Bercuti ke Hong Kong - Day 1

Bercuti ke Hong Kong - Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai HongKong.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.

Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara HongKong, makanan Halal sebenarnya agak susah tetapi di sekitar Kowloon memang senang nak dapat makanan halal.

Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar.

Perjalanan ke HongKong ini adalah perjalanan yang singkat sahaja. Kalau ikutkan memang tidak mencukupi untuk membuat lawatan di HK selama 3 hari. Terdapat banyak lokasi pelancong untuk dikunjungi. So terpulanglah pada anda nak lepak berapa lama.

Perbelanjaan di HK agak mahal tambah-tambah lagi jika masuk bab makan. Rata-rata restoran makanan halal anda perlu berbelanja sebanyak HKD60-HKD100 setiap kali makan. Kalau anda jumpa kedai murah sangat itu namanya rezeki. Sila berhati-hati dengan kedai makan yang murah disana yer... Status halal dia boleh jatuh ke was-was.

Day 1

Jam 9.30 flight MAS MH72 on time boarding tanpa sebarang delay. Perjalanan mengambil masa 3jam 50minit.

Tiba di Hongkong International Airport (HKIA) pada jam 1330. Anda perlu menaiki train-bus yang akan membawa anda menuju ke Terminal 1 Main Building. Tak perlu risau, hanya follow ajer orang ramai. 

Bestnya di HK ini mereka sangat fasih berbahasa English berbanding China yang saya pergi tahun lepas. Walapun level makcik pakcik pon tahu speaking english. Nice....

Jangan lupa juga download applikasi MTR untuk memudahkan perjalanan anda.

Tiba di Terminal 1 saya terus beli Simkad CSL untuk dataline berharga HKD118. Simkad ini mempunyai 5GB untuk kegunaan 1bulan. Anda boleh suruh salesman dia install dan activated skali.

Sila beli octopus kad untuk memudakan pergerakkan anda melalui MTR. Octopus kad ini berharga HKD150, 50adalah deposit dan 100 tambah nilai anda. Deposit dipulangkan bila anda refund balik kad tersebut.

Saya memilih untuk menaiki train ke Tsim Sha Thui. Sebenarnya agak mahal naik train dan anda boleh naik bas untuk ke destinasi yang sama. Hasil maklumat dari blog lain, bas akan mengambil masa selama 40min atau 1jam.

Naik train Airport Express perlu interchange di Tsing Yi Station, cari MTR train untuk menuju ke Lai King (Central Line) menuju ke Tsim Sha Tsui Station. Semua interchange ini adalah dalam satu platform. Anda tak perlu keluar touch kad mahupun berjalan naki keluar dari station. Jumlah keseluruhan adalah HKD74.20.

Tiba di Tsim Sha Tsui (TST) cuaca memang sejuk gile mencecah 14C. Terus ke Hotel untuk drop bag dan check-in di Imperial Hotel Nathan Road. Hotel ini memang awesome pasal bersebelahan dengan station TST.

Next plan ke The Peak, amik train MTR menuju ke Central. Tiba di Central guna exit J2. Anda jangan risau, di HK majoriti rakyat boleh bertutur dalam bahasa English. Map exit dari station disediakan pada setiap exit. So anda keluar dari exit J2 dan berjalan kaki melintasi taman yang ada view bangunan Bank of China. Amik gambar kat sini dengan Tram HK yang lalu lalang.

Follow saja signboard The Peak. Oleh kerana cuaca sejuk, so tak terasa la ketiak basah nak jalan. Tiba di The Peak orang dah ramai siot. Saya mengambil masa selama 15minit untuk beratur nak beli tiket The Peak. Tiket ini berharga HKD83 termasuk harga Trem dan akses ke The Peak.

Lepas beli tiket beratur lagi 20minit nak naik Trem tu. Macam lebih kurang Bukit Bendera Penang. Dah tiba kat atas, korang boleh lepak2 pasal dorang ada shopping complex dan lebih awesome ada Rock Shop. Heheheh shopping time beb.

Cuaca hujan renyai yang menyebabkan kami xdapat tengok view HK dari atas bukit. Hanya dapat amik gambar kejap-kejap ajer. Time ni cuaca 12C memang sejuk pasal hujan dan berangin.

Saya tak lepak lama atas The Peak dan terus turun menuju ke hotel. Sampai di hotel terus mandi dan bersiap untuk dinner. Kami dinner di Istanbul Kebab Turkish Doner di Lock Road disebalik i-Square Mall. Harga makan dikedai ni memang senak perut beb. Saya makan Nasi Beriani Ayam dan Air Coke berharga HKD118.00... huhuhuh...

Lepas dinner terus menuju ke Ladies Market. Anda boleh naik MTR dan turun di Mongkok Station. Di Mongkok Station cari exit Argyle Street. Keluar dari exit tu follow aje signboard Argyle Street dan Ladies Market. Kalau xjumpa sila bertanya orang kedai. Depa faham bahasa English.

Ladies Market ni macam lebih kurang Petaling Street. Dorang jual barang pon macam jaket, baju HK, thumdrive, barang2 perhiasan bilik... ala memang lebih kurang PS KL lah... harga pun sedikit murah dari KL. Nak cari kain pasang memang xde laa yer.... ini bukan Ho Chi Minh. 

Sesudah shopping di Ladies Market, saya memilih untuk jalan kaki balik ke hotel. Dalam Google Map mengatakan sejauh hampir 4km dan mengambil masa 37minit. So kami jalan ajer pelan-pelan sambil tengok suasana Kowloon. Harus diingatkan, sila jalan kaki dikawasan orang ramai. Jangan masuk lorong-lorong short-cut takut kena paw....

Tiba di Hotel terus tidur laaa beb letih jalan woooo....

Sambung pada Day 2.















Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!