Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Hari ke lima ini ada lah antara hari perjalanan yang santai. Itinerary pada harini ini untuk berjalan ke Lauterbrunnen, Wengen dan Interlaken. Kita tak nak pulun habis-habisan. Rehat perlu cukup pasal semalam sampai rumah almost jam 1030malam dari Milan.
Macam biasa, lepas subuh kami tak sambung tidur, hajat nak jogging kejap dalam 2km tapi macam malas, lalu saya buat breakfast untuk dip dengan nescafe panas.
Tapi di guesthouse perempuan meriah, dorang sempat masak lauk masak lomak untuk bawa bekalan makan tepi tasik Interlaken nanti.
Sementara tunggu dorang bersiap, saya briskwalk dulu sekitar guesthouse di Bürgenstock. Ada sekolah rupanya atas ni siap ada restoran fine dining. Cuma dibuka pada waktu tengahhari dan petang sahaja. Mana laa sempat kan nak menyinggah.
Jam 0800pagi, kami bertolak ke Lauterbrunen melalui highway Gsteigstrasse dan menyusuri tepi tasik Interlaken. Saya tak sempat nak rakam video pasal saya yang drive. Tapi view dia memang cantik. Highway ini atas bukit, dan korang akan nampak tasik Interlaken kebiruan pada waktu pagi ni.
Perjalanan dari guesthouse ke Lauterbrunen tak jauh sekitar 1jam15minit sahaja. Maka tak perlu buat stop over, kira jalan terus ke sana.
Lauterbrunnen, Switzerland
Lauterbrunen ni sebuah pekan kecik tapi mempunyai permandangan yang cukup memukau. Tempat ini mula dikenali rakyat Malaysia apabila team Rarecation Saiful Nang mula berkunjung ke sini. Bila dah nak masuk ke pekan, korang dah boleh ready kamera untuk rakam video air terjun Staubbachfall yang turun ke bawah seperti kristal ice bila terkena pancaran matahari.
Nasihat saya, rancang perjalanan anda kesini pada waktu pagi, waktu pagi biasa tak ramai orang dan mudah untuk dapat parking. Kalau dah masuk tengahari, parking ada tapi mungkin sedikit jauh dah manusia mula ramai sekitar kawasan pekan ni.
Masa saya datang pada tahun 2017, tak ramai sangat orang dan cuaca pun gerimis saja. Kali ni cuaca cerah dan sejuk pula. Rezeki untuk berjalan-jalan sekitar pekan dan Wengen kat sini.
Baca perjalanan saya 10hari ke Eropah disini
Kawasan parking dia memang strategik, boleh dapat view air terjun Staubbachfall dan paking penting ada tandas percuma yang selesa. Maka kita gunakan sebetulnya sementara tak ada orang.
Bagi saya, Lauterbrunen ni memang cantik, sebuah kampung dikaki gunung dan ada air terjun yang aweosme. Bila tengok air terjun ni, teringat scene dalam salah satu series Lord of The Rings. Pekan dia tak sibuk, atau mungkin pasal kami datang waktu pagi.
Walau kami kembara pertengahan Mei - Musim Bunga, tapi sejuk dia tu macam winter di Tokyo dah. Sejuk dia boleh keringkan kulit dengan krem kaki. Jangan main-main sejuk banjaran Alps ni yer.
Dari kawasan parking ni boleh nampak dari jauh pekan Wengen di atas bukit. Bila berbincang, kami semua bersetuju untuk naik ke pekan Wengen lepas pekena kopi kat bawah ni dulu.
Pickup kereta, saya menuju ke hujung pekan ni untuk view air terjun lagi cantik dan permandangan sungai. Pada hujung jalan ni korang boleh naik cable kar untuk ke Murren, dimana terletaknya air terjun Staubbachfall.
Saya tak pasti berapa harga cabel car tu, korang boleh check dalam googlemaps nanti. Kami tak naik, pasal kami nak naik ke Wengen. Hanya cukup bergambar dibawah sambil layan angin sejuk.
Time to get coffee, maka kami patah balik ke pekan Lauterbrunen untuk pekena kopi pagi. Parking kawasan ni pun agak mencabar juga bila bawa van Merc Vito ni. Van besar gini tak semudah untuk masuk parking. Huhuhuhu tapi korang jangan lupa untuk bayar parking.
Seingat saya harga parking untuk 2jam adalah CHF8.00, maka kira buat bayar untuk lepak 4jam terus. Tapi kalau tak ada parking tepi jalan, korang boleh parking di Lauterbrunen Station. Mahal sikit pasal dia kira per entry dalam CHF18.00 daily.
Kali ni kami lepak di Flavour Cafe, ada banyak cafe lain sebenarnya tapi cafe ni nampak lagi cosy dan santai, siap ada kerusi luar untuk santai tengok view air terjun dengan Wengen atas bukit. Memang perfect habis.
Tapi pasal cuaca sejuk, saya lebih memilih untuk lepak kat dalam cafe sambil hirup latte bersama croissant.
Kalau korang sempat, korang cari map board yang dia lekatkan kat salah satu dinding, Kat situ ramai orang tulis note pasal love dan dari mana mereka datang. Jadi saya sempat tulis 1 note bersama tarikh. InsyAllah kemudian nanti saya nak datang lagi cafe ini nak tengok note tu masih ada lagi ke tak.
Wengen, Jungfrau
Usai selesai pekena kopi dan hot chocolate, maka berjalan-kaki kami menuju ke Lauterbrunen Station untuk ke Wengen.
Wengen adalah salah satu pekan atau bandar kecil yang cantik dalam Swiss kerana ianya terletak di atas bukit. Ada banyak resort malah fasility sebuah pekan cukup ada kat atas ni.
Dari Lauterbrunen ni, kena beli tiket train menuju ke Wengen berharga CHF14.40 (RM76.00 sahaja untuk return journey)
Saya pernah ceritakan pasal public transport Swiss didalam facebook saya. Walaupun public transport dia antara yang terbaik didunia, tapi harga dia pun yang paling mahal didunia.
Service yang bagus akan datang pada harga yang mahal.
Tiket train ni boleh dibeli guna vending machine sahaja, pilih mana nak berhenti. Kalau dari Lauterbrunen ni, train dari sini boleh pergi ke Grindlewald - terus ke Jungfraujoch - Top of Europe. Tapi kami tak ke sana pasal tiket dia cecah RM1200 kauuuu...
Jadi kami amik yang murah untuk ke Wengen sahaja. Tiket dah ada, tunggu train sampai dan terus duduk. Kalau nak view cantik, duduk pada bahagian kanan, nanti akan nampak view pekan Lauterbrunen dan air terjun cantik.
Tak jauh pun Lauterbrunen dengan Wengen ni, dalam 15mint dah sampai. Berbaloi tak bayar RM76? Sangat berbaloi dengan permandangan yang awesome ni. Tak ada belakang rumah bro...
Dari station ni saja pun dah nampak view cantik dari atas bukit ni. Walau cuaca cerah matahari tegak atas kepala, tahu suhu sejuk dari banjaran Alps memang tak boleh lawan. Saya selalu bertanya, macammana laaa nak survive sejuk time winter kalau datang sini.
Kat sini kita boleh duduk santai layan view yang best dengan sun bathing. Ada Coop jugak sempat kalau nak beli goodies, coklat atau jam tangan Swatch sebagai sourvenir. Mostly barang sourvenir Swiss ni dijual pada tempat yang korang kunjungi sahaja, tak akan ada pada mana-mana tempat dah.
Kalau korang rajin dan larat berjalan, korang boleh jalan kaki ronda kawasan perkampungan dia. Tapi laluan dia ni menaiki bukit. Saya tak pergi jauh sangat pasal kakak-kakak semua santai berada di kerusi menikmati permandangan. Hanya berlegar sekitar kawasan dan beli air di Coop sahaja.
Perut dah mula trigger lapar pasal jam dah menujukkan 1.00pm. Ini adalah waktu makan yang sangat sesuai ni.
Maka kami naik train terus menuju balik ke Lauterbrunen untuk pickup kereta. Pemanduan kedua diambil alih oleh Usop, terus menuju ke Interlake Lake untuk makan tengahhari.
Interlaken Lake - Crash Landing on You
Tasik Interlaken ni terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Thurnesee dan Brienz. Kalau tanya saya yang masu cantik? kedua-dua nya cantik, maka pergilah kedua-duanya.
Untuk makan tengahhari, kali ini kami akan berpiknik tepi tasik sambil ootd baju raya tepi tasik. Saya ada satu spot yang menarik, tak ada orang dan ada public toilet macam rumah - yang mana korang boleh tukar baju guna toilet tu.
Saya jumpa spot ni masa kami ke Swiss pada tahun 2017 untuk makan sambal udang. Kebetulan, saya buat research dalam maps, terus saya marking point kat sini. Mana tempat tu? Rahsia melainkan kalau travel bersama saya baru saya akan bagitahu spot ni kat mana.
Tapi korang boleh je nak ootd mana-mana tempat sekitar tasik ni, ada banyak tempat parking dengan kerusi disediakan. Cuma nak dapat toilet free tu kena cari betul-betul. Kalau korang nak solat kat kawasan ni pun boleh, amik wuduk tasik dan solat dengan udara yang segar.
Sampai saja terus kami dihidangkan makana oleh kakak-kakak kami. Satu pengalaman yang menarik dan pasti saya tak akan lupakan. Dapat makan nasik lemak siap sambal dengan ayam goreng. 2 kali saya tambah, lantak laa Usop yang drive kejap lagi. Lagi pun perjalanan harini dekat-dekat sahaja.
Sementara tu, mereka dah mula pakai baju raya, ootd tepi tasik. So kita layan amik gambar sesi photography tepi Tasik Interlaken. Memang spoting betul dorang ni. Terima kasih semua yang telah memasak untuk kami ni.
Terima kasih tak terhingga - pengalaman travel dengan korang mengajar saya erti persahabatan yang berkualiti. Kak Raihan - Kak Azlina - Kak Ainul Rusmin - Kak Ainul Roslina - Abang Awie.
Last itinerary, kami menuju ke Iseltwald untuk ootd di jeti Crash Landing on You. Tak jauh dari tempat kami picnic tu pun.
Lagi pun Iseltwald ni adalah salah satu tempat yang perlu korang kunjungi. Maka tak hairan mengapa series Netflix Crash Landing on You difilemkan disini.
Dulu, untuk bergambar di jeti ni free sahaja, sekarang dah kena bayar CHF5.00. Jadi tak ramai sangat laa orang beratur. Dalam masa sama korang masih boleh bergambar kat tepi tasik ni lagi. Suasana dan permandangan masih lagi awesome!
Tak jauh dari sini ada sebuah jeti feri passanger - kira feri perantara jeti-jeti untuk seluruh tasik di Interlaken. Kalau nak cuba naik cruise ni boleh naik di jeti Iseltwald dan turun di Breinz. Harga dia CHF10.00 sehala untuk 28minit masa perjalanan. Boleh check website dia kat sini untuk jadual perjalanan dan harganya sekali.
Jam 0600 petang kami balik ke rumah. Harini balik awal kerana perlu mengemas packing barang untuk checkout pada esok hari.
Sebelum sampai guesthouse, saya singgah Coop dulu beli barang. Lama tak makan sayur dah mula rasa sembelit. Jadi membeli apa yang patut. Tak leh borong sangat harga mahal oiiii.
Walaupun jam 0845pm, cuaca diluar masih lagi cerah. Total akan gelap pada waktu 0930malam. Jam 0900pm tu matahari akan jadi macam senja dah. So kita makan dinner laa dulu habiskan lauk tengahhari tadi. Semua makanan kena pack untuk checkout esok. Stock makanan pun duk banyak lagi ni kena habiskan.
Mandi rehat dan solat. Alhamdulillah
This is awesome gais!
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10
Comments