Bercuti ke Seoul, Korea - Day 2

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 2

Oleh kerana kami membawa bekalan makanan dari Malaysia dan telah membeli barang mentah di kedai Foreign Food Mart semalam, memasak pada waktu pagi menjadi pilihan untuk breakfast dan sedikit bekalan makan tengahhari.


Bergantung pada korang jika nak makan kat luar full day. Bezanya adalah agak mahal nak telan nasik... rata-rata berharga KRW10,000 (RM35.00).

Ohhh anda perlu membeli T-Money terlebih dahulu untuk memudahkan perjalanan anda menggunakan subway. T-Money berharga KRW2,500 dan top-up seberpa banyak anda mahu. Nanti anda boleh redeem bila nak balik Malaysia. Setiap kali anda touch T-Money untuk memasuki subway akan dikenakan charge KRW1,250. 


Lebih mudah jika anda download siap2 application Seoul Subway. Apps ini akan bagitahu anda kat mana anda perlu interchange dan berapa rates yang perlu anda bayar. Sangat mudah!

Waktu pagi kami plan nak ke Seoul Grand Park. Jadi kami ke Subway Itaewon. Untuk ke Seoul Grand Park anda perlu membuat interchange Line 4. Dari station Itaewon anda perlu ke Samgakji dan interchange dengan subway line 4. Terus ke station Seoul Grand Park. Xsusah pon, follow aje signboard.



Apa ada di Seoul Grand Park? Ianya adalah sebuah taman tema yang sangat besar sehingga memuatkan sebuah zoo, theme park dan cable car. Untuk memasuki Seoul Grand Park ini tidak dikenakan charge. Tapi anda hanya perlu bayar tiket jika anda mahu masuk zoo atau theme park atau cable car.

Oleh kerana layan zoo pon dan abis 3-4jam, so kami xsempat nak layan theme park sebelah dengan zoo. Sempat lepak dengan layan cable car dari bawah naik atas bukit. Time naik cable car tu berangin bak hang... goyang kecut telur.... dah ler sejuk giler.. time ni suhu 12C.




Kami makan tengahhari dengan bekal yang dibawa dari rumah, air kami beli ajer di kedai GS25 (Macam kedai 7Eleven). 

Dah letih layan Seoul Grand Park kami balik ke Itaewon melalui subway yang kami datang. Lepas tu kami layan jalan-jalan sepanjang jalan Itaewon tu sambil pekena kopi lagi. Sepanjang jalan ini memang terdapat banyak kedai kopi, kedai roti, dengan kedai fashion dan souvenir. 

Waktu malam kami sempat beli roti di Paris Baguette Cafe (Sila baca entry makanan Halal saya di Seoul). Rata-rata roti mereka berharga KRW1,000 - KRW4,000



Tak cukup dengan tu kami bantai lagi makan malam di Mr. Kebab. Pastinya kebab dengan nasi beriani menjadi pilihan beb... Harga lebih kurang KRW10,000-KRW15,000. Dah kenyang makan kebab dengan nasi teros balik rumah tido beb...



Bercuti ke Seoul, Korea - Day 1
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 2
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 3
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 5
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 6
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 7

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam