Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 3
Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 3
Pagi hari ketiga cuaca dikatakan cerah, tapi untuk hari ni, perjalanan kami akan menuju ke Bandung melalui keretapi alju Whoosh!
Maka seawal jam 5 dah siap packing barang standby untuk checkout. Dari semalam lagi saya dah check grab maps. Risau juga nanti nak bertolak dari hotel kot jem ke pergi ke Stasiun Kereta Cepat Halim.
Mengikut kiraan, dalam jarak hanya 18km sahaja tapi boleh mengambil masa almost 40-60minit pada waktu puncak. Jadi elok bertolak awal risau kot macet jadi 1jam pulak. Usai solat subuh saya pickup grab jam 0600pagi untuk kesana.
Tiket Whoosh kami bertolak pada jam 0800am, dan korang boleh beli dalam webpage ataupun apps nama Whoosh - Kereta Cepat disini atau beli time walk-in di kiosk station mereka. Cuma kalau nak senang dan murah, lebih baik beli online.
Untuk ke Bandung, perlu turun di Stasiun Padalarang. Jadi harga paling murah adalah IDR250,000 dan kalau masa walkin tu boleh cecah IDR300,000 untuk seat economy. Ada pilihan untuk business dan first class tapi pandai korang laa nak pilih yang mana
Whoosh - High Speed Train pertama di Asia Tenggara!
Saya mengambil peluang untuk menaiki Whossh - Kereta Cepat ni pasal ianya adalah highspeed train pertama di Asia tenggara. Malaysia belum siap lagi, masih dalam pembinaan iaitu ECRL.
Whoosh adalah kereta api berkelajuan tinggi, hasil gabungan projek antara Indonesia dan China dimana train laju ini mampu memecut sehingga 350kmh. Menjadikannya perjalanan antara Bandar Jakarta ke Kota Bandung mengambil masa hanya 33minit sahaja.
Sebelum ni kalau korang nak memandu ke Bandug, perjalanan korang mengambil masa lebih kurang 3jam pada jarak 130km. Naik keretapi api biasa mungkin jadi 2 jam.
Pengalaman saya, dari tiba di Statiun Halim, agak canggih, seakan korang nak boarding airport. Ada banyak restoran, cafe dengan kedai Indomaret. Maka saya sempat pekena kopi dulu di sini.
Serius, saya fall in love dengan Point Coffee, korang cuba try pekena americano dia. Biasanya Point Coffe ni dia ada dalam Indomaret. Tak pasti sama Point Coffee ni salah satu product Indomaret macam family mart yang ada FamiCafe.
Usai sarapan pagi di Point Coffee, kami mula boarding. Sistem boarding dia sama seperti flight, perlu scan QR ticket yang kita beli dalam apps, akan lalu security checking point dan terus pergi ke hall menunggu.
Kat sini memang selesa, masih ada banyak kedai - cafe - restoran yang korang masih boleh makan. Malah dalam Whossh pun ada juga cafe kalau korang jenis pelahap tak reti kenyang.
Whossh Kereta Cepat ni agak kerap juga, lebih kurang setiap 30minit dorang train akan tiba. Cuma kalau korang terlepas waktu, korang tak boleh masuk. Pasal akan ada satu lagi gate sebelum boarding masuk ke kereta api. Kiranya kalau korang beli tiket jam 1000pagi, korang tak boleh lepas pun untuk masuk train jam 0800pagi. Just follow the time.
Masuk saja dalam train, dah rasa maca naik Eurostar antara London ke Paris. Luggage kena letak pada luggage compartment. Korang kena duduk mengikut tiket korang dan setiap hujung gerabak ni mempunyai tandas. Tak silap saya, cafe berada di gerabak yang ke empat.
Tepat jam 0800am, train memulakan perjalanan, maka kita jalan-jalan dulu tengok dalam train ni. Kadang rasa macam naik Tohoku pun ada. Canggih dan senyap bang. Memang power... kalah kita tang teknologi yang ini. Harap ECRL dapat tapau Whoosh ni nanti.
Sempat saya memerut dalam tandas dia. Dah pekena kopi, biasa laa pagi-pagi kompem cari jamban, sama laa macam kau. Kita selfie dulu sebelum memerut. Hukhukhuk..
Cuma kali ni saya tak pergi ke cafe dia, just duduk rilex nak tengok permandangan luar walau berbaki 20minit. Time ni kereta api dah mula cecah 300kmh+, dah macam level-level Tohoku Shinkasen Jepun bro!
33minit tepat tiba di Stasiun Padalarang, nahh ejuk pula kat sini gais, suhu cecah 18c pula pagi ni. Posing gambar Nazril dulu di kepala train sebagai tanda naik.
Terus turun untuk capai naik Shuttle KAI Feeder menuju ke Stasiun Bandung. KAI Feeder ni percuma bila korang dah beli tiket Whossh, hanya follow signage dia. Kena jalan sikit. KAI Feeder ni dia akan follow time Whossh sampai. Cuma kalau korang lambat, memang dorang tinggal dan perlu tunggu train seterusnya nanti.
Kalau tak nak naik KAI Feeder, boleh sahaja keluar dari pintu Padalarang Stasiun dan pickup grab.
Baca kembara saya ke Paris disini
Dusun Bambu - Lembang Bandung
Di Kota Bandung, saya hired supir untuk 2hari. Ini adalah memudahkan pergerakkan saya untuk ke Lembang dengan Kawah Putih nanti. Harga supir ni saya dapat dari tiktok lebih kurang sehari IDR700,000. Maka total untuk dua hari jadi laa IDR1.4 miliun gais!
Bila sampai saja di Stasiun Bandung, Pak Terra dah pegang sign nama saya terus pickup untuk naik MPV Avanza.
Itinerari seterusnya adalah menuju ke Dusun Bambu, salah satu taman rekreasi terdapat di Bandung di sebelah kawasan Lembang. Tak jauh pun cuma Bandung ni macet dia lebih teruk dari Jakarta kerana jalan raya yang kecil dah susah nak buat penambahan jalanraya. Kita tidur laa dulu sementara nak sampai Dusun Bambu.
Sampai saja di Dusun Bambo, korang boleh dapat tiket percuma untuk masuk. Rupanya tiket Whossh tu tadi agak power, korang boleh gunakan tiket Whoosh untuk masuk free pada beberapa tempat pelancongan di Bandung ni. Nice!
Cumanya korang perlu tunjuk QR Code Whoosh yang korang naik, validate pada kaunter, dan pihak kaunter akan bagi tiket percuma untuk masuk.
Ok jom kita masuk layan rombongan mak joyah dalam ni.
Apa ada dalam ni, dia lebih kepada taman rekriasi untuk kanak-kanak bermain. Tempat dia bersih, selesa dan sejuk disebabkan dalam hutan.
Ada banyak yang dorang buat seperti tema air, pokok bunga, tasik ada go-kart . Cumanya setiap taman tema ni kalau nak masuk atau main korang kena bayar la. Harga tu saya tak pasti, pasal setaip permainan tu beza harganya.
Kami berminat untuk main go-kart tapi panjang pula beraturnya. Yang beratur tu orang Malaysia saja pun. Standard kami memang malas nak beratur lama-lama buang masa, maka kami decide untuk jalan-jalan lagi kawasan air terjun ala jepun ni, layan aiskrim dalam pines forest.
Kalau tak larat nak jalan kaki boleh naik buggy car, percuma saja tunggu di pitstop depa saja. Setiap tama ntema dia ni ada restoran dan ada cafe untuk kita makan. Sempat laa makan fries dengan aiskrim kat sini sebelum makan lunch.
Floating Market - Lembang Bandung
Dah malas nak jalan, matahari mula naik dah terasa bahang dia. Calling pak Terra terus menuju ke Floating Market untuk makan tengahhari.
Sebenanrya ini kali kedua kami tiba di bandung. Last masa datang pada tahun 2015, Nazril umur 3tahun masa tu. Masa tahun 2015, Tak banyak kawasan rekreasi lagi, kali ini memang lain dan Bandung dah mula cantik dan tidak lagi kotor.
Jadi saya plan memang nak lunch di Floating Market. Pun sama juga, disebabkan kami ada Whoosh tiket, maka boleh dapat masuk secara percuma. Kalau tak ada Whoosh, perlu bayar IDR30,000. Jimat laa sikit untuk 3 beranak ni kan.
Kat sini macam tak berapa ramai orang dah, mungkin orang pergi makan di restoran kot. Elok sangat mudah nak dapat tempat duduk dan selesa dnegan angin sejuk lalu.
Saya tak tahu apa yang kami order dah, tengok bayar tengok beli. Main perut lapar ni semua nak makan. Kat sini masih menggunakan sistem Lembang Coin. Jadi korang perlu tukar duit dan dapat coin untuk membeli makanan. Macam kupon sukan sekolah laa kiranya. Tak habis boleh tukar balik ye.
Makan santai-santai sambil layan orang naik perahu tengah tengah panas. Sempat laa juga time lepak ni gilir-gilir pergi solat pasal bersebelah dengan surau sahaja. Tandas pun dekat. Memang selesa habis laa lepak kat sini.
Selasai makan, kami decide untuk layan go-kart. Kat sini tak ramai orang, harga pun boleh laa dengar bila kira-kira. Tak ingat berapa harganya tapi pati berbaloi.
Dapat laa juga layan go-kart 5 lap. Syiok juga laa walau electric go kart. Macam nak beli sebijik pula buat pergi ke kedai Aceh... Okay jugak khennnn.... Masa main go-kart, tak dibenarkan rakam guna HP kecuali kalau korang ada go-pro atau camera 360 tu. Maka ta kada laa gambor kami masa berlumba tu yer... hanya tinggal kenangan.
Orchid Forest Cikole Bandung
Enjoy habis kat sini, orang pun tak ramai sangat, tapi bila kami nak keluar tu, datang 2 bijik bas rombongan dari Kedah. Tu dia depa duk buat hingat depan entrance. Sempat laa bertegur gelak-gelak. Rupanya depa ni pi makan restoran lain, datang singgah sini mai makan lagi. Tu diaaa aih!
Destinasi terakhir adalah menuju ke Orchid Forest Cilkole. Lokasi tak jauh masih berada kawasan Lembang. Itinerary saya untuk harini memang duk main kawasan sekitar untuk elakkan macet tengah jalan yang makan masa berjam. Kena pandai susun tempat. Macet dia tak macam KL bang, tak bergerak wooo.
Tiket masuk untuk Orchid Forest Cikole adalah IDR50,000, taman ini Whossh tak cover yer jadi kena keluar duit sendiri.
Dari luar taman ni bagi saya nampak macam biasa saja, dalam hati, aduhai dah kena bayar, tapi nampak macam biasa saja pun. Tak macam Dusun Bambu entrance dia nampak grand.
Orchid Forest Cikole adalah salah satu hutan pokok pines yang dijaga rapi oleh perhutanan Indonesia. Kawasan ini dia tak buat taman tema besar seperti Dusun Bambu, mereka mengekalkan keaslian hutan dan pasti korang rasa tenang bangat.
Permulaan masuk tu jalan dia menurun bukit. Korang dah boleh nampak view hutan pokok pines yang cantik, macam dalam movie Planet of The Apes.
Ada beberapa cafe pastry dan coffe shop dalam ni. Maka korang boleh chillax minum kopi dengan tenang sambil dengar bunyi alam sekitar kawasan ni.
Betul gais, kawasan ni rasanya lagi tenang dan nyaman. tak rasa panas tak sedikit sejuk. Orang yang masuk dalam ni pun semua tak bising. Masing masing jalan layan suasana, beli kopi teh borak biasa-biasa saja.
Kita layan laaa dulu ngupi ngupi dalam ni. Nak makan pun masih kenyang. Boleh lepak dalam cafe atau luar kawasan. Ada banyak meja dengan kerusi dorang sediakan dalam kawasan Orchid Forest Cikole ni. Kawasan dia memang besar. Lagi pun kalau nak makan, saya tak pasti status Halal kedai sini. Huhuhuhu.
Sambung jalan kaki, korang akan masuk ke kawasan Orkid House. Kira macam orkid nursery laa kot. Penuh orkid dalam ni. Jangan cerita laa kalau pompuan lama duk bergambar dalam ni. Layankan saja.
Ahha, seluruh kawasan Orchid Forest Cikole ni tak dibenarkan merokok. Korang boleh dikenakan denda on the spot 1 milliun gais. Biasanya kawasan merokok disediakan di kawasan parkir. Saya tak merokok, jadi korang cuba tanya pak supir nanti.
Banyak laa juga taman yang dorang buat dalam ni, ada tempat parrot, kambing biri biri tapi tu biasa aja la kan. Boleh laa kalau nak bergambar dengan dorang tu.
Macam saya cerita tadi, dari entrance tu korang akan jalan menurun bukit saja tau, agak-agak gigih tak nak naik balik? HUhuhuhu.... tapi jangan risau, ada tempat shuttle untuk korang naik balik ke entrance secara percuma .
Cumanya, kalau korang naik free shuttle ni, korang dah tak boleh masuk balik dah. Kalau nak masuk balik kena bayar tiket.
Jadi kalau masih nak enjoy the view, tiba-tiba rasa nak lepak cafe yang dah atas bukit tu kena ler jalan kaki naik balik. Kalau rajin laaa... kami tak rajin, teru naik shuttle balik ke kereta supir.
Exsport Flagship Store
Hari pun masih sore belum gelap lagi, masih gigih untuk berjalan-jalan. Kami request pak Terra untuk ke Exsport Flagship Store.
Kita try tengok pula product Exsport kat Bandung, ada ngacem ke tidak. Ini pun dapat info dari salesman semalam yang mengatakan Exsport Flagship Store antara store yang popular dan besar.
Ayuh kita pergi ke situ!
Tak dinafikan, budak tu cakap bener bener... Agak penuh parking depan Exsport Flagship Store ni. Jadi pak Terra just drop dan kami layan dulu shopping dalam ni.
Ternyata dalam ni penuh dengan orang Malaysia saja... hahahaha tak lain tak bukan, PS ada, pelancong pun ada.
Tengok tengok, belek belek, cuba cuba, tanya tanya. Last skali beli laa jugak 1. Mana nak dapat harga pun boleh dengar, barang pun cantik, kualiti pun ngam teruk. Memang kena sauk lah satu.
Barang jadi terus menuju ke hotel untuk checkin.
Di Bandung kami stay di Novotel Jalan Cihampelas. Dinner pun makan sekitar kawasan hotel saja. Nazril tak larat kami bungkus saja.
Comments