Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Itinerary pada harini ini adalah menuju ke satu destinasi sahaja, yang mana destinasi yang pastinya dinantikan dan ditunggukan.
Pada pagi ini, berbakikan hari-hari yang terakhir travel ke Swiss ni, kami akan ke Zermatt. Sebuah perkampungan yang sangat cantik dan indah. Kampung Zermatt ni dipopularkan oleh Saiful Nang - Founder of Rarecation yang mana team dia membuat perjalanan private trip kesini sebelum travel-travel agency lain mula follow.
Perjalanan ke kampung Zermatt ni lebih kurang 2 jam sahaja. Agak dekat jika berbanding dari bandar Lucerne ataupun Zurich yang mungkin mengambil masa lebih dari 3jam.
Jika dari Leysin, Geneva, Montreux, atau Bern, korang boleh drive terus ke Tasch.
Tapi kalau korang dari Lucerne, Zurich, Interlaken atau Grindlewald, korang perlu menaiki train transport yang mana kereta korang perlu naik keretapi cargo melintasi terowong banjaran alps bersama dengan train tu. Naik train tu kena bayar dalam CHF24 oneway dan terus sambung drive ke Tasch.
Jadi pasal kami stay di Leysin, maka tak perlu untuk naik car train transport ni, buka google maps dan terus drive. Untuk pemanduan pagi ni, Usop akan drive dulu. Saya biasanya akan takeover waktu pulang.
Disebabkan perjalanan pun dalam 2jam, maka saya tak buat stopover pada mana-mana pump station. Kami terus menuju ke Tasch.
Kenapa kena menuju ke Tacsh? Bukan terus ke Zermatt?
Ini kerana perkampungan Zermatt tidak dibenarkan mana-mana kenderaan masuk termasuk kenderaan electrik, petrol mahupun diesel. Hanya kenderaan kejuruteraan, construction sahaja dibenarkan masuk.
Jadi, kesemua kenderaan perlu parking di Tasch Terminal Station dan perlu menaiki train menuju ke Zermatt.
Zermatt, Switzerland
Bila nak sampai ke Terminal Tasch, akan ada banyak kawasan parking open space private. Biasanya dorang bagi tawaran per entry.
Tapi korang boleh parking saja didalam terminal, masuk dan bayar sahaja parking dia. Berapa harga parking rate, lebih kurang CHF8.00 untuk 6jam... Macam murah juga la...
Harga belakang kira, yang penting kena jejak Zermatt dulu. Saya terus ke vending machine untuk membeli tiket train dari Tasch menuju ke Zermatt, setiap tiket return journey berharga CHF17.20 (RM88.00... kauuuu)
Train shuttle Zermatt ni kekerapan dia lebih kurang setiap 20minit, kalau terlepas pasal nak singgah tandas tak ada masalah, santai-santai saja. Naik saja shuttle next schedule.
Perjalanan shuttle Tasch ke Zermatt mengambil masa 13minit sahja, jadi bila naik train ala-ala panoramic ni, gunakan peluang yang ada sepenuhnya untuk bergambar.
Pasal kami sampai di Zermatt sekitar jam 09.00pagi, maka tak ramai pun orang dan dalam gerbaak pun masih kosong, jadi kita guna peluang untuk bergambar semuanya
Ini adalah kali kedua saya sampai di Zermatt, juga boleh dikatakan salah satu destinasi bukan mudah untuk sampai, tambah pula harga yang mahal untuk ke sini... Uhukk uhuk uhuk.
Boleh baca perjalanan saya kesini pada tahun 2017
Kawasan station Zermatt agak ramai orang, pasal disini adalah kawasan tumpuan kedai dan sepanjang laluan ini mempunyai banyak cafe, restoran dengan kedai-kedai. Ada Migros dan Coop dalam kampung ni juga yerrr.
Macam saya cerita sebelum ni, Zermatt tak ada kereta - tapi dia ada buggy car macam buggy golf cart tu. Kalau tak larat jalan dalam kampung boleh hired taxi kat sini. Harga dia? Saya tak ingat pasal akak-akak yang naik buggy car.
Saya set destinasi, dan kami laki-laki jalan kaki saja. Kalau jalan kaki, kita dapat laa view perkampungan kawasan sekitar sini, lagi pun jarak jalan kaki lebih kurang 400meter saja dari Zermatt Station tadi.
Kiranya kami nak menuju ke sebuah cafe yang pernah kami singgah satu tika dahulu. Tapi malangnya, cafe tu dah tak ada, digantikan dengan Zermatt Kitchen lain yang masih renovation. Tak ada rezeki nak repeat.
Tapi tak apa, pengubat dia adalah permandangan yang sangat menakjubkan. Mashallah, permandangan dari sudut kampung ni dibawah gunung Matterhorn memang sangat cantik.
Kalau korang pernah makan coklat Toblerone, ada logo gunung kan, haaa gunung ini lah logo kepada coklat Toblerone tu - Gunung Matterhorn. Ada sebuah sungai yang mengalir kat sini yang sememangnya dari banjaran gunung Matterhorn tu.
Sekitar kawasan sini ada banyak paip air yang kita boleh minum direct dan refill masuk dalam botol. Kita refill sebotol, sejuk dia dah macam air coway sejuk mat.
Lama kami duduk di kerusi batu sambil sedut udara yang sangat segar. Leka sekejap dengan permandangan yang cantik ni
Suhu pada waktu ni jangan cerita, memang sejuk boleh cecah bawah 5c walaupun matahari terik. Kat sini saya terpaksa sarung glove, tak tahan angin sejuk turun dari gunung-gunung sekitar kawasan kampung Zermatt.
Kami sambung jalan kaki menuju ke kawasan perumahan asal Zermatt, korang boleh tengok dalam googlemap ataupun interactive maps di station untuk ketahui selok belok lorong dalam kampung ni.
Masa kami lalu rumah-rumah asal Zermatt ni, sedikit sebanyak korang dapat baca sejarah wujudnya perkampungan dikawasan ni. Rumah-rumah lama ini tidak lagi didiami cuma mereka masih menjaga rapi rumah asal ni untuk kesan sejarah mereka.
Ayuh saya ceritakan pasal sejarah Zermatt.
Kampung Zermatt ni mula wujud sekitar 600 tahun dahulu dimana perkampungan ini wujud oleh penduduk asli Switzerland yang mengembala kambing, bercucuk tanam dengan tanaman yang tahan sejuk.
Disebabkan Zermatt agak sukar untuk dicapai pada tika itu, maka perkampungan ini agak terpencil dan jarang orang yang datang sehinggalah mula datangnya pengembaran yang ini mendaki gunung Matterhorn.
Apabila laluan dikenalpasti, maka perkampungan ini menjadi satu persinggahan sebelum para pendaki berhenti berehat sebelum memulakan pendakian.
Zaman mula moden, maka kerajaan Swiss menetapkan bahawa perkampungan ini perlu dijaga sepenuhnya sehinggakan kenderaan tidak dibenarkan masuk melainkan untuk logistik sahaja.
Kiranya timeline kampung Zermatt ni panjang juga, kalau semak dengan timeline kita, 600 tahun dahulu adalah zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Wallahualam.
Berbalik pada kawasan rumah lama ni, kami jalan kaki slow-slow layan laluan batu bata ni. Kalau haus jangan risau, ada saja tempat untuk kita isi air dan minum direct dari air gunung.
Penat berjalan, kami singgah sekejap pada sebuah cafe untuk brunch. Nama cafe ni Arctic Juice & Cafe. Kali ni saya order hot chocolate, nak order pastry fuhh macam keras harganya. Maka kita minum saja lah dulu yer.
Sementara rehat di cafe ni, dorang sempat masuk ke Migros - salah satu pasaraya harian di Zermatt. Dalam ni katanya ada jual sourvenir harga murah sikit. Ye lah, kawasan tumpuan pelancongan dunia, jangkaan harga confirm mahal.
Kalau korang nak tahu harga sebuah keychain/magnet fridge kat Swiss ni bermula sekitar CHF9.90 - CHF15.00 seutas (RM51.00 - RM77.00). Baru satu tauuuuu. Jadi jangan tanya kenapa saya tak beli bagi ke korang yer... Hahahahahaha!
Selesai minum, saya bawa Kak Ainul dengan Kak Ina sambung jalan ke hotspot untuk view Matterhorn yang lebih amaze! Kak Raihan nak stay di cafe, dia tak larat dan biasanya kak Raihan ni mudah mesra dengan orang, saya perhatikan memang mudah dia membuat kawan.
Sepanjang laluan menuju ke Viewpoint Matteron (jarak dalam 400meter dari Arctic Cafe tadi), kak Ainul boleh terserempak dengan schoolmates dia. Layan borak sekejap pastu kita bergambar sebagai tanda hadir di Zermatt.
Viewpoint Zermatt
Kalau ikutkan, banyak kedai nak singgah tapi saya tahan mereka dulu - paksa jalan kaki ke viewpoint untuk bergambar sementara orang tak ramai lagi.
Kalau korang ada duit lebih dan itinerary yang panjang, boleh laa bermalam di salah sebuah hotel atau lodge kat sini. Dalam airbnb biasanya harga bermula RM1,000 / malam.
MasyAllah, Subhanallah, itu sahaja ungkap kata yang mampu disebut melihat view yang sangat cantik dari kampung ini. Tak sia-sia datang jauh, terbang 15,000 dari tanahair, Alhamdulillah rezeki untuk diperlihatkan ciptaan Illahi.
Jika ini indahnya bumi Allah, bagaimana pula syurga yang dijanjikan oleh-Nya. Jika dunia yang sementara ini sudah begitu indah, pasti syurga Allah jauh lebih indah, sempurna, dan tiada bandingannya
Udara sejuk, permandangan yang hebat memukau, buatkan kami sedikit sebak melihat permandangan ini. Hanya gambar mampu berbicara.
Kiranya nak lepak lama lagi, tapi angin yang datang memang sejuk, membuatkan kami terpaksa bergerak untuk panaskan bagai. Walau pakai glove, tangan masih masuk kocek.
Tak jauh dari viewpoint ni ada sebuah water tap yang unik. Dorang ukir batu asal disini dan jadikannya sebuah replica gunung Matterhorn tu sendiri. Memang comel.
Oh yaa, masa kami lepak di cafe tu, kakak-kakak ni sempat beli coklat matterhorn veggie oil. Maka bergambar laa kita dengan local product dorang.
Jadi kami menuju balik ke cafe untuk pickup kak Raihan, tapi sebelum tu, kena singgah kedai-kedai sourvenir. Saya suruh beli something pasal nak sampai ke Zermatt ni memang susah, dan tak tahu bila lagi kita akan sampai.
Ada banyak saja kedai sourvenir kat sini, boleh spent sekejap dan saya singgah di Swatch Zermatt. Apa yang saya tahu, jam Swatch di Swiss biasanya akan keluar edition yang hanya untuk pasaran domestik mereka saja.
Ternyata sangkaan saya betul, memang ada jam tangan Swtach untuk edisi terhad dan hanya dijual disini sahaja. Tidak akan ada di mana-mana butik Swatch dalam dunia termasuk Swiss sendiri.
Jam ini berharga CHF90.00, kita angkat laa satu sebagai tanda kenangan di tangan sendiri. Rare dan awesome!
Tak jauh dari sini ada sebuah butik store coklat terkenal iaitu Lindt. Bagai pucuk paku mencari nasi dalam talam. Kami masuk dan terus hunting Lindt Creme Brulee.
Memang rezeki kami yang mencari berhari-hari coklat ni, kat Zermatt baru jumpa Lindt Creme Brulee ni.
Lindt Creme Brulee ni memang sedap, last year travel ke Paris saya beli 2 kotak dan makan di hotel, tak sangkat sedap tersu beli lagi 5kotak bawa balik Malaysia.
Bezanya harga Lindt di Zermatt sedikit mahal berbanding di Paris iaitu sekitar CHF7.90 (RM45.00 satu). Tapi pasal dah jauh nak sampai, kita beli juga laa 5 kotak untuk family sendiri. Huhuhuhu... Malaysia tak akan jumpa Creme Brulee ni kawan-kawan, jadi beli sajaaaaa pejam mata gais...
Tapi hati-hati, tak semua coklat ni halal yer, kalau nak confirm boleh pilih vegan oil. Ada banyak coklat dicampurkan dengan liquor dan wine. Jangan main sebat saja.
Dah beli coklat, maka pickup kak raihan dan terus grab taxi buggy untuk balik ke Zermatt station. Time saya tengok ada banyak e-bike MTB, terasa satu hari nanti nak juga stay kat sini lepas tu sewa basikal ronda-ronda kawasan ni.
Sampai distation lebih kurang jam 03.00petang, perut pun macam dah trigger untuk makan. Nasib baik kakak-kakak dah sediakan meehun dalam Merc Vito, kita picnic tepi jalan saja untuk late-lunch.
Saya clearkan duit syiling Swiss, esok kami dah nak balik Malaysia, maka saya beli kopi di kedai serbaneka di terminal Tasch ni. Pemanduan balik saya yang akan drive.
Keluar saja dari Tasch Station, kami berhenti tak jauh dari sungai untuk makan meehun sekadar alas perut. Ini adalah makanan untuk dihabiskan sebelum cuci kesemua lebihan makanan yang dibawa.
Sambung perjalanan balik ke Leysin lebih kurang 2jam. Walau kami stay di Leysin selama 4hari, tapi kami tak pernah singgah kampung Leysin ni, jadi saya out-course sedikit sebelum sampai di guesthouse untuk bergambar pasal sekitar kawasan ni ada banyak bunga dengan view yang cantik.
Bila diperhatikan, lapisan dinding rumah di sini lebih tebal berbanding dengan rumah sebelum ini. Mungkin disebabkan Leysin adalah kawasan gunung dan kalau tengok dalam googlemaps, kawasan sini sememangnya dijadikan kawasan tumpuan orang bermain ski, siap ada sekolah ski lagi.
Jadi untuk memastikan rumah mengekalkan haba dalaman, rumah dorang ni dibina berlapis lapis dinding seperti bersisik untuk ketahanan cuaca sejuk yang agak ekstrem.
Sambil bergambar, tiba ada bau orang masak pula kat kawasan rumah ni, perut mula lapar. Disebabkan masih ada masa sekitar jam 06.00petang, maka saya ajak dorang untuk dinner di restoran halal. Salah satu restoran halal kawasan sini.
Nama restoran ini New World, dia jual nasi, ayam goreng, ayam grihamburger dan fries. Menu dia ni ngam sangat cuma harga CHF lah kan.
Disebabkan malam ni adalah malam terakhir berada di bumi Swiss, maka dapur akak-akak tutup dan perlu packing bag semua. Jadi kita terus santap dinner kat sini.
Petang tu saya order chicken burger berharga CHF24.00 (RM123.00 kauuu) Orang cakap jangan convert, tapi kalau tak convert cepat laa duit habis kan. Hehehehe
Dalam restoran dia ni, ada laa kawasan dinding yang dia benarkan untuk conteng tulis nama. Jadi saya sempat untuk tulis nama kami dan nama saya sendiri sebagai tanda hadir. Tak tahu bila lagi akan hadir ke kedai ni. Kot anak-anak yang datang ke nanti kan.
Kenyang dah terus drop dorang di guesthouse untuk dorang solat, berehat dan packing. Confirm riuh pembahagian harta dalam rumah tu... hahahaha
Jam 08.00malam masih terang, saya jalan-jalan sekitar kawasan rumah - layan perasaan dan tengok view buat kali terakhir.
InsyAllah kami datang lagi jika diberikan rezki dan kesihatan yang baik
Mandi rehat dan solat. Alhamdulillah
This is awesome gais!
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10




















































Comments