Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)

Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)

Alhamdulillah pada May baru ni saya bersama keluarga kecil saya travel ke bumi Switzerland. Pada asalnya, trip ini saya akan membawa bersama client saya seramai 5 orang. Akan tetapi client saya menarik diri disebabkan kerisauan conflict peperangan Iran - US tempoh hari itu.

Setelah membuat rujukan, sedikit kajian perjalanan penerbangan, maka kami 3 beranak proceed untuk berlepas ke Zurich pada 13 May 2026 - trip selama 11 hari memang makan modal.. Tak mudah juga untuk terbang pada tika itu, flight kami 2 kali ditukarkan oleh Emirates, tapi semuanya saya dapat manage dengan tanpa bayaran pun, malah saya siap dapat pampasan lagi dengan Etiqa Insuran yang telah saya beli sebelum tu.

Sebelum saya memulakan cerita perjalanan saya, kadang ada ramai yang bertanya tips atau perkara yang perlu disediakan sebelum travel ke bumi Eropah. Korang boleh baca dan rujuk tips pada link yang telah saya ceritakan tahun lepas kat sini.

Semasa trip saya pada bulan 5 haritu, kadar matawang adalah CHF1 = RM5.1 dan EUR1 = RM4.6


Ayuh mulakan perjalanan!

Bermula dari KLIA, kebiasaan tiket murah Emirates ni akan berlepas pada jam 0200pagi. Tempoh drop luggage bermula pada jam 10.00malam. Jangan tersilap tengok tarikh ya. Sebab tu dalam tiket Emirates dia tulis siap-siap tarikh dan masa untuk drop luggage supaya orang tak keliru date.

Disebabkan kali ni terbang hanya 4 orang, jadi tak kelam kabut sangat untuk susun seat dan susun luggage. Nazril masih mendapat child fare dengan discount 20% saja. Jadi secara automatic, dalam tiket kami dapat complimentary free seat selection. 

Tapi jangan risau, kalau korang dewasa pun, sangat jarang Emirates akan pisahkan kita duk jauh-jauh macam Airasia tu. Biasanya masih akan dapat sebaris lagi. Lagipun nanti 48jam nak checkin boleh select seat macam MAS.


Jam 1200am kami terus masuk ke imigresen, lepak kat cafe untuk tunggu flight dulu. Saya ronda-ronda masuk Hard Rock KLIA. Kita tengok barang apa yang boleh dibeli - kot ada pin collection yang lawo lawo ker kan, boelh beli nanti balik - kalau ada duit lebih laaaa.. Huhuhuhu...


Jam 0100am, staff dah mula panggil yang mana ada kanak-kanak. Ikutkan Nazril ni dah 12tahun, tapi mungkin fizikal dia kecik, maka consider laaa kanak-kanak. Maka dapat la masuk piority boarding dulu. Canteekkk! Dapat letak barang-barang overhead compartment.



Waktu jam 02.00pagi macam ni takde mood nak tengok movie dah, tau nak lepa mata saja. Pada awal masa taxing tu rasanya saya dah tertidur. Dah jam 0200pagi bro mata pun tak tahan nak nunggu. Kena pula seat selesa pula walau economy class. Masa ni dah tak layan pun tv depan ni. Nanti nanti laa kita explore.


Penerbangan KUL ke Dubai mengambil masa 7jam, dalam meals menu dia akan menyediakan snack dan breakfast nanti. Kira-kira dorang akan bagi 2x meals untuk flight 7 jam. Tapi kalau tak cukup, korang boleh mintak roti ataupun instant noodle di galley.

Masa dia bagi snack pun saya macam mamai, entah apa saya order, tau -tau ada air oren dengan cupcake. 

Bila dah terbang dalam 5jam, saya dah mula bangun, cuci muka, gosok gigi dengan jalan-jalan belakang flight. Time ni flight attendance mula sibuk nak prepare second meals. Cantik, perut dah mula lapar ni.



Dubai International Airport

Alhamdulillah tiba di Dubai International Airport. Usai sampai menunaikan solat subuh sebelum transit ke gate seterusnya.

Kalau korang nak tahu, airport Dubai ni besar giler. Walau dalam 1 terminal, dia pecahkan 3 concourse. Dan setiap 1 concourse perlu naik air train. Bila keluar kapal, terus kena tengok kat mana flight kita seterusnya. Dah dapat gate dengan concourse berapa baru boleh cargas. Best time to transit di Dubai ni at least minimum 2 hours. Airport dia ramai serabut dan jauh ya amat nak gate to gate.

Cuma masa kami pergi tu, airport Dubai agak tak ramai - mungkin disebabkan ramai yang cancel trip pasal conflict tu.




Sementara lepak tunggu boarding masuk, sempat ler kami breakfast area sini pekena coffee. Nak shopping tu masih belum ada mood lagi pasal risau laa jugak damage duit. Belum sampai Zurich lagi ni.

Nak memerut kat Dubai airport pun masih selesa pasal semua tandas ada bidet macam KLIA. Selesa teruk mat.

Next flight ke Zurihc mengambil masa lebih kurang 7jam lagi, ianya menggunakan Airbus A380. Lil bro first time dia naik A380, maka disuruhnya amik gambar dia saja.




Boarding masuk Emirates for Zurich smooth saja. Dapat boarding awal lagi pasal ingat Nazril masih child.. hahahaha...maka dapat duduk dengan tenang dulu dalam flight. Saya terus belek menu on board apa yang akan diberi pilihan untuk makanan nanti. 

Untuk flight ni, meal disediakan 2x termasuk snack. Waktu ini jam 0900pagi di Dubai, badan dah tak rasa nak tido dah. Saya hanya refresh badan dalam tandas, cuci muka, salin pakaian sikit sebelum mendarat di Zurich. Tandas Emirates A380 ni dia luas sikit dapat laa korang nak salin-salin baju. Yelaa economy class tara mana aja pun kan nak santai-santai. Lain ler business class.





Kalau lenguh punggung atau bosan, biasa saya akan jalan sampai ke belakang flight. Flight A380 ni jenis dua tingkat, boleh ler korang nak jalan pusing satu round tapi tak boleh naik atas, pasal atas untuk business dan first class.

Untung bawak budak, ajak dia ke galley mintak snack atau aiskrim dengan steward - kompem dapat kudap-kudap. Paling biasa pun dapat kitkat, mars ataupun aiskrim. Silap-silap dapat goodies Emirates lagi. Cuba nanti ye...

Passenger dalam flight kali ni kurang separuh, sampai kami boleh amik setiap row lagi. Mat salleh ni siap baring laa lepak tengok netflix dia.




Alhamdulillah, jam 1300hrs waktu Zurich kami mendarat dengan selamat. Keluar dari flight terus ke bahagian imigresen, dan kastam. Imigresen kat sini just straight forward saja. Dia just tanya verbal datang sini tujuan apa dan nak kemana. Just jawab saja dengan tenang.


Dari segi kastam pula dorang tak check beg pasal saya dah declare dalam sistem dorang dan dah dapat acknowledgement green lane. As long korang tak bawa makanan/barangan yang tak dibenarkan you are free to go. Tapi kena ingat, jangan sesekali nak cuba barang lain. 

Laluan kastam memang nampak biasa tapi korang akan lalu 3 ekor anjing German Shepherd bro. Kita hanya lalu saja tapi anjing-anjing tu bukan lepak saja yer... dia macam 'scanning bau' korang lalu. Anjing ni biasa ada di airport pasal dorang ni dilatih untuk hibu bau-bau yang mencurigakan. Do not try them yaaa!

Selesai amik luggage - terus ke Alamo Car Rental untuk pickup SUV. Saya booking 1 month before dan buat payment on the desk. Mudah dan senang, tak ada hidden charge. Cuma korang kena deposit CHF1000 guna kredit card sahaja. CHF1000 ni adalah pre-authorize kalau kereta dah damage masa return nanti.

Wajib amik insuran masa booking kereta, akan ada beza laa kalau sewa kosong, tapi better amik saja kalau tak nak pening kepala jika terjadi kemalangan atau pecah cermin. Insuran ni laa yang membantu kita masa return kereta nanti. 


Boleh baca post saya mengenai cara dan tips memandu di Swiss kat sini.

Zurich, Switzerland

Jam 0300pm kami dah mulakan perjalanan dengan kereta Renault Alpine e-Space jenis hybrid. Kereta ni ada 7 seater dan hybrid yang mana mampu membantu penjimatan minyak sepanjang perjalanan kami 11 hari ni. Selamat sikit duit kocek saya ni haaaa....



First stop kami adalah Lindt Chocolate Factory, kita lepak makan chocolate dan beli serba sedikit dulu. Tak jauh pun dari airport Zurich - dalam 30minit saja pun.

Lindt Chocolate Factory ni besar, ada semua product Lindt dalam ni. Tapi kena tahu, tak semua chocolate dia adalah halal. Kena tengok Halal Swiss, dia bagi gambar chocolate yang mana kita boleh beli pasal mostly dorang hanya guna minyak vegan. Yang jadi tak halal tu dorang dah campur dengan alcohol/liquor. 

Biasanya dalam kedai Lindt ni saya hanya beli chocolate jenis Creme Brulee, Avellana Dark Chocolate dan beberapa Lindt yang biasa, tapi dapat harga yang murah. Ingat, travel kena jimat yee... hahahaha!



Habis shopping, terus ke Balwill untuk checkin rumah. Untuk hari pertama ni saya tak nak mulakan perjalanan jauh lagi. Cukup untuk singgah laluan guesthouse dan rehat secukupnya. 

Perjalanan ke Balwill tu lebih kurang 40minit dari Lindt Factory tadi, masa perjalanan saya singgah kejap pasal ada satu view yang memang cantik. Ada ramai yang stopover kawasan tu. Maka kita singgah, amik gambar sebagai tanda kenangan datang Swiss bersama family.

Disebabkan kami menyewa guesthouse di Balwill, maka kami dapat memasak kat rumah. Berdekatan dengan rumah tu ada grocery halal dan Migros - Beli dulu ayam,udang dan telur untuk masak dinner dan hari hari yang berikutnya. 

Grocery halal mudah saja nak dapat cuma tak banyak, kena mencari. Harganya pun boleh tahan boleh cecah CHF19.00/kg (RM110/kg). 

Nak murah, boleh beli ikan salmon ataupun udang freeze pack. 1 pack macam nuget Ayamas tu harga dia dalam CHF5-10. Boleh ler buat masak nasi goreng kan. 




Bila tiba guesthouse Balwill, tuan rumah menyambut kedatangan kami, saya dah maklum tiba pada jam 06.00pm. On time sampai pula tu... so dia bawa masuk tour rumah dengan explain beberapa cara untuk guna dapur dan washing machine. Nice tuan rumah ni. Boleh ler repeat nanti.

Dah dapat checkin, kita bagi rehat dulu luruskan pinggang, solat dan santai. 

Pada waktu kami travel ke Swiss ni adalah Spring season. Suhu dorang boleh tahan sejuk sekitar 14c. Sejuk laaa jugak gaiss. Waktu siang musim bunga ni panjang. Subuh dia seawal jam 0430pagi dan waktu magrib cecah jam 0930malam.

Cuma masa kami sampai sini mostly kebanyakkannya adalah hujan. 

This is awesome gais

Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)
Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)
Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindlewald - Iselwald - Lucerne (Day 4)
Kembara ke Eropah 2026 : RheinFall - Bayern Munich (Day 5)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich City (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Hallstat - Salzburg - Telfs (Day 7)
Kembara ke Eropah 2026 : Dolomites - Sella Pass - Bolzano Bozen (Day 8)
Kembara ke Eropah 2026 : Bavaria - Inssbruck (Day 9)
Kembara ke Eropah 2026 : Zurich City (Day 10)

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1