Bercuti ke Perth, Australia - Day 2

Bercuti ke Perth, Australia - Day 2

Pagi di Perth agak sejuk dengan suhu 13C. Waktu ketika ini adalah musim luruh dan mula memasuki musin sejuk. Semalam saya telah check forecast dan dikatakan cuaca cerah sepanjang hari. Alhamdulillah...

Selesai solat subuh, team wanita mula sibuk menyediakan breakfast dan juga memasak sedikit bekalan untuk makan tengahhari. menu breakfast pagi kami adalah nasi goreng seafood, bihun goreng seafood berserta milo panas. Persiapan bekalan makanan dan barangan untuk keluar dipercepatkan kerana kami perlu menggunakan masa yang maksimum yang telah saya tetapkan dalam itinerary. Kesemua ahli perlu patut pada masa.

Tepat 8:15pagi kami keluar rumah untuk menuju ke Caversham Wildlife Park. Perjalanan menuju kesana mengambil masa 40minit kerana kesesakan dengan orang tepatan yang ke tempat kerja. Suasana banyak kereta tapi keadaan agak teratur, pada mulanya sedkit rumit bawak kereta di negara asing walaupun pemanduan sebelah kanan. Abang biasanya bawak kereta lowed, tapi kali ni macam bawa traktor pulak. Hati-hati sajalah nant biasala tu.




Tiba di Caversham Wildlife Park cuaca masih lagi sejuk sekitar 17C, macam ala-ala Cameroon Highland waktu pagi la gitu. Beli tiket masuk berharga AUD28.00 untuk dewasa, kanak-kanak AUD12.80. Saya memilih Caversham ni pasal dia ada taman yang korang boleh beri makan pada ank kangaroo, Zoo Perth pon ada juga tapi tak sehebat Caversham.



Nak datang ke Caversham ni saya pilih masuk pada jam 9.00pagi pasal korang berpeluang untuk layan kesemua pertunjukkan yang mereka ada seperti bergambar dengan Wombat dan Koala, Burung Kakak tua dan juga pertunjukkan mencukur bulu biri-biri. Rare bro! Depa cukur bulu biri-biri besar giler tu dalam masa 2minit ajer. giler expert... Macha potong rambut pon tak boleh bikin.



Settle dengan kesemua show tu, kami terus ke Kangaroo Park, kat sini best gile... korang boleh peluk, bagi makan atau lepak santai dengan anak kangaroo yang jinak. Nazril dan sepupu mereka memang suka gile, siap buat lompat-lompat macam kangaroo dah bila kangaroo tu lompat. 

Tapi yang tak bestnya, banyak taik-taik kangaroo kena pijak... kah kah kah... jangan risau bro, ada toilet khusus untuk cuci kasut korang,. Toilet dia ada berus kasut dan shower untuk cuci kesemua tu. Yang peliknya xde bau pon taik ni.. bagus....




Jam menunjukkan 11:30am, agak sesuai untuk lunch. Maka saya menuju ke Hillary's Harbour yang terletak lebih kurang 30minit dari Caversham Wildlife Park. Tiba di Hillary's Harbour terus kami picnic ala mat salleh walaupun matahari tegak dengan suhu 23C. Cuaca agak dingin dan berangin. Bekalan lunch menjadi santapan dan saya menambahkan menu Fish n Chips di restoran Nino's Hillary's. Menjadi kewajipan anda untuk bertanyakan cara masakan dan minyak yang digunakan jika mereka tidak memaparkan Halal Cert. Alhamdulillah mereka menggunakan minyak jagung untuk masakan seafood.




Selesai santapan tengah hari, kami meneruskan perjalan yang agak jauh dari bandar Perth iaitu ke Lancelin Sand Dunes. Ianya sebuah tempat persisiran pantai pasir yang putih dan paling menarik korangboleh meluncur pasir dari bukit pasir mereka. Perjalanan memakan masa hampir 1jam 30minit mampu membuatkan mata hampir terlelap. Nak pecut xboleh sangat kat Perth in pasal ejen car rental dah pesan follow speed limit. Kalau sampai satu kawasan dimana lori atau kenderaan lain break limit just follow saja... maknaya kawasan tu boleh speeding walaupun signboard 110kmh. Kalau depa slow follow signboard tu korang ikut juga la yer. Kang kena sama 200AUD bro... tang tu jugak kena settle.



Tiba di Lancelin Sand Dunes pastinya berpasir. Agak beruntung sewa Nissan X Trail bila melalui kawasan berpasir, dah macam iklan pulak kami buat convoy kereta... bila lagi nak test power Nissan khennn.... kawasan ini mula panas dengan 27c, angin yang kuat dan pantulan matahari tak mampu nak bukak mata. Spek mata untuk anak-anak kena ada.. kesian depa.




Layan bergambar, main pasir dengan permandangan hebat dari ciptaan Illahi, kami meneruskan perjalanan balik ke Bandar Perth. Kali ini kami bertukar driver pasal ianya akan mengambil masa 1jam 45minit. Kmi singgah di Masjid Mirrabooka, Malaga. Sebuah kawasan penempatan Islam di Perth. Menunaikan solat Jamak dan Qasar.


Di belakang masjid ini terdapat pasaraya IGA dan juga beberapa kedai halal, saya sempat membeli ayam halal di IGA Mirrabooka ini untuk penambahan menu masakan nanti. Kelihatan ramai umat Islam yang datang ke IGA Mirrabooka ni.


Hari pertama lagi saya dah masukkan tempat shopping dalam itinerary saya, pasal saya taknak ahli keluarga asyik dok tanya nak beli souvenir kat mane? Boring bro... jadi saya ke Megabes Outlet di Malaga, hampir saja dengan Masjid Mirrabooka. 

Untuk ke Megabes ini korang bukannya boleh walk-in. Korang mesti membuat appointment sebelum kesini. Depa akan tetapkan masa.. saya set appointment jam 5:00pm tapi kami terlambat 30minit. Jadi tuan kedai telah menyuruh untuk tunggu masuk pada jam 6:00pm. Tak per kami tunggu.. shopping punya pasal lapar pon xpe beb.




Nak bagitau kat hangpa, kedai Megabes Outlet ni memang murah. Pasal dia adalah outlet. Hampir kesemua souvenir di kedai-kedai souvenir mereka bekalkan sebab tu harganya murah berbanding dengan kedai yang lain. Info ni saya dapat dari blooger yang lain. (Pentingnya baca blog... heheheh...) So apa lagi, borong jangan tak borong... Nak tau kat mana kedai ni nanti PM saya yer.

Settle shoppping lebih dari 1jam, kami mula lapar.. Jadi saya memilih untuk makan malam di Nando's Malaga, belakang kedai Megabes ni saja. Seperti yang saya ceritakan semasa saya ke Sydney tahun lalu, Nando's Australia menggunakan daging yang halal, jad.i kami belasah kaw-kaw untuk makan malam. Semua kelaparan.


Acara penutup pada Day 2 ni saya bawa family bersiar-siar sekitar pusat bandar Perth. Kami lepak santai di Elizabeth Quay, bukan Elizabeth Tan yer... padah nanti. Kat sini terdapatnya sebuah taman luas, tower bell dan juga jeti untuk crossing muara sungai yang besar. Anak-anak memulakan acara larian marathon berkejaran. Ketika ini jam 8:00pm dan suhu mula menurun ke 15C. Suasana sejuk membuatkan kami tidak lama pun di Elizabeth Quay ni.



Meneruskan perjalanan balik ke guesthouse adalah pilihan terbaik. Tiba di guesthouse pada jam 9:00malam.

Solat. Rehat. Santai. Tidor.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam