Flight Review : Economy Class Saudi Airline

Flight Review : Economy Class Saudi Airline

December tahun lalu saya travel ke Manchester menggunakan Saudi Airline. Disebabkan pencarian tiket murah dapat ke Saudi Airline pada waktu itu, maka kita beli dan naik sahaja dengan duration penerbangan 14jam. Waktu itu saya berjaya beli tiket ini dnegan harga RM2500 retrun KL - Manchester - KL, dan transit di Jeddah selama 9jam. 

Yaaa kalau korang naik Saudi, transit dia samada Riyadh, Madinah ataupun Jeddah. Kalau nak tunaikan umrah pun boleh, kita akan dapat free visa on arrival. Cuma minimum time untuk transit keluar adalah 6jam. 

Jika korang nak transit keluar buat umrah, korang boleh pilih transit lama iaitu 24jam, 48jam, ataupun 72jam. Maybe kena topup sikit untuk transit yang lama tapi masih berbaloi lagi.


Mari saya kongsi pengalaman terbang bersama Saudi Airline (SA) versi economy class ni.

Masa travel December haritu, saya ambil transit paling cepat dan paling murah. Masa flight KL - Jeddah transit dia 8.5jam, bengkok jugak laa badan duk melepak dalam airport Jeddah yang besar ni. 

Flight Saudi Airline kali ini jenis 787-9 yang baru. Susunatur seat sama seperti 777-er iaitu 3-3-3. Setiap seat ada in flight entertainment dan full meal on board. 




Sebelum terbang, dorang akan bagi flight amenities, ada stokin, eyecover dengan earplug. Masa taxing, flight attendance akan bagi hot towel dan edarkan selimut hijau. 



Dalam flight SA ni semua makanan adalah halal dan dia tak hidangkan alcohol dan beer. Jus, kopi, teh dan air mineral sahaja.

Penerbangan KL ke Jeddah ni ambil masa lebih kurang 9jam, 1st meal tu dia hidangkan nasi beriyani ayam bersama roti. 2nd meals pula adalah pizza/shawarma. 

Korang boleh mintak air dan kopi freeflow, cuma kalu korang mintak time dorang dah nak kemas-kemas tu memang dorang dah tak bagi pun. Huhuhuhuhu. Jadi kalau nak minum, mintak time dia tengah tolak trolley. Tak pun korang jalan sendiri pergi ke galley mintak air. 



Memang beza dengan Singapore Airline, layanan SIA memang class, korang siap leh mintak cake lerrr

Baca flight review Singapore Airline saya dan keluarga disini.

Bila sampai di Jeddah, orang macam tak ramai sangat. Bagi saya agak bosan pasal airport dia tak banyak kedai, meriah lagi airport KLIA. Jangan kata Dubai Airport, memang kena tapau laaa kan. Airport dia buat besar untuk tampung kapasiti jemaah Haji. Tapi kedai tak banyak beroperasi, hanya tertumpu pada kawasan duty free sahaja.


Untungnya, korang boleh conquer kerusi panjang untuk tido kalau jenis boleh tidur bersepah. Tempat solat boleh laa nak baring cuma selalu orang keluar masuk untuk solat. Ada tempat mandi kalau korang nak bersihkan badan.

Penerbangan kedua Jeddah ke Manchester mengambil masa dalam 5 jam macamtu, still dapat makan 2x, full meals dan snack.

Apa yang saya perasan, meal untuk SA ni biasanya akan datang bersama nasi. Kalau korang tak nak nasi, dia masih ada pilihan seperti pasta mahupun grill/beef chicken. 

Kiranya menu makanan dia banyak pilihan. Mungkin disebabkan orang arab yang suka makan nasi, dan mat salleh yang tak nak makan nasi. Maka dia banyakkan menu. Overall makanan dia 8/10 saya bagi. Sedap dan padu.


Cumanya apa yang saya tak gemar, kebanyakkan penumpang dalam flight SA ni orang arab. Orang-orang Arabs ni memang jenis tak reti duk diam dan agak kurang adab.

Jenis kaki menolak kerusi, tekan screen macam bagi penumbuk laa. Bila nak bangun tu habis semua kerusi dia gegarkan. 

Tapi itulah economy class, kalau nak tenang betul boleh beli tiket business class laa yer.

Kalau ada tiket yang beza RM100-200 dengan saudi airline, saya syorkan korang pilih lah yang lain. Tapi kalau SA ni yang paling murah, boleh laaa nak amik.

Dari segi in-flight entertaiment, hollywood movie just so-so sahaja. Tak ada yang menarik sangat, dalam IFE ni banyak cerita hidustan, tamil dengan cerita arab.

Hollywood ada tapi bukan jenis yang latest dan membosankan. IFE terbaik setakat ini adalah Emirates yang ada almost 2000+ movie.

Baca kembara saya ke Manchester dan Edinburgh selama 6 hari disini

Disebabkan IFE dia kurang menarik - maka saya tengok documentary Saudi dalam pengurusan jemaah Haji, selebihnya saya banyak tengok flight maps sahaja dan tidur untuk layan jetlag. 



Pada bahagian belakang flight ni ada prayer room yang mana kita boleh solat dalam flight. Dalam ni dorang salin pakaian kepada ihram.

Dalam perjalanan juga nanti pilot akan announce ketibaan Miqat untuk dibacakan niat umrah kelak.


Kesimpulannya, served dari SA agak bagus setakat ini. Cuma yang tak best passenger golongan arab yang selfish ni. Memang beza perangai kita dengan dorang ni. 

Kalau flight jauh ni, saya biasa duduk aisle, mudah pergerakan nak pergi ke tandas. Tapi kadang duk tepi tingkap ok juga pasal boleh layan view


Nanti saya review pula penerbangan KLM KL ke Jakarta - penerbangan 2 jam sahaja.

This is awesome gais

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1