Kembara ke Europe : Amsterdam City (Day 11)

Kembara ke Europe : Amsterdam City (Day 11)

Badan sedikit letih dan lesu walaupun rehat secukupnya. Ketika jejak pertama kali  di Amsterdam, saya mengambil masa 5 hari untuk keserasian masa tidur. Manakan tidak, waktu tidur di Malaysia jam 11malam kat Europe baru pukul 5petang. Time ni asyik menguap ajer. Tapi bila datang time nak tido kat Europe pada jam 10malam, waktu Malaysia dah masuk jam 4 pagi. Baru aje lelapkan mata, jam 3pagi Europe mata dah celik pasal masih lagi follow Malaysia. Senak juga mata dok kena simptom perubahan masa ni. Apa yang penting, kesihatan perlu dijaga. Rehat dan paksa diri untuk tidur.

Sebelum keluar dari hotel, The Chef menyiapkan sarapan pagi ruji iaitu megi goreng. Saya masih tak faham kenapa perut ini sentiasa lapar. Jam 8 pagi kami menuju ke car rental Green Motion untuk memulangkan kereta. Mengisi minyak full tank, membeli coklat untuk bekalan sebelum tiba waktu makan tengahhari.

Bagusnya sewa kereta di Eropah, mereka memang percayakan customer. Ketika kami hantar kereta, tak ada seorang pon keluar dari office untuk semak kereta dan check full tank. Depa hanya tanya minyak full ke? kami jawab yes dan dia say bye bye. Tak perlu basuh kerata mahupun vacum, pasal dorang akan buat selepas kereta return. Cuma yang lecehnya charge insuran untuk sewa kereta agak tinggi jika korang cross country. Untuk 12 hari ini harga insuran sahaja 402.00 Euro. Tapi bagus juga kerana ini adlaah insuran premium dimana jika berlaku apa-apa kami tak perlu keluarkan duit 1sen pon. Semuanya undercover.

Tabik hormat pada Toyota Prius Hybrid Wagon kerana telah membawa kami berjalan sejauh 4797km dalam masa 11 hari ini dengan kadar kos minyak hanya 370.00 Euro sahaja. Satu penjimatan yang agak kerata yer!  Cara pemanduan kedua-dua pilot kami bukanlah berhemat sangat ketika melalui auto-bahn no speed limit, tapi kelajuan maksimum kami hanya 150kmh sahaja demi keselamtan dan average pemanduan adalah 80kmh pada jalan kecil. 

Selesai urusan penghantaran kereta, kami menaiki shuttle bus dan menuju ke Airport Schiphol. Disini kami membeli tiket train 2 Day Pass untuk memudahkan pergerakkan kami tanpa bayaran di setiap station. Lebih kurang JR Pass di Jepun. Ada banyak pass yang korang boleh pilih samada mengikut jam, hari dan bulan. Ada juga untuk 1 jam, 6 jam dan 12jam, ada juga untuk 1 hari, 2 hari dan 5 hari. 



Bergantung pada korang nak guna tiket tu berapa lama asalkan bayar ajer. Dalam hal ini saya hanya beli untuk 2 hari saja yang berharga 21.00 Euro. Dengan adanya tiket ini korang bebas untuk menggunakan Train, Trem, Metro Train, Bas dan Ferry syarikat GVB. Boleh kata satu bandar ini korang boleh naik sesukahati korang. Hanya tap in dan tap out sahaja. Tak seperti Germany - di Amsterdam ada juga pegawai yang datang check tiket. Maka berhati-hati bagi korang yang jenis jump-off train yang tak beli tiket.

Terus menuju ke Central dalam perjalanan 20minit. Kami keluar dari station dan berjalan kaki melalui kawasan sekitar Central untuk bergambar, maklum ler hari ini baru nak pusing bandar. Selama ini hanya checkin diluar kawasan bandar saja. Berjalan kaki ke trem station terdekat dan terus menuju ke I Amsterdam Sign. 




Kawasan ini adalah kawasan tumpuan pelancong, sila berhati-hati juga dengan beg galas anda pasal orang yang sibuk bergambar pastinya leka dengan kawasan persekitaran. Lucu juga melihat bermacam gaya orang yang bergambar dengan Amsterdam Sign ini. Kungfu ade, baring ade, panjat macam beruk pon ade. Lantak korang ler. 


Hard Rock adalah destinasi kedua kami, tak jauh dari I Amsterdam Sign ini terletaknya Hard Rock Amsterdam. Membeli barangan orang yang kirim serta kawan-kawan yang mengumpul t-shirt Hard Rock. Seperti saya cakap sebelum ni, saya tak kumpul baju HRC, saya hanya datang tengok tengok harga saja sambil tengok display costume dalam Hard Rock.



Perut mula membuat okestra tengahhari walapun baru jam 11.00pagi. Sebelum ini saya dah alaskan megi goreng dan roti croissant akan tetapi keputusan tersebut hampa. Ingatkan saya seroang saja yang lapar, hahaha rupanya semua tengah lapar. Mana tidaknya, dok dalam HRC bau orang masak burger dengan bau steak confirm lapar siot. Google maps digunakan untuk mencari kedai Halal.

Tiada Yang Lebih Indah Selain Makan

Walaupun jarak HRC dengan kedai makan halal hanya 800meter, tapi berjalan kaki terasa bagaikan 8km saja. Cuaca mendung dan mula gerimis membuatkan lagi perut seperti ditumbuk-tumbuk setelah melintasi restoran makanan yang pastinya tidak halal. Pada tika ini pork burger pon nampak sedap bro!

Dana Halalfood menyambut ketibaan kami. Alhamdulillah kedai baru buka dan sedia untuk menerima tempahan kami. Orang pon tak ada maka pastinya serving akan menjadi cepat. Kedia ini menarik pasal Dana Halal Food menyediakan masakan nasi goreng bersama ayam goreng dan beberapa lagi masakan berkonsepkan nasi dan bukan kebab semata-mata. Saya terus order Nasi Goreng + Ayam Goreng 3 Ketul Combo berharga 8.00 Euro termasuk air. Kat Europe, kebanyakkan saya perasan mereka akan mula menggoreng ayam atau fries bila ada order saja. 

Mereka tak goreng awal-awal mungkin takut cepat sejuk atau menjada quality. Maka setiap makanan yang kita dapat tu selalunya panas berasap berapi. Kalau order spicy kat sini macam tak de spicy langsung. Jadi korang yang makan pedas sila bertabah yer. Dengan adanya nasi goreng dan ayam goreng 3 ketul, suasana sunyi sepi mula datang. Masing-masing makan macam dah 1bulan tak jumpa nasik. 




Perut yang sudah diisi ini pastinya gagah kembali untuk berjalan-jalan sekitar Amsterdam. Saya cadangkan membeli cenderahati atau tshirt di Albert Cuyp Market. Berdasarkan carian blog sebelum ini, disini terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati dan boleh tawar menawar. Panjang Albert Cuyp Market ini hampir 500meter dan boleh mencecah 1km pada hari cuti. Korang banyangkan saingan diantara kedai yang menjual barangan yang hampir sama dan meletakkan diskaun pada harga yang tertentu. 



Magnet fridge disini dijual pada harga 3 biji 5.00 Euro, dan malah ada juga 1 biji 1.00 Euro yang bergantung pada design. Saya dapat beli magnet fridge I Love Amsterdam 1 biji 1.00 Euro dan terus borong 20 bijik. Awesome bukan? Untuk keychain pula sedikit mahal kerana sekecil kecil keychain berharga 2.00 Euro sebijik. Tshirt sign Amsterdam juga dijual bermula dari 8.00 - 12.00 Euro dan jaket/hoodie pula 15.00 - 20.00 Euro. 



Sekitar kawasan ini juga menjual pelbagai produk Cannabis secara legal. Korang boleh beli rokok ganja, kek ganja, air ganja dan biskut ganja. Kalau lalu lawasan kedai jual Cannabis kompem boleh bau kaw-kaw beb. Kedai kopi mereka berasap macam terbakar pon ade. Mereka akan letak sticker siap-siap pada restoran dan kedai yang boleh hisap Cannabis dan ada juga kedai yang melarang pelanggan hisap cannabis di kedai mereka. Kalau hisap juga kena taruk kat situ juga, tapi kebanyakkan mereka dah faham dan menghormati kedai tersebut. Untunglah kamu yang hisap Canabis. Harga untuk sekotak rokok sekitar 7 Euro untuk 10 batang dan kek pula 4.50 Euro sepotong. Macam kek Secret Recipe daaaaa..


Kami menghabiskan masa waktu petang dengan bersiar-siar di dalam kawasan bandar. Bagi korang yang nak beli toys untuk anak-anak, ada satu kedai yang namanya Intertoys yang lebih kurang macam Toy r Us di Malaysia. Kalau beli produk Lego harganya macam lebih kurang Malaysia ajer la. Hummm patut kena lebih murah - maka saya beli Lego kecik saja. Selain ada juga la toys dari produk-produk lain, hangpa mai singgah sendiri ajer ler.





Bersiar-siar dibandar tanpa mengisi perut yang lapar ini bukan perkara yang awesome. Tidak dinafikan terdapat banyak kedai-kedai kecil yang Halal di sekitar bandar Amsterdam ini. Kalau search dalam google pasti sukar, nanti kalau dah sampai kedai ini boleh marking dalam google maps dan kasi review. Kebanyakkan peniaga gerai Halal ini berbangsa Turki, Pakistan dan Indonesia. Yaa Indonesia - Jangan terkejut yer, nak makan bakso dengan ayam penyet pon ade tapi harga dia macam dah kena lenyek pulak rasa. 

Jadi adalah lebih bagus saya ke gerai biasa untuk penjimatan yang lebih. Wok Inn adalah salah satu kedai kecil yang mempunyai customer tak habis-habis. Kedai ini menepati citarasa kami yang dah jemu nak layan kebab hari-hari. Antara menu yang Wok Inn ada adalah Nasi Goreng Terikayi / Udang, Mee Goreng Seafood dan ada juga Japan Udon Mee. Bagaikan tilam yang empuk, saya terus memilih Chicken Rice Terikayi bersama garlic sause. Rasa nikmat memakan nasi goreng panas sewaktu suhu sejuk sangat terbaik dan disulamkan dengan air coke untuk membuang segala angin dusta. Harga nasi goreng bersama coke ini 6.50 Euro.




Kedai yang kecil dan orang agak ramai, anda perlu melajukan permakanan anda supaya dapat memberi ruang pada orang lain untuk makan di kedai. Jadi masa yang singkat ini kami hargai dengan bayran yang setimpal. Setelah selesai makan, adalah lebih bagus untuk kembali ke hotel. Menggunakan kad Day Pass Amsterdam, kami menuju ke hotel yang bersebelahan dengan station Zaandam. Tap-in dan Tao-out kad. Mudah dna senang. 


Singgah sekejap di kedai serbaneka jenama Deen yang selalu menawarkan promosi gila-gila pada setiap hari. Ini juga salah satu bencana lalu dikedai Deen sehinggakan mereka menjual payung berharga 1.00Euro. Baik juga untuk cenderahati untuk bagi kat orang.

Tiba di hotel pastinya selesa. Mandi solat dan berehat sambil membancuh teh. Bilik yang kami tempah ini adlaah jenis Family Suit dimana terdapat 1 bilik yang mempunyai katil King Size, 2 katil Single Bed dan sebuah dapur yang dilengkapi dengan meja makan, microwave dan cutlery. Terbaik bukan?

This is Awesome bro!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam