Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4

Hari ke-empat adalah hari terakhir untuk saya guna Tokyo Wide Pass. Penggunaan Tokyo Wide Pass selama 3 hari ni macam tak cukup. Malah harga pass dah mula naik sejak Oktober 2023 lalu dengan harga JPY15000. Masa saya beli tu JPY10150. Beza sampai JPY500 tu... Jadi kita akan gunakan pass ini semaksimum mungkin. 

Pada hari ini, saya membuat perjalanan solo menuju ke Nikko. Saya tak pernah sampai ke Nikko dan kali ini kena tetapkan juga untuk pergi kerana bila tengok dalam Instgram, Tiktok... Fuhhh tasik dia memang magnificent betul.


Untuk ke Nikko, saya perlu naik Shinkasen dari Tokyo ke Utsonomiya. Interchange ke local train dan naik Nikko Line. Bila dah sampai Nikko Station, kena naik bas pula untuk menuju ke Chuzenji Lake. Kiranya kalau dari Tokyo Station ni, kena naik 3 jenis kenderaan.

Mari saya ulaskan dulu. Sebenanrya ada jalan mudah untuk ke Nikko ni iaitu, korang boleh beli Tobu Pass yang berharga lebih kurang JPY4780 pertrip. Boleh naik Tobu bus dari Tokyo SkyTree ataupun Asakusa.

Saya jenis kedekut, malah saya juga dah ada Tokyo Wide Pass. Jadi saya tidak akan membazirkan duit untuk beli pass baru melainkan guna sepenuhnya. Maka saya memilih untuk naik shinkansen, local train dan juga bas. Bila lagi nak merasa pengembaraan dan perjalanan ke Nikko kan.

Saya tiba tepat di Tokyo Station seawal jam 0550pagi. Pintu pagar Shinkasen dalam Tokyo Station pun baru buka, terus boleh masuk dan tunggu di platform 21-23. Sebelum tu saya sempat membeli kopi panas dengan roti kacang merah pada vending machine di platform. Jam 0604pagi, Tohoku Shinkansen bertolak. 





Dalam train tenang tak ada orang pun pasal masih jam 6pagi yer.... walau 6pagi, cuaca dah rasa macam 8pagi bro! Musim panas ni subuh masuk jam 0230pagi, matahari terbit pada jam 0430pagi. Lain musim lain waktunya. Huhuhuhuhu

Perjalanan shinkansen mengambl masa 48minit untuk tiba di Utsonomiya Station. Kalau ikutkan jarak antara Utsonomiya dengan Tokyo ni lebih kurang 140km, dan mengambil masa 2jam kalau memandu. Shinkansen ni boleh tiba 48minit. Okay laa kan...

Pada station yang sama, terus turun ke bawah dan naik local train bound to Nikko. Dalam local train ni agak bosan sikit pasal train dia lebih kurang train biasa di Tokyo. Jadi sila duduk siap-siap pasal perjalanan ke Nikko lebih kurang 50minit. 


Disebabkan train ni end to end station. Jadi saya berani untuk lelap seketika. Ada ketika saya terdengar suara budak. Rupanya, dorang naik train untuk pergi ke sekolah. Dorang naik train sendiri dengan kawan-kawan seawal umur 5 tahun lagi. Kalau si Nazril ni nak naik MRT sorang-sorang.. lamberttt lagi. 

Ada juga makcik-makcik nenek entah nak pergi mana, dress up macam nak hiking bukit, nak mancing pun ada. Saya tak nak amik gambar dorang pasal itu melanggar hak privacy dorang. Tengok dan hayati saja.

Hujan di Nikko


Bila dah nak tiba di Nikko Station, hujan mula turun. Kali ni hujan agak lebat. Saya fikir, boleh ke nak jalan tengok tasik ni. Tengok kasut Nike ni, bukan jenis kalis air, tapi grip. Nasib baik dah standby siap payung lipat. Pasal pasti akan hujan bila tengok kaji cuaca semalam.

Dari dalam station, saya teliti jadual perjalanan bas untuk ke Chuzenji Lake. Bas akan tiba dalam masa 10minit. Disebabkan Nikko ni adalah kawasan bukit dan gunung, maka suhu mula drop. Bukan disebabkan hujan ye tapi disebabkan kedudukan geografi di bumi Nikko.



Bas tiba tepat pada masanya, terus redah masuk dalam bas. Hanya ada 4 orang sahaja nenek dengan atuk, entah nak pergi mana. Seawal jam 8pagi ni mungkin dorang nak pergi pasar kot.

Kiranya ini adalah pertama kali saya naik bas untuk ke Chuzenji Lake. Bas dia sama saja dengan bas di Kawaguchiko, saya buka google map untuk memastikan perjalanan saya ni betul. Jadi, setiap station yang dilalu tu tepat dengan bacaan google maps ni.


Wokay maka baru boleh bertenang tengok permandangan. Walau cuaca hujan, dapat laa juga nampak sungai dengan jeram kat bawah.


Bila dah sampai pertengahan jalan, driver bus ada buat announcement. Mana ler nak faham dia cakap Jepun, tak reti cakap english. Rupanya, pasa screen tv kat depan dia bagi warning bahawa sila pakai seat belt dan duduk kerana bas akan lalu pada jalan drift initial drift. Yaa geng.... jalan dia memang macam patuk ular.... u-turn tak kehabisan. Ini jam kalau korang asik tengok handphone comfirm boleh muntah beb! Huhuhuhuhu


Perjalanan dalam bas ni sekitar 40minit. Tak dan laaa nak tido kena layan konar leper naik bukit.  Saya mula menyarung jaket pasal rasa macam sejuk. Bila dah bukak pintu bas.... naaaaaaaahhhhhhh!

Sejuk habis bro.... ni bukan sejuk pasal hujan ni. Ni sejuk memang cuaca sejuk! Tak sangka walau musim panas, cuaca di Chuzenji Lake ni boleh cecah sejuk bawah 15c.

Waktu saya tiba, hujan masih renyai-renyai. Macam spoil mood pun ada masa ni. Tapi saya layan mood berpayung untuk tengok Kegon Waterfall. Kegon Waterfall ni saya pernah ceritakan dalam entry. Korang boleh baca kat sini, kalau nak cerita, panjang pulak. 

Bagi saya, air terjun Kegon ni menarik pasal, air terjun ini adalah dalam lengkung sfera dan sumber airnya adalah dari Tasik Chuzenji. Memang amazing dan mesmerizing walau layan dalam suasana hujan. Agak tenang dan selesa pasal pada waktu ni, orang belum ramai lagi. Kedai kopi pun banyak yang masih tutup. 



Saya layan kopi dalam vending machine. Beli yang panas untuk sejukkan tangan, mana nak tau Chuzenji sejuk macam ni. Sekitar kawasan waterfall ni dia ada buat satu gambar koleksi timeline dimana gambaran waterfall ni pada setiap bulan.

Bagi saya, waktu autumn atau musim luruh adalah waktu paling cantik untuk menikmati Nikko. Serius tak bergurau. Thanks me later! InsyAllah saya nak repeat untuk datang pada waktu autumn nanti.

Kredit Photo : Google Image

Kredit Photo : Google Image

Kredit Photo : Google Image

Settle untuk permandangan Kegon Waterfall, masih lagi hujan renyai, saya gigihkan jugak untuk jalan tengok Chuzenji Lake. Tika ini, tasik mula berkabus. Dalam tasik nampak ada orang yang sedang memancing. Memang power laa dia tak reti sejuk. Kita yang duk atas ni pun rasa laa sejuk dia. Apatah lagi duduk dalam air yer.




Sebenarnya seluruh kawasan tasik ni memang besar dan menarik, ada banyak onsem (kolam air panas) tapu saya tak berkesempatan untuk singgah memandangkan terikat dengan itinerary lain. Saya layan permandangan bukit ditepi tasik, jalan kaki sekitar kedai dengan cafe kat sini. 





Waktu pulang dah tiba, tunggu bas untuk ke Nikko Station. Masa sampai di bus stop, nampak bus dah ada. Dia akan bertolak ikut jadual ditetapkan. Macam jalan datang tadi, akan lalu balik laluan drift versi bas. Kalau korang follow instagram saya, korang tengok section Nikko. Dalam tu saya ada upload macamana driver bus ni bawa jalan u-turn dengan amik side. Memang high class betul. 

Sampai saja di Nikko, ramai orang kat station ni. Memang baik plan saya untuk datang seawal pagi. Waktu jam 11 pagi ni orang baru nak sampai. Saya sempat jalan sekitar Station Nikko ni sementara menunggu train lagi 30 minit untuk berlepas. Memang tenang betul pekan Nikko ni. Lain betul lah dengan Tokyo. Macam berada dalam anime pulak. Kalau tak hujan mungkin boleh berjalan lagi jauh ni.

Naik local train Nikko Line, interchange dan naik Tohoku Shinkansen.


Tohoku Shinkasen adalah shinkansen paling laju yang dibina oleh Jepun. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa direkodkan sepanjang perkhidmatan Shinkasen selama 52tahun ni. Tak pernah accident melainkan perkhidmatan dihentikan disebabkan gempa bumi. 

Kelajuan maksimum Tohoku adalah 320kmh ketika menuju ke Aomori. Jepun tak kalut nak bina shinkansen laju, dorang cuma jaga kualiti pembinaan dan perkhidmatan. Laju-laju tapi train delay dari schedule apa gunanyakan.

Dah separuh hari berjalan, perut ni memang dah tak leh bincang. Maka jalan kaki terus ke Tendon Itsuki. Dalam kepala memang set nak makan. Ngam-ngam sampai, dapat masuk dalam restoran. Alhamdulillah rezeki. Ada banyak restoran halal kat dalam Tokyo ni, boleh baca kat bawah.


Baca restoran halal di Tokyo Jepun

Perut dah ketat, baru rasa tegak nak jalan kan. Jadi saya kembali ke itinerary saya bersama kawan. Set point untuk bertemu di Nissan Factory Amori. Masa saya pergi ke Nikko, dorang pergi ke Gundam Factory dan Yokohama. Saya dah pergi bulan February dan saya skip bab tu.

Untuk ke Nismo Factory ni bukan satu perjalanan mudah. Tak ada train station terdekat. Kalau ada pun sekitar 1.2km. Maka, makanan tengah hari mula dibakar secukupnya.


Nismo Factory ni adalah free entrance. Kiranya dia lebih kepada showroom kereta Nissan high performance dan legendary car. Ada jugak kedai yang menjual barang Nismo tapi harga dia...... boleh beli tiket flight kot... Huhuhuhuhuu... Kalau banyak duit, boleh cuba beli Engine GTR sebijik bawak masuk kachil GTi.

Kat sini korang boleh tengok pomen sedang service dan restore balik kereta Nissan GTR, Silvia macam-macam lagi la. Kalau ada cafe sure layan ni. Bila lagi nak layan kopi kononnya tegah tunggu service GTR khenn.... 



Ada 2 kereta GTR Xanavi Japan GT, dan paling rare ada Nissan R390 dorang gantung kat dinding ajer bro. Fuhhhhhh main-main arrrr dorang ni. Kalau boleh nak lepak lama laa jugak kat sini. Tapi nak buat camner, kedai nak tutup karang kena halau pulak. Sebelum balik kita collect dulu benda-benda free buat souvenir. 








Dari Nismo Facotry ni, kami terus pergi ke Shinjuku, kononnya nak layan vibes Shinjuku Night. Shinjuku ni kalau korang pernah pergi ke Seoul tak ubah macam Myeong-dong Street tu. Macam macam dorang jual kat tepi jalan. 

Tapi harus diingatkan, kawasan Shinjuku ni juga dikategorikan sebagai kawasan black area. Kawasan sini juga ada hot area pada waktu waktu tertentu. Jadi berhati-hati dan jangan laa buat pasal. Kami kesini untuk bergambar amik city vibes kepala Godzilla kat atas bangunan.





Sebelum balik, singgah sekejap kedai Matsumoto beli barang wife kirim. Alang-alang dalam kedai ni ada jual biskut kapal murah dari Don-Quijote.

Masing-masing pun dah penat berjalan seharian harini. Kami balik awal pasal nak packing barang. Esok adalah hari pulang ke Malaysia.


This is awesome gais

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

Disclaimer : Blog ini ditulis oleh Nazrul Akram sendiri dan kesemua tempat dan lawatan mahupun pembelian adalah berunsur peribadi. Sebarang pertanyaan boleh rujuk atau mesej di Instagram @nazrulakram

Comments

Lan said…
Assalamualaikum, blog terbaik, awesome. Nak tanye abam, ticket bas kat Niko to mcmana nak beli tu? Kat mana nak beli?
Nazrul Akram said…
Boleh bayar guna IC CARD (Pasmo/Suica Card)
Lan said…
Terima kasih abam, next time gi Hokaido pulak ye!

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam