Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 2

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 2

Masuk hari kedua, suhu waktu pagi menunjukkan 7c. Agak sejuk dan cuaca berawan. Kebiassannya waktu pagi musim sejuk akan sejuk sekitar 5-10c. 

Pagi ini, itinerary pertama kami adalah berjalan-jalan dalam bandar Tokyo, sekitar Akihabara, Ginza dan juga Tokyo Skytree. Maka, kami hanya makan light breakfast roti gardenia yang beli kat Malaysia. Pekena kopi percuma yang hotel bagi terus check-out seawal jam 730pagi.

Tujuan check-out awal ni kami ke pergi Tokyo Station untuk drop luggage dalam luggage store, lepas tu nak beli Tokyo Wide Pass. Tarik bag dan terus ke Keikyu Kamata Station. Tap in Sucia Card dan terus bersesak-sesak dengan manusia dalam train nak pergi kerja.

Tambah sesak lagi bila train kami ni nak kena interchange di Shinagawa Station. Tu dia, agak terkejut dah macam semut dah siap berlari-lari. Kita ni tak leh nak lari pasal luggage besar kiri kanan. Tapi nak tak nak kena redah jugak laluan manusia yang berpusu-pusu ni. Sumbat jugak naik train. Saya bagitau siap-siap kat wife dan adik ipar, turun kat Tokyo Station jika terpisah. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tak pernah lagi laa kami tercicir orang kecuali bag-pack.

Bila tiba di Tokyo Station, tu diaaa... manusia lagi ramai dari Shinagawa. Tak dinafikan, Tokyo Station central kepada segala jenis train line. Dari Shinkansen, Yamanote, Keiku, Sobu Line, macam-macam lagi lah. Tapi jangan risau, kompem tak sesat dalam ni. 

Terus tarik bag cari luggage storage. Jumpa laa yang kosong diantara platform 5 & 6. Ngam-ngam untuk 4 luggage kami yang besar ni. Setiap satu luggage store ni berharga JPY700 untuk saiz besar, medium JPY500 dan kecik JPY300. Korang boleh bukak tutup seberapa banyak kali asalkan tidak lebih daripada 3 hari (72jam). 

Senang aje nak guna, masukkan bag. Tutup dan lock pintu, lepas tu gi ke panel locker tu sahkan nombor locker anda dan terus buat bayaran samada guna credit/debit card, suica card atau cash. Nanti korang dapat nombor pin dan juga QR Code untuk bukak locker.


Dah settle luggage, kami keluar dari Station Tokyo untuk bergambar dengan bangunan Iconic Tokyo Station. Tak Tokyo laa kalau tak amik gambar kat Station Tokyo kheeenn...! Kat sekitar sini sebenarnya korang boleh jalan kaki menuju ke Imperial Palace. Iaitu Istana Maharaja Jepun. Tak leh masuk tapi boleh bergambar dekat dengan pintu masuk dan palace guard.

Malas nak jalan kaki jauh-jauh, saya terus ke pejabat jualan JR East Ticket untuk beli Tokyo Wide Pass. Pass ni penting woi pasal pass ini lah yang memberikan penjimatan anda yang kedekut keluarkan belanja. Huhuhuhu.... kat sini saya dah ceritakan pasal pass JR ni.

Harga setiap pass dah naik harga. Untuk dewasa JPY10180 manakala kanak-kanak JPY5090. Boleh beli guna credit card, jadi selamatlah cash note JPY anda. JR Pass ni saya akan guna pada hari 4 nanti untuk perjalanan menaiki Shinkansen dan train jarak jauh. Ohhya, Tokyo Wide Pass ni korang boleh guna untuk 3 hari dengan menaiki Shinkasen dan JR Line.

Untuk harini dan esok saya pakai saja Suica Card dulu. Funciton mcm touch n go Malaysia saja, tap in and tap out. 

Okay seterusnya waktu collect order dan cuci mata di Akihabara. Jam pun dah 0900pagi. Maka naik balik train Yamanote untuk ke Akihabara Station. 

Akihabara ini dalah tempat yang dipanggil Electric Town. Dimana kalau korang nak beli barang electronic, electric, games, retro games semuanya ada kat sini. Landmark dia ni dulu bangunan Sega warna merah. Tapi disebabkan pandemik, maka Sega telah ditutup dan digantikan dengan Gigo.


Target saya nak masuk Yodobashi, nak cari Tamiya, Tomica, dengan Plarail untuk open order. Kat dalam Yodobashi ni macam-macam ada, dari barang rumah, elektrik sampai laa collector mainan. Jam G-Shock pun ada juga jual dalam ni.


Sementara tu kita pekena dulu kopi 7 Eleven yang berharga JPY110 ajer. Serius bak hang, kopi kedai convenience shop ni lagi sedap daripada kopi Starbucks atau Tully Coffee. Orang Jepun panggil Konbini (convenience shop).

Shopping time dalam Yodobashi dalam ni memang boleh leka bro. Setiap pembelian JPY5500 keatas tidak dikenakan cukai pada pelancong. Masa bayar tunjuk passport dan guna saja credit/debit. 








Waktu lunch saya decide untuk makan di Tendon Itsuki. Untuk cari restoran halal ni sangat mudah saja, samada korang google baca blog, cari dalam Japan Halal web atau nak lebih mudah cari dalam google maps, taip saja halal. 

Tendon Itsuki ni terletak dalam Ginza INZ, sebuah shopping center bawah flyover highway. Haaa memang menarik kann..! Nanti saya share restoran halal yang saya kunjungi semasa travel di Tokyo. Rata-rata menu makan disini bermula dari JPY1000. Menu utama adalah tempura. Sedap and fresh betul udang dengan ayam dorang goreng. Tambah pula ada tauhu telur dalam cawan tu penambah perisa. Walau nasi sikit, tapi korang pasti kenyang bro. Tak cukup boleh tambah menu.



Lepas lunch kat sini, saya terus jalan kaki menuju ke Nissan Crossing. Ada apa kat sini? Kononnya kat dalam ni ada showroom Nissan GTR dan juga cafe yang menarik. Ternyata Nissan GTR R35 tu dah tak ada, digantikan dengan Fairlady GT baharu. Kechewa bro... tapi nasib baik cafe dia bukak.

Cafe Nissan Crossing ni menarik pasal korang boleh order coffee printer muka korang yang comel tu. Nak minum pun rasa sayang. Harga kopi dia agak pricey sikit, secawan dalam JPY600 - JPY700. Kalau tak minum kopi, boleh order chocolate. Pun boleh print muka korang atas chocolate tu.



Lepak-lepak sambil pekena kopi, korang boleh tengok merchandise Nissan dengan GTR Version yang harganya tuuuuuuuuuu diaaaa. Bukan lagi rakyat marhaen. Tapi kalau korang seorang collector, boleh try beli die-cast GTR dalam ni. Hanya dijual dalam market Jepun sahaja, tak ada di negara lain. Nak tau follow ig : nazrulakram.

Usai lepak minum dalam Nissan Crossing, sambung shopping area Ginza ni dulu. Ginza Street ni terkenal dengan kawasan shopping elite. Semua jenama mewah ada kat dalam ni. Salah satu menarik perhatian saya adalah Gucci dan Louis Vuitton. Masa pergi tu ada orang beratur pasal ada pameran. Tapi disebabkan ketidak kemampuan kami untuk beli barang jenama luxury ni, jadi abam lalu tengok dari jauh.



Maka kami hanya masuk dalam Uniqlo Flagship sahaja. Iaitu Uniqlo yang terbesar di Jepun dan di dunia. Uniqlo ini setinggi 12 tingkat siap ada Uniqlo Cafe kauuu!

Dapat laa beli baju t-shirt UT keluaran Japan Edition saja. Rata-rata harga saya rasa macam lebih kurang saja dengan Malaysia. Jeans, shirt, heattech pun sama saja cuma pilihan yang lebih banyak. Uniqlo Coffee tu rare. Abam tak beli pasal dah pekena kopi kat Nissan Crossing tadi.

Habis shopping baju Uniqlo, terus balik ke Tokyo Station untuk pick-up luggage. Guesthouse kami check-in jam 4 petang. Tiba di Tokyo Station, macam biasa manusia ramai tak habis-habis. Nk pi mana pun tak tau.





Dalam Tokyo Station ni ada dua buah shopping mall. 

1. Gransta Mall
2. Yaesu Shopping Mall (Underground)

Bagi saya Gransta Mall ni lebih kepada restoran dan kedai-kedai pastry. Yaesu Shopping Mall ni lebih menarik kerana banyak kedai mainan Jepun contoh - Tomica, Plarail, Pokemon, Disney, Hello Kitty, Doreamon pastu serba serbi anime Japan.

Kalau nak layan kesemua kedai ni, mau seharian bawah tanah ni. Korang tak sedar pun hari dah siang atau malam. Shopping mall dalam Tokyo Station ni kebanyakkanya buka pada jam 10:00pagi hingga 09:00malam.

Malas nak layan kesemua, saya hanya masuk Tomica Shop dengan Plrail jek. Layan si Nazril ni collect train dia. Lepas tu pick-up luggage, terus menuju ke Kuramae untuk check-in guesthouse. Rumah saya kena naik subway Asakusa line. Jajaran lain dan bukannya JR Line. 

Untuk memahami sistem train dalam Tokyo ni senang saja walau berselirat. Belanja abam Americano Starbucks dengan signature donut, nanti abam lukis sampai faham ye!



Alhamdulillah guesthouse tak jauh dari station. Itu adalah satu tips untuk mencari rumah dalam Airbnb. Saya memilih guesthouse daripada hotel kerana nak masak-masak dan feel local house. Salah satu cara, korang boleh search dalam Airbnb dan korang mula cari rumah. Tapi korang juga kena consider, kadangkala rumah murah ni jauh dari station train. Kalau pandai cari, dapat harga murah dah walking distance tu 5-10minit sahaja dari train station. 



Just drop luggage dalam rumah, solat dan bersiap-siap balik untuk keluar ke Tokyo Skytree. Tokyo Skytree adalah tempat terakhir untuk kami lawati pada hari ini. 

Menaiki train Asakusa Line dan tiba di Tokyo Skytree Station. Tak jauh hanya 10minit sahaja. Tokyo Skytree adalah menara tertinggi di Tokyo dan seluruh Jepun. Tinggi menara ini adalah 634meter dan berada dikedudukan ketiga selepas menara Merdeka 118 Malaysia. Bangga kejap kaaaaaan!

Tiket Tokyo Skytree ni saya beli di dalam Klook.com untuk mengelakkan beratur panjang. Waktu lawatan saya adalah jam 5:00petang pasal saya nak tengok keseluruhan bandar Tokyo waktu senja dan malam. 


Masa saya pergi tu waktu winter. Jadi siang dia singkat. Jam 5:15petang tu dah masuk waktu magrib dan senja. Jam 06:00pm tu seluruh langit dah jadi gelap. Jadi dari ketinggian 340meter, kami dapat tengok view bandar paling padat di dunia. Kota Metropolitan Tokyo. Kagum kejap macammana perancangan bandar menyusun atur kedudukan bangunan-bangunan dengan laluan keretapi samada atas dengan bawah tanah. Salute bradarr!







Dalam Tokyo Skytree ada banyak kedai-kedai. Cafe laa restaurant laa... tapi setakat ini, restoran-restoran ini tidak disahkan halal ye. Jadi stakat nak beli americano tu boleh laa.


Habis lawatan Tokyo Skytree, kami terus balik ke guesthouse. Singgah 7 Eleven untuk beli sushi telur dengan sushi salmon. Halal untuk dimakan segera. Sampai rumah, rehat, masak megi pastu tidur. Sedia untuk lawatan hari ke tiga esok!

This is Awesome gaiss!

Comments

Anonymous said…
Salam Tuan, boleh bagi nama guesthouse x tq
Nazrul Akram said…
Tiada nama untuk guesthouse. Search guna Airbnb di sekitar Asakusa dan Kuramae Station.
Anonymous said…
kalau tak cukup 3 doses. ape yg perlu buat ?
Nazrul Akram said…
Kalau tiada booster/3rd dose, perlu buat PCR test 72jam sebelum tarikh flight pergi. Certificates tu nanti kena bawa bersama.

Kena register dulu dalam visit japan web. Isi maklumat dan upload vaccine certificates.
Nanti certificate kita akan direview oleh pihak Immigresen Japan. Dorang akan email samada lulus atau memerlukan dokumen sokongan. Kena selalu check email.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?