Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindelwald - Iselwald - Lucerne (Day 4)

Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindelwald - Iselwald - Lucerne (Day 4)

Pagi ni wife bangun awal masak nasi goreng, dah masuk hari ke-empat ni bohong laa kalau tak makan nasik. Kita perut melayu hari-hari nak telan nasi bro.

Sementara prep food untuk breakfast dan lunch, saya check cuaca sekali lagi. Cuaca cerah berawan, petang sedikit hujan di Lucern. Perjalanan harini tak jauh sangat macam semalam, kami nak pergi ke Lauterbrunnen, Grindelwald dan Iseltwald.

Siap home breakfast, terus gerak menuju ke Lauterbrunnen. Saya suka gerak awak pagi supaya kawasan tumpuan pelancong tak ramai orang, terutama Lauterbrunnen. Jarak Ballwil ke Lauterbrunnen lebih kurang 1jam30minit. Kalau drive bawah 2jam, saya tak akan buat stopover, direct drive saja.





Paradise in Lauterbrunen, Murren

Seperti jangkaan, kalau sampai seawal jam 0800pagi di Lauterbrunnen, memang tak ramai orang. Maka dapat laa kita menghayati scenary air terjun Lauterbrunnen yang sememangnya cantik dengan cuaca yang cerah ni.

Pekan kecil ni sememangnya cantik, ada deretan hotel, cafe, kedai seperti rumah berlatar belakang gunung Murren termasuk air terjun Lauterbrunnen. 

Kawasan ni mula popular selepas ramai influencer datang pada waktu autumn dan winter. Katanya seolah bandar dalam animasi Frozen. Ntah ye ke tak...




Bagi saya, pekan Lauterbrunen memang cantik, ada banyak spot yang kalau korang nak ootd, kiri kanan semua gunung. 

Jumpa kerusi je korang lepak lah sekejap untuk menikmati permandangan agung ciptaan-Nya untuk diperlihatkan oleh kita.

Jika ini adalah syurga dunia, bagaimana syurgaMu Ya Allah.




Kadang-kala terdetik dalam hati, betapa untungnya orang disini yang hari-hari boleh tengok gunung dan permandangan yang sangat majestic ni.

Tapi bila pikir balik, bosan juga pasal hari-hari kawasan ni penuh dengan pelancong yang mana mungkin tak hormati perjiranan seperti masuk kawasan rumah dan memetik bunga taman tuan rumah.




Disebabkan masa masih awal, maka saya jalan-jalan menuju ke sebuah cafe - iaitu Flavor Cafe.

Cafe ni kami lepak pekena kopi bersama Kak Ainul dan Kak Raihan tahun lepas. Dalam Cafe ni ada map dunia yang mana kita boleh tulis text. Ternyata text saya masih lagi ada yang saya tulis tahun lepas.

Kali ni saya suruh si Nazril tulis nota dan lekatkan kat map dia. Supaya satu hari nanti jika antara kami yang datang, kalau kedai masih ada, wajib singgah cafe ni ye!

Korang boleh baca jalan-jalan saya ke Lauterbrunnen 2025 kat sini.

Pekena kopi dulu, suhu pun agak sejuk sekitar 13c waktu pagi. Dapat kopi panas macam ni pun dah kirra nikmat. Lepas tu best lepak cafe ni pasal tandas dia macam tandas hotel. Maka kita memerut laa dulu sebelum mula langkah seterusnya.



Perut dah clear, kopi pun dah habis, maka kita bergerak ke arah hujung pekan Lauterbrunen ni. Ini adalah secret spot kami kalau bawa cleint. 

Bila kita drive, maka dapat laa pergi ke ceruk kawasan yang luar dari kawasan tourist spot. Ada sebuah jambatan kecil, anak sungai dengan view gunung Murren yang hebat. 

Saya siap ajak Nazril kutip batu lagi dalam sungai. Bukak kasut, basahkan kaki. Sejuk dia fuhhhh sampai ke tulang kaki ler. Bila lagi nak cuci kaki dengan fresh water.




Grindelwald Switzerland : Fantastic Beast - The Criminal of Grindelwald

Destinasi seterusnya menuju ke Grindelwald, tak jauh pun dari Lauterbrunen, dalam 30minit saja mendaki bukit. 

Kalau korang pernah tengok series filem Fantastic Beast sequent 2 - The Criminal of Grindelwald, nama Grindelwald ni memang sinonim sebagai nama watak penjahat utama dalam filem tersebut iaitu Gillert Grindelwald lakonan Johnny Depp.

Tapi, nama yang digunakan Gillert Grindelwald tidak bermaksud filem ini dirakamkan kawasan sini, tapi ada beberapa kawasan pergunungan salji yang rasanya di filemkan di Jungfraujoch, Swiss masa beliau menjemput Tina Golstein masuk ke dalam kubu istananya.


Abam kalau nak cerita pasal movie Harry Potter dengan Fantastic Beast, abam boleh karang 10 entry. Nanti naik bosan korang baca.

Cerita pasal Grindelwald tadi, walau kedudukan Grindelwald ni tinggi dari Lauterbrunen, tapi bila sampai sini seolah ada sebuah bandar.

Dari jauh dah nampak beberapa rumah hotel dan bangunan besar. Bangunan dia mula sedikit moden tapi masih mengekalkan unsur senibina rumah klasik Switzerland.




Disebabkan pekan Grindelwald yang berada diatas bukit, suhu waktu tenghahari ni dah rasa macam turun ke 10c dah. Time ni kami dah kena sarung glove all of time. Sejuk dia memang dah mula rasa dengan cuaca dah berawan.

Korang boleh saja parking kereta di Coop Grindelwald, mudah nanti nak keluar dapat singgah Coop buat bekalan makan nanti.



Kat sini korang boleh layan view panoramic gunung yang agak besar. Kalau ada modal, boleh naik train ke puncak Jungfraujoch dengan ketinggian 3,400 meter. Tapi harga dia boleh cecah RM1200 return ticket. 

Jungfraujoch terkenal dengan nama Top of Europe, movie James Bond difilemkan disitu.

Untuk kami, cukup kami lepak kat kerusi dari bandar Grindelwald ni menikmati permandangan agung. Sambil tu jalan-jalan tengok sourvenir yang boleh dibeli sebagai tanda hadir. 




Perut mula lapar, tapi kami singgah jap di Coop untuk beli coklat dengan buah. Pickup kereta, kena bayar parking dtah berapa tak ingat, tapi yang saya tahu, satu jam harga dia CHF2.50... amik kauuuu

Destinasi seterusnya makan tengahhari di tepi tasik Interlaken.

Lunch di Interlaken - Crash Landing on You

Kalau travel dengan saya, saya akan bawa spot-spot outskirt daripada tourist. Dulu masa kami pergi bujang-bujang, masa tak mengejar masa, kami jumpa satu spot untuk lepak tengok view gunung tepi tasik Interlaken.

Kawasan ni best pasal complete ada kerusi nak lepak, pokok, tepi train, rumah kalsik dan paling penting ada tandas public free.

Port ni kami akan rahsiakan tapi kalau pandai cari, ada banyak je kawasan rehat santai sekitar tasik. Cuma kalau drive kereta, korang akan dapat laa singgah-singgah tempat mana korang suka berbanding naik train yang tertumpu pada kawasan pelancong.




Sementara makan nasi goreng udang, pekena kopi panas dalam tumbler yang masih berbaki lagi, layan udara yang sangat segar. Kita teruskan destinasi yang viral iaitu ke jeti Crash Landing on You.


Tak jauh pun lebih kurang 10 minit menuju ke Iseltwald. Korang just point Iseltwald Jetty Parking kalau malas nak jalan jauh. Ingat yer kawasan sini adalah kawasan penempatan orang.

Maka jangan ler kita membuat bising. Street park pun masih kena bayar lebih kurang 1jam CHF2.00. Cuma kat sini street park dia kena bayar guna syiling. Time tu tak ada pula saya syiling, terpaksa laa pi masuk kedai tukar duit syiling. Dorang okay saja.



Jetty Crash Landing on You ni viral selesai scene movie korea main piano kat sini. Ramai pelancong asia kat sini sebenarnya, kalau nak bergambar kena bayar CHF5.00 per entry untuk pergi ke jetty dia. 

Abam bayar saja laa pasal kali ni datang dengan wife, bukan tiap-taip bulan datang sini kan. Maka kita buat laa satu photoshoot untuk kenagan abadi. Cuma cuaca time ni agak mendung, terpaksa laa gunakan AI untuk clearkan awan mendung tu.

Nak lepak lama-lama kat sini dah rasa sejuk lain macam beb, cuaca mendung dengan berangin tak mampu ler nak menahannya. Last year saya datang sini cuaca cerah - dapat laa kejap lepak dengan kakak-kakak kat sini.



Hujan di Lucerna

Sebelum balik ke Ballwil, saya buat persinggahan sekejap di Lucerne. Kalau ikutkan bandar Lucerne - atau Luzern ni kami singgah masa hari ke 2 lagi.

Tapi tuan rumah cakap, masa hari kedua kami tu adalah public holiday, maka banyak kedai-kedai tutup. saya pun check google map memang tutup pun.

Jadi itinerary Luzern telah dibawa ke harini, salah satu nak singgah kedai perfume shop murah dengan nak jalan cross Chapel Bridge dan kawasan old town Lucerne.

Perjalanan dari Iseltwald ke Lucerne lebih kurang 1jam saja. 

Bila nak pandu masuk ke Luzern ni, ianya dah lebih kepada bandar, jadi sebelum datang tu saya dah mula cari spot parking kereta harga murah. Biasanya parking di train station, harga dia boleh cecah CHF15 untuk 3jam beb.


Kali ni saya dapat satu spot parking kereta, berhampiran dengan kedai perfume shop tu. Nanti boleh jalan kaki pergi ke capel bridge Luzern.

Tapi bila masuk bandar dia ni, hujan agak lebat jugak. Sementara hujan, saya drop dorang di kedai perfume shop dan saya sendiri yang pergi parking tak jauh dari situ. Nasib bawa payugn dari rumah.

Dapat laa cuci mata dengan shopping kejap dalam kedai - kat luar masih hujan renyai. Kedai perfume ni kalau ikutkan murah berbanding harga airport, tapi tak boleh lawan harga Savers di UK jauh lebih murah. 



Dalam harga murah tak murah, bini abam sempat sauk perfume 5 botol. Ikut lerr janji jangan claim cashback balik dengan kita ni. abam pun sauk 3 botol. Nak beli kat dubai Airport pun harga tak de laa murah mana pun, murah sikit je laa.

Usai shopping yang membuatkan wallet koyak, hujan pun sedikit renyai, kami gigihkan jugak laa pergi ke Chapel Bridge, nak tunjuk kat dorang bridge yang dulu dorang buat kubu pertahanan.

Nak pekena coffee macam tak best pulak, orang pun ramai dalam cafe pasal dorang lepak berteduh masa hujan tadi. Jadi bergambar dan tengok kedai sourvenir sekejap, nak jalan jauh pun tak best cuaca duk gerimis saja. 




Masing-masing pun macam kepenatan saja. Nasib rumah dah tak jauh dari Luzern. Wife mintak balik awal pasal nak kemas barang untuk prepare checkout esok pagi.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, waktu spring di Swiss malam dia lebih kurang jam 09.00pm, jadi bila smapai di rumah dalam jam 07.00mlm, cuaca pun duk cerah lagi. 

Saya ajak Nazril jalan pergi ke grocery berdekatan, tapi rupanya mereka dah tutup pada jam 07.00pm. Saya duk ingat dorang tutup jam 08.00pm pulak. Tak apa lahh dapat laa jalan-jalan sekitar kejiranan Ballwil. 


Saya bagitahu si Nazril, nanti ada rezki, datang laa dengan kawan-kawan kat sini bila dah kerja. Cipta memory ketika datang pada harini dan kemudian hari.

Mandi, solat dan homemade dinner saja. Si Nazril ni mudah betul lapar. Bila dia lapar, saya pun akan join makan sama, hancuss dietku!

Esok sambung perjalanan. Agak penat drive harini.

This is awesome gais!

Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)
Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)
Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindlewald - Iselwald - Lucerne (Day 4)
Kembara ke Eropah 2026 : RheinFall - Bayern Munich (Day 5)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich City (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Hallstat - Salzburg - Telfs (Day 7)
Kembara ke Eropah 2026 : Dolomites - Sella Pass - Bolzano Bozen (Day 8)
Kembara ke Eropah 2026 : Bavaria - Inssbruck (Day 9)
Kembara ke Eropah 2026 : Zurich City (Day 10)

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1