Kembara ke Eropah 2026 : Rhein Fall - Munich Germany (Day 5)
Kembara ke Eropah 2026 : Rhein Fall - Munich Germany (Day 5)
Harini adalah hari terakhir kami di bumi Swiss.. agak sedih, pasal kali pertama saya datang Swiss bersama family kecil ni. Biasa datang bawa orang dengan kawan saja. Pengalaman di Zermatt haritu memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan snowfall dari banjaran Alps sendiri.
Pagi ni breakfast tapau makan dalam kereta, pasal kitchen - dishwasher - toilet semua dah clean up sebelum chekout guesthouse. Sambil layan view terakhir kami dari rumah yang best ni. Harini baru nampak banjaran Alps penuh.
Tu memang style kami, kalau stay di airbnb guesthouse, tak kira laa kita bayar tapi kita masih perlu kemas dan buang sampah dalam tong luar rumah. Tak macam hotel, semuanya cleaner yang buat.
Yang lecehnya airbnb europe ni, tandas dia kering, kita biasanya memang akan basah satu lantai tandas. Jadi, kena pastikan lantai dorang korang kena lap dan kering. Kalau tak buat, bersedia laa dorang rate profile korang nanti. Jadi kena pastikan tandas kering sentiasa yaa.
Saya loading barang semaua dalam SUV Renault e-Space ni, ngam-ngam saya muat. Tapi masih ada satu beg kosong untuk sumbat barang shopping terakhir di Innsbruck.
Bergambar depan rumah sebagai tanda hadir dan kenangan. Saya text tuan rumah yang kami complete checkout seawal jam 0730.
- "Thank you for the hospitality, the house was awesome and great. Till we meet again"
Saya tinggalkan satu postcard dari Malaysia, minta Nazril tuliskan ucapan terima kasih. Dorang layan baik, kita return balasan yang baik.
Harini, kami akan menuju ke Munich Germany, 3 hari kami akan stay kat sana. Tapi sebelum pergi ke Munich, saya akan buat persinggahan di Rheinfall, sebuah sungai air terjun yang hebat tak jauh dari sempadan Germany.
Perjalanan nak ke Rheinfall tak la jauh sangat dalam 1jam15minit saja. Bagusnya google map akan tunjuk laluan yang tak akan masuk pusat bandar Zurich.
Bandar Zurich ni kiranya boleh tahan juga jem dia. Banyak kereta nak masuk lepas tu mostly kereta kaan slowdown pasal speed camera banyak sangat. Maka perlu hati-hati follow saja sign kat dashobard panel tu.
Air Terjun Rheinfall, Switzerland
Bila sampai parking Rheinfall, ternyata tak ramai lagi rombongan pelancong. Jadi sempat ler saya memerut dulu lepas pekena sandwich dalam kereta. Cuaca pagi ni memang just nice, panas tapi sejuk berangin. Jadi tak perlu jaket tambahan. Selesa saja pakai sweat shirt.
Untuk masuk Rheinfall perlu beli tiket di kaunter dia. Harga untuk dewasa adalah CHF5.00, children CHF3.00. Saya rasa ni lah tiket entry yang termurah sepanjang berada di Swiss. Kalau lain tu, tak kena CHF10.00 mau kena beduk CHF20.00. Hareyyyyyy betul.
Gate open pukul 0900am, cukup je waktu, kamilah orang yang pertama masuk ke Rheinfall ni, alang-alang tak ada orang kan.
Masa saya datang tahun lepas, memang ramai sungguh orang kat sini. Kami datang masa tu sampai jam 1100pagi. Memang kawasan ni adalah spot tourist pasal dorang drop passanger lebih kurang 3-4jam.
Baca trip saya ke Switzerland tahun lepas bersama kakak sempoi!
Saya tak ada laa nak lepak lama, jadi kami hanya cukup bergambar pada tepi sungai, turun jalan kaki ke bawah pada pelantar platform yang lebih dekat dengan air terjun tu.
Bila difikirkan, berapa gelen air laa yang mengalir setiap waktu disungai ni ye.
Maka abam terus bukak chatgpt, nyambil layan angin sejuk kat sini, dapat laa juga satu info yang mana average air yang lalu adalah 600,000 padu pada setiap saat. Pernah direkodkan masa hujan yang lebat pada tahun 1965, air yang mengalir sebanyak 1,250,000 padu untuk setiap saat. Giler banyak weyyy setiap saat tuuuu! SubhanAllah. Hebatnya ciptaan Allah.
Kalau korang ada banyak masa dan banyak modal, boleh ler turun sampai ke bawah lepas tu naik bot. Bot tu akan bawa korang lagi dekat dengan air terjun. Tengok ke orang yang naik, basah basah jugak laa kena tmepias air terjun kalau datang angin. Tu yang tak syiok tu...
Kami tak mau naik bot basah tu, maka cari spot untuk bergambar kawasan ni saja.
Selesai tengok air terjun padu, maka kami teruskan perjalanan menuju ke Germany. Harga parking kat sini lebih kurang EUR7.00-EUR10.00.
Checkpoint seterusnya adalah menuju ke restoran di Ravensburg Germany, tapi saya isi dulu minyak di Swiss sebelum masuk ke Germany memandangkan minyak di Germany lebih mahal dari Swiss kerana conflict selat arab haritu.
Drive masuk antara negara EU ni korang boleh lalu macam tu saja, tak ada semakan passport ataupun imigresen. Tapi biasanya akan ada post border tapi mostly tak pernah nak ada officer pun.
Kalau korang nak tahu, negara Germany ni memang sunyi pada hari Ahad. Di Germany korang tak dibenarkan buat bising sepanjang hari Ahad, samada bertukang, potong rumput, basuh kereta, anak-anak menjerit mahupun party bbq yang membuatkan bunyi muzik bising.
Kalau buat juga, nanti polis datang rumah pasal kena noise compalining. Memang bosan sungguh.
Jadi, disebabkan kami masuk Germany pada hari ahad, maka tak banyak restoran yang buka pada hari Ahad. Nasib baik abam dah buat research sebelum datang nak mencari restoran halal yang bukak pada hari Ahad. Susah weyy... memang cuti betul dorang ni.
Bila sampai di Old Spice Restoran Germany, dapat parking spot depan kedai terus masuk untuk lunch. Memang kami laa kot customer pertama dorang, langsung tak de orang jam 12.00pm ni.
Tapi kedai lain sekitar dia tu ada laa, cuma restoran lain non-halal, kedai dia ni je yang halal. Maka kita order dulu nasi beriyani, chicken curry . Memang padu masakan dia ni. Kenyang beb.
Lepas makan jalan-jalan kejap sekitar pekan dorang ni, nak kasi perut turun nanti. Abam tapau satu coffee ais 1 sbeelum menuju ke Munich.
Kali ni kita point ke Allianz Arean Bayern Munich!
Yaa dah lama plan dengan si Nazril, saya nak bawa dia masuk tour Bayern Munich. Jadi google map tunjuk jalan masuk auto bahn lebih kurang 2jam 15minit untuk jarak 250km.
Seperti yang saya pernah cerita sebelum ni, kebanyakkan highway atau dipanggil auto-bahn adalah sebuah highway yang tiada speedlimit.
Jadi korang boleh tekan kereta korang tu setakat mana yang korang rasa nak bawak. Tapi harus tahu, kelajuan ideal highway dorang adalah 130kmh, dan ada sesetengah tempat dorang minta kita reduce speed dari no-lomit pergi ke 110 ataupun 90. Jadi kena tahu sigboard dorang tu bila dia tunjuk no speed limit.
Maka bermulalah kita perlumbaan menuju ke Bayern Munich, alang-alang minyak pun masih full dengan hybrid, tukar mode dari comfort ke corsa, kita cuba laa berapa laju Renault e-space ni.
Tengah speeding di autobhan, dapat laa kelajuan 211kmh, itu pun time tak ada kereta sangat. Risau ler nak bawak laju tempat orang ni. Kita tak biasa. Dalam duk bawak main tain 160kmh, ada je kereta Porch, Merc, BMW speeding laju giler. Rasanya lebih dari 250kmh kot.
Allianz Arena - Bayern Munich - Mia San Mia!
Dalam duk speeding tu, saya dah mula tukarkan corsa mode kepada comfort mode balik, yela minyak mahal beb kat Germany ni minyak mencecah EUR2.20 per liter- bersamaan RM10.00 per liter. Ni minyak Ron95 yerrr bukan minyak premium pun... Fuhhhh senak perut beb.
Allianz Arean Stadium tak jauh dari bandar Munich, jadi walau hari Ahad, macam busy jugak jalanraya dia. Jem pasal kadangkala ada sesetengah jalan dalam bandar speedlimit dia hanya 40kmh sahaja. Dorang pun layan saja bawak 40kmh. Tabik lah disiplin dorang ni.
Dapat parking spot cantik, terus jalan kaki naik ke stadium. Saya dah buat booking tour pada jam 0400pm, dan masa tu saya cakap kat Nazril, tiket tour dah habis, dah fully book.
Dia pun rasa takpe laa asalkan pergi stadium. Kiranya nk buat surprise laa sikit. Masuk megastore Bayern, beli dulu jaket, scaft, keychain dengan magnet fridge sebagai tanda hadir. Kat dalam ni biasanya akan adan shirt yang tak akan jual store Bayern yang lain mahupun online. Kira store exclusive edition.
Sebelum 30minit tour bermula, saya terus ke gate untuk masuk ke Arena Tour, masa ni laa baru bagitahu Nazril bahawa kita akan masuk tour, masa tu punya laa seronok dia berlari melompat. Hahahaha gelagat anak layankan saja.
Sebelum masuk, akan ada screening security checking, lepas tu tour guide bernama Mr.Anton beri safety breifing dan intro mengenai Bayern Munich ni. Kalau nak amik tour, korang kena pilih masa dan bahasa. Kalau tak pilih, mendapat laa kau dorang bercakap bahasa German.
Saya nak cerita panjang lebar tour ni pun tak reti sangat, tapi apa yang saya kagum, stadium dia ni siap dibina pada tahun 2005 dan ianya masih dijadikan sebagai home of Bayern yang dinamakan sebagai Mia San Mia!
Sepanjang tour ni, dia akan bawa ke kawasan penonton home, dia cerita kalau time ada game, full kapasiti stadium ni akan mencecah 75,000 orang. Ada kawasan untuk media, kawasan VIP, malah kawaasan untuk fan OKU. Mantap ahhh...
Kami dipaksa bersorak gol ramai ramai supaya boleh buat gema berantai - pasal suara kita akan terpantul balik. Bayangkan ketika pada hari game macam mana kaut sorakan dia.
Lepas tu dia bawa ke kawasan media room, yang mana wartawan dan press akan berkumpul untuk sesi interview antara player dan manager.
Yang ditunggu tunggu adalah melawat kawasan rehat player dan player changing room. Kat sini dia tunjuk player player punya seat, full set baju dan boots sekali.
Nazril bergambar laa dengan player yang dia kenal, saya mintak maaf ler... mana maunya nak kenal player Germany... huhuhuhuu yang saya kenal Henry Kane je.
Settle player room, dia bawak pulak kawasan player tunnel untuk ke padang. Masa nak lalu ni, dorang pasang lalu EPL.. korang boleh tengok dalam instagram saya kat sini.
Last sebelum habis tour 90minit ni, dia bawak laa ke kawasan padang dengan bangku player duduk masa game tu. Fuhhh memang masa ni terus rasa nak jadi player bola laaa kauu! Hahahahahaha!
Walau sekejap, boleh bayangkan laaa bagaimana feeling player duk kat bangku dengan padang semasa perlawanan yang penuh dengan 75,000 orang penonton. Memang hebat!
Sebelum balik, saya menyapa tour guide kami dan sempat borak kejap dengan dia,dia tanya kami berasal dari mana?
Saya cakap dari Malaysia, dan dia beritahu beliau baru saja balik dari Malaysia, dia pergi KL, Langkawi dan Penang. Saya tanya dia ada makan roti canai ke? For sure dia cakap.. kami gelak dan minta bergambar dengan dia. Kami ucapkan thank you Mr.Anton to bring us and sharing the knowledge.
Memang best and awesome tour ni. First time laa masuk tour germany club ni. Satu pengalaman yang pasti bro Nazril tak akan lupakan. Ini yang kita mahukan.
Saya sendiri pun dah kepenatan drive dari Swiss dan buat beberapa stopover - maka kami hanya terus menuju ke hotel untuk checkin. Sebelum tu singgah kejap beli makanan untuk dinner. Beli ayam panggang dan akan masak nasi kat hotel.
Hotel yang saya stay ni nama dia Wunderlocke Munich jenis hotel apartment yang mana ianya complete ada bilik, meja makan, inroom laundry dengan dapur.
Jadi korang boleh masak, boleh basuh baju siap dengan dryer lagi. Memang saya suka stay hotel apartment macam ni, jadi dapat laa membasuh baju dengan percuma.
Ahhaa lupa nak bagitahu, biasanya rumah airbnb di Swiss memang ada laundry dan dryer, tapi biasanya dorang akan letak di garage dan tuan rumah akan kenakan charge untuk penggunaan washer dan dryer tu. Kebanyakkannya macam tu lah. Jarang nak jumpa airbnb yang bagi free.
Berbalik pada hotel tadi, saya check-in dan terus lepak. Bilik kali ni saya dapat jenis loft type, 1 queen bed dibawah dan 1 lagi queen bed kat atas, Dapat makan nasi panas-panas dengan ayam grill memang awesome habis. Menambah-nambah terus boleh rehat dan tidur dengan nyenyak.
Esok sambung perjalanan. Agak penat drive harini.
This is awesome gais!
Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)
Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)
Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindlewald - Iselwald - Lucerne (Day 4)
Kembara ke Eropah 2026 : RheinFall - Bayern Munich (Day 5)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich City (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Hallstat - Salzburg - Telfs (Day 7)
Kembara ke Eropah 2026 : Dolomites - Sella Pass - Bolzano Bozen (Day 8)
Kembara ke Eropah 2026 : Bavaria - Inssbruck (Day 9)
Kembara ke Eropah 2026 : Zurich City (Day 10)
















































Comments