Kembara ke Europe : Prague - Berlin - Hamburg (Day 9)

Kembara ke Europe : Prague - Berlin - Hamburg (Day 9) 

Selamat Tinggal Kota Prague

Hari ini macam selsema pagi pulak rasanya. Mungkin kerana cuaca yang sangat sejuk pada waktu malam dan cuaca yang tidak menentu. Seperti biasa, seawal pagi juga The Chef kami bangun untuk memasak sarapan pagi dengan menu nasi goreng udang dan telur dadar. Tak pasti sama ada waktu sejuk memang cepat lapar atau perut kami memang tidak berdisiplin. 

Meninggalkan kota Prague dengan perasaan puas hati adalah satu pengalaman yang tiada bandingan. Sebuah bandar yang saya ingin menjejaki kaki pada tika menonton cerita James Bond telah saya jejak. Saya akan pasti kesini kota ini sangat indah walaupun scam banyak dan salah satunya barang di Prague murah sama seperti Malaysia. Mana nak dapat beli beras 1kg 20CZK wey! Air coke botol besar pon 20CZK ajer.

Perjalanan hari ke lapan ini menuju ke Ibu Kota Germany, Berlin dengan jarak perjalanan adalah 350km. Pemanduan pagi diambil alih oleh Pilot 2- Nik dek kerana The Chef dan Pilot 1 - Syed telah memakan nasi goreng berlebihan yang berkemungkinan akan menyebabkan proses hibernate berlaku dengan pantas. Cuaca di Prague agak mendung dan kuat berangin. Malah dalam perjalanan kami ke Berlin juga menampakkan cuaca yang bakal hujan dan berangin. 

Nak tau bila angin kuat ketika highway? Kebanyakkan auto-bahn di Germany mempunyai kincir angin penaja kuasa elektrik untuk kawasan pendalaman diaorang. Korang boleh tengok pada kipas kincir angin di tepi auto-bahn yang berputar laju. Sebesar-besar kincir angin penjana eletrik tu boleh berpusing laju korang bayang ler nak bawak kerana macam mana atas highway. Kiri kanan terasa angin yang menolak kereta. Maka sila berhati hati pada waktu ini supaya tidak melambung terbang.

Tiba di Berlin, kami melalui tembok Berlin. Kami memang buta sejarah pasal kami memang tak minat sejarah. Jadi kami hanya berbekalkan wikipedia google dan serba sedikit membaca artikel. 




Tak lama pun kat Berlin Wall, kami terus mencari parking di Alexanderplatz kerana ianya berhampiran dengan beberapa tempat tumpuan pelancong dan kedai makan Halal. Oleh kerana kami bersarapan pagi macam waktu orang bersahur, maka makan tengahhari pastinya lebih awal pasal perut dah mula lapar. Kami makan di kedai Doner Curry yang tidak jauh dari Station Alexanderplatz U Bahn. Harga disini sedikit lebih kurang dengan harga makan ketika di Frankfurt. Rata-rata bermula sekitar 4.50 Euro hingga 9.00 Euro. Kalau makan 1 orang biasanya berharga 4.80 Euro termasuk air berkarbonat.










Selesai makan kami bersiar-siar sekitar Berlin Dome, lepak di Berlin Square dan kebetulan pula ada festival Berlin yang menyediakan beberapa kedai makanan versi Germany. Hanya mampu tengok ajer ler, terasa nak try juga kompem tak halal. Banyak juga kedai souvenir disini, kalau nak beli magnet fridge harganya 4.00Euro dan biasanya pakej beli 3 ketul dapat la 10.00 Euro. Nampak murah tapi kalau lawan duit Malaysia senak perut juga.



Seterusnya kami ke Hard Rock Berlin yang terletak di Kurfürstendamm. Kawasan ini seperti kawasan yang mewah, banyak bangunan klassik digunapakai balik untuk butik eksklusif seperti Micheal Korr, Tommy, LV ahhh macam lagi la. Saya tak banyak wang seperti mereka yang membeli belah didalam butik. Saya hanya beli baju Hard Rock untuk dihadiahkan kepada sahabat saya sahaja. 


Hari mula mendung dan gerimis, maka kami meneruskan perjalan menuju ke Hamburg. Sebelum ini saya bercadang kami mahu bermalam di Berlin sahaja tapi memandangkan kami bercadang nak meluangkan masa lebih di Amsterdam, maka saya terpaksa menukarkan jadual dan bermalam di Hamburg sebelum masuk ke Amsterdam. Perjalanan dari Berlin ke Hamburg lebih kurang 2jam melalui auto-bahn. 

Hujan di Hamburg

Cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan rumit untuk berjalan kaki secara bebas di negara orang. Walapun kami tiba di Hamburg lebih kurang lewat petang, terpaksa kami batalkan untuk bersiar-siar di bandar Hanburg kerana hujan mulai turun dengan sedikit lebat. Kesihatan perlu dijaga bro. Maka keputusan untuk makan malam ditetapkan.

Google maps sekali lagi digunakan untuk carian kedai makan halal dan ianya tidak mengecewakan, restoran ala-ala fine-dining menjadi pilihan iaitu restoran Lades Hähnchenland. Banyak menu masakan negara Turkey disajikan yang membuatkan kami rambang mata. Harganya lebih murah dari Swiss. Huru-hara sekejap kami nak memilih pada tika perut tengah lapar ini. 

Kalau korang ak boleh nak makan masakan mereka, banyak juga restoran halal di sekitar ini kerana kawasan ini adalah kawasan tumpuan orang Islam. Belakang restoran kami ini terdapart sebuah masjid yang dibina oleh kesatuan orang Palestin dan digunapakai orang penganut Islam di Hamburg. Memang betul orang cakap tak susah untuk mencari makanan halal di Germany - hanya cari masjid dan berjalanlah kamu sekitar masjid tersebut. Pasti banyak gerai dan restoran halal yang kamu akan jumpa.



Selesai makan malam, mereka hidangkan teh Turkey yang pekat. Hidangan ini seperti sangat perfect selepas makan dengan kenyang dan disudahi dengan minum teh. What the perfect life. Habiskan teh panas ini mampu menghilangkan kesejukkan dan serta-merta dapat memanaskan badan.

Kenyang pastinya perlu dilapik dengan tilam. Maka kami menuju ke Leonardo Hamburg Stillhorn Hotel untuk proses check-in. Saya membuat penempahan dua bilik untuk keselesaan team member yang penat memandu jauh ini. Esok kamu nak masuk ke Amsterdam balik dan akan pulang ke Malaysia dalam beberapa hari lagi.

Mandi, solat dan rehatkan badan adalah perkara terbaik untuk penutup hari ini.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam