Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 3

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 3

Pagi ini itinerary kami adalah menuju ke Tokyo Disneyland. Orang cakap rugilah kalau pergi ke Tokyo tapi tak pergi Disneyland. Dulu masa saya datang tahun 2016, saya hanya singgah kat station saja tapi tak masuk beli tiket.

Disebabkan kali ini datang dengan family pakej dengan ada anak. Maka kita meng-realisasikan impian untuk ke Tokyo Disneyland buat pertama kali. Tapi ini adalah Disneyland ke-dua kami lawati selepas Hong Kong Disneyland.


Prepare light breakfast kat guesthouse, kami jalan kaki menuju ke Asakusabashi, naik train Asakusa Line dan interchange di Tokyo Station, dan naik train Keiyo Line. Rumit? Tak rumit lah kalau faham sistem train kat Tokyo. Ease of use!

Kami sampai di Maihama Station sekitar jam 0830pagi. Tapi manusia dah mula ramai berjalan kaki menuju ke pintu masuk utama. Fuhh kalau ikutkan boleh moral down tengok manusia ramai macam ni. Kalah Disneyland HongKong. Tapi nak tak nak, redah jugak laaa pasal tiket dah beli.

Ah-ha, pasal tiket ni, untuk masuk ke Tokyo Disneyland semuanya kena beli online. Tiada lagi tiket dijual kat kaunter. Jadi korang boleh beli tiket samada dalam website Disneyland atau pun Klook.com. Kalau beli dalam klook, korang kena pilih nak pi Disneyland atau Disneysea.



Ada orang cakap pegi laa Disneysea, pasal Disneysea hanya ada 1 sahaja didunia. Tapi saya tetap pilih Disneyland pasal Disneyland ada 2 castle besar yang sememangnya iconic kepada dunia Disneyland. Tapi kalau banyak duit, korang pegi laa kedua-duanya sekali. Bayar aje laa apa ada lah.

Masa kat pintu masuk tu, akan ada orang assist untuk check tiket, jadi dia suruh beratur gate mana-mana. Nampak ramai tapi tak sampai 10minit pun beratur. Kejap aje untuk scan tiket lepas tu terus security checking. 




Nanti saya ceritakan lebih details tips-tips untuk lawati Tokyo Disneyland dengan lebih mudah, jimat dan selesa kat sini. 

Melepasi security checking, korang akan nampak Castle yang gah dari jauh. Iaitu castle yang selalu kita nampak ketika permulaan cerita Walt Disney. Size dia bina tu scale 1:1 yer. Bukan size kecik-kecik tau!

Orang pun tengah ramai masa masuk, jadi kami chill-chill dulu untuk sambung breakfast kat salah sebuah restoran di World Bazaar tu. Macam biasa saya order coffee dan wife order hot choco. Si Nazril ni dah mula suka dengan air kotak perisa apple. Jadi beli siap-siap sebelum masuk ke Disneyland untuk energy dia.



Disebabkan Disneyland ni berada ditepi laut, jadi agin yang lalu tu bukan angin sepoi-spoi bahasa mat. Angin yang lalu tu tak bawak bincang dipunya sejuk! Tak pasal kami kena pakai glove pasal tangan dah mula rasa kebas, tajam je menusuk tulang.

Selesai breakfast, dah top-up energy, kami study dulu floor plan dalam maps. Maps Disneyland ni kena guna phone apps. Tiada lagi papermap yang diberi macam dulu-dulu. Untungnya pakai apps ni kita boleh tahu waiting time untuk beratur pada ride theme park tu. So kita boleh plan laa bila nak ride.

First entry kami semestinya Star Wars... huhuhuhuu... bapak didahulukan, anak kemudian. Pasal ride ni tak ramai orang, waiting time 15minit saja. Jadi baik layan dulu. Ride ni lebih kepada 6D ride. Best, layan juga macam nak repeat, tapi kang marah pulak dorang.





Kalau nak cerita bab ride-ride dalam ni memang panjang lebar laa post kali ni. Jadi saya cuba short-cut apa yang penting saja pasal nanti boleh baca entry saya lawati Tokyo Disneyland kat sini nanti.

 Kalau tak silap saya, ada 7 jenis themepark yang disediakan dalam ni ;

1. World Bazaar
2. Tomorrowland
3. Toontown
4. Critter Country
5. Westernland
6. Adventureland
7. Fantasyland


Tak kesemua land-land kami dapat cover. Hanya beberapa sahaja dan itu pun kami ride yang mana tak ada orang sangat. Lagi pun apa yang kami tunggu adalah Mickeymouse Club Dance dan juga Parade dia pada jam 01:00pm

Lepas tu kami jalan jalan ke Towntoon yang comel. Kat sini lebih kepada kanak-kanak. Apa yang menariknya, dorang bina kawasan ni seolah korang masuk ke dalam dunia kartun yang sebenar. Hampir keseluruhan kawasan ni macam kartun termasuklah pokok hidup. Dorang trim bentok kepala Mickey!






Setiap kawasan theme park ada kedai souvenir. Tak perlu tunggu masa check-out nak beli. Setiap theme park macam ada theme ada souvenir yang berlainan. Boleh koyak rabak kalau nak beli semua ni bro.

Nazril dengan wife sempat masuk Tinyworld, layan cruise dalam bangunan dia tu. Beratur ni pun tak lama. Yang lama nak beratur tu jenis ride yang glamour dan happening. Waiting time tu korang boleh tengok pada awek penjaga kawasan tersebut. Dorang pegang signboard digital suruh masuk walau pun waiting time 80minit kaaaau! Patah pinggang woi!

Serius sebelum pergi korang kena tengok dulu dalam web Disneyland. Dalam tu dorang akan bagitau waktu bila daily event yang berlangsung. Ada banyak event sebenarnya mengikut masa yang ditetapkan. Dalam app pun ada juga kalau tak silap. Jadi bila dah tau waktu event, korang boleh plan dan tidak terlepas untuk tengok event yang berlangsung. 





Jadi masa kami masuk ni, dapat laa tengok 2 event macam Mickeymouse Club dengan Dreaming Up! Parade. Masing-masing masa tak clash. Ada banyak lagi tapi tak sempat nak layan semua, banyak lagi tempat dalam ni nak terokai.

Kat tengah Disneyland ini lah terletak Castle Cinderalla, segala princess ada dalam ni. Nak masuk dalam ni tak sanggup lah, beratur dia tu cecah 80minit. Jadi kami hanya amik gambar ajer. Apa yang buat saya kagum adalah seni bina pada istana ni. Walau dia buat hanya untuk tatapan pengunjung dan juga sebagai theme park. Tapi details dorang tu tak boleh lawan. Kalau tengok dekat dorang buat castle ni seolah ada raja betul laa duduk dalam ni.



Tertanya jugak la, kenapa laa tak buat saja castle macam ni kat luar ye? ke tak ada sapa nak tengok? Bila kena bayar mahak baru nak tengok ye? Kalau kat German masa saya pergi dulu masuk free lagi, tengok laa sampai muntah. Entah lah yer. 

Sambil ootd depan castle, kami beratur masuk event tengok Mickeymouse Club Dance. Kat sini dorang buat macam mini stadium yang mana agak-agak 500orang boleh duduk untuk tengok performance dance

Bagi saya, dancing ni not bad, boleh layan. Budak-budak nak menari keriangan pun tak ada tempat pasal seat macam stadium. Choreography dorang tiptop, tak ramai dalam 10orang tapi selalu bertukar-tukar watak nampak macam ramai. Dancing ni lebih kurang 20minit.



Settle tengok Mickeymouse Club, terus layan Dreming Up! Parade jam 01:00pm. Parade ni jangan terlepas. Hanya sekali sahaja dalam satu hari. Waktu petang tu mula jam 6:00pm kalau tak silap tapi tu versi lain dah. Parade ni mearik, ada banyak kereta berhias cuma tak menariknya pasal sejuk bhai.

Korang bayangkan walau matahari terpacak, angin yang lalu tu fuuuuuhhhh sejuk yang amat. Pastu korang tak berjalan suka-suka hati. Nanti ada pengawas lalu lintas suruh duduk diam, tak nak ganggu orang lain tengok parade. Kalau nak gi tandas ko tahan laa dulu yer!




Dah kena angin sejuk,  perut mula mintak nasik! Sebenarnya kami having lunch dalam Disneyland saja, bawak bekal siap-siap dan berkelah kat tepi anak sungai Adventureland. Sini macam tenang pasal dia buat seakan jungle. Kat sini tema dia animasi Tarzan dan Mogwli. Cool kan!

Korang makan laa dalam ni tak ada sapa pun kacau. Hanya jaga saja kebersihan. Cuma yang tak bestnya, bila dah tengah hari ni, walau cuaca cerah tapi agak berangin. Sejuk dia matt...... tak leh belah. Pakai sarung tangan bhai 

Lepas makan, masih ada masa sebelum balik ke Ueno, maka kami naik cruise kapal Mark Twain yang besar gedabak tu lepas tu layan Mickey train kat Adventureland. kedua -kedua ride ni tak payah beratur lama pasal seat banyak. Jadi laju ajer waktu beratur tu.




Melangkang balik ke World Bazaar untuk beli sedikit souvenir. Saya tertarik dengan 1 model Tomica yang hanya dijual didalam Disneyland sahaja. Ini kompem tak ada kat lain. Kalau beli ni sempoi tapi harga dia matt.... menusuk kalbu untuk benda yang kecik ni.

Ada macam-macam jual kat dalam ni dari barangan rumah, shirt, stationary, cadar katil pun ado haaa... Korang tengok laa pastu korang bayarlah. Dalam kedai DisneyStore ni bagi saya memang mahal. Mahal bagi saya lah. 



Sekitar World Bazaar ni ada banyak restoran. Ada Starbucks juga pastu kalau nasib baik, akan ada beberapa karekter Mickey and the geng yang lalu untuk korang bergambar. Bila dorang datang tu, korang tak boleh bergambar dekat. Nanti pengawas Disney tak bagi. Walau dorang ni selalu senyum, ternyata dalam hati dorang selalu memaki hamun orang tak reti bahasa ni.


Keluar saja pintu Disneyland, kami jalan cepat-cepat pasal angin dari laut tiup dah tak boleh tahan. Sejuk dia tu fuhhhh. Harini sejuk dia lain macam walau tak mendung. Terus pegi ke Disneyland Resort Line, Nazril nak layan naik monorail Disneyline, bukan Disneyland yer. 

Train dia ni unik macam Disneyland HK. Dorang bina khusus untuk bawa pengunjung pusing kawasan dia ni. Ada 4 station sepanjang Disneyline. Punya laa besar kan. Sepanjang laluan ni akan lalu hotel resort, Disneyland, Disneysea dan last sekali Disneyland Resort. Kat sini pintu utama dorang. Terdapat juga interchange yang kami turun tadi iaitu Maihama Station.



Tak cakap banyak, kami terus naik Keiyo Line balik ke Ueno. Perjalanan mengambil masa 40minit dan tiba termasuk interchange di Tokyo Station.

Tujuan nak gi Ueno Station ni pasal saya nak amik order shirt Hard Rock Ueno. Dalam station ni ada sebuah Hard Rock. Ada juga Starbuck kat sini, korang boleh beli Starbucks mug versi Japan Edition. Kalau datang masa sakura akan ada Japan Sakura Edition. Hanya dijual untuk market Japan sahaja.




Bagi kaum wanita, elok korang keluar dari station dan lintas jalan cari bangunan Uniqlo. Kat sebelah dia tu ada satu kedai nama Matsumoto. Dalam kedai ni jual skincare, make-up aaaaahh macam-macam lagi laa produk kecantikkan dengan harga murah-murah. Boleh kata tiap-tiap hari wife saya singgah masuk kedai Matsumoto. Kira macam Watson laaa kat Malaysia cuma lagi banyak produk dia.


Dah siap cuci mata, sauk barang yang nak beli, terus jalan kaki menuju ke Ameyoko Ueno. Kat sini ada beberapa kedai kebab halal. Kami singgah untuk makan dinner kat sini. Nama kedai ni Oskar Kebab.

Harus diingatkan, nasi di Jepun ni nasi dia macam nasi sushi. Kalau korang makan sushi, maka korang boleh makan nasi dia dengan banyak. Mudah muak. Alhamdullilah Nazril tak ada masalh nak makan nasi melekit macam ni. Berselera ajer dia ni haaa. Kalau jumpa kedai kebab, elok order kebab saja lah yer. Kedai ni ramai jumpa rakyat Malaysia. Agak glamour jugak laa.

Dulu saya pernah singgah, makan sambil gigil-gigil waktu malam tu. Tapi habis jugak nasiknya. Trip kali ini saya bawa sekali aja kedai kebab. Rata-rata kami makan local food macam ramen, tenpura, nasi beriyani dengan wagyu beef. Muak nak layan kebab sebenarnya.





Sebelum balik, singgah sekejap beli air untuk esok. Bagi yang tak minum kopi, saya cadangkan korang beli air ni dari vending machine. Air coklat ni Halal dan panas. Best woii minum time sejuk malam-malam ni. 7 Eleven ada jual juga, boleh amik yang panas. Bestkan!


Balik awal pasal esoknya itinerary nak main salji.

This is Awesone gaiss!

Comments

Anonymous said…
Salam tuan. Nak tnya, macam mana solat ya dalam disneyland tu? Ada disediakan surau tak?
Nazrul Akram said…
Salam, surau terletak di pintu masuk utama (Main Entrance). Bagitau staff kata nak pergi ke Quite Room. Quite Room ni letak luar themepark. Lepas solat boleh masuk balik. Dorang scan balik tiket kita.
asri said…
salam tuan.. blh tahu tak antara makanan2 minuman yg boleh bawak masuk?
Nazrul Akram said…
Asri : Makanan yang boleh dibawa masuk adalah jenis ready made macam Brahim, Sardin atau Pes. Hanya bahan mentah saja tak boleh masuk contoh, isi ayam, isi daging, telur atau bahan-bahan belum dimasak. Roti gardenia boleh bawak. Beras belum masak tak boleh bawa masuk.
Fizah said…
Salam..boleh ke bawa makanan/minuman ke Disneyland? Tq
Nazrul Akram said…
Fizah : Ya boleh bawa makanan masuk dalam Disneyland tapi bukan dalam kuantiti yang banyak seperti periuk tingkat. Pack dalam tupperware dan asing-asingkan bag supaya nampak tak banyak.
Dila said…
Salam bang, nak tanya untuk naik train dalam tokyo tu just guna card yg first day beli tu je ke? Then keep topup je? Or kalau beli tiket lain2 tiap kali nak naik train different line? Saya plan nak jalan dari tokyo-fuji-narita saja
Nazrul Akram said…
Dila : Ya hanya beli Suica CArd (Macam kad touch n go) saja... nak masuk tap ip, nak keluar tap-out. Kalau rajin study sikit, ada pass (JR Pass) yang menjimatkan untuk pergi ke Fuji dan Narita. Boleh DM IG saya di @nazrulakram untuk info laju
Anonymous said…
salam bang, nak tanya, makanan yang bole dibawa masuk tu mesti masih dalam seal brahim lagi atau boleh panaskan di airbnb dan masuk tupperware siap2 ya? mcm homemade tu. sy plan nak pergi january 2024 ni. tq ya
Nazrul Akram said…
Makanan yang saya bawa tu dah masuk tupperware. Tak perlu dalam seal brahim dah. Nanti packing makanan tu jgn letak banyak dalam satu bag, asing-asingkan bag. Masa dorang check cakap food allergic.
Anonymous said…
Salam, thank you for sharing this! Zaman skarang susah dah nak carik tips dan perkongsian dalam blog 😅 Nak tanya, kira nya masa pergi Tokyo Disneyland ni you takde ambek apa2 fast pass / premiere access lah ya? Sebab baca2 dalam group2 kat FB, masih tak berapa nak paham konsep fast pass / premiere access tu. Lepas tu nak tanya, Tokyo Disneyland ni kiranya sehari pun cukup lah ya?
Nazrul Akram said…
Anonymous said…
Salam, thank you for sharing this! Zaman skarang susah dah nak carik tips dan perkongsian dalam blog 😅 Nak tanya, kira nya masa pergi Tokyo Disneyland ni you takde ambek apa2 fast pass / premiere access lah ya? Sebab baca2 dalam group2 kat FB, masih tak berapa nak paham konsep fast pass / premiere access tu. Lepas tu nak tanya, Tokyo Disneyland ni kiranya sehari pun cukup lah ya?


>>>

Haah, kami tak ambil apa-apa Fast Lane pass. Hanya layan saja masuk, yang mana ada short queue kami masuk. Sememangnya seharian kena layan dalam Disneyland ni. Masuk awal pagi sampai petang lah.
Nazrul Akram said…
Boleh baca review Tokyo Disneyland disini

http://www.nazrulakram.com/2023/08/jalan-jalan-ke-tokyo-disneyland.html

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam