Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Itinerary harini adalah berpindah rumah kedua. Sebelum travel ke Switzerland, akak-akak kami request untuk stay pada 2 tempat berasingan tetapi di dalam negara Swiss. Maka kita penuhi kehendak mereka. Jadikannya realiti.
Kalau korang follow entry saya pada Day 1, kami stay di Bürgenstock tak jauh dari Lucerna. Jadi harini kami checkout dan akan stay di Leysin, terletak di Montreux. Leysin adalah salah satu tempat peranginan bukit yang mana tempat ini popular kalau nak main ski.
Jadi, pagi ni tak ada masak-masak - kira tutup dapur semalam untuk kemas barang. Saya sweeper dan checking semua barang kot ada yang tertinggal. Memang ada pun... huhuhuhu.
Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, airbnb ni bukan sebuah hotel. Maka bila kita menyewa, kita akan terikat beberapa peraturan tuan rumah. Contohnya kena clear sampah sarap di dapur dan bilik, bilik air tak boleh basah banjir (Biasanya kita orang Malaysia memang banjir lantai, mat salleh tak suka. Jadi kena mop tandas tu bagi kering), Cutlery kena basuh dan letak dalam dishwasher kalau tak kering.
Kenapa kita kena buat macam ni walhal kita dah bayar? Pasal ini adalah peraturan bang, kita bayar bukan kita jadi raja untuk rumah tu. Kalau kita tak patuh, tak apa. Cuma nanti tuan rumah akan bagi bad review pada kita dan impak untuk kita sewa rumah lain nanti pasal behavior kita yang teruk. Itu saja.
Siap-siap susun luggage 2 kereta, terus bertolak ke itinerary hari ni iaitu menuju ke Lake Blausee. Perjalanan tak jauh, lebih kurang dalam 1jam 40minit untuk sampai ke Lake Blausee melalui tasik Interlaken semalam.
Bye bye Bürgenstock
Lake Blausee, Switzerland
Disebabkan pemanduan jarak tak sampai 2jam, maka tiada hentian petrol pump, terus tiba di Lake Blausee awal pagi. Entrance tasik ini dibuka pada jam 0900am. Sementara dorang ke tandas, kami membeli tiket masuk dengan harga CHF10 per entry. Korang bboleh beli online, tapi boleh juga nak beli di kaunter dia sahaja.
Scanning tikat dan perlu berjalan dalam 200meter untuk tiba di tasik, laluan dia agak berbukit sikit tapi jalan dia jenis tarmac. Kalau bawa kerusi roda boleh lalu saja. Dalam perjalanan tu kami rehat sekejap amik nafas, sempat pasangan dari Italy menegur kami dan kongsi sedikit cerita bahawa mereka pernah tiba di Malaysia pada tahun 1998 untuk Sukan Komanwel.
Saya juga borak bahawa kami akan ke Montreux pada selepas ini, dan dia suggest untuk ke satu kawasan berdekatan di Montreux, sempat juga laa belajar cara nak sebut slang Perancis.
Habis borak sambung jalan dan nahhhhhhh!
Semasa turun bukit dah nampak kilauan percikan seakan pertama dipermukaan tasik.
Sememangnya indah ciptaan Illahi untuk kita tontoni hasil kejadian-Nya.Tiada kata-kata yang saya boleh ungkap. Tasik ni memang cantik - tenang - memukau
Dari atas nampak gunung tinggi, dibawah tasik yang jernih boleh nampak ikan trout, ada cafe dan beberapa restoran, bahagian berbukit disediakan kerusi untuk sun bathing. Malah ada sebuah bot untuk kita menyusuri tasik ini dengan percuma.
Pasal masih tak orang, maka kami ambil peluang untuk naik bot. Bot ni bukan untuk cross lake, tapi dia datang skali tour guide yang akan menceritakan pasal kejadian tasik ni.
Difahamkan balik, kejadian tasik ini terjadi apabila berlaku runtuhan gunung sekitar ribuan tahun dahului yang menyebabkan laluan air gunung terperangkap dan terjadi tasik ini. Walaupun tasik ini kecil berbanding tasik lain, ianya sangat jernih kerana terdapat pengaliran air dari bawah tanah ni.
Dalam bot tu ada part lutsinar, dan kita boleh nampak dasar tasik walaupun kedalaman 10meter. Jelas sekali nampak dan ada banyak ikan trout dalam tasik ini.
Ride bot manual ni tak lama lebih kurang 15 ke 20 minit, kena pulak layan borak kita banyakkan la soalan. Tapi memang best, banyak ilmu dan cerita masuk.
Sebelah jeti ni kiranya ada sebuah cafe dan restoran. Tapi kami tak rasa nak makan dulu, kami nak layan view yang sangat menawan. Saya pilih satu spot untuk sun banthing dan menikmati permandangan yang hebat ni.
SubhanAllah - Allahuakbar. Kalau dunia ini dah indah macam ni, bagaimana pula syurga yang dijanjikan oleh Allah.
Dorang pun lepak santai juga sambil borak kenang waktu dulu. Kadang dengar gelak tawa memecah bunyi sunyi Blausee. Masing-masing dengan mood sendiri. Healing katakan.
Kak Raihan mula memanggil untuk untuk brunch, maka kami pun terus ke restoran. Cadang untuk santap ikan trout fresh water.
Restoran ini menyediakan menu makanan ikan sahaja. Saya tak ingat nama menu dia, tapi kami order 3 jenis ikan trout makan yang berbeza. Harga dia agak mahal juga lebih kurang CHF60 per meal. Huk huk hukkkkkk... Orang belanja kita makan saja laa - share ramai-ramai bukan boleh habis pun kan.
Memang sedap dan fresh ikan dia. Memang kenyang, dorang siap top-up roti lagi macam nampak kami makan tak cukup.
Selesai makan, kami nak ke Montreux pula, saya singgah di cafe Blausee untuk beli coffee. Pose 1 kali sebelum gerak. Risau kot terjatuh kolam.
Disebabkan kami bertukar tempat guesthouse, maka dua kereta jalan terus. Tiada lagi istilah gilir-gilir drive. Saya dan usop kena drive sampai ke Montreux dan Leysin. Jarak perjalanan ke Montreux ni tak jauh, lebih kurang 1jam40minit sahaja.
Montreux, Switzerland
Montreux adalah salah satu bandar tepi tasik yang agak terkenal di Swiss. Ianya terletak bersempadan dengan negara France, jadi bila memandu ke bandar Montreux, banyak papan tanda telah beralih bahasa France.
Ada sebuah tasik besar kat sini iaitu Tasik Geneva - Lebih dikenali sebagai Lac Leman dalam bahasa Perancis. Panjang tasik ni dari Geneva ke Montreux mencapai 80km. Punya panjang lengkuk dia dan tasik ini juga berkongsi dua negara iaitu negara Switzerland dan France.
Jadi tak hairan mengapa kebanyakkan penggunaan bahasa di sini pun dah loghat France. Senibina bangunan pun dah macam senibina di Paris. Berbeza di Lucerne dan Zurich.
Dapat spot parking kat area tepi tasik, kita lepak santai dulu kat sini untuk lunch. Lunch kami pun berbekalkan sandwich untuk habiskan roti semalam. Kenyang makan ikan trout pun ada lagi.
Tak jauh dari tempat kami parking ni ada sebuah Statue Legend, iaitu Statue Freddie Mercury dengan posing yang bergaya. Kita posing laaa dulu sebagai tanda hadir.
Habis posing terus melayan kakak-kakak shopping sourvenir dulu kat sini. Suasana sini agak sibuk sikit, ada banyak kenderaan dan bus yang lalu.
Sini juga ada beberapa kedai halal yang menjual kebab dan aiskrim turkish. Saya masih lagi kenyang habiskan sandwich, dah tak lalu nak makan kebab. Cukup hanya beli air orange jus di Migros saja.
Duduk dibangku layan angin sejuk dari tasik yang menyegarkan, tak hairan ramai yang berkelah disini dan anak-anak berlari main kejar-kejar. Memang view yang mempersonakan, boleh leka dengan masa tengok permandangan tasik kat sini.
Kalau orang rajin, korang boleh jalan kaki pergi ke Chillon Castle, lebih kurang 20minit jalan kaki. Boleh bergambar disana dan naik castle tu. Cuma untuk masuk ke castle dikenakan bayaran. Tak sure berapa harganya. Tiada yang percuma di Swiss ni.
Jam 5.00pm, kami kembali ke kereta, bersiap untuk ke Leysin guesthouse yang ke dua. Rumah yang kedua ni terletak atas bukit peranginan orang main ski. Jarak dari Montreux hanya 40minit sahaja tapi jalan untuk naik bukit tu lebih kurang macam nak naik Simpang Pulai ler.
Dengan pemanduan Merc Vito ni senang sikit kalau bab naik bukit, just setting mode ke AWD je. Maka masa hiking bukti tu tak terasa bawa van, walau fully loaded orang dan juga luggage.
Leysin, Switzerland
Kami memilih untuk stay di Leysin ini kerana kami akan ke France dan juga Zermatt. Kiranya stay di bahagian sempadan France ini jarak perjalanan tak terlalu jauh berbanding dengan stay di Lucerna.
Malah pemilihan guesthouse atas bukit ini juga salah satu permintaan dari kakak-kakak ni semua. Maka kita turuti hajat mereka untuk keselesaan dan permandangan yang awesome!
Sedikit sebanyak sejarah Leysin ini asalnya adalah sebuah tempat kuarantin bagi penyakit Tuberkulosis atau dikenali sebagai Tibi sekitar tahun 1900 kerana udara di kawasan ini sangat bersih. Selepas peperangan WW1, pesakit pesakit ini dipindahkan ditempat lain dan kini kawasan Leysin telah dijadikan sebagai kawasan perlancongan sukan musim sejuk seperti Ski, ice-skiing dengan trekking.
Bila sampai pekan Leysin, memang nampak beberapa tempat ski jumping, cable car ski dengan sekolah untuk belajar main ski. Tapi tempat ini ditutup dan dibuka semula pada masuknya musim salji.
Tak dinafikan tempat ni memang cantik. Pokok bunga menghiasi setiap sudut rumah dan bangunan. Kita yang lelaki ni pun terpesona tengok cantik bunga yang mekar apatah lagi kaum wanita ya.
Singgah tepi jalan dulu untuk bergambar walau tika ini jam 0600pm, singgah juga sekali lagi Coop untuk beli barang masakan malam ini dengan breakfast yang berbaki 4 hari lagi.
Sesungguhnya, harga bahan mentah di Swiss memang tak bergurau mahal dia. Memang orang cakap jangan convert ke RM. Tapi kalau tak convert cepat ler habis duit.. huhuhuhuhu...
Rata-rata harga coklat bermula CHF4.00-6.00, kopi dia pula macam tak menarik, mostly ada nescafe gold dengan harga jauh lagi mahal dari Malaysia. Maka saya tak beli. Harga telur untuk 6 bijik pun CHF3.50 (RM18.00) Apa lagi korang nak? Makan laa telur rebus mahal tu...
Siap beli barang, kami tiba di guesthouse dan checkin. Sama seperti rumah sebelum ni, saya menyewa 2 rumah berbeza untuk lelaki dan perempuan. Rumah untuk lelaki tak jauh sangat, dalam 5 minit saja untuk sampai.
Buka pintu dah nampak view gunung yang cantik. Memang terbaik guesthouse kali ni. Berbaloi untuk stay kat sini.
Mandi rehat dan solat. Alhamdulillah
This is awesome gais!
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10
Comments