Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 2

Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 2

Hari ke dua di Jakarta cuaca seolah macam mendung saja dari jendela hotel. Tapi saya tengok accuweater, cuaca akan cerah sepanjang hari dengan suhu 38C. Panas yer mat.

Kami breakfast saja di hotel, malas nak keluar jalan-jalan cari makan tempat lain. Lagipun masa booking hotel ni, siap sekali dengan breakfast, tak perlu add-on. Kita spau saja laa benda free kan.

Settle breakfast terus order grab untuk menuju ke Thamarin City. Itinerary pertama adalah shopping cuci mata dulu di Thamarin City. Sebuah pusat beli belah gedung terbesar di Kota Jakarta. Difahamkan, dalam ni ada 9000 lebih kedai yang menjual pakaian, kain dengan macam-macam lagi laa yang kaum wanita minat. 


Tamarin City - Gedung Beli Belah Pakaian

Sempat kami beli sejadah jenis cotton dan kain telekung solat. Jika nak banding dengan harga Shopee, dia mahal laa sikit tapi bagi saya lebih berbaloi beli kat sini pasal korang boleh test, rasa kainnya dan beli kalau puas hati.

Sama juga dengan baju dan seluar. Ada sesetengah baju jenis kain gred yang bagus akan tetapi ada juga kain yang jenis biasa sahaja yang dijual dengan harga yang sangat murah.  

Selain daripada jualan gedung pakaian, masih ada lagi kedai-kedai yang jual kasut, supermarket grocery dan juga restoran, tapi hanya suam suam saja la. Kita datang dari Malaysia mesti nak makan kat tempat lain kan. Huhuhuhu. 

Selesai pembelian di Thamarin City, kami jalan kaki ke menuju ke Grand Indonesia Shopping Mall. Jarak lebih kurang 200meter saja, tak perlu pun nak amik grab kecuali kalau ada orang tua yang tak larat jalan jauh. Tapi risau pula grab yang reject. Jadi elok korang hired supir la kalau ramai ahli travel yang melibatkan orang tua.




Grand Indonesia - Shopping Mall Ala Pavilion KL

Grand Indonesia ni lebih kurang Pavilion KL saja, ini adalah mall paling canggih dan terbesar dalam kota Jakarta. Rata-rata luxury brand ada dalam mall ini. Terletak pada tempat strategik sebelah dengan bulatan Welcome Indonesia dan ada 1 station MRT Bundara Hi.


Alang-alang masuk saja mall dia, sudah ada Arabica %, kita pekena laa dulu kopi padu Arabica % ni buat cuci mulut. Kopi dia memang bold habis. Ngam lepak kat sini tak ada orang sangat, nak order pun tak perlu beratur pun tak macam KL.


Sebab kami masuk dalam mall ni pasal nak beli perfume local brand yang dikatakan best, tahan lama dan sedap baunya, iaitu Alchemist. 

Ada beberapa outlet Alchemist Fragrance sekitar Jakarta tapi paling mudah nak menapak adalah di sini atau di Senayan Mall. Bagi saya, perfume dia sedap kerana mostly untuk pilihan wanita ni banyak dan bagi lelaki ada bau jenis lime dan juga tobacco (keras). 

Saya beli  Fragrance jenis EDP 50ml untuk jenis florist dan juga lime. Disebabkan pilihan saya tu habis stok, maka kena tunggu petang untuk pickup balik stock atau boleh pickup di Senayan Mall. Saya memilih pickup di Senayan pasal kami memang plan untuk kesana pada waktu malam.



Selesai beli perfume, kami nak gerak ke Blok M Square untuk makan tengahhari. Jadi untuk ke sana, saya nak naik MRT memandangkan laluan train ke Blok M adalah satu line yang sama tak perlu transit. 

Korang follow saja signboard MRT dari dalam mall tu dan follow saja signange sampai laa keluar shopping mall. Cuma kalau hari hujan, memang korang akan basah kuyuh pasal tak ada laluan covered untuk pejalan kaki. 

Tapi kalau jalan kat luar boleh ler bergambar di Selamat Datang Jakarta Statue. Sebuah statue yang agak lama, dibina sempena menyambut ketibaan kontijen negara Asian dalam Asian Games 1962.


Untuk seharian ni, kami nak jalan-jalan guna MRT, maka saya beli kartu (card) ala touch n go berharga IDR30,000. Dengan ada kad ini, korang tak perlu lagi nak beratur kat mesin tiket lagi. Tap in and tap out macam TNG Malaysia. 



Infrastruktur Public Transport Jakarta

Dalam pemerhatian saya, stasiun (station) MRT Jakarta lebih kurang MRT KL. Agak baru, teratur dan canggih. Ketika ini Jakarta-raya sedang focus pada pembangunan infra public transport untuk mengelakkan kesesakkan trafik dalam bandar. Maka laluan train MRT dan LRT mereka ni memang target pada kawasan tumpuan kawasna kerja, mall besar dan kawasan penduduk pada penhujung laluan train ni.

Selain dari MRT, mereka juga mempunyai sistem bas yang memang padu. Mana tak padu, dalam Jakarta sahaja mempunyai penduduk seramai 33juta orang, dalam pusat bandar dah ada 11juta orang. Punya ramai mat. 

Jadi bas adalah salah satu transport yang menyelamatkan manusia selain dari menaiki motosikal ataupun train. Kalau diperhatikan, Kota Indonesia mula menggunakan bas jenis electric bas panjang yang jenis double dan mempunyai hentian bas macam ala-ala trem. Nice!

Sebenarnya, Jakarta agak lambat untuk membangunkan sistem public transport disebabkan pemerintahan Soeharto, tetapi pak Jokowi mula sedar, infra public transport ini penting dan boleh melestarikan rakyat terutama pada waktu puncak dan waktu emas.

Secara keseluruhan, sistem public transport Malaysia lagi bagus dan cekap. Kalau korang mengeluh pasal train kat tempat kita, meh datang sini tak pun gi Bangkok.



Baca kembara saya ke London dan Paris selama 10 hari disini

Lunch di Blok M Square

Dalam perjalanan train MRT, kita boleh lihat suasana kota dan penduduk dalam Jakarta dari atas landasan ni. Korang boleh tengok igstory saya merakam suasana perjalanan MRT ke Stasiun Blok M disini.

Bagi saya, suasana dalam train agak selamat berbanding Kota London dan Paris yang mana kita perlu lebih peka dengan penyeluk saku. Pada waktu lunch hour, tak ramai pula orang yang naik MRT ni. Mungkin dorang bawa bekal dan makan di pejabat saja.

Bila tiba di Blok M, suasana agak berbeza dengan Bundaran HI Kota Jakarta. Disini, suasana lebih kepada middle class dan ada banyak orang yang berniaga street food dan bunyi bising hon mula ber-irama. Lantak laa dorang, kami hanya nak gi makan je perut dah lapar ni mat.


Kebetulan kat sini ada food festival, cantik sangat, terus cari tempat duduk dan order makanan. Maaf ler tak sempat amik makanan apa yang kami order. Maklum ler lapor dah lupa nak snap gambar makanan.

Dalam Blok M ni, lebih kurang saja dengan Thamarin City tu, jual pakaian dengan barangan kulit. Kalau korang yang suka barang-barang kulit untuk bag boleh laa usha-usha kat sini. Saya tak masuk menyelam sangat pun melainkan untuk datang makan sahaja. Ada jual baju macam sourvenir dalam IDR100,000 2 pasang. Tapi kualiti dia just so so sahaja.



Senayan City - Kota Jakarta

Settle lunch, sambung naik MRT dari Stasiun Blok M menuju ke Stasiun Senayan. Kita sejukkan badan dalam mall lagi. 

Apsal gi Jakarta asik pergi Mall, dah tak ada tempat lain ke yang menarik di Jakarta? Ada saja mas, tapi itinerary saya ni saya nak santai dengan tak mau berpanasan. Dalam plan saya nak juga pergi ke Kota Lama Jakarta, Mangga 2, PIK tu semua. 

Maka saya dah susun untuk hari last day kami nanti. Mohon bawa bertenang mas.

Salah satu sebab nak ke Senayan Mall pasal saya nak pickup perfume Alchemist beli pagi tadi dan nak pergi ke Lego Store Jakarta. 



Dalam Senayan Mall ni pula macam KLCC, semua ada, dari local brand sampai laa luxury brand. Alang-alang dah kesini, korang boleh hunting product beg dorang iaitu Exsport Bags. Bag ni nampak biasa, tapi kualiti dia memang cun habis sampai Jepun pun import product ni masuk ke pasaran Jepun. Mau tauuu laa kan level mana.

Kami pun duk usha-usha juga laa bag dia ni. Kebetulan ada discount pula laa mat kalau beli dengan wallet dia. Kejap duk try, kejap duk belek-belek. Goyang juga... kualiti cantik harga pun tak keras sangat. Bag galas bermula sekitar RM150 ke RM200. Kalau beg balik kampung tu mahal dalam RM300. 

Kita tengok tengok dulu, nanti pikirkan, kalau berkenan sebelum balik boleh sauk satu kan.



Malas nak layan wife duk belek-belek, saya denga Nazril ke Lego Store, yang mana Lego Store Jakarta ni claim dia paling besar dia Asia Tenggara. Boleh caya ker.

Bila masuk, nampak macam biasa jer, tak ada besar mana pun. Lebih kurang Lego Store Pavi KL saja. Tapi cuma dia ada satu benda yang unik. Iaitu dorang boleh buat minifigure customize design untuk kita.

Korang tak perlu beli apa-apa product lego, hanya boleh purchase minifigure customize ni berharga lebih kurang RM50.00 untuk 1 minigure sahaja... uhuk uhukkk uhukk

Alang-alang dah sampai sini, purchase juga laa satu sebagai tanda hadir. Lepas korang bayar, korang boleh buat design sendiri dalam komputer dorang. Bila dah confirm, terus dorang printing dan siap masukkan dalam kotak. Dorang juga akan bagi 1 Lego Passport untuk stamping chop collection. Nice!



Settle Lego, saya gi Alchemist untuk pickup perfume. Just bagi saja resit pembayaran tadi dorang dah siap-siap packing untuk kita. Standard kita mesti mintak free gift, dapat laa sikit tester 5ml dari dorang. Berani mintak pasal tak ada orang kat kedai. Hehehehe

Mostly kami hanya duk pusing dalam mall ni saja, sambil duk masuk Nike dengan Adidas. Ada product tak masuk Malaysia dan ada yang dorang tak ada di Malaysia. Onitsuka Indonesia pun suam-suam sahaja. Tak hairan kenapa ramai PS yang membeli di Ginza Tokyo. Dorang beli banyak dan jual balik.

Nyambil tu sempat laa layan Kopi Kenangan original Indonesia. Rasa dia lebih bold. Sambil-sambil lepak, Nazril sempat laa beli Chocolatos yang dia cari dengan kawannya tu. Harga sekotak ni dalam RM4.00, ada 20stick. Beli laa 8 kotak untuk bagi kawan-kawan dalam kelas nanti.



Dinner - Remboelan Indonesia Soulfood

Dah masuk magrib, kami decide untuk dinner di Remboelan Indonesia Soulfood. Restoran ni memang cantik dan authentic gais. 

Wife saya nak dinner kat sini, tengok dari luar harga macam keras laa juga, tapi dia cakap nak belanja kita masuk saja laa.

Sebenarnya untuk lunch atau dinner kat Remboelan ni kena buat reservation. Kalau tak buat tak apa cuma kena queue laa. Ramai orang bebb boleh kata full house. Dalam 30minit juga la kami tunggu baru dapat table.

Cuma bila menunggu dalam mall ni tak rasa lama laa, korang boleh gilir-gilir queue semenatara yang lain boleh duduk atau pergi windows shopping mana-mana dulu.

Dapat seat terus buka menu, bila tengok harga, harga makanan dia tak ada laa mahal sangat, lebih kurang harga korang makan di Nandos / Absolute Thai saja. Tapi walau murah, jangan ler membazir order macam-macam makanan. Order yang cukup untuk kita makan. Jangan membazir gais!

Malam tu saya tak ingat apa nama menu makanan kami order, korang tengok saja laa presentation makan dorang ni. Best pastu sedap, air kosong free flow. Nak order coffee teko pun boleh, cuma saya tak order pasal macam dah berlebihan coffee pula.

Overall, masakan Remboelan ni sedap. Kalau datang sini nanti nak cuba masakan ikan. Ada banyak menu nak try cuma bila datang 3 beranak ni, risau makan tak habis je. Kami memang tak suka membazir. Boleh swing mood yer




Dah penat penat seharian berjalan, malas dah nak naik MRT balik ke hotel. Saya order je grab untuk balik ke Millenium Hotel. Jalan jem jugak laa, jarak 10km pun amik masa 40minit nak sampai. 

Mandi, solat dan rehat. 

This is awesome gais!

Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 3
Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 4
Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 5


  

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1