Flight Review : Economy Class Royal Dutch Airline (KLM)
Flight Review : Economy Class Royal Dutch Airline (KLM)
Tahun lalu saya jalan-jalan ke Jakarta Bandung dengan keluarga saya. Lama tak pergi ke Bandung lepas tu macam best pula duk tengok orang pergi ke sana hanya naik high-speed train dia saja. Maka kita set satu date trave ke sana.
Dalam mencari tiket flight, nampak KLM ada buat promo dengan harga RM450 return tapi tak termasuk luggage. Jadi saya add-on luggage untuk wife sebanyak 25kg sahaja.
KLM ni konsep dia hand-carry 11kg, memadai untuk saya dan Nazril bawa bag-pack dan hand carry. Untuk wife memang kena amik luggage ke dia pasal dia banyak barang pastu membeli pun banyak.
Flight KLM ni adalah flight transit dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dan dorang sambung ke Jakarta. Lepas booking tiket, korang boleh request Halal meals dalam manage booking.
Tapi disebabkan flight ni transit di KL, maka, satu kapal tu adalah halal melas pasal guna catering Brahims melainkan alcohol-beer yang disediakan dalam kapal. Tu masih tak halal ye gais.
Baca jalan-jalan kami ke Jakarta Bandung 5 hari disini.
Biasanya KLM untuk ke negara Asia ni dorang guna jenis Boeing 787-9 dengan susunatur seat 3-3-3. Saya dah tak ingat berapa kali saya naik Boeing 787 ni, tapi pastinya saya suka pasal bila ada turbulance, agak kurang gegaran dia pasal sayapa kapal terbang jenis 787 jenis flex carbon. Dari tingkap boleh tengok sayap dia flex naik ke atas.
Masa taxing, flight crew akan edarkan hot towel dan earphone untuk kita. Disebabkan flight hanya 2 jam sahaja, maka flight ini tidak disediakan bantal dan selimut yer. Cubaan untuk mintak tapi gagal. Hahahahaha...
Meals dia awalnya nampak sikit, tapi bila makan agak kenyang juga, dan macam biasa saya akan cuba kopi in flight. Rasa maca biasa tak boleh lawan MAS punya kopi. Padu dan mantap.Hanya 1 meals sahaja disajikan tapi korang boleh request untuk air kopi,juice ataupun warm water.
Kalau bawa kids, mereka akan serve kids dulu bersama parents. Maka dapat laa makan dulu sementara yang lain tu tengok abam makan dengan lahap.
Muka lfight crew ni macam toya sikit. Kalau korang perasan, flight hak milik europe ni rata-rata cabin crew dia tak berapa nak mesra alam sangat.
Sangat berbeza cabin crew dari negara asian yang mana lebih peramah dan mesra passanger. Mungkin depa ni rasa orang asia ni banyak songeh. Sebenarnya lebih kurang juga perangai mat salleh dengan kita. Depa kalau datang lagi banyak songeh. Pilih bulu betul. Huhuhuhu Tapi korang perasan kan...
Next trip saya akan review Emirates B777 Economy Class pula.
This is awesome gais!











Comments