Pengembaraan ke Eropah 2026 : Switzerland - Germany - Austria - Italy
Pengembaraan ke Eropah 2026 : Switzerland - Germany - Austria - Italy
Alhamdulillah sekali lagi saya menjejak kaki ke bumi Swiss, kali ni saya membawa bersama isteri dan anak saya untuk meluangkan prime time bersama dengan dorang. Trip kali ni saya travel pada musim bunga iaitu selama 11 hari.
Sebelum travel saya membuat perancangan dalam pengembaraan ke Europe, kiranya saya membawa client saya dalam percutian kali in, akan tetapi disebakan berlaku pergolakkan geopolitik antara Iran dan Amerika, maka client saya telah membatalkan percutian ini.
Tiket Penerbangan
Saya dan isteri berbincang maka kami bersetuju untuk proceed juga trip ini pasal kami dah tak ada cuti untuk selit pada tahun ni. Wife sibuk banyak benda dia kena settle.
Perjalanan return trip kelas ekonomi KL-Zurich-KL sekitar RM2,000 - RM3,000. Jika harga tiket dah lebih RM3,000 ianya dianggap mahal (oleh saya). Range harga ni kita boleh tengok pada mana-mana airline samada Emirates, Etihad, Qatar ataupun Saudia.
Dalam pemerhatian saya, Singapore Airline, KLM ataupun Swiss Air tak akan dapat harga dibawah RM3,000. Malaysia Airline tak ada direct pergi ke Zurich setakat ini.
Maka paling murah yang saya dapat adalah Emirates dan tiket ini saya beli pada awal bulan February 2026.
Penginapan Guesthouse / Hotel
Manakala dari segi penginapan, adalah lebih mudah menginap di guesthouse jika travel ke Swiss. Ini kerana guesthouse memberikan hospitality yang lebih baik daripada hotel contohnya korang boleh memasak, rumah yang lebih luas, parking kereta percuma dan suasana persekitaran rumah tu sendiri.
Sepanjang travel ke Swiss, saya memang akan memilih untuk stay di guesthouse hanya untuk memasak. Makan di Swis memang sangat mahal, jadi nak jimat kena masak, samada masak untuk makan tengahhari ataupun makan malam.
Lagipun, guesthouse di Swiss biasanya tak mengecewakan, permandangan dari balkoni dan depan rumah memang Awesome teruk!
Berikut adalah penginapan saya sepanjang kembara kali ini :
| Lokasi Penginapan | Jumlah Hari | Harga |
|---|---|---|
| Ballwil, Switzerland | 6 hari | RM4990 |
| Wunderlocke, Munich | 3 hari | RM813 |
| Telfs, Austria | 4 hari | RM1514 |
| Jumlah Keseluruhan | 11 hari | RM7317 |
Menyewa Kenderaan
Untuk memudahkan pergerakkan dan perjalanan yang lebih epik, pastinya perlu memandu pada keseluruh negara-negara ini.
Ada pertikaian yang mengatakan memandu kereta agak mahal, leceh, penat dan kos yang tinggi.
Memang betul, tapi harga yang mahal itulah memberikan anda satu pengalaman yang tidak terucap dengan kata-kata.
Memandu pada cerun gunung banjaran alps, berhenti di tepi tapi atas pergunungan, melihat perkampungan Hallstat, minum kopi berlatar belakang Dolomites. Apa lagi? Tak dapat saya ceritakan lebih lanjut melainkan hanya gambar boleh berbicara.
Untuk menjimatkan kocek anda memandu dalam negara Eropah ni, korang perlu study dan buat homework lebih sikit, terutamanya membuat perbandingan harga antara penyewa kereta.
Harga sewa kereta boleh berubah setiap hari, kadang murah, kadang mahal. Jadi perlu semak sentiasa.
Disebakan saya travel 4 orang, maka cukup untuk saya menyewa SUV Renault Rafale. Boot space agak besar dapat muat 3 luggage besar, beg kecik dan beberapa bag pack. Function habis kereta ni. Tapi kalau korang travel 5-8 orang, disarankan untuk menyewa Van seperti Mercedes Vito untuk keselesaan sepanjang perjalanan.
Masa nak sewa kereta, WAJIB untuk masukkan insuran Collision Damage. Insuran ini akan membantu kad kredit dan duit anda jika berlaku kemalangan mahupun calar yang kecil. Mungkin tambahan insuran agak mahal (RM300-RM800) tapi harus ingat yer, nak repair signal pecah kat Swiss boleh cecah RM2000, apatah lagi kalau bumper korang tercabut, mau kena RM6000-RM10000.
Jangan main-main harga perkhidmatan di Swiss, memang mahal giler! Panjang lebar saya sharekan tips memandu di Eropah. Boleh baca kat sini.
Minyak Petrol, Toll dan Parking
Renault Rafale ni jenis full hybrid, maka dapat laa jimat minyak sikit dengan harga minyak yang agak mahal sekarang ini. Jumlah sewa SUV lebih kurang RM1600-RM2500 untuk 11hari.
Disebabkan conflict fuel price, Swiss masih dapat bertahan dengan harga minyak sama seperti sebelum conflict. Cuma negara Germany harga minyak naik kaw-kaw. Mahal jugak laaa. Dah laa kat Germany je yang boleh drive laju - time tu laa minyak nak gasak betul betul.
Berikut adalah perbandingan minyak antara 4 negara ni
| Negara | Price / Liter | Harga RM |
|---|---|---|
| Switzerland | CHF1.90 | RM9.59/L |
| Germany | EUR2.06 | RM9.52/L |
| Austria | EUR1.79 | RM8.27/L |
| Italy | EUR1.78 | RM8.22/L |
Harga minyak pada May 2026
Total pengisian minyak untuk Renault eSpace (Hybrid) ni adalah RM1250. Harga keseluruhan parking pula sekitar RM600. Nak masuk ke negara Austria kena beli Vignette Pass 10hari sebanyak EUR12.80 (RM59.00), dan sesetengah highway dalam Austria ni ada yang berbayar. Harga dia pun boleh tahan juga.
Contoh pergi ke Italy, oneway highway cecah EUR12.90, belum patah balik lagi. Lepas tu highway nak balik ke Swiss boleh cecah EUR13.00 pasal lalu terowong panjang 16km. Hukhukhuk. Lebih kurang (EUR48.45) RM222.
Susunatur perjalanan pengembaraan
Sepanjang travel 11 hari ni, saya telah rangka perjalanan bermula dari Switzerland - Germany - Austria - Italy - Switzerland.
Jadi anda perlu tahu berapa hari nak stay pada satu satu negara dan tempat mana yang nak pergi.
Setelah itu, perjalanan itinerary di buat dengan lebih terperinci dengan membuat singgahan pada sesebuah tempat serta tempat untuk stay bermalam. Antara tempat yang kami pergi adalah :
1. Zurich, Switzerland
2. Ballwil, Switzerland
3. Engelberg, Switzerland
4. Lucerne, Switzerland
5. Zermatt, Switzerland
6. Lake Blausee, Switzerland
7. Thunesse, Switzerland
8. Lauterbrunnen, Switzerland
9. Grindelwald, Switzerland
10. Interlaken, Switzerland
11. Rheinfall, Switzerland
12. Munich, Germany
13. Hallstat, Austria
14. Salzburg, Austria
15. Telfs, Austri
16. Gardena Pass, Italy
17. Bolzano Bozen, Italy
18. Fussen, Germany
19. Innsbruck, Austria
20. Kloten Zurich, Switzerland
Nampak banyak kan, tapi semuanya bandar dan tempat ini adalah laluan mudah yang saya dah rangkakan. Perjalanan antara bandar besar seperti ke Lucerne - Munich lebih kurang 4jam termasuk stopover. Yang lain kesemua perjalanan ni tak lebih dari 4jam.
Saya sendiri pun malas nak drive lama-lama. Lagipun saya sorang je yang drive, wife taknak drive pasal kereta lefthanded, dan perlu ada lesen international.
Jumlah perjalanan ini merangkumi sejauh lebih kurang 2800km (Google Maps) dalam masa 11hari dan tentunya kami membuatkan pengembaraan yang jimat tapi berbaloi.
Masak atau Makan di Restoran?
Jika anda datang secara keluarga atau kawan-kawan, mungkin korang boleh plan untuk memasak sendiri bagi menjimatkan lagi kocek.
Tak dinafikan, saya juga membawa makanan dari Malaysia seperti beras, pes, sambal, dengan magi. Dari segi Kastam di Airport Zurich, ianya tak begitu strict seperti Australia mahupun UK.
Saya telah menyediakan satu senarai lengkap makanan yang saya bawa, pegawai hanya lihat list dan you are free to go.
Dengan membawa makanan sendiri, kita dapat masak samada makan tengahhari ataupun malam. Biasanya makan tengahhari saya tapau dan saya singgah di mana-mana tasik untuk lunch.
Bahan mentah seperti ikan/udang/sotong boleh beli di Coop atau Aldi, kalau nak daging/ayam halal boleh search dalam googlemaps. Biasanya kedai runcit halal berdekatan dengan mana-mana masjid sekitar bandar.
Tang bila makan kat kedai? Bila kami berjalan-jalan di bandar/pekan, biasanya kami akan singgah di cafe ataupun kedai kebab halal untuk lepak minum dan having a snack. Kalau terjumpa kedai halal yang ada ayam panggang, maka saya akan beli untuk buat dinner nanti.
Jadi berapakah total damage sepanjang trip ni?
Korang kiralah sendiri, saya dah bold-kan tulisan - maka itulah jumlah yang korang perlu tambah.
Travel ke Swiss tak murah dan tak mahal, anda mungkin boleh dapat murah dari segi tiket penerbangan atau penginapan. Lain orang lain pengiraan dan lain budget.
Kita tak boleh membandingkan seseorang itu pergi mengembara mahal, kawan ni pergi murah. Ianya subjektif dan ianya bergantung pada anda sendiri untuk menentu ukur budget.
Bagi saya, mengembara ke negara Eropah dengan memandu sendiri kereta adalah lebih bebas dan mencipta pengalaman yang sangat mahal. Gunakan kemudahan yang ada dan buat sedikit homework study tempat yang nak pergi.
Mungkin korang boleh baca perjalanan saya Kembara ke Eropah 2026 disini untuk perjalanan yang lebih epik!
This is awesome gais!





Comments