Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9 & 10

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9 & 10

Harini ini adalah hari terakhir kami kembara di bumi Switzerland. Jadi pada waktu pagi saya sempat kemas rumah, clearkan sampah dan keringkan tandas. 

Bila kita menyewa AirBnb ni, kita tidak boleh samakan dengan hotel yang mana bila bayar terus boleh checkout. Terdapat beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh tuan rumah. Gagal berbuat demikian, anda akan mendapat bad review dan mungkin akan menyusahkan diri anda untuk membuat penempahan rumah lain kelak.


Seperti yang korang baca sebelum ni, kami menyewa dua jenis kenderaan bagi keselesaan penumpang. Maka luggage di penuhkkan pada kenderaan SUV dan van Merc Vito kita masukkan passanger. 2 kenderaan perlu bergerak serentak pasal kami perlu drop kereta di Airport Zurich nanti.

Kiranya flight kami jam 0900malam nanti, maka itinerary pada harini ini adalah menuju ke Rhein Fall - sempadan antara Swiss dan Germany. 

Perjalanan dari Leysin ke saya agak jauh juga sekitar 3jam30minit. Maka saya membuat penyinggah pada pemanduan 2jam pertama. Lagi pun entah mata ni terasa mengantuk perlu recharge coffee dulu. Semalam duk mengemas - saya lepak kejap dengan si Usop di cafe berdekatan. Kira tidur lewat juga lah.


Saya lupa nak share sebelum ni, kalau korang nak travel dan malas untuk bawa mee segera, kebanyakkan Coop atau conveniece store ada jual Samyang halal. Boleh laa beli buat lapik perut, tapi tu lah, harga dia yang buat rasa sakit perut. Sebekas ni harga dia cecah RM25 beb.. uhukk uhukk uhukk.


Sambung perjalanan menuju ke Rhein Fall, harini kenderaan agak banyak pasal hari Sabtu, mungkin ramai orang keluar rumah nak pergi jalan-jalan kot walaupun jam 0900pagi lagi.

Ternyata bila tiba di Rhein Fall, agak ramai orang dah ada disini. Hari Sabtu dah kira weekend, adalah hari untuk berehat dan bersantai. Jadi orang-orang Swiss dan Germany memang akan berjalan makan angin tambah pula cuaca yang agak cerah dan dingin.

Rhein Fall, Sempadan Swiss dan Germany

Rhein Fall ni adalah salah satu tempat perlancongan menarik untuk kita tengok. Ianya adalah panoramic sungai yang memisahkan antara negara Swiss dan Germany. Jadi kalau korang tengok googlemaps, Separuh peta Swiss ini dibahagikan dengan Rhine River ni.

Harga masuk untuk tengok sungai adalah CHF10.00 sahaja. Kalau tak nak tengok sungai pun tak apa, boleh lepak sekitar kawasan sini, ada banyak cafe dan restoran. Restoran halal tak ada tapi ada 1 restoran vegetarian kalau lapar nak makan. Kedai sourvenir pun ada boleh beli last sebelum balik ke Malaysia.




Sekitar kawasan sini agak sejuk juga pasal berangin, sebelum masuk ke entrance, ada sebuah castle dan geraja yang berusia lebih kurang.

Saya baca informasi sejarah, dikatakan castle ini telah berusia lebih daripada 1,100 tahun berdasarkan buku dokumentasi yang terdapat didalam pembinaan castle ini.

Garis masa castle ini juga agak panjang dan banyak sejarah yang telah dilalui termasuk ditawan oleh pihak Germany dan dijadikan sebagai pengkalan tentera dan hospital. 

Ada sebuah jambatan kayu disini yang digunakan sebagai pengangkutan kereta kebal dan keretapi untuk lelintasi Rhine River. Sehingga kini, jambatan itu hanya dibuka untuk tatapan dan rujukan sejarah sahaja.

Ok tiket dah beli, maka kita masuk entrance yang ada gate macam LRT tu. Bila ada tiket, korang boleh akses untuk menaiki lif turun ke bawah supaya dapat tengok RheinFall dengan lebih dekat lagi. Jadi tak perlu bersusah payah nak turun tangga.

Turun saja lift ni kita dah boleh dengar deruman air terjun sungai yang kuat. Memang nyata, Rheinfall ini bukan biasa-biasa. Kalau terjatuh kat sini, tak tahu laa boleh timbul balik ke tak ni. Saya pun masih terfikir, macam mana seribu tahun dahulu, dorang boleh bina castle betul betul bersebelahan dengan waterfall yang kuat ni.


Air sungai dia memang jernih, kita boleh nampak air sungai berwarna hijau emerald disebabkan pantulan matahari yang menyebabkan warna sungai lagi cantik.

Kalau korang rajin, korang boleh turun tangga sampai ke bawah untuk lagi dekat dengan waterfall. Kalau angin tiup, boleh basah juga kena tempias air terjun tu.

Kat bawah sini ada tour bot yang boleh bawa korang lebih dekat dengan waterfall, dari atas nampak kecik bot ni. Harga dia saya tak sure tapi pastinya tak lebih dari EUR10.00.




Udara kat sini pun fresh, maka kami lepak lama sikit sambil pekena hot chocolate dengan plain donut. Nyaman sungguh asik bro. Sambil-sambil tu saya minta dorang buat review sikit pasal perjalanan trip kali ni. 




Alhamdulillah semuanya seronok dan ingin repeat untuk ke negara lain pula. Terima kasih memilih kami untuk private trip sebegini. Dalam kata lain juga, saya banyak mempelajari daripada mereka juga. Semoga Allah memberkati kalian semua.

Zurich Old Town, Switzerland

Usai selesai pekena hot chocolate, maka kami balik menuju ke Zurich. Flight malam ni jam 10.00pm, tapi kami masih ada masa untuk hang-up sebelum menuju ke airport. Lagipun, airport ke bandar Zurich hanya 30minit sahaja. Tak jauh pun.

Disebabkan harini adalah hari Sabtu, agak ramai juga orang atas jalan raya, dalam bandar Zurich pun boleh tahan.

Bila tiba di Zurich, saya agak sukar untuk dapatkan parking yang terdekat. Rata-rata penuh dan pack. Memandu masuk dengan kenderaan dalam bandar Zurich bukan satu perkara yang mudah ye. Dalam bandar dia ni penuh dengan street tram. Kebanyakkan jalan raya berkongsi laluan dengan tram. Jadi kita perlu alert dengan traffic light dorang kalau taknak kena langgar dengan tram.



Jadi saya terpaksa drop dulu dorang di kedai makan, maka saya terpaksa parking jauh sekitar 700meter. Kawasan parking yang ada pun privat (private area - tak boleh park selamba nanti kena halau) yang ada untuk public memang jauh. Dekat-dekat semua dah penuh.

Jadi nasihat saya, kalau korang nak drive masuk, rancang perjalanan anda masuk waktu pagi atau park di tram station, naik saja tram dalam bandar dia ni.

Dalam Zurich ada banyak kedai halal, tapi kami singgah di Zurich Fried Chicken, pasal dah lama beb tak makan ayam goreng. Dah masuk 10hari ni haaaaa...

Kedai ni adalah halal, ada juga burger kalau nak macam ala-ala KFC lah. Cuma macam saya cakap, harga dia memang tak mesra.

Apa yang korang tengok dalam gambar kat bawah ni harga dia CHF24 bersamaa RM123.00. Orang cakap jangan convet, beli jerr... hahahahaha. Memang habis laa, nasib baik kertas lapik saya tak makan skali beb.



Last masa saya datang Zurich ni beberapa tahun lepas. Bagi saya, bandar Zurich ni dah macam amsterdam dah. Ramai pelancong, kebanyakkan dinding bangunan kena conteng dnegan grafiti. 

Kita dapat bezakan pemakaian orang Swiss dnegan pelancong yang mana kebanyakkan rakyat mereka akan memakai pakai yang lebih kemas berbanding kita hanya menyarung jacket atau sweater sweat shirt sahaja.

Kawasan lorong dah mula ada sampah dibiarkan, agak berbeza Zurich dengan beberapa tahun lepas.






Tapi jika nak banding dengan bandar Lucerne, saya rasa Lucerne jauh lebih tenang dah kawasan bandar dia lagi bersih. Tak thau kenapa Zurich jadi begini, mungkin dengan kepadatan pelancong yang telah merosakkan imej Zurich sendiri.

Kami hanya jalan-jalan sekitar sini sahaja, ada beberapa souvenir shop untuk habiskan duit swiss sebelum terbang balik ke Malaysia. 


Tapi walaupun ramai orang, bandar Zurich masih tetap menawan dan cantik. Terutama kalau kita berkelana di Old Town Zurich. Bangunan dia masih utuh dan menawan tambah pula ada sungai yang berwarna kehijauan. 

Bangunan lama dia bagi saya masih mampu memukau untuk kita diperlihatkan, setiap bandar ada senibina dan keunikkan dia tersendiri. Jadi pada kitalah yang menentukan baik buruk sesebuah tempat. Lain orang lain pengalamannya. Bagi saya, Zurich adalah satu bandar persinggahan dan bukan sebuah bandar untuk didiami.






Selesai lepak di bandar Zurich, kami terus menuju ke Zurich Airport - tiba waktu untuk checkin dan drop luggage. 

Kena pergi awal pasal saya dan Usop perlu drop kereta serta pemeriksaan kenderaan. Penuhkan tangki kereta sebelum drop dan kemaskan sedikit sampah sarap.



Airport Zurich ni agak tenang tak ramai orang atau mungkin mereka lebih teratur. Dalam ni ada 2 prayer room, korang boleh tunaikan solat sebelum masuk ke kawasan immigration. Ada juga kedai halal kat sini iaitu Pret a Manger dengan NZZ Cafe.

Selesai drop luggage, drop kereta, terus menuju ke international building untuk proses imigration.

Alhamdulillah semuanya bersedia untuk balik. Perjalanan balik ini akan transit di Dubai selama 4jam, maka sempat juga untuk singgah shopping di Dubai Airport yang memang terkenal dengan mahal-nya.

Penerbangan Zurich ke Dubai mengambil masa lebih kurang 7jam20minit, dapat tidur dan rehatkan badan dulu.


Semasa tiba di Dubai, saya sempat bersihkan badan, tukar pakai yang lebih selesa pasal flight dari Dubai ke KL pun lebih kruang 7jam.

Makan sekejap sebelum terbang. Kat sini ada Hard Rock Dubai, kita beli 1 untuk buat pin colllection. Harga pun not bad lebih kurang harga KLIA.

Dubai airport ni memang besar dengan ramai orang. Maka berhati-hati dengan barangan anda, pastikan jangan tinggal dan jangan terlalu mesra dengan orang. Ini adalah pusat transit antarabenua, kita akan jumpa perlbagai manusia kat sini.

Jangan terlalu mudah mesra dan jangan terlalu mudah nak memberikan pertolongan orang. Mugnkin dorang ada niat yang lain tu.




Saya sharekan inflight meals untuk Emirates. Setakat ini, makanan Emirates memang padu dan banyak. Ada heavy meal dan snack all of time. Tak cukup kopi, korang boleh pergi ke galley dan mintak kopi dengan dorang tu.




Alhamdulillah tiba di KLIA pada jam 0930malam, tepat waktu yang dijadualkan. Penat tapi puashati dapat travel bersama dengan akak-akak ni semua.

Memang saya sendiri seronok bawa dorang berjalan ni. Saya harap next year dapat travel lagi dengan dorang. Tak pernah penat beb! Syukur dapat client seperti ini. Terima kasih semua

Terima kasih pada Kak Raihan, Kak Ainul Rusmin, Kak Ainul Roslina, Kak Azlina dan Abang Rahazwi. Anda memang the best. Saya juga doakan semoga kalian diberikan kesihatan yang baik untuk travel melihat dunia ni.


Jika ini indahnya bumi Allah, bagaimana pula syurga yang dijanjikan oleh-Nya.Jika dunia yang sementara ini sudah begitu indah, pasti Syurga Allah jauh lebih indah, sempurna, dan tiada bandingannya

Insyallah kita akan berjumpa lagi. Terima kasih

This is awesome gais!

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1