Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 1

Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 1

Awal tahun baru ni saya dengan family kecil saya jalan-jalan cari makan di bumi Indonesia. Kebetulan ada tiket murah pada bulan Januari, maka kita beli laa siap. Beli awai tak kalut katanya. Lagipun, biasanya bulan 7, bulan 11 dan bulan 1 akan ada promo tiket murah. Samada Asian mahupun ke Eropah. Maka rajin-rajinkan lah mencari.

Tiket yang saya beli tu adalah flight Royal Dutch Airline (KLM). Ini pasal si Nazril katanya nak cuba naik KLM Boeing 787. Lagipun, kalau korang nak tahu, flight KLM ini adalah penerbangan langsung dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan terus ke Jakarta. 

Maka penerbangan singkat KLM dari Kuala Lumpur ini saya dapat harga RM350 return dan luggage 20kg untuk setiap orang. Nanti saya ceritakan review flight KLM ni pada entry disini walau flight saya hanya 2jam 15minit sahaja.


Pertama saya akan menceritakan tentang tips. Mungkin berguna untuk anda jika masih mahu membuat pengiraan atau travel hacks bagi menjimatkan kocek anda. Tapi kalau tak nak pening kepala, boleh roger captain saya yang menawarkan perkhidmatan private trip untuk lawatan ini. Ketik IG:nazrulakram untuk pertanyaan lanjut.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, sewa kenderaan, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli, tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel/homestay lebih awal. Anda boleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com, Airbnb atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Indonesia, tiada masalah rata-rata harga hotel agak murah.  

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang lengkap. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat-ubatan anda. Bawa tumbler yang sejuk untuk refill air sejuk. Boleh tahan sejuk dengan jangka masa yang lama.

Tips #4 : Di Negara Indonesia, bahasa tidak menjadi masalah. Pertuturan bahasa seakan dengan Malaysia, cuma kita sebagai pelancong perlu menghormati bahasa ibunda mereka. Jangan mengejek perkataan-perkataan yang kita rasa melucukan.

Tips #5 : Kalau naik MRT di Jakarta atau Woosh (High Speed Train), boleh download apps mereka untuk memudahkan penempahan tiket dan membaca peta laluan MRT Jakarta.

Tips #6 : Jika anda ingin memandu di Indonesia, pihak penyewa kereta tidak akan meminta International Driving License (IDP), akan tetapi saya nasihatkan, selangkah anda keluar negara, jika berlaku kemalangan, pihak berkuasa akan meminta IDP ini untuk tuntutan insuran. Jika korang tak ada, korang mungkin akan dikenakan denda.

Setakat ini, pendapat saya Kad Lesen Malaysia sah digunakan pada negara Komanwel. Termasuk UK, Australia, Singapore dan Indonesia. 

Tips #7 : Kalau ada anak kecil yang picky food, korang boleh membawa makanan seperti beras, daging didalam tin ataupun special food yang telah diklasifikasikan sebagai makanan pek kilang. Makanan indonesia biasanya sedikit pedas. Sesetengah budak tak boleh makan dengan kepedasan tersebut.

Tips #8 : Wajib mengisi e-Visa sebelum tiba di Indonesia. Anda perlu mendaftar masuk nama-nama penumpang yang travel bersama korang. Setelah submit, Korang akan dapat QR Code dan QR Code ini akan di-scan oleh pegawai imigresen nanti. Boleh rujuk disini.

Seterusnya Health Declaration. Wajib juga mengisi dan declare kesihatan anda pada website ini. Boleh apply dan submit di Satu Sehat Health Pass. 

Selesai perihal mengenai tips. Sebenarnya ada banyak lagi tapi nanti saya share pada entry yang lain laa... Now time for telling stories!

Perjalanan ker Jakarta bermula! Yukkkk!

Bermula dari KLIA T1, kami mula tiba sekitar jam 02:00petang untuk drop luggage dan juga checkin. Seperti sebelum ini, walau penerbangan saya akan berlepas pada jam 05.00pm, saya tetap akan tiba awal walaupun penerbangan ke Indonesia. Saya lebih gemar datang awal supaya tak kelam kabut untuk hal-hal yang lain.

Alhamdulillah, laluan ke imigresen dan kastam berjalan selancarnya. Masa Februari 2025, Aerotrain KLIA masih tidak boleh digunakan lagi, maka kena naik bas. Rasanya dah 2 tahun Aero Train ni diselenggara. Entah apa yang dorang nak setting bagai tu sampai makan tahun.



Macam biasa, bila dah sampai KLIA Satellite, kita cuci mata dulu di Hard Rock KLIA. Mana nak tahu kot ada pin Limited Edition ker, Anniversary ker kan. Nyambil-nyambil minum kopi habiskan masa tunggu sebelum berlepas.





Flight boarding ontime, untung bawa budak ni, kita dapat boarding awal walau Nazril dah cecah umur 11tahun. Huhuhuhu so dapat la masuk awal dan boleh ler nak susun luggage kat overhead compartment. 




Penerbangan KLM KL ke Jakarta ni jenis Boeing 787-9 ni lebih kurang flight ANA yang saya naik ke Tokyo beberapa tahun dahulu. Susun atur seat dia adalah 3-3-3. Disebabkan korang ada child dalam tiket, maka korang dapat free seat selection masa checkout purchase ticket. Cool kan, so dapat susun seat awal-awal. 

KLM ni dia adalah national carrier flight untuk negara Netherlands, maka flight dia akan dapat full complimentary food, in flight entertainment dan free cabin luggage 12kg (bukan 7kg, tapi 12kg yer). Boleh request Halal food dalam manage booking.





Halal meals dalam flight macam nasi ala-ala vegetarian, tak ada ayam, tak ada ikan hanya ada potato dan sayur sahaja. Agak boring meals dia sebenarnya, cuma dia hidangkan sekali dessert cake dan juga coffee. Flight pun 2jam saja, maka tak expect untuk makan yang best-best. Kita makan di Jakarta nanti.




Jam 0615pm kami tiba di Soekarno-Hatta International Airport. Saya agak teruja pasal airport Jakarta ni sangat besar selepas dibuat renovasi major pada musim Covid. Susun atur pintu gate jelas dan memudahkan pergerakkan penumpang untuk ke imigration dan juga semakan kastam. 



Sebelum kesini korang perlu mengisi e-Visa sebelum ketibaan. e-Visa ini boleh diisi seawal 7 hari sebelum tiba di Indonesia seperti yang saya ceritakan pada tips diatas. Boleh rujuk webpage ini untuk permohonan e-Visa dan ianya adalah percuma.

Alhamdulillah, proses imigration dan kastam berjalan sangat lancar, terima kasih pada pak petugas yang memudahkan para penumpang.

Sepanjang travel saya di Jakarta, saya tak ambil pak supir pasal kami plan untuk naik sahaja Grab dan MRT jalan-jalan sekitar Jakarta. Bila lagi nak naik MRT kan di Indonesia. Biasa naik di London dengan Tokyo. Kali ini kita cuba benda yang baru pula. Lagipun, naik kereta sangat jem dan memakan masa yang lama untuk jarak yang pendek.

Tapi, dari airport ni, saya perlu naik Grab. Terus order Grab Premium, siap tempat menunggu aircond dengan dapat air mineral sejuk lagi. Panas yer walau dah malam. Huhuhuhu.

Kami menginap di Millennium Hotel Sirih Jakarta, best dengan harga yang murah. Jarak antara Airport ke hotel lebih kurang 25km, tapi makan masa 1jam lebih bro. Harga grab seingat saya pada waktu itu berharga RM50 sahaja. Murah walaupun naik Grab Premium. 

Sampai di hotel, kita check-in dahulu dan drop luggage. Malas nak mandi pasal perut dah lapar, kebetulan sekitar hotel ni ada kawasan makan yang popular iaitu Jalan Agus Salim. Sepanjang jalan ni ada banyak restoran, korang tengok laa dalam tiktok - search agus salim apa yang ada. 



Waktu malam pertama, layankan dulu street food satay dengan bakso sup. Lepas makan terus masuk ke Indomaret, Nazril ada misi untuk mencari biskut Chocolatos yang kawan dia suruh belikan. Dia makan dengan kawan dia yang balik dari Surabaya tu sedap katanya.





Dah masuk 2 kedai Indomaret masih tak jumpa, maka elok pulang dulu pasal nak rehat. Dari Agus Salim ni kami jalan kaki saja sambil tengok warga kota Jakarta. 



Jauh dalam hati, terasa beruntungnya kita berada di Malaysia, yang masih mempunyai bumbung untuk berteduh. Syukuri nikmat yang Allah bagi pada kita, janganlah kita mengeluh dengan kesusahan yang ada. Masih ada lagi yang masih susah.  Balik hotel saya brain wash sikit nazril. Huhuhuhu.

Mandi, solat dan rehat. 

This is awesome gais!

Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 1   
Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 2
Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 3
Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 4
Bercuti ke Jakarta Bandung - Day 5

Disclaimer : Blog ini ditulis oleh Nazrul Akram sendiri dan kesemua tempat dan lawatan mahupun pembelian adalah berunsur peribadi. Sebarang pertanyaan boleh rujuk atau mesej di Instagram @nazrulakram


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1