Bercuti ke Perth, Australia - Day 3

Bercuti ke Perth, Australia - Day 3

Masuk pada hari ketiga, seperti semalam, selepas solat subuh persiapan breakfast dan sedikit bekalan makan tengahari disediakan oleh team wanita. Menu pagi ini adalah Nasi Lemak, Sambal Sardin dan Sotong serta telur rebus. Seriously dok guesthouse ni memang seronok.. pagi-pagi dah kecoh macam nak raya. Hotel mana boleh buat macam ni.



Tepat jam 8:00pagi kami keluar menuju ke Mandurah. Itinerary saya ke Mandurah ini adalah untuk memperlihatkan Dolphin dengan pengalaman memandu boat sendiri. Awesome bukan? Saya juga mendapat maklumat ini daripada blogger Aussie.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1jam agak tenang dengan menggunakan Freeway (Highway Perth) tidak membosankan dengan permandangan hebat. Memasuki bandar kecil Mandurah seolah orang tempatan ni tengah tido pulak.. macam tak ramai pon orang, memang tenang beb. 

Tiba di Mandurah, saya terus menuju ke tempat sewaan bot untuk Dolphin Cruise. Saya telah membuat selidik pada website Mandurah Boat and Bike Hire untuk memilih jenis boat dengan kapasiti penumpang.  Owner dan pekerja boat tu sangat mesra, mereka seolah macam dah bersedia nak menyambut anda. Sewaan boat berharga AUD100.00 untuk jangka masa 1jam. Beliau menerangkan aspek keselamatan, emergency contact dan paling penting cara memandu boat serta membaca peta untuk laluan kami. 



Adik ipar saya diberi mandat untuk mengendalikan bot kerana beliau berpengalaman dalam bidang memancing dan bot. Membawa boat bersiar-siar pada muara sungai dan laut agak tenang. Tersergam indah rumah orang kaya Mandurah dengan menempatkan kapal layar dan bot ditepi halaman mereka. Macam dalam cerita Miami Beach dah. Mewah dan hebat tiada katanya.






Beruntung kami kerana dalam tempoh perjalanan boat tu ada banyak dolphin yang muncul di permukaan air dan seolah bermain-main sekitar boat. Anak-anak apa lagi menjerit riang la tengok dolphin live berenang depan mata... saya pon agak excited juga... first time...

Selesai boat cruise, kami berehat seketika di Mandurah Harbour ni. Bergambar dan layan suasana sejuk sekitar 17C pada jam 11pagi. Hajatnya nak pekena kopi dan dengan Churros, tapi apakan daya tak sempat bro...



Terus menuju ke Fremantle, cadangan makan tengah hari kami adalah di Kaili's Fish Market. Perjalanan mengambil masa 1jam menuju ke Kaili's tiada halangan. Tiba di Kailis Fremantle agak rumit untuk mendapatkan parking memandangkan waktu makan tengahhari. Kami order fish and chip serta beberapa menu seafood untuk menjadi santapan tengahhari kami. Ikuti entry makanan halal di Perth untuk maklumat lebih lanjut.




Makan tengahhari yang agak laju, kami terpaksa beredar pasal orang mula ramai, kesian orang nak dapatkan table. Hormati orang dan orang akan hormati anda balik. Itu formula-nya. Dapatkan kereta dengan cuaca dingin dan berangin, kami singgah di Fremantle Park. Kasi anak-anak berlari di taman dan agak best disini, ada beberapa mat salleh piknik dan ada juga beberapa caravan yang singgah untuk BBQ. Memang syiok. Kalau korang rajin berjalan, korang boleh berjalan kaki sekitar area Fremantle, kerana terdapat banyak bangunan lama yang dibina disini. Kalau posing ambil gambar macam ala-ala hipster tengok tapak kasut tu agak terbaik jugak la. Kompem gambar mahal.




Meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Perth untuk menunaikan solat Jamak & Qasar. Masjid Perth tak jauh pun dari pusat bandar dan menjadi Masjid utama di Perth walaupun bersaiz kecil. 



Selesai menunaikan solat, itinerary seterusnya adlaah Perth City Tour. Jadi, saya parking kereta di Perth Station. Lebih kurang macam KL Sentral lah. Dalam Perth City Tour ni, korang boleh jalan-jalan sekitar Hay Street, Murray Street dan London Court. pa ade di London Court? Suasana kedai macam ala-ala London laa kot. Ada beberapa cafe, kedai baju dan juga sourviner shop.






Kami makan malam di Insan Cafe, Murray Street. Insan Nasi Goreng, mee goreng mamak memang sedap dan terbaik. Nak order menu masakan Malaysia kompem ada kat sini.. cuma harga AUD la yer.. Saya memilih untuk lepak di luar restoran, baru rasa feeling feeling mat salleh.. kua kua kua..

Dok tengah makan tu, adik saya dah pancing wife saya untuk jalan-jalan sekitar restoran... rupanya mereka dah jumpa sebuah kedai farmasi macam ala-ala Watson/Guardion Malaysia iaitu kedai Australia Cheapest Chemist, dimana mereka menjual Perfume dengan diskaun 50%. Ini adalah mala petaka! Shopping sourviner dah settle, maka depa nak shopping healthy product dan perfume. Tapi seriously bro. Perfume kat sini adalah original dengan diskaun 50%-70%, kalau product macam supplement atau vitamin giler murah beb... barangan kosmetik tak payah cerita la... tak pasal-pasal yang lain kena makan laju-laju pasal nak gi kedai sebelah. aduiiii makkk...





Dekat sejam lebih kat kedai Chemist ni, akhirnya saya terpaksa round-up untuk cakap time-out. Barulah depa berenti dan mula membuat pembayaran. Dah settle semua tu kami shopping biskut di Wooloworth. Biskut halal dan boleh dimakan memang banyak dalam Woolworth ni. Murah yang paling penting... boleh la buat jajan kat opis share dengan kawan-kawan.. beli banyak sikit kalau pergi yer.. ader lebih diskaun.


Dah settle shopping dengan jalan-jalan sekitar Perth City, kami kembali ke rumah. Sebelum tu bayaran parking kena dalam AUD12.50.. lebih kurang 1jam AUD3.00. Bagi yang bawak kereta parking tepi jalan memang kena bayar, korang tak bayar nanti kena saman dengan majlis. Kalau kena saman dengan majlis nanti car rental korang sedut duit siap2. Sistem depa online dan immediately kena charge. Boleh nangis bro kena dalam AUD50.00.

Tiba di guesthouse kami mula lesu dan penat, tapi perasaan seronok masih ada. Membuat sedikit light meals untuk supper dan lepak sambil tengok TV. Syiok layan pasal dalam English. 

Sembang. Lepak. Santai. Rehat dan tido.

Bercuti ke Perth, Australia - Day 1
Bercuti ke Perth, Australia - Day 2
Bercuti ke Perth, Australia - Day 3
Bercuti ke Perth, Australia - Day 4

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam