Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 4

Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 4

Waktu pagi di Bandung agak berbeza dengan pagi di Jakarta. Udara di Bandung lebih dingin dan segar. Mungkin Bandung berada kawasan tinggi dan lebih nyaman.

Itinerary harini saya akan menuju ke kawasan selatan Jawa Barat. Iaitu menuju ke Kawah Putih dan dan Cidewey. Kalau korang rajin research, memang ada banyak kawasan wisata di sekitar Bandung ni. Datang 7 hari pun belum tentu habis semua nak pergi. 

Perlancongan Indonesia kali ni memang berkerja betul untuk pastikan kawasan tumpuan menarik dan cantik untuk dikunjungi. Malah, kawasan wisata ini juga akan menjadi salah satu sumber pekerjaan orang tempatan dan menyumbang pada income negara.

Seawal jam 0600pagi kami mula bertolak dengan Pak Terra dari Kota Bandung menuju ke Cidewey. Pergi awal pasal jarak perjalanan lebih kurang 2jam. Macet di Bandung bukan main-main wey!

Disebabkan gerak awal, maka kami breakfast dalam perjalanan sahaja. Berhenti di Alfamart dan tapau kopi dan roti. Saya biasanya beli kopi Americano (Orang sana panggil kopi hitam), rasa dia memang padu, bold roastery. Sedap bhaii kopi dia. Kopi dia blend tak rasa lemau. Kopi kedai serbeneka ni bukan jenis kopi press, dorang grind dengan filter jer pun. Tapi rasa dia memang ngam teruk! 



Kawah Putih - Rancabali

Dalam duk layan view suasana hijau menggunung, maka tiba la kami di Kawah Putih (White Cracker)

Nak masuk sini dikenakan bayar saya tak ingat dah berapa. Harga kereta dengan orangnya kena bayar. Kalau tak nak bayar kereta, korang boleh naik shuttle bus. Malas pula nak ber-shuttle shuffle ni. Saya bayar saja tiket parking untuk naik keatas nun.

Dorang buat macam ni untuk mengurangkan kesesakkan kat atas. Parking maybe limited dan mungkin nak kurangkan CO2 gamaknya. Entah ler.

Lupa nak bagitahu, semalam Pak Terra dah pesan, nak ke Rancabali ni kena bawa jaket. Yaa kat sini sejuk dia memang sejuk mat. Suhu boleh turun capai 15c pada waktu pagi. Wife pula lupa nak bawa jaket, maka abam terpaksa jadi hero untuk mengeraskan susuk badan dengan suhu 15c ni. Hampeh betui!

Sampai saja kawasan parkir Kawah Putih, bau sulfur dari kawah memang sangat kuat. Ada amaran yang mengatakan jika anak-anak bawah 5 tahun, ibu mengandung, orang sakit asma tak dibenarkan turun ke kawasan kawah ni. 

Memang betul bau dia macam bau kabait yang kuat. Menurut fakta, kawah putih adalah hasil lepasan tekanan air gunung berapi beribu tahun dahulu. Kini, Kawah Putih bukannya kawah yang aktif lagi. Ianya hanya melepaskan gas sulfur saja dari lingkaran beratus kilometer bawah tanah sana. 

Jadi, kalau datang sini, sebenarnya tak boleh lepak lama sangat. Udara yang penuh dengan sulfur tidak bagus untuk paru-paru.


Walaupun permandangan dia cantik, tasik seolah movie dalam filem Star Wars time Yoda tengah train Luke Skywalker, ianya tak berapa bagus untuk kita.

Maka, amik gambar cepat-cepat jangan lepak lama-lama. Tapi udara dia sejuk banget gais... Korang boleh tengok laa lengan abam ketul-ketul tahan sejuk. Jaket kena sarung dengan bini. Dia yang lupa, kita pula kena tahan.

Tinggi Kawah Putih ni adalah 2194meter dari aras laut. Tu diaa separuh Gunung Kinabalu dah


Ayuh kita gerak ke destinasi seterusnya!

Baca kembara saya ke Manchester selama 5 hari disini

Perkebunan Teh Rancabali

Dalam perjalanan ni, kita dihamparkan dengan permandangan hijau pokok daun teh. Mungkin disebabkan kawasan tanah tinggi dan nyaman, daun teh hidup segar maca di Cameron Highland. 

Jadi sementara sampai di Rengganis, saya request dengan Pak Terra untuk berhenti di Kebun Teh, nak ootd dan nak tunjuk pada Nazril daun teh tu. Nyambil-nyambil juga untuk reset hirup udara segar - kasi cuci bau sulfur dalam paru-paru. 


Korang boleh berhenti mana-mana kebun teh untuk bergambar selagi korang tidak patahkan pokok. Ada saja pekerja mereka tengah trim dengan kutip daun, tapi dorang okay saja. Ada laluan untuk korang lalu. Kalau korang nak tempat yang sebenarnya, boleh pergi ke Ecopark Curubilu kalau tak silap.

Kat situ dorang buat proper, ada kilang pemprosesan teh, cara kenal pasti daun teh, cara buat teh sedap. Tapi kalau setakar nak bergambar celah pokok, berenti saja tepi jalan amik aje gambar. Asalkan macam saya cakap tadi, ko jangan pergi terajang pokok-pokok tu.


Tapi yang pasti, udaranya memang fresh. Dapat laa cuci bau sulfur dalam paru-paru gais!

Kawah Rengganis Suspension Bridge

Sebenarnya, tempat nak dituju seterusnya ni tak ada dalam plan saya, tapi tiba pula Pak Terra buka cerita ada suspension bridge paling panjang di Bandung. Tak jauh dari kebun teh. Kita ni dengar aje suspension bridge seram sejuk laa jugak kan. Wife dah beriya suruh pergi situ. 

Pak Terra akurr dengan ibu... terus dia kona pergi juga ke sana. Bayaran masuk pun saya tak ingat berapa, wife yang bayar pasal dia yang beriya nak masuk. 

Dari tempat bayaran ni, dah boleh nampak suspension bridge yang panjang. Ada sebuah restoran dan cafe sebelum melintasi bridge.

Masa nak masuk tu, ada ler fakta pasal jambatan gantung ni. Total panjang bridge gantung ni adalah 370meter dan dengan ketinggia 70-75 meter dari permukaan. Tapi bila sampai kat tengah, rasa macam 3kilometer pun ada tinggi dia mat.

Kalau korang tengok gambar abam ni, nampakkan berapa panjang jambatan dia. Hareeyy sungguh nak sampai ke hujung sana punya laa jauh wey. Jalan pelan-pelan sambil tengok view. Ini jam abam pun tak berani nak keluarkan handphone amik gambar, lutut pun dah rasa sejuk pulak.


Kat bawah jambatan ni ada kawah dan air panas. Panas dia tu memang panas sampai mendidih. Uihhh tiber pula terasa seram, ini kalau jatuh bukan lagi patah riuk, terus masak meninggal terus ni mat.

Memang rasa lama betul perjalanan nak ke hujung sana. Dah sampai hujung, kita boleh jalan kaki trail untuk pergi ke kolam air panas. Kadan saya terfikir, sapa je yang nak mandi kolam panas macam gini beb. Ni panas betul ni sampai mendidih-didih ni. Masak well done macam ni



Cuaca pun makin panas, tambah pula wap air panas, maka kami terus patah balik ke jambatan bosi gantung ni haa... Budak kecik dengan wife ni macam rileks betul dorang. Siap nak suruh amik-amik gambar. Kita ni dah rasa seram sejuk balik dah bhai.

Bila dah patah balik, terus ke restoran dia, kita lepak pekena teh Rancabali dulu kat sini. Kadang datang angin bertiup fuhhh nyaman terus... bau makanan kat sini buat perut dah mula lapar. Tahan dulu pasal nak makan kat tempat lain.


Lunch - Rumah Makan Bonda

Calling Pak Terra udah selesai wisatanya, maka terus turun menuju ke pekan Rancabali, untuk santapan tengahhari.

Perut memang dah lapar pun, sampai saja kedai, tak ada orang sangat. Maka kita terus order makanan set. Agak murah, apa yang kroang tengok dalam gambar ni lebih kurang berharga RM50 sahaja. Masakan Indonesia memang tak berkuah sangat kot. Tapi bila kena dengan ayam dan ikan bakar. Memang terbaik habis. Sedap dan menambah.


Usai selesai makan, kami balik ke Kota Bandung untuk ke Braga. Masa saya datang tahun 2016, saya tak sempat untuk jalan-jalan di Braga. Kali ni bila tengok tiktok, Braga dah jadi macam art street. Ada banyak coffee house, barangan local product jual kat sini.

Elok sangat pergi untuk minum petang tu.

Wisata Jalan Braga Bandung

Kalau korang masih ada masa terluang dalam Kota Bandung, korang cuba masukkan itinerary korang untuk jalan-jalan ke Braga Street. Kalau dulu kita selalu ke Bandung pergi Rumah Mode laa, Paris Van Java laa, Pasar Baru Trade Center la. Tu semua macam dah oleg school pasal semua korang boleh dapat dalam shopee saja. 

Braga Street ni vibes dia lain skang ni pasal mostly yang ada sepanjang jalan ni adalah street arts, cafe, coffee house dan street performance.



Kami saja singgah disini pasal nak habiskan masa sebelum berangkat pulang ke Jakarta esok. Lagipun macam dah malas nak keluar dari Kota ni. Mana-mana tempat dah jadi jem pasal weekend.

Disebabkan hari dah nak sore, makan saya request Pak Terra untuk drop kami di Braga Street untuk kami pekena kopi original Indonesia.

Pada hujung minggu, jalan Braga ini akan ditutup untuk lalu lintas, maka disebabkan itu juga banyak kedai dibuka dan macam-macam show ada disepanjang jalan ni. Memang meriah dan win habis. Kat sini korang boleh jumpa ramai juga orang Malaysia. Depa pun target untuk pekena coffe kat sini.

Saya menuju ke Koffie Braga Cafe. Dalam tiktok Indonesia, dia review bahawa Koffie Braga ni menggunakan biji kopi Arabica aslinya dari Indonesia dan bukan dari Kopi Luwak. Itu yang kita mahu. Tak lalu lerr nak minum kopi luwak taik musang tu.

Cafe dia best pasal kedai-kedai disini adalah style bangunan lama yang difurbish menjadi restoran, butik dan kedai. Dalam kedai ni boleh dikatakan ada anak muda yang lepak dan ada juga warga pertengahan. Saya order kopi, affogato dan truffle untuk minum petang kami. 

Dalam cafe ini disediakan surau. Korang boleh solat dalam ni. Memang selesa bhai... Tak boleh ler nak lepak lama dalam kedai orang kan. Orang lain pun nak duduk juga bang. 




Jadi kami sambung jalan lagi masuk kedai roti dan biskut Toko Kue Lakker. Dalam ni dorang jual pastry local. Macam-macam laa ada saya hanya beli 2-3 jenis saja untuk makan pagi esok nanti.


Depan kedai dia nampak rmaai orang beratur, rupanya sebuah kedai aiskrim Sweet Cantina - Memang panjang laa juga beratur. 

Memang best lepak sini, cuaca pula redup tak panas sangat, banyakcafe lepas tu ramai orang berniaga tepi jalanan, sempat laa kena paw dengan Nazril beli HotWheels collection untuk dia.

Sampai saja dihujung, calling Pak Terra untuk pickup, last destination kami adalah nak beli Kek Kartika Sari yang famous. Bak kata wife, tak sah laa kalau tak beli kek kat sini.

Okay dalam ni memang ramai orang. Kalau korang malas nak layan,korang boleh lepak depan kedai dia atau naik ke tingkat 1. Tingkat 1 ada tempat duduk beraircond lagi.

Sebelum menunggu tu, saya sempat ronda-ronda tengok jenis kek yang dorang jual. Memang nampak lembut dan fresh bake terus tapau masuk plastik bag. 

Kek ni ada expired tak silap saya 10 hari saja kot. Jadi kalau korang beli, kena tengok dulu expired date tu bila. Kadang ada setengah kek tu yang dah lama, untung dapat yang baru. Boleh ler beli 10 bijik untuk bawa balik makan kat umah. Huhuhuhuhu.




Penat berjalan harini, selesai beli kek Kartika Sari, perut pun dah kenyang, lalu kami minta Pak Terra hantar pulang ke hotel. Untuk makan malam, saya reqeust saja meals dari hotel, sharing saja malas dah nak turun. 

Itu lah kami, kadang kami datang berjalan tempat orang tiba rasa malas nak beramai-ramai dengan manusia, malas nak gi kedai. Kadang tiba datang rajin, kami pulun betul betul jalan kaki. 

Ada orang cakap, rugi laa datang jauh-jauh duk hotel, rugilah datang tempat orang tak rasa itu ini, rugi lah datang tempat orang tak pergi trengok itu ini. Yaaaa betul, tapi bila datang malas, memang malas dan rasa nak baring saja layan empuk tilam yang selesa. Faktor umur barangkali.

Jadi, Mandi, solat dan rehat. 


This is awesome gais!

Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 4
Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 5

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1