Kembara ke Europe : Wolhusen - Zermatt - Interlaken - Lauterbrunnen - Wengen - Zurich City (Day 6)

Kembara ke Europe : Wolhusen - Zermatt - Interlaken - Lauterbrunnen - Wengen - Zurich City (Day 5)

Keindahan Ciptaan Illahi

Seawal pagi ini kami keluar menuju ke Zermatt yang dikatakan terletaknya gunung Matterhorn yang agung. Perjalanan yang sememangnya mencabar ini bermula dari guesthouse kami di Wolhusen dan akan melalui terowong pengangkut di Kandersteg dan tiba di Tasch. Walaupon sejauh 200km, ianya memakan masa hampir 3jam 40minit kerana jalan yang berbukit bukau dan sempit.

Jangkaan cuaca pada hari ini adalah cerah dan sedikit berawan, awal pagi ini tiadak penampakkan hujan yang mahu turun. Pilot 1, Syed mengambil alih tugas memandu dan menuju ke Statin Kandersteg. Untuk ke Zermatt terdapat beberapa pilihan jalan akan tetapi kesemuanya mencabar dan memerlukan pemindahan kereta samada dengan menggunakan feri mahupun kereta api. 



Saya memilih pemindahan kereta dengan keretapi. Apakah itu pemindahan keretapi? Bila anda tiba ke Station Kandersteg, anda perlu menaiki keretapi bersama kereta anda untuk melintasi terowong bawah tanah dan akan tiba di Station Goppenstein. Harga untuk car transporation on train ini adalah CHF27.00 satu hala. Ianya boleh dikatakan mahal saya pasti anda akan mendapat pengalaman baharu, dan jika korang pernah tengok cerita James Bond 007 Skyfall, dia pernah ada scene bertumbuk dan menembak ketika perjalanan station ini melalui terowong. Awesome!

Setelah tiba di Goppenstein, terus menuju ke Zermatt. Untuk ke Zermatt, anda perlu berhenti di Tasch kerana Zermatt adalah sebuah perkampungan car free village. Kereta awam tidak dibenarkan masuk ke pekan Zermatt, dan hanya kenderaan elektrik mereka sahaja digunakan. Pengunjung perlu parking di terminal Tasch, menaiki keretapi baru tiba di Zermatt.

Perjalanan menuruni bukit dari Goppenstein agak mencabar dengan jalan raya zig-zag malah kedudukan yang agak tinggi. Sebelum tiba di Tasch, cahaya matahari mula memancar dari celah gunung batu yang menampakkan keagungan ciptaan Illahi. Dari jauh di puncak gunung ternampak salji yang telah melaputi puncak dan pokok pokok pines yang berwarna kuning keemasan.

Tiba di Tasch, kami bersarapan pagi dengan bekalan roti yang kami tapau sebelum keluar rumah. Membeli tiket train ke Zermatt berharga CHF16.80 returns. Tiada tiket masuk untuk ke pekan Zermatt, hanya bayar duit train sahaja. Perjalanan dari Tasch ke Zermatt hanya memakan masa 12minit sahaja. 



Zermatt Yang Terindah

Keluar saja Station Zermatt suhu sejuk bagaikan tiada sinaran mentari lagi. Jam digital saya menunjukkan suhu mencecah 1Selsius. Sejuk dan berangin tiada tolok tandingan. Angin yang turun dari gunung-gunung macam mencucuk tulang ini. Dari sini sudah nampak kemegahan Zermatt iaitu gunung Matterhon. Simbolik kepada logo coklat Toblerone yang selalu kita bawak balik dari Langkawi tu.





Pekan ini sangat bersih dan sangat teratur, banyak hotel dan cafe disediakan seolah anda berada di sebuah taman tema yang besar saja. Ada berpuluh hotel dan guesthouse menanti anda dan restaurant. Sebelum ini saya tahu hanya ada satu sahaja restoran Halal disini, tapi saya tak jumpa. Tanpa membuang masa, kami berjalan sekeliling pekan ini dan memang benar, hanya buggy elektrik di jadikan teksi dan semuanya kenderaan elektrik. Tiada kenderaan awam disini dan kebanyakkan pengunjung anda yang datang untuk bermain ski. 

Banyak kawasan hotspot untuk bergambar berlatar belakang gunung Matterhorn. Hanya diam dan termenung, betapa indahnya ciptaan Illahi yang masih terpelihara dan kecilnya diri kita ini dengan gunung ganang yang mengelilingi pekan Zermatt. SubhanAllah sungguh cantik permandangan. Kami duduk dan menikmati keindahan ini kerana tak tahu la bila pulak boleh sampai di Zermatt.

Ada juga artikel mengatakan, Zermatt adalah salah satu serpihan syurga yang diberikan untuk manusia diperlihatkan bagaimana indahnya Syurga. Allahu. Jika ini adalah dikatakan syurga dunia, tak dapat bayangkan bagaimana Syurga Allah yang dijanjikan nanti. Saya menyelami perasaan ini ketika di sungai Zermatt berlatar belakang gunung banjaran Alps. Anda boleh ketawakan saya jika nak cakap saya ni mat jiwang atau mat sastera. Tapi saya gerenti kamu juga akan sedemikian jika berada di sini. Serius bro. 





Pekena kopi di tepi sungai, sambil layan angin sejuk kalbu yang konon-konon kami ini warga Nepal Everest yang tahan sejuk. Tips saya - jangan cabar cuaca, padah diri nanti. Kopi yang panas bertahan 5minit dan sudahnya sejukl terus. Baru minum separuh dan jadi kopi sejuk. Rugi betul. Apa lagi, nagkat kaki dan terus sambung jalan untuk last trip mengeliling pekan ini. 

Lebih kurang 2 jam, kami bergerak balik ke Tasch untuk mengambil kereta. Terus menuju ke Tasik Interlaken untuk satapan tengahhari yang dimasak oleh The Chef Usop. Menu tengahhari ini adalah nasi goreng udang dan sambal telur. Terbaik la bro. Saja nak bagitau kat hangpa, Switzerland ini adalah sebuah negara yang kaya alam semula jadi, tapi saya boleh katakan harga makanan di sini lebih mahal berbanding dengan GErmany dna Amsterdam. Hampir separuh bezanya dengan Germany. Termasuk la jugak harga minum teh dan kopi. Jadi untuk menyelamatkan kocek kami ini, memasak adalah perkara terbaik.

Melalui balik jalan ke Goppenstein dan menuju ke Tasik Interlaken untuk makan tengahhari. Interlaken adalah sebuah tasik yang besar dan mempunyai air yang sangat jernih sehinggakan nampak dasar tasik. Dari atas gunung, tasik ini kelihatan berwarna kebiruan dan putih. Sangat cantik dan perfect. 





Tidak lama kami di Interlaken kerana mengejar masa, misi seterusnya menuju ke Lauterbrunnen. Lauterbrunnen tidak jauh dari sini apa persoalannya, ada apa di Lauterbrunen? Fakta mengatakan ianya adalah satu movie set cerita Dilwale yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan. Saya tak tahu tapi team saya cakapla... Mungkin juga pasal banyak cerita hindustan dilakonkan di Swiss. 

Lauterbrunen mempunyai sebuah air terjun yang tinggi pada hujung pekan ini. Kelibat orang Asia mula ramai menbanjiri kawasan ini terutama warga China dan Korea. Berpusu-pusu mengambil gambar dan berposing. 




Jika anda ke Lauterbrunen, jangan lupa untuk ke Wengen terletak 1000meter atas gunung dari Lauterbrunen. Boleh menaiki keretapi berharga CHF13.40 return. Memang mahal bro tiket train depa ini. Hancur duit Swiss saya. Pekan ini lebih kecil dari pekan-pekan yang lain tapi uniknya - ianya lebih bersih dan tenang yang mungkin berada di atas bukit. Disini adalah interchange untuk ke tempat Top of Europe menggunakan kereta kabel dimana tempat yang James Bond berlakon untuk cerita Skyfall. MashAllah memang cantik dan hebat.






Saya mengambil train menuruni balik ke Lauterbrunen, kami ingin menuju ke bandar Zurich yang agak jauh. Pemanduan diambil alih oleh Pilot 2 menuju ke Zurich dan mengalami sedikit sesak kerana trafik peak house ketika tiba di Zurich. Ini adalah pertama kali saya ke Zurich dan apa yang saya perasan, banyak kereta mewah disini dan pemakaian sangat berbeza sekali. Mereka berpakaian dengan kemas dan smart manakala kami sangat casual dan kusut. 

Surat Cinta Zurich

Orang ramai berjalan kaki sambil lepak di restoran dan bar. Kami pula lepak di kiosk kebab halal sambil kesejukkan angin di sungai yang bertiup kencang. SEperti yang saya cakapkan tadi, Swiss sememangnya mahal dari train sampai la ke makan. Kami singgah disebuah gerai kebab Halal berhampiran dengan Central Zurich. Sebuah doner box berharga CHF12.00 yang saiz serdahana. Berbeza dengan Germany, doner box sebegini lebih kurang 4.80 Euro dan saiz super besar yang boleh dimakan dua orang dewasa. 



Samada saya belum mengenali Swiss atau memang budaya mereka berpakaian yang segak sehingga pulang bekerja. Malama memang mati di Zurich. Tiada aktiviti malam di Zurich mahupun di Swiss. Kebanyakkan kedai dah mula tutup pada jam 6.30petang dan tinggal kedai makan saja.




Oleh kerana mereka bersiap sedia nak tutup. Maka kami hanya jalan-jalan bersiap di sekitar kawasan sungai dan terus menuju balik ke guesthouse Wolhusen. Tiba di kereta, kami dapati kereta kami di saman kerana meletakkan kenderaan lebih masa dari bayaran parkir tiket. Adusssss dah lewat macam mane nak cari kiosk bayar saman. Saya tanya orang yang lalu lalang - mereka cakap 8:00pagi baru bukak. 


Pikir punya pikir, saya text host guesthouse saya di Wolhusen, beliau boleh tolong bayarkan untuk saya on-behalf. Alhamdullillah. Lega saya menbaca text mesej tersebut. Risau juga takut syarikat sewa kereta mengenakan charge gandaan pasal saman ini. 

Bikin deal dengan tuan rumah, saya ke Central Station untuk bergambar. Menjadi trademark untuk bergambar di hadapan Central Station kerana kebanyakkanya semuanya unik dan mempunyai senibina tersendiri. Terbaik wey.





Kepenatan yang sangat berleluasa dalam badan ini - tiba di guesthouse terus mandi, solat dan tidur. Mereka yang lain masih makan megi cup dan berborak. Saya dah tak larat. Totally out.

Comments

Anonymous said…
Dari zermatt ke lauterbrunnen pakai kereta or train senang ya..

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam