Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 5

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 5

Seperti ramalan cuaca cakap semalam, harini hampir keseluruhan Tokyo dihujani dengan salji. Masa kami keluar rumah, cuaca sangat sejuk berbanding pada hari-hari yang lain. Tapi tiada hujan atau salji yang turun lagi. Waktu itu pada jam 06:00pagi. 

Kami keluar rumah agak awal pasal itinerary pada hariini adalah untuk melihat Gunung Fuji di Kawaguchiko.  Saya pun tak pasti dapat tengok ke tak pada cuaca macam ni. Naik train dari Kuramae dan interhange di Nihombashi. Dari Nihombashi jalan kaki menuju ke Tokyo Station. Masa ini cuaca sangat berangin dan menambahkan lagi kesejukkan jari-jemari.


Mari saya terangkan, harini saya masih menggunakan Tokyo Wide Pass. Jadi pass ini membenarkan anda untuk ke kawasan pergunungan Fuji secara percuma bila ada pass ini. Untuk ke Kawaguchiko, jika korang bermula di Tokyo Station, korang perlu naik Chuo Line. Tiba di Shinjuku terus pergi ke Limited Express platform dan naik train Super Azusa. 

Saya saja datang awal kat Shinjuku kerana, station ini agak kompleks dan besar. Shinjuku adalah station paling sibuk didunia. Setiap hari, lebih kurang seramai 1juta orang akan keluar masuk ke station ini berdasarkan tap-in tap-out entry gate. 1 Juta orang mat dalam satu hari. Punya ramai! Sebab tu saya datang awal untuk mengelakkan crowded teruk. Sorry tak amik gambar dalam station pasal sibuk pegang bag dengan tangan Nazril. Takut dia tersesat.

Tepat jam 07:00am, kami menaiki Limited Express Super Azusa menuju ke Otsuki Station. Train ini akan membawa kita ke Kawaguchiko tapi kena berhenti pada station Otsuki. Kalau korang naik train pada jam 08:30pagi, korang boleh terus dari Shinjuku ke Kawaguchiko. 




Semasa perjalanan, baru nampak yang bumbung rumah sudah mula diliputi dengan salji. Malah debu-debu salji mula kelihatan. Semakin lama perjalanan, semakin banyak salji yang turun. Bumbung-bumbung rumah dah mula putih. 

Dalam hati ni, ini confirm lebat, sejuk malah lebih teruk tak dapat pun nak keluar pergi tengok Mount Fuji. Mesti langsung tak nampak apa ni. Tapi walau macammana pun, mata kami ni sedang memerhati sekitar kawasan pergunungan dan perumahan yang lalu.

Senyap seketika dalam detik yang kerisauan ni pasal ini kali pertama kali juga kami dapat lihat live salji turun lebat depan mata sendiri. Biasa duk tengok dalam cerita Korea saja. Kali ini Tuhan bagi peluang untuk rasa bagaimana sejuk salji, macam mana indahnya salji, dan macamana suasana yang orang panggil salji yang sebenar.



Seluruh kawasan sudah mula memutih dengan salji. Betullah orang cakap. Jauh kita merantau, jauh permandangan yang kita dapat dipertontonkan. Perjalanan menaiki Super Azusa ni tak rasa lama kerana permandangan salji.

Bila tiba di Otsuki - pertukaran train untuk ke Kawaguchiko, suhu telah mencecah -4c. Orang Jepun sendiri mula berjalan macam penguin pasal lantai mula licin. Jadi kami singgah sebuah cafe untuk beli coffee dan chocolate panas untuk breakfast roti sandwich yang kami bawa dari guesthouse.



Sementara menunggu Fujikyu Railway tiba, kami memanaskan badan dulu dalam waiting room. Tapi bilik ni tak de laa panas sangat. Pasal kat luar salji masih lagi turun dengan lebat. Saya bagitahu wife, adakah kita nak patah balik atau nak teruskan ke Kawaguchiko Station? Pasal bila ke Kawaguchiko pun, pasti kita tak dapat keluar dari station pasal salji turun dan tak akan nampak pun Mount Fuji.

Wife cakap, dah alang-alang datang sini. Kita sambung saja perjalanan ke Kawaguchiko untuk rasa-rasa dan tanda sebagai hadir. Gitewwww...

Maka, kami pun naik lah Fujikyu Railway yang bertemakan Naruto. Kalau korang nak tahu, Fujikyu Railway ni sebuah train slow dan banyak station. Tapi yang uniknya, setiap train ni akan ada tema anime yang tersendiri. Kalau tak silap saya akan ada tema Naruto, One Piece, Thomas & Friend dan beberapa train yang dihias fancy. 







Ini adalah kerana untuk tarikan perlancongan orang yang datang ke Mount Fuji dan juga melawat Theme Park Fuji-Q Highland. Sebab tu train dia ni fancy dan ada macam-macam tema.

Dah nama slow train, ianya akan mengambil masa lebih kurang 55minit untuk sampai ke Fujikyu. Sebenarnya itinerary saya pada harini adalah menaiki kereta kabel untuk tengok Mount Fuji, naik cruise dan panjat tangga menuju ke Chureito Pagoda yang famous dalam instagram tu. Tapi apakan daya, semuanya ini adalah takdir tuhan.



Seperti jangkaan saya, bila tiba di Kawaguchiko Station, salji kat platform pun dah mula tebal. Orang agak ramai di station ini kerana mereka sedang mengunggu bas yang tiba. Bila cuaca bersalji sebegini, trafik akan menjadi perlahan kerana jalan menjadi sangat licin. Kenderaan berat akan bergerak perlahan dan bas pasti kelewatan dan jadual.



Saya hanya bergambar sekitar station ini untuk beberapa gambar ootd. Konon nak buat macam ala-ala Swiss laaa walaupun tahap sejuk dia misai pun boleh sangkut hanger bro!






Settle bergambar, kami masuk balik ke station dan naik train balik menuju ke Otsuki station. Kebanyakkan orang pun semacam pasrah dengan cuaca sebegini. Siapa yang boleh lawan cuaca kan. Kita sebagai orang Malaysia yang tak ada salji turun lebat sememangnya akan jadi jakun kejap.

Nazril pun berpusing pusing tadah salji walhal tahu tapak tangan mula sejuk pastu pipi dia pun dah mula merah. Layankan saja moment anak, ini mungkin kenangan dia bila dah besar nanti. Nanti dah besar dia datanglah sendiri dengan kawan-kawan dia. Itu pun kalau dia ingat tempat tu.

Semasa perjalanan balik ke Otsuki dan Shinjuku, saya telah merakam video suasana salji turun yang telah cover hampir keseluruhan kawasan. Bagi saya, ini adalah permandangan yang indah untuk saya kerana saya sendiri tidak pernah melihat salji yang penuh seperti ini. Terasa sayu, sedih, terharu pun ada juga bila layan perasaan sambil layan lagu tengok jendela kat luar. 



Kadang kala saya tertanya, apa yang orang Jepun buat dalam rumah bila salji lebat macam ni. Kalau kita masa hujan lebat, paling tidak duk dalam selimut, minum air panas cicah biskut tak pun layan tidur. Nak keluar pun tak boleh jalan licin, mana laa nak pergi time-time macam ni. Sambil layan perasaan, sambil makan nasi goreng dalam tran. Perut mudah lapar bila waktu sejuk ni. Huhuhuhu...

Bila tiba di Shinjuku, salji masih turun tapi tidak selebat di Kawaguchiko tadi. Kami masuk singgah dalam Don Quijote. Don Quijote ni memang popular di Japan pasal dia jual segala barang isi rumah, dari barang dapur, barang letrik, skincare, mainan malah ada arcade sekali. Don Quijote ni ada branch di Malaysia namanya Don Don Donki.


Bila masuk dalam ni, kita bagi me time para kaum wanita untuk menghabiskan masa. Banyak yang korang boleh beli dan korang boleh try. Harga kat sini jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Korang boleh tengok pada gambar yang saya amik ni. 






Dalam ni juga ada jual souvenir macam magnet fridge, keychain, tote bag macam-macam lagi lah. Beli banyak-banyak lebih JPY5000 korang akan dapat perlepasan cukai. Don Quijote akan seal barang yang korang beli untuk mudah korang pack masa balik nanti. Memang nice!



Settle shopping, saya beli payung comel pasal salji dah tak turun, tapi hujan pula. So kami jalan ke bahagian timur Shinjuku Station. Saya lalu kesini semata-mata nak tunjuk ke Nazril kepala Godzilla yang ada di atas bangunan. Dia asik tengok dalam instagram, tapi kali ni saya tunjuk betul. Walau hujan, kepala Godzilla tu jelas kelihatan. Memang awesome!

Kalau korang rajin, korang boleh pergi ke bangunan kepala Godzilla tu. Naik ke tingkat 8 dan korang boleh snap terus gambar tepi kepala Godzilla. Ianya adalah percuma. Saya tak pergi pasal hujan, malas nak basahkan kasut.


Tak lama pun kat area Shinjuku ni, kami balik ke Ueno sekali lagi untuk ke Hard Rock. Yaa saya hari-hari pergi Hard Rock Ueno kerana orang kirim baju. Dapat laa upah sikit-sikit jadi PS kannn. Hari-hari pergi pun tak dapat special diskaun, aper daaa kedekut.


Sementara tu, wife dan adik ipar sempat laa beli kuih bahulu panda. Saya tak tahu harga dia berapa tapi rasa dia memang sedap. Dia masak panas-panas pastu makan terus. Ada perisa coklat dengan oroginal taste. Buat kudap-kudap layan hujan.




Jam dah masuk almsot 0700pm, malam ni kami dinner di Wagyu Yakiniku Panga. Restoran ni tak jauh dari guesthouse kami dan dekat saja dengan station Shin-Okamachi. Nak makan kat sini korang kena buat reservation. Kalau tak buat, korang kena tunggu orang habis makan. Depa akan bagi seat jika ada kekosongan dalam restoran. 


Juadah dalam ni dijual dalam bentuk set. Dalam menu korang boleh pilih set mana yang korang nak makan. Setiap satu set bermula pada harga JPY10000-JPY25000 kauuuu... Mahai betul dah nama wagyu. Fuhhh nasib baik aunty belanja... Huhuhuhu

Kami order saja 2 set, lepas tu top-up nasik saja untuk kasi mantap. Percayalah, kita ni perut melayu. Tak kira mana korang berjalan, kalau tak jumpa nasik tu memang mengelupur. Tak payah bohong laa korang ni orang London ke, orang Jepun ke orang Italy ke. Kalau suap nasik tu kompem melayu lah tu. Mana maunya duk makan roti dengan kebab jek weyy... makan nasik lagi padu beb!

Wagyu ni korang kena bakar sendiri. Tak perlu bakar lama-lama pasal daging dia memang lembut. Cukup untuk sekadar medium rare saja. Cicah kicap soya masuk saja dalam mulut dah rasa cair dimulut. Serius mat, kelembutan daging wagyu tu memang lain.




Selesai dinner, kami balik ke guesthouse kepenatan dan kekechewaan tak dapat layan Kawaguchiko sightseen. Tak ada rezeki, mungkin kena pergi lagi.

This is awesome gaisss!

Comments

Rina Rossoneri said…
bro, tak pernah sy terpikir misai kalau sejuk macam mana hahahahah! thanx bro for your writing. sy nak gi bulan nov ni. thanx for all the informations. Sangat2 membantu! last sy gi jepun 2019, byk lain. hyperdia pun dah xleh guna sgt. aduh, risau sy sbb sy dah biasa dgn hyperdia tu hahah.
Nazrul Akram said…
Rina Rossoneri : Nov tak sesejuk December dan January. Mungkin dalam beberapa hari akan jadi hujan. Tak apa prepare saja baju sejuk. Guna google maps. Google maps sgt accurate dan tepat dengan masa train depart.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam