga dengan Malaysia!



Tapi antara jalan yang popular di Arc de Triomphe ni adalah jalan Champs Elysees pasal sepanjang jalan ini terdapat butik butik mewah malah ada sebuah hotel Louis Vuitton sedang dibina dan dibuka sebelum Olimpik Paris 2024.

Kalau rasa beli wallet LV dah mahal, berapa laa agakanya duduk dalam hotel LV Paris yer... .gilerr ahhh... nanti abam suh Cik B review hotel dia naaa. Tak dapat staycation, dapat tengok hotel  pun jadilah yer.





Bagi saya, salah satu butik mewah dan mind-blown adalah Apple Store Champ Elysees. Dah nama Apple, kalau tak melampau bukan Apple laa kan. 

Dorang beli satu bangunan lama dan dia jadikan Apple Store bagaikan sebuah muzium product Apple. Korang boleh masuk kedai Apple ni dan dalam masa yang sama korang boleh tengok product-product Apple lama dari iphone, Macintosh, Lisa sampai laa ke jualan Apple terkini. 

Abam tak pakai Apple jadi abam tak tengok pun... 

Settle jalan-jalan Champ Elysees, kami decide untuk balik berehat dengan awal sikit harini. Terus naik train di Georve V tak jauh dari hotel LV tu, terus naik Metro 1 dan menuju ke Garibaldi. 

Sepanjang laluan Garibaldi menuju ke hotel tu ada banyak kedai halal, restoran halal dan juga beberapa kedai Lidl dengan Franprix. Tapi kalau korang nak borong coklat murah boleh beli di Lidl. Serius memang murah gilasss barang dlaam Lidl ni. Kalah Lidl London.

Tapau makanan ayam bakar siap-siap untuk makan dalam hotel. 

Rehat dan solat untuk hari yang seterusnya. The next day adalah Pari Disneyland.

This is awesome gais.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam