Bercuti ke Perth, Australia - Day 4

Bercuti ke Perth, Australia - Day 4

Hari ke-empat adalah hari terakhir kami berada di Perth. Percutian yang sangat singkat dan memerlukan itinerary yang padat memang memenatkan. Pada pagi terakhir ini kami mahukan penutup yang terbaik. Jadi kami bersarapan pagi di luar ala-ala mat salleh yang sedang ber-piknik kat taman. Keadaan cuaca pagi ini agak mendung dengan suhu 18C.

Seawal pagi lagi team wanita telah menyediakan makanan untuk sarapan pagi dan juga beberapa bekalan untuk tengahhari sebelum terbang pulang ke Malaysia. Menu pagi ini adalah nasi goreng ayam dan seafood. Terbaik ahhh!

Kami terus menuju ke King's Park Botanic Garden. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 20minit menjadi sedikit lewat kerana kesesakkan lalulintas orang nak ke pejabat. King's Park ini terletak berhampiran dengan kawasan pusat bandar maka memang kena tempuh laluan freeway bandar juga. 

Tiba di King's Park suasana agak berlainan pasal kamu tidak akan berasa seperti berada disebuah bandar. Keadaan yang sangat tenang, sepi dan bersih membuatkan diri macam taknak balik dah... Kiri dan kanan kelihatan orang tempatan jogging dan lepak santai dibawah pokok. Banyak pokok bunga berwarna-warni menghiasi taman membuatkan bonda saya agak teruja.





Kami memulakan sarapan pagi sambil anak-anak berlari sepuasnya kerana taman mereka agak luas dan bersih. Berguling guling malah menjerit! King's Park ni agak luas, ada beberapa kawasan untuk hiking, malah ada juga jambatan gantung untuk permandangan hebat. Oleh kerana cuaca mendung, panorama bandar Perth sedikit kabur dengan pantulan cahaya matahari.




Selesai sarapan dan bergambar sekitar King's Park, saya membawa famili untuk ke kedai kek dan roti terbaik di Perth. Saya menuju ke Corica Pastries yang terletak di St Aberdeen. Menu popular Corica Pastries ni adalah Apple Strudle, seakan apple pie yang bersaiz besar. Harganya pula AUD22.00 dan panjang lebih kurang satu kaki didalam kotak. Ramai yang datang ke kedai ini untuk membeli Apple Strudle. Manis dan sedap bro.. ada juga beberapa kek dan pastry yang lain. Yang penting ianya halal.. Ada juga mengatakan Danish Patisserie salah satu yang terbaik, akan tetapi pihak management Danish Patisserie telah mengeluarkan kenyataan bahawa bahan yang mereka gunakan adalah sumber yang tidak halal. Maka sapa-sapa yang tahu atau nak ke Danish Patisserie tu sila bertanya la dulu yer.




Dah settle bayar kami terus balik ke guesthouse untuk tapau segalanya. Beg makanan dikosongkan untuk memberi laluan pada goodies dan souvenir. Tepat jam 12:00pm kami check-out dengan meninggalkan mesej pada tuan rumah guesthouse dan terus menuju ke Perth Airport. Tak jauh pun guesthouse ke airport, hanya 25minit saja. Sebenarnya akan susah jugak nak muatkan orang dan beg dalam kereta, tawakal ajer semoga polis tak lalu tepi kami. Allahu...



Drop bag pada kaunter, lepak santai menghabiskan bekalan makanan yang ada dan saya terus memulangkan kembali kereta sewa. Alhamdulillah urusan sewa berjalan lancar, tiada cacat cela ketika memulangkan kereta malah tiada extra-cost. Seketika ramai pelancong dari Malaysia menjadi modal untuk berborak, soalan yang selalu sama, pi area mana? berapa lama? sini murahkan... macam nak dok sini ajer... itu adalah antara topik perbualan.



Pernerbangan menuju balik ke Malaysia tepat tiba pada waktunya. Untung bawak anak-anak kecil kerana diberi keutamaan untuk early boarding bersama warga emas. Penerbangan senja mendamparkan sebuah permandangan yang sangat indah dari ciptaan Illahi. Sayu dan kerdil rasa diri ini apabila melihat dunia, apatah lagi akhirat nanti.


Mendarat di KLIA2 jam 09:50PM. Urusan imigration dan pemeriksaan kastam berjalan lancar. 

Ucapan selamat tinggal dan terima kasih pada ahli keluarga.

Balik kerumah. Solat dan terus tidur kepenatan.

This is Awesome guys!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam