Lego Time : RedBull Oracle RB20 F1
Lego Time : RedBull Oracle RB20 F1
Akhir-akhir ini, banyak Lego telah diperkenalkan dengan hasil kolaborasi dengan beberapa jenama dunia seperti Porsche, Ford, Bugatti, Mercedes malah Ferrari. Ada banyak model Technic diperkenalkan cuma duit saja tak menyeru untuk membuat pembelian.
Kiranya makin lama makin menarik dah, mungkin salah satu strategi pemasaran Lego yang menyasarkan Adult Fan Lego berbanding kanak-kanak.
Jika diperhatikan, kebanyakkan set Lego kini dikeluarkan lebih kepada bapak-bapak bukan kearahan budak-budak lagi. Sesetengah Adult Lego menamakan diri mereka sebagai AFOL (Adult Fan of Lego).
Kalau korang rajin masuk ke Lego Store, hampir separuh model Lego untuk bapak-bapak muda dan dewasa. Lego City lebih kepada kanak-kanak, Friend Lego untuk little princess, Lego Speed Champion pula bukan kata budak, bapak budak pun collect terutama keluar model baik yang berkaloborasi dengan jenama keluaran kereta JDM, Petronas atau pun movie series.
Banyak-banyak model, baru ni saya berjaya menyiapkan sebuah model RedBull RB20 F1. Model ini dikeluarkan pada awal tahun lalu dan selepas pasang, ianya lebih kurang sebesar Ferrari SF-24 yang saya pasang baru - baru ni. Redbull RB20 ni mempunyai 1639 pieces yang mampu membuatkan jari jemari anda sakit.
Pemasangan model Lego Redbul tak serumit pemasangan Petronas AMG F1. Pasal ianya sebuah model Technic yang telah ditambah baik persisi yang lebih kemas dan mudah. Malah ianya details dan lebih straight foward. Kiranya senang nak pasang.
Dari segi pemasangan suspensi depan dan belakang malah steering wheel dia adalah perkara yang paling rumit untuk pasang. Hampir repeat 3 kali kerana salah pasang slot. Dari segi pembinaan chasis sedikit sama dengan Petronas F1 termasuk bahagian engine V6.
Fuhhh kalau nak bukak balik tu memang kena focus betul-betul.
Saya mengambil masa 8jam secara keseluruhan untuk membina model Redbull RB20 F1 dengan 1639 kepingan ni.
Orang cakap pasang Lego macam budak-budak, cer beli satu pastu pasang. Tengok level sabar dengan gigih anda nak pasang camno... Sekarang ni dah ada model McLaren MCL39 Formlua 1. Dah ada dalam rumah tapi belum ada masa untuk pasang.
Makin lama makin kurang dah space dalam bilik gaming saya ni. Aduhai!
Tapi apa-apa pun ianya adalah awesome!
This is Awesome bro..!










Comments