Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 4

Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 4 Waktu pagi di Bandung agak berbeza dengan pagi di Jakarta. Udara di Bandung lebih dingin dan segar. Mungkin Bandung berada kawasan tinggi dan lebih nyaman. Itinerary harini saya akan menuju ke kawasan selatan Jawa Barat. Iaitu menuju ke Kawah Putih dan dan Cidewey. Kalau korang rajin research, memang ada banyak kawasan wisata di sekitar Bandung ni. Datang 7 hari pun belum tentu habis semua nak pergi. Perlancongan Indonesia kali ni memang berkerja betul untuk pastikan kawasan tumpuan menarik dan cantik untuk dikunjungi. Malah, kawasan wisata ini juga akan menjadi salah satu sumber pekerjaan orang tempatan dan menyumbang pada income negara. Seawal jam 0600pagi kami mula bertolak dengan Pak Terra dari Kota Bandung menuju ke Cidewey. Pergi awal pasal jarak perjalanan lebih kurang 2jam. Macet di Bandung bukan main-main wey! Disebabkan gerak awal, maka kami breakfast dalam perjalanan sahaja. Berhenti di Alfamart dan tapau kopi dan roti. S...