Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 5
Bercuti ke Jakarta Bandung (Trip 5 hari) - Day 5
Seawal jam 0600pagi, kami dah bersiap siaga untuk check-out. Harini adalah hari terakhir di bumi Indonesia. Perjalanan kami akan balik ke Jakarta, dan terus pulang ke Kuala Lumpur - penerbangan pada jam 0600petang.
Jadi disebabkan Whoosh saya berlepas pada jam 0830pagi, maka saya dah checkout dan terus menuju ke Stasiun Padalarang dengan Grab Car. Harini saya tak hired Pak Terra lagi kerana saya nak jimat cermat. Tapi beliau menasihatkan saya, elok pergi awal kerana waktu pagi macet ke Padalarang tu memang kok bisa pak.
Saya setuju dengan nasihat dia, kami bertolak jam 0630pagi dari Novotel Hotel Bandung terus ke Padalarang. Memang tepat dan jelas - jangkaan Pak Terra memang tepat. Jalan memang jem merata tempat. Perjalanan 24km boleh cecah 70 minit gais. Malah, lagi nak sampai dalam 2km tu lagi jem tak bergerak. Nasib baik amik train jam 0830pagi.
Kalau korang nak balik naik Whoosh, korang memerlukan buffer time 2jam geng kalau dari bandar Bandung. Ke-macet-an Bandung jangan sekali-kali diduga yerr. Ini kerana infra jalan raya disini tidak sebagus di Jakarta yang lebih terurus.
Kenderaan banyak tapi jalanraya masih pada tahap yang lama. Mengeluh sampai keringat darah tidak siapa yang peduli. Itulah kata-kata pemandu grab kami. Boleh dia bukak cerita pasal kepimpinan yang makan rasuah, anak-anak tidak bersekolah. Kadang timbul rasa bersyukur kerana kita berada di Malaysia. Masih mempunyai peluang untuk bersekolah.
70 minit perbualan tak rasa lama sebenarnya, tiba di Padalarang Stasiun agak sibuk disini. Saya tak tahu mengapa tiba-tiba ramai pula anggota askar sekitar kawasan stasiun. Saya tak peduli, kami terus validate tiket untuk naik ke tempat perlepasan dan security checking.
Walaupun masih ada berbaki masa sebelum perlepasan, standard kami memang akan tiba awal. Saya tak suka ambil risiko untuk terlepas train/flight dan perlu membeli tiket baru. Sampai awal tak apa, boleh rileks dulu daripada terburu-buru, kadang boleh tertinggal bag laa, tertinggal handpone laa, kadang smapai anak kau tercicir pun tak sedar main kalut ribut ni.
Stasiun Padalarang ni tak sebesar Stasiun Halim Jakarta, tapi facilities dia cukup selesa juga untuk menunggu train. Hall menungg besar, ada cafe dan restoran. Pun sama juga kita akan melalui proses sekuriti checkin sama macam nak naik flight tu.
Tepat jam 0830am, Whoosh mula bergerak balik ke Jakarta. Kali ini saya nak breakfast dalam train. Maka saya dan Nazril terus melepak di Cafe pada gerabak 4. Beli roti dan kopi. Memang tak leh move on Point Coffee dia ni memang sedap. Sesedap kopi Family Mart kat Jepun.
Untuk harini, saya dah booking pak supir hasil kenalan supir saya sebelum ni. Nama dia Pak Siswo. Ganteng skali Pak Siswo ni. Harga untuk per day private ni dalam IDR600,000.
Saya malas nak naik grab pasal kami sangat malas untuk seret bag time nak jalan-jalan. Jadi elok hired private car dan boleh letak bag dalam kereta saja.
Bila kami tiba di Halim Stasiun, Pak Siswo dah sedia menunggu. Segan pula rasa, sampaikan dia parking kereta dan sambut kami, padahal boleh saja saya call dan tunggu dia datang di lobby. Hospitality mereka memang A Class betul. Saya sangat reccomaded hospitalty Pak Siswo. Sesiapa nak contact number beliau boleh DM instagram saya disini.
Pada waktu pagi begini, memang jalan agak jem dalam Kota Jakarta, maka kami pun tak expect untuk pergi jauh-jauh pun. Jadi saya request untuk menuju ke aras Plaza Indah. Ada barangan jualan yang perlu dibeli untuk didagangkan.
Seperti jangkaan, untuk sampai ke Plaza Indonesia ni memang merumitkan. Jem dia memang padu teruk bhai. Nasib laa Pak Siswo jenis kaki borak, boleh laa jugak gelak-gelak dengan share pengalaman travel dia.
Plaza Indonesia ni bersebelahan dengan Grand Indonesia yang kami datang pada hari kedua tu. Sempat laaa kami beli barang topup sikit untuk bawa pulang ke Malaysia. Lagipun harini nak jalan-jalan outdoor tak berapa cantik, hari hujan pada waktu pagi.
Kalau ikutkan kami nak pergi ke Kotsa Tua Jakarta - berhampiran dengan Mangga Dua. Tapi pasal hujan macam ni, jalan jem pula, rasa malas nak kesana.
Maka kami habiskan masa sampai tengahhari dalam ni dan lunchoen di Pagi Sore PIK.
Rumah Makan Pagi Sore PIK (Pantai Indah Kapuk)
Orang cakap, datang Jakarta kena makan di Pagi Sore. Maka kita sahut laa cabaran ramai, nak cuba masakan padang yang sememangnya ada banyak masakan padang dalam Jakarta ni.
Tapi disebabkan Pagi Sore ni, saya kena datang untuk cuba juga. Ada banyak francais Pagi Sore ni tapi yang paling besar berada di PIK.
Maka memandu laa Pak Siswo ke sana sambil kami boleh lena jap dalam kereta. Cuaca pun duk hujan lagi memang menundang tido.
Bila tiba kat Pagi Sore ni, memang ramai orang. Kena beratur pasal tak buat booking. Tapi tunggu pun kejap saja, dalam 10minit dah dapat table.
Maka datang segala jenis lauk pauk tersusun atas meja. Segala mak neka haiwan adalah kiranya.. Huhuhuhu. Tapi apa yang kamu makan, itulah yang akan dibayar.
Overall rate bagi saya dalam 8/10. Rasa masakan mostly sama seperti rumah makan padang yang lain. Maybe disebabkan tempat dia grand yang menyebabkan orang kita berpusu-pusu untuk datang. Harga pun grand juga gais.
Perut dah padu, maka elok kita bua tbriskwalk dulu sebelum pergi ke airport.
Pantai Indah Kaput (PIK) - Tambak Laut Terbesar di Indonesia
Sebenarnya, tempat makan kami tadi adalah kawasan tanah tambak. Jakarta yang kita kenal memang berbeza dengan pembangunan dahulu. Kini Jakarta segala mengalami proses pembangunan pesat akan tetapi ruang tanah untuk pembangunan pun dah tak cukup. Padat sepenuhnya.
Maka tambak laut adalah satu penyelesaian bagi memberi lalu pada industri perniagaan.
Pantai Indah Kaput dulu sebuah pantai - nak cakap indah pun tak sure laa sangat kan, kini telah ditambak dengan kawasan yang sangat besar sehingga mampu dijadikan sebuah bandar baru Jakarta dan juga kawasan elite bagi golongan kaya di Indonesia.
Pak Siswo cerita, dalam kawasan PIK ni sahaja, ada 2-3 mall, sekolah swasta semuanya, hospital pun swasta, semuanya swasta.
Ini kerana, projek skala mega ni, diterajui oleh kontraktor dari negara China serta modal daripada china juga. Oleh itu, kawasan ini dibina khusus seperti bandar era dinasti cina lama. Maka tulis China diukir pada setiap pelusuk kawasan termasuk signboard jalanraya bagi tujuan penduduk dari negara china faham apa yang diperkatakan.
Kalau tengok youtube, ada dokumentari bagaimana mereka membina PIK ni, masih lagi belum siap sepenuhnya. Dan dalam masa yang sama, juga cerita bahawa Kota Jakarta ni akan tengelam pada 2050 disebakan geologikal tanah semakin mendap dan paras air laut yang makin meninggi.
Borak dengan Pak Siswo ni memang best, banyak fakta yang dapat kongsikan bersama, dia pun banyak cerita pasal Indonesia, dia akan cerita yang bagus, yang baik. Jujurnya, dia sebagai rakyat Indonesia berbangga pada kelahirannya akan tetapi rasa kecewa dengan ketulusan kepimpinan pun ada juga.
Beliau banyak berkongsi tempat menarik dalam Indoensia dan katanya, beliau telah pergi banyak negeri dalam Indonesia. Dan saya baru tahu, Indonesia ada 38 negeri. Hafal laa kalau dapat. Banyak giler, kita 14 negeri pun orang tak kenal lagi mana satu bendera negeri. Ini kan pula 38 negeri.
Saya menasihatkan beliau, pergi ke mana-mana negara pun sama sahaja. Kita kadang nampak indah pada negara orang, tapi hakikatnya sengsara.
Seperti Jepun kita nampak moden dan teratur saja, tapi dari sisi gelap, rakyat mereka bergelut dengan ekonomi, kena kerja sampai 16jam sehari, anak-anak tak kenal bapa. Semua benda dah macam robot.
Tu belum cerita negara Eropah. Yang cantik adalah gunung ganang, musim sejuk, permandangan tasik. Tapi hakikatnya, perangai dorang sendiri pun betul-betul. Dorang lagi tak amik kisah pasal jiran. Ko punya hal lantak kau laa... janji jangan kacau aku. Gituuu ler dorang.
Jadi bersyukur apa yang kita ada, berbuat baik pada manusia InsyAllah dapat ganjaran dari-Nya.
Baca kembara saya di Edinburgh disini
By The Sea Shopping District
Macam saya cerita tadi, di PIK ada 2 mall, tapi saya hanya pergi ke By The Sea saja untuk habiskan masa kami. Mall ni lebih kurang macam open air concept. Kalau hujan lebat, susah juga nak berjalan. Cuma dalam ni, mereka hanya jual product made in Indonesia sahaja. Tak ada product lain.
Jadi apa yang korang lihat cantik tu, sememangnya buatan dorang. Ada banyak kedai perfume, keda baju dengan kasut. Dalam duk melepak, tiba-tiba nampak wife duk beli lagi perfume. Katanya untuk wangian rumah. Duk try 3-4kali, tau tau dah packing paperbag.. Hummmm
Ada cafe juga kat sini, saya lepak dalam cafe dulu untuk sejukkan badan. Walau gerimis, boleh terasa pula bahang angin laut ni. Nama kedai dia Cold Moo, sebuah kedai aiskrim yogurt customize yang mana korang boleh letak biskut dalam aiskrim kamu.
Harga bermula IDR25,000 hingga ke IDR60,000 bergantung berapa banyak korang nak scope aiskrim. Boleh laa buat hilang rasa panas.
Masa dah cukup, maka kami bergerak ke Airport Soekarno Hatta Jakarta, tak jauh dari PIK ni dalam 15minit sahaja.
Tiba di bandara Soekarno Hatta, kami bye-bye Pak Siswo - InsyAllah kalau datang ke Jakarta kami akan hubungi dia lagi. Dulu kami ada Iswadi (Orang Bandung) tapi kini beliau dah keluar bekerja di Korea Selatan, maka tak dapat kami guna perkhimatan dia lagi. Iswadi juga bagus, lagi mana kami jejak di bumi Indonesia, beliau pasti datang untuk mengiringi kami.
Terus buat proses drop luggage, nasib baik luggage cukup kuota tak lebih access. Untung bawa kids ni, dorang akan dapat extra luggage fee 20kg lagi. Ngam juga kan KLM ni.
Jakarta airport ni memang besar, lepas tu suasana dia memang lawa macam ala-ala tropikal pula. Walau duduk dalam airport, korang rasa macam korang berada dalam shopping mall saja. Bagi saya, rasa selesa dan tenang. Airport dia memang best dan korang tak kebosanan.
Setakat ni, flight masih on time. Dalam flight radar dah nak landing ke Jakarta. Maka kita beratur terus ke kaunter imigration dan security checking. Kat sini ramai pula orang. Security checking dia lama siap nak kena buka beg pula. Dorang gabungkan skali dengan group umrah.
Jadi kalau nak lepak, eloknya chop dulu passport sampai ler ke gate flight korang. Jangan santai sangat nanti kena tinggal dengan flight.
Selepas checking security dan imigration, korang masih lagi ada masa dan tempat yang luas selasa untuk tunggu flight. Dalama ni ada surau besar, memang besar untuk solat. Ada tandas untuk mandi dan banyak kedai makan.
It's boarding itme
Perut pun masih kenyang lagi, saya sempat ler nak beli kopi kenangan dalam botol. Nanti dalam flight ada meal on board. Jimat laa sikit kan.
Jam 0600pm, flight KLM 787-9 mula pushback, tanda clearance dari tower untuk pulang ke KL dan terus ke Amsterdam. Bila tengok magazine, stewardess, mostly dlaam flight bahasa Dutch. Rindu pula nak pergi ke Amsterdam. InsyAllah kita singgah nanti dengan family.
Flight duration pun 2jam15minit, maka hanya 1 meals sahaja dihidangkan - nasi lemak telur dadar, macam meals MAS. Cuma, steward dia tak berapa mesra rakyat. Nak minta coffee pun muka macam nak bagi penampar. Risau kawannya.
Layan saja laa dulu TV. Macam saya cerita pada Day1. Inflight entretaiment dia not bad - lagi bagus daripada Saudi Airline. sebenarnya.
Alhamdulillah tiba di KLIA, collect luggage dan clear declaration dengan kastam. Kastam ni random sikit kalau dia nampak korang bawa luggage banyak, beli barang yang sama kuantiti yang banyak mula dia nak kenakan cukai. So far kami semua lepas dikenakan cukai pasal tak ada laa beli barang stok untuk berniaga. Cukup-cukup nak bagi ke sedara dengan kawan-kawan saja.
Selesai trip Jakarta Bandung kami selama 5hari.
Seterusnya cerita saya kembara di Swiss selama 10hari nanti
Comments