Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 3

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 3

Pada hari ke 3, cuaca baik sahaja tak ada hujan. Waktu subuh kat sini adalah pada jam 4:47pagi ya geng. Jadi ekna set jam tu 0500pagi, kalau korang set pukul 6pagi tu memang mathari dah keluar dah pun. Hewhewhew...

Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, kita tidak boleh mengabaikan sarapan pagi yang berat. Jadi setelah membuat perbincanga, saya bersetuju untuk repeat balik bersarapan di Chadbura Dimsum. Harga murah, makanan banyak sememangnya menepati citarasa perut korang yang tak reti-reti nak kenyang tu.

Pack sikit barang supaya tak kalut nak checkout, kami terus ke Chadbura Dimsum seawal jam 0700 pagi tapi kat Malaysia dah jam 0800 pagi kan.

Ternyata, rancangan tidak mengecewakan, orang dalam kedai ramai tapi tak perlu nak kena beratur. Macam saya bagitahu blog sebelum ni, korang boleh parking kereta di parking khas restoran, seorang polis akan guide korang parking kat mana. Polis tau bukan Rela.

Serius, kali ini kami order Gyoza 2 box, satu untuk makan terus dan satu lagi bawak balik. Kira makan on the way balik ke KL nanti. Korang tak kan nyesal lah beli gyoza ni. Harga dia THB120 saja. Dimsum pulak amik bertingkat-tingkat, yela dah hari last kat Hatyai. Nak datang tak tahu bila pulak kan walau dekat. Dekat ke? One way 556km ok laa kan, balik ke Kota Bharu lalu Terengganu pun almost 600km+

Okey berbalik Chadbura Dimsum ni, serius tak tipu korang memang kena cuba kat sini lepas tu kalau nak datang makan pagi kena datang awal. Tak awal kena beratur. Tapi kalau nak rileks boleh datang atas jam 11pagi. Kedia dia tutup pada jam 2.00petang. 

Andai kata kedai dia tutup atas sebab-sebab tertentu, korang boleh cuba satu lagi kedai nama Zaina Dimsum. Pun harga murah juga cuma variety dimsum tu tak banyak macam Chadbura.

Ikuti Restoran Halal di Hatyai disini.

Settle sarapan pagi, saya terus menuju ke Kim Yong Market. Tak jauh pun dalam 10minit drive. Pasar Kim Yong ni jual macam-macam ala pasar Pudu lah. Orang kita datang sini biasanya beli kacang dengan buah. Buah dia fresh lepas tu kacang pun banyak kedai yang jual. Boleh laa beli nak tapau bawak balik bagi sedara.

Orang cakap, datang sini baik naik tuk-tuk. Ya memang betul pasal nak dapat parking kat kawasan ni bukan senang. Atas nasib saja... saya pun dapat parking depan hotel Golden Crown, nasib ada kereta nak keluar masa tu. Kalau tak ada, mungkin saya masuk parking dalam hotel. Murah sahaja per entry 50THB. Okay laaa kan.

Dapat parking terus masuk kawasan pasar. Jaga-jaga dengan anak-anak bila pergi pasar kawasan orang ramai. Jangan biar dorang main dan parent pun jangan leka sangat. Biar tegas daripada kita menangis kelak. 

Nama pun kawasan pasar, tempat sempit, lorong pun halus-halus saja dan mengelirukan. Jadi saya syorkan korang berhati-hati wallet dan anak-anak. Itu pesanan saya. 

Dah jumpa gerai jual kacang, terus packing beli ikut berat kita nak. Yang best dia kasi kita try banyak-banyak sampai korang kenyang.Kalau korang tak beli pun dorang tak maki, tak ada koyak jiwa. Kat sini pun ada gerai runcit yang jual kopi dan nescafe kot-kot korang nak beli malas nak singgah 7 Eleven.






Settle pembelian pertama, saya nak pekena kopi. Jadi, saya singgah pergi ke kiosk Nescafe yang terletak di apa nama jalan tah, korang tengok saja dalam google maps ni

Sebenarnya depan Kim Yong tu ada jugak Nescafe Street Cafe, tapi saya nak keluar dari keserabutan bandar jadi saya drive 10minit ke tempat kiosk cafe ni. Berbaloi pergi sini, pasal langsung tak ada orang lepas tu tak serabut. Order cappuccino ice 1. Hanya nak remind korang, kopi thai ni memang manis. Jadi kalau korang nak order kena pesan siap-siap less sweet. Kalau tak dorang bantai dengan susu pekat 3 sudu. Naya pak karim.



Lepak jap santai-santai minum kopi ais, last destinasi adalah ke 7 Eleven lagi untuk top-up barang yang orang kirim. Sama yang saya ceritakan sebelum ini, saya akan cari 7 Eleven yang besar. Salah satu yang ada berhampiran dengan hotel, cantik sangat lepas tu terus boleh check-out. 

Memang puas hati borong barang kat 7E Hatyai, murah betul. Contoh, mana nak dapat sekotak air milo yang budak-budak minum tu harga RM1.50. Tu belum kira Lays, roti halal pastu produk CP. Korang tengok jelaa nanti ada rezki pi sendiri beli barang dalam 7E.




Balik hotel packing barang terus check-out. On the way nak keluar bandar tu saya buat persinggahan pada station keretapi Hatyai. Landmark kalau sampai Hatyai dengan train mesti bergambor depan station kan. 

Station dia ni kecik saja macam station antara bandar di Malaysia. Kalau dari sini, korang boleh beli tiket untuk naik train terus pergi ke Bangkok. Lepas Bangkok tukar train terus naik train Vietnam, lalu laluan landasan keretapi maut dulu-dulu. Memang epic!




Prosedur Keluar Thailand.

Perjalanan diteruskan menuju ke Immigration Sadao (Dannok). Bila dah sampai situ, passenger sebenarnya tak perlu turun pun untuk cop passport. Korang boleh stay aje dalam kereta bersama pemandu dan drive terus ke kiosk cop passport keluar. Pastikan masa nak keluar slip white card tu ada bersama yer. Kalau tak ada kena denda penalti.

Last checkin adalah butiran kenderaan, hanya serah sahaja borang TM2 masa masuk haritu. Bila officer dah check, terus jalan dan masuk ke immigrate Malaysia. Alhamdulillah. Berikut adalah prosedur keluar Thailand.

1. Passport - Ini benda wajib kena ada. Tak ada kalau panjang cerita dia.

2. Slip White Card - Slip Whitecard ni wajib ada, masa korang masuk, korang akan perasan 1 slip yang imigresen Thai selit. Benda ni jangan kasi hilang atau tercicir. Kalau tak ada setiap passport yang hilang slip akan dikenakan denda. Tak berbaloi.

3. Borang TM2 - Masa masuk, kita serah borang TM2 kan, nanti dorang proses dan dorang akan bagi satu slip borang pengesahan kereta korang. Jadi borang ni kena bagi masa nak keluar. Kalau tak ada konsider kereta seludup. Tak tahu berapa banyak kena bayar.

4.  Imigresen Malaysia - Tiada lagi semakan sijil pengesahan vaksin. Cop passport dan jalan terus ke Kastam. Follow saja signboard.

Kat Malaysia straight foward sahaja, pegawai kastam akan check bonet untuk tengok barang yang perlu dikenakan cukai. Setakat makanan jalan saja. Last checking adalah roadblock polis. Kat sini mungkin kalau mata korang rabak atau tengah high, wajib kena turun rasanya... hahahaahha jadi jangan buat hal.

Ada yang bertanya pada saya, ada kedai 'usin' tak disana? Jawapan dia ada. Dalam bandar saya tersempak dalam 2-3 gedai, besar logo daunnya macam cafe di Amsterdam. Korang nak makan ke, nak telan ke nak isap ke terpulanglah. 

Tapi harus ingat, kalau amik berlebihan, mata korang kompem lain nyer.... jadi kalau nak balik Malaysia tu siap sedia laa yer. Tambah-tambah pulak kalau satu kereta semuanya lelaki. Kalau berkeluarga ni lain sikit. Yang bujang-bujang ni polis tahan lama geng.

Lepas daripada Immigresen Bukit Kayu Hitam, kita terus pecut balik ke KL. Overall total basic yang saya habis untuk percutian 3 hari 2 malam ni Hat Yai ini adlaah seperti berikut :

Hotel : Monkham Village Hatyai RM280.00
Insuran Kereta : RM90.00
Minyak : RM170.00
Toll : RM110.00
Simkad : RM20.00
Tuk-tuk / Grab : RM65.00
Grand Total : RM735 untuk 3orang (3hari 2 malam)

Jika ikutkan memang harga murah, dan ramai orang bandingkan dengan Langkawi, tapi apa yang Langkawi ada, Hatyai tak ada. Apa yang Hatyai ada tu Langkawi tak ada. Jadi mengembaralah tengok dunia luar. Tak kira mana kita pergi, semua tempat memang lain dan unik.

This is Awesome bro...

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1
Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 2
Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 3

Comments

Anonymous said…
Hi, tau tak apa jd kalau lupa bg balik slip yg dorg selit kt passport tu? Penah masuk Hatyai ngan kereta tp masa keluar mmg terus drive off je sbb xde apa2 sekatan. Do you know? Planning to go there again but takut kene fine mahal. Huhu.
Nazrul Akram said…
Now they will collect back TM2 form before checkout. You may not pass atau driva lalu saja. Memang akan ada 2 sekatan, pertama imigresen cop passport dan yang kedua serahan borang TM2
EJAL TKP said…
terbaik bro...real punye sy baca smpi abis perjalanan percutian bersama fmly bro...faham dan membantu juga pd yg 1st time...in syaa allah umur panjang ade rezeki sy dan keluarga akan ke sana thn depan...
Nazrul Akram said…
EJAL TKP : Terima kasih kerana membaca blog saya sebagai rujukan. Semoga bermanfaat bro.. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan tuan bersama keluarga

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1