Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)

Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)

Cuaca pagi agak mendung dan gerimis. Itinerary perjalanan pada hari ini menuju ke Zermatt dan Lake Blausee. 

Saya check weather forecast Swiss - MeteoSwiss, ramalan mengatakan akan berlaku hujan renyai dan snowfall di Zermatt. Ehh serius lah... jangan nak harap sangat, tapi tu kan ramalan saja.

Kalau ikutkan, mood macam tak best sangat kalau hari hujan gerimis. Pasal nak jalan-jalan di Zermat yang mana kawasan open agak leceh juga. Kalau dibuat hujan lebat, terpaksa berteduh sekejap dalam kedai, cafe sure akan ramai orang.


Saya text tuan rumah untuk pinjam payung 3 batang, maka kami mulakan perjalanan menuju ke Zermatt. 

Perjalanan ke Zermatt kiranya tak mudah sangat pasal kalau drive, korang perlu naik car transport train yang mana harga dia tak berapa murah untuk one way journey. 

Dari Ballwil ke Kandersteg Station ni mengambil masa lebih kurang 2jam perjalanan. Kalau korang nak jimat, kiranya tak nak naik car transport train ni, korang boleh lalu ikut laluan Furla Pass yang mana jalan dia bengkang bengkok tapi permandangan dia memang awesome habis. Kalau drive dari Lucern ianya akan ambil masa 3jam untuk sampai ke Zermatt. Agak jauh. 

Untuk naik car-transport train ni just point saja ke Kandersteg Station, nanti bayar ticket pada toll booth berharga CHF31.00 oneway journey.. Uhukk uhukk uhuk. CHF31.00 ini adalah harga untuk kereta, passanger tak perlu bayar dah.

Duration train lebih kurang setiap 30minit. Sementara menunggu tu ada free toilet dengan kedai serbaneka sebelum naik train. Bila train dah sampai, just drive saja masuk pada gerabak macam kita drive masuk feri Penang dulu tu.


Perjalanan car transport train lebih kurang 12minit saja pun. Tak banyak gambar yang boleh ambil pasal perjalanan dia akan masuk ke terowong gelap. Tau tau dah sampai ke next stop Goppenstein. Terus drive keluar dari gerabak kereta api. Experience dia tu maca mdalam cerita James Bond pulak kan.


Maka dari sini pula nak ke Tasch lebih kurang 50minit. Sebab tu saya cakap, perjalanan nak ke Zermatt bukanlah mudah jika memandu sendiri, tapi saya percaya, pengalaman ini akan membuatkan ianya sangat berbaloi.

Baca perjalanan saya ke Zermatt tahun 2025

Sampai saja di Tasch, seperti ramalan forecast memang mendung dan berkabus. Cuaca kat sini agaknya dah cecah bawah 10c. Sejuk dia lain macam dengan beranginnya lagi. Saya masuk ke terminal dan terus parking.

Ini baru Tasch, belum sampai lagi ker Zermatt. Untuk sampai ke Zermatt perlu naik shuttle train berharga CHF17.20 return.  Budak bawah 15tahun separuh harga dewasa.


Snowfall di Pekan Zermatt

Kebetulan masa beli tiket, train dah ready untuk depart. Maka cepat-cepat kita berlari untuk kejar shuttle. Tapi kalau terlepas pun, shuttle ni akan ada pada setiap 20minit. No worries. Perjalanan Tasch ke Zermatt lebih kurang 12minit, tak terasa lama pasal korang akan leka dengan view panoramic gunung sekitar.

Alhamdulillah, tiba di Zermatt Station walau cuaca mendung tapi sejuk dia memang tak leh lawan. Saya terpaksa sarung glove. Winter jacket pun tak bawak, hanya pakai sweater dan jacket saja. Amik kauuuu!



View point untuk tengok gunung Matterhorn kali ni samar-samar sahaja. Ada banyak kawasan untuk viewpoint Matterhorn tapi saya akan bawa ke tempat favourite saya supaya perjalanan menjadi 1 loop dalam pekan Zermatt.

Sebelum tu kita amik gambar tanda hadir pada tahun 2017, 2025 dan 2026.



Memang tak ada rezeki, puncak Matterhorn tak kelihatan. Tak akan nampak untuk harini pasal forecast mendung dan snowfall. Agak kecewa pasal kali ni saya bawa family, dan tak berpeluang untuk bagi dorang tengok puncak Matterhorn. Hanya dapat AI-kan gambar sahaja upload dalam instagram. Huhuhuhu....





Tak dapat duduk lama pun kami kat sungai ni. Suhu pada waktu ni jangan cerita, memang sejuk boleh cecah bawah 5c dengan beranginnya. Sarung glove pun boleh terasa sejuk, tak tahan angin sejuk turun dari gunung-gunung sekitar kawasan kampung Zermatt.



Kami sambung jalan kaki menuju ke kawasan perumahan asal Zermatt, korang boleh tengok dalam googlemap ataupun interactive maps di station untuk ketahui selok belok lorong dalam kampung ni.

Masa kami lalu rumah-rumah asal Zermatt ni, sedikit sebanyak korang dapat baca sejarah wujudnya perkampungan dikawasan ni. Rumah-rumah lama ini tidak lagi didiami cuma mereka masih menjaga rapi rumah asal ni untuk kesan sejarah mereka.

Kalau ikutkan, korang boleh jalan jauh lagi sampai ke hujung pekan. Cuma saya risau bila dah berjalan jauh, hujan turun pulak. Lagipun plan kami untuk ke viewpoint satu lagi yang mana jalan dia potong separuh dari pekan ni.



Singgah sekejap di Lindt Chocolate Store. Beli dulu Creme Brulee yang agak terhad tu. Susah nau nak dapat kat Coop / Migros. Hanya ada kat Lindt Store saja. Haritu dah beli, kali ni top-up sikit untuk family kat kampung.

Walau sejuk, kita try juga laa ice-cream Lindt. Nak layan coffee, kejap lagi nak lepak cari coffee. Maka makan ler ice-cream.


Sepanjang jalan sini ada banyak kedai-kedai sourvenir, cafe restaurant dengan butik barangan mewah. 

Kalau korang nak tahu harga sebuah keychain/magnet fridge kat Swiss ni bermula sekitar CHF9.90 - CHF15.00 seutas (RM51.00 - RM77.00). Baru satu tauuuuu. Jadi jangan tanya kenapa saya tak beli bagi ke korang yer... 

Harga Swiss tak dibafikan memang mahal, maka perlu pandai untuk berjimat dan beli apa yang perlu. Tapi kalau ada duit banyak, korang beli je laa bukan Zermatt ni ada belakang rumah pun.



Salah satu benda yang boleh beli as sourvenir adalah Victorinox edisi Zermatt. Difahamkan Victorinox kat sini hanya dijual kat Zermatt sahaja, tiada di kawasan lain di Swiss.

Ianya sama seperti jam Swatch yang saya beli tahun lalu. Ada seutas jam tangan edisi Zermatt dan harga dia pun tak mahal, lebih kurang CHF90.00 (RM520.00). Beli laa sebagai kenangan tanda hadir jauh nak sampai.

Disebabkan cuaca makin sejuk, saya mempercepatkan perjalanan ke viewpoint di Bronze Alphorn. Asalnya viewpoint ni nampak gunung Matterhorn lagi jelas. Tapi apakan daya, memang tak ada rezeki juga untuk lihat puncak dia.




Dah macam Gunung Kinabalu pula, kali ni Matterhorn memang pemalu untuk muncul dipertontonkan pada kami.

Jadi, itinerary kami di Zermatt agak singkat, maka plan kami untuk singgah di cafe sekejap untuk chill lepak minum dulu sebelum balik ke kereta. 

Pada waktu jalan kaki ke Zermatt Station, cuaca tiba-tiba berangin dan terus berkabus dengan kuat.

Sememangnya rezeki yang ditakdirkan oleh Allah. Kami mulanya tak perasan pasal semua dah masuk ke kedai Coop untuk berteduh, dalam Coop terasa sikit panas warmer. Kami perasan macam bunyi bising dan ramai yang menuju ke jalan utama.

Rupanya kabus dengan angin tersebut membawa bersama snowfall. Ya Allah, inilah nikmat yang kami tak jangkakan.

Tepat ramalan yang mengatakan snowfall akan turun di Zermatt dan rezki kami, kami berada pada waktu yang tepat. 

Walau tak dapat tengok puncak Matterhorn, tapi Allah telah memberikan satu nikmat yang mana dapat merasa snowfall dari gunung banjaran Alps. Walau waktu ni sejuk, tapi dorang ni duk bergambar. Some people just dancing away alongthe street, menikmati snowfall yang bagi kami ianya satu pengalaman yang amat berharga - terutama si Nazril.




Last kami dapat snowfall masa pergi ke Kawaguchiko tahun 2023. Tapi waktu tu nak cakap snowfall pun tak juga lebih kepada ribut salji. Nak pusing-pusing atas jalan pun tak berani pasal lebat sangat time kat Jepun dulu. 

Tapi kali ni just nice, boleh lagi nak berpusing-pusing amik video dalam snowfall. Biarlah orang cakap jakun ke - orang kampung ke. Bukan ada depan rumah pun snowfall ni kan. Kita layan saja.

Korang boleh tengok highlight Swiss 2026 Instagram saya kat sini 

Lebih kurang sejam kami duk layan snowfall, konon nak lepak kat cafe, tapi time ni penuh orang dalam cafe - semua tak nak keluar dari cafe dek snowfall tu. 

Di Zermatt tadi restoran halal, setahu saya hanya ada 1 saja iaitu kedai Kebab Take it Doner. Ada kedai Indian Restaurant tapi ianya lebih kepada masakan veggie. Biasanya jika saya ke Zermatt, saya akan sarankan bawa bekalan makanan dari guesthouse. 

Korang boleh saja beli pastry atau pun kopi, tapi kalau nak makan berat tu memang tak ada melainkan makan kebab. Just nak share, kebab dia saya pernah try haritu rasa kunyah pasir beb. Huhuhuhu...

Saya hanya beli air jap dalam Migros untuk bekalan drive nanti. Terus naik shuttle untuk ke parking kereta. 

Tiket yang kita beli tadi tu jangan ler kamu buang. Simpan pasal tiket yang sama juga nanti nak kena scan. Kalau hilang kena beli baru laa mat.

Masa kat guesthhouse tadi, wife saya dah bekalkan meehun goreng. Jadi kami makan laa dulu dalam kereta memandangkan perut pun dah lapar. Jam pun dah 01.00pm pastu cuaca sejuk ni mudah ler lapar. 

Exit parking terus menuju ke Lake Blause di Kandersteg. Overall parking seingat saya masa ni adalah CHF12.00 (RM61.20)

Lake Blausee, Kandersteg

Perjalanan pulang kali ni hujan agak lebat, saya mula perlahankan pemanduan pasal risau jalan licin disebabkan icy road warning keluar dari kereta. 


Tiba saja di parking Lake Blausee, cuaca masih hujan gerimis, tak banyak kereta mungkin disebabkan hujan, maka tak ramai pelancong singgah.

Tapi itinerary kami memaksa untuk singgah juga pasal esok kami akan menuju ke tempat lain, Lake Blausee bukan laluan yang mudah jugak.

Saya turun purchase tiket di kaunter, bertemankan payung kami redah juga briskwalking ke Lake Blausee. 


Nasib baik semua laluan jalan kaki dah ada tarmac, kalau tak becah juga pijak lumpur ni.

Sampai saja pinggir tasik, walau cuaca mendung dan gerimis, Lake Blause masih memberikan permandangan yang memukau lagi. Dari atas boleh nampak warna tasik green emerald yang menawan.



Kebetulan pula bot untuk pusing taisk ni tak ada orang sangat, gigihkan juga laa naik perahu layan keliling tasik ni. 

Untung juga pasal tak payah nak tunggu lama lepas tu orang yang nak dayung pun layan jer kami. 

Dulu saya pernah cerita bagaimana kejadian tasik ni terjadi. Korang boleh baca kat entry saya disini yang lebih lanjut

Tapi secara ringkasnya, Lake Blausee ni terjadi disebabkan apabila berlaku runtuhan gunung sekitar ribuan tahun dahului yang menyebabkan laluan air gunung terperangkap maka terjadilah tasik ini. Walaupun tasik ini kecil berbanding tasik lain, ianya sangat jernih kerana terdapat pengaliran air dari bawah tanah ni.


Dalam bot tu ada part lutsinar, dan kita boleh nampak dasar tasik walaupun kedalaman 10meter. Jelas sekali nampak dan ada banyak ikan trout dalam tasik ini.



Ride bot manual ni tak lama lebih kurang 15 ke 20 minit, kena pulak layan borak kita banyakkan la soalan. Tapi memang best, banyak ilmu dan cerita masuk.

Habis bot riding, bau masakan kat restoran tu memang memanggil-manggil walau kami tadi dah makan meehun goreng.

Jadi, saya ajak ler dorang ni makan ikan trout. Menu masakan ikan dia ada pilihan untuk veggies, dan korang boleh request dalam masakan tu jangan masukkan apa-apa wine. 

Tapi memang best dapat makan ikan fresh panas-panas gini. Layan nanti balik dah tak yah dinner. (Iyooo lah tu...)

Selesai makan, just layan sekejap permandangan agung ni. SubhanAllah - Allahuakbar. Kalau dunia ini dah indah macam ni, bagaimana pula syurga yang dijanjikan oleh Allah.

Hujan pun seolah menyuruh kami pulang awal, bergegaslah kami balik ke kereta. Nasib baik ada payung tuan rumah bagi pinjam. Saya setkan perjalanan balik melalui Bern.

Ianya sedikit jauh dengan perbezaaan 30km tapi masa sampai destinasi adalah sama. Ini kerana jalan yang google map tunjuk pada jarak yang dekat tu mendaki bukit dan sedikit curam. Risau nak layan jalan gitu hujan macam ni, jadi saya pilih jalan highway Bern - Lucerne untuk pemanduan yang selesa.

Tip kalau korang nak drive di Swiss pastikan study dulu selok-belok jalan dia. Bagi saya, jalan di Swiss rata-rata semuanya berbukit, simpang zig-zag lepas tu turun curam.

Kena pandai pilih jalan dan kena cekap memandu dan jangan leka. Speedlimit pun kena follow pasal kat sini kamera tepi jalan bersepah-sepah. Boelh je langgar tapi tak malam pun, dalam masa 48jam nanti sampai ler notifikasi tolak duit dalam kad kredit korang tu. Easy!

Pasal drive masuk highway, mata pun agak berat juga la... maka saya buat stopover buang air dengan beli coffee jap di pump station. Sambil tu juga nak top-up minyak.

Drive guna Renault Alpine ni dari hari ambil baru kali ni nak isi minyak. Memang hybrid dia cekap betul. Kalau jalan lurus highway, boleh maintain speed 100km dengan guna electric saja. 

Isi minyak di Europe ni mudah, sampai korang isi minyka berapa banyak nak, lepas tu pergi bayar dikaunter - then siap. 


Ada yang pernah tanya saya, pernah ke ko isi minyak lepas tu blah gitu je. Jawapan saya tak pernah.

Saya tak akan buat perangai gitu pasal saya jenis kedekut. Saya tahu jika hanya nak 'curi' minyak CHF70, tapi end up saya perlu ganti dengan 5 kali ganda. 

Maka yang mana korang nak pilih?

Setahu saya, jika korang isi minyak, lepas tu korang terlupa bayar dikaunter, pihak station petrol tu tak akan kejar pun korang. Tapi CCTV mereka dah rakam pun setiap sudut kereta termasuk nombor plate. 

Jadi pihak station minyak akan charge pada car rental (jika kereta sewa) dan akan tuntut pembayaran melalui email/phone number jika kereta persendirian. Kalau tak bayar juga - itu akan menjadi kes polis - kesalahan mencuri. Panjang ceritanya.

Maka kita sebagai pelancong, dan juga membawa nama Malaysia sendiri, jagalah perangai sikit. Tunjukkan contoh yang baik terutama kita yang sebagai orang muslim ni.

Dalam entry sebelum ni, panjang lebar saya ceritakan cara pemanduan di Eropah dan UK. Boleh baca kat sini jugak

Berbalik pada pada driving tadi, saya dah beli air isotonik untuk recharge. Dorang sedap tidur dah kenyang sejuk tidur aja.

Dengan perjalanan 3jam15 minit dari Tasch tadi, sampai juga kami di guesthouse. Memang sepanjang perjalanan hujan, cerah sikit pastu hujan. 

Mandi, solat dan homemade dinner saja. Si Nazril ni mudah betul lapar. Memang kena sediakan makanan untuk si gendut ni. 

Esok sambung perjalanan. Agak penat drive harini.

This is awesome gais!

Kembara ke Eropah 2026 : Kuala Lumpur - Dubai - Zurich (Day 1)
Kembara ke Eropah 2026 : Engelberg - Interlaken (Day 2)
Kembara ke Eropah 2026 : Zermatt - Lake Kandersteg (Day 3)
Kembara ke Eropah 2026 : Lauterbrunne - Grindlewald - Iselwald - Lucerne (Day 4)
Kembara ke Eropah 2026 : RheinFall - Bayern Munich (Day 5)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich City (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Hallstat - Salzburg - Telfs (Day 7)
Kembara ke Eropah 2026 : Dolomites - Sella Pass - Bolzano Bozen (Day 8)
Kembara ke Eropah 2026 : Bavaria - Inssbruck (Day 9)
Kembara ke Eropah 2026 : Zurich City (Day 10)

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1