Bercuti ke Seoul Korea - Day 3

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 3

Seperti biasa waktu pagi kami akan memasak terlebih dahulu dengan menu Malaysia yang silih berganti. Jika anda bosan dengan nasi anda boleh beli roti canai segera keluaran Malaysia di kedai Foreign Food Mart jenama Kawan. Harganya KRW2,500+. Kami tapau sedikit makanan selepas breakfast untuk bekalan tengahhari 



Masuk hari ketiga ini adalah hari untuk shopping. Poket agak tebal waktu ni pasal belum memulakan perbelanjaan yang dinamik. Pasar Namdaemun menjadi pilih.

Suhu waktu pagi sekitar 7C . Jadi dari Subway Itaewon anda perlu menuju ke station Samgakji dan interchange dengan subway line 4. Dari Samgakji menuju ke station Hoehyeon dimana terletaknya pasar Namdaemun. 

Apa ada di Namdaemun Market? Anda boleh mula membeli souvenir di sini seperti key-chain, magent fridge, tshirt dan brouch. oleh dikatakan kat sini adalah syurga membeli belah wanita beb... perghhhh kawe tunggu bini kawe dengan mak kawe punya lama sampai rasa nak baring je atas lantai. Xpe bagi peluang... bukan selalu datang. 






So para suami boleh buat plan dengan wife cakap 2 jam lagi jumpa kat sini... so para suami boleh jalan sekitar pasar ini tanpa jadi mat pacak ajer... Sepanjang pasar ini terdapat beberapa gerai kedai kopi dengan kuih Halal. Paling famous adalah gerai orang korea yang bila nampak orang Malaysia dia akan jerit Qu Puteh Qu Puteh... demmm....

Kami makan lunch on the way nak ke Myeong-dong Street. Myeong-dong Street adalah salah satu tempat paling busy di Seoul. Ada signage yang mengatakan pernah bancian dibuat orang yang lalu lalang disini mencecah 1juta orang sehari. Perghhhhh.....




Jadi jika anda embawa anak kecil dinasihatkan berhati-hati... bukan takut kerana pecolek.. tapi takut lost... Si Nazril ni bila datang tempat sejuk aktif pulak dia... langsung xnak dukung.. xnk dok dalam stroller. 

Myeong-dong Street ini adalah syurga tempat korang nak beli barang kosmetik dan perfume. Makcik saya cakap memang murah dan wife saye pon cakap murah. Shopping lagi dengan penambahan beg baru... Waktu ni suhu tiba-tiba boleh drop mencecah 5C dengan keadaan berangin... sejuk mencucuk tulang beb... jadi saya terpaksa berteduh dalam Coffee Bean Cafe sambil tunggu dorang. 




Jika korang nak solat, korang boleh ke Economy Hotel (sekitar Myeong-dong Street), staff hotel ni mesra alam membenarkan kami solat di rooftop dan kasi pinjam toilet staff untuk ambil wuduk... awesome...

Dah settle solat dan makan malam di Myeong-Dong (Ikuti entry Halal saya di Seoul) kami terus balik ke Itaewon dengan barang penuh bag beb... fuhh.... pokey memang mula nipis time nih... ini baru pusingan pertama... huhuhu...




Bercuti ke Seoul, Korea - Day 1
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 2
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 3
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 5
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 6
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 7

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam